doa sujud  

📍Tiga doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud (by Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz: semoga Allah merahmatinya) berkata :

Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud;

1⃣ Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah

 ١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah

Ertinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "

2⃣ Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Ertinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "

3⃣ Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.

٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika

Ertinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "

Kemudian saya sampaikan,
jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Wanita High Class  

Mulianya wanita kerana Islam,
Wanita bukanlah tanah berduri yang layak dibenci,
Wanita ibarat taman yang layak dikasihi dan dicintai.

Wanita bak bidadari,
Yang malu menonjol diri,
Yang sentiasa tertunduk bila didekati,
Yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Hijab yang tertutup,
Menutupi seluruh tubuhnya,
Bagaikan wanita yang menjaga martabatnya.

Jual mahal pendirian diri,
Lemah lembut merantai diri,
Itulah kecantikan yang sukar ditandingi.

Wanita cerdas yang mampu memilih keputusan,
Dengan baik disertai senyum,
Bersahaja dan indah,
Kata yang pantas untuknya,
Bukti kebaikan peribadinya,
Wanita yang baik akhlaknya,
Kelembutan yang membuatnya mempunyai banyak teman,
Hijab yang membuatnya merasa aman,
Dialah WANITA HIGH CLASS.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


elmu  

Orang yang merendah diri, ilmunya lebih banyak
Para ulama dahulu pernah berpesan;

'Penuntut ilmu yang merendah diri akan lebih banyak mendapat ilmu seperti tanah yang lebih rendah akan lebih banyak dapat menampung air.'
Dan mereka juga berpesan agar jangan sombong dan angkuh kerana ;

'Ilmu itu adalah lawan bagi anak muda yang sombong sebagaimana aliran air yang mengalir tidak mungkin dapat naik mengalir ke tempat yang tinggi.'
Kesombongan dan angkuh itu tidak pernah menguntungkan.

Antara syair imam qawamuddin hamid bin ibrahim bin ismail assofar:

" orang yang hidup dalam ilmu,dia akan hidup kekal selepas mati walaupon tulang belulangnya sudah hancur dimamah bumi,sedangkan orang yang jahil itu ialah orang yang mati sedangkan dia berjalan  di atas muka bumi,dia sangka dia hidup tapi hakikatnya ia seorang yang mati..

Ditambah oleh Syeikh Jabir barangsiapa yg belajar sesuatu ilmu dan menipu dgn ilmu tersebut, Allah akan mencabut ilmu itu darinya, tetapi barangsiapa yg belajar ilmu dan membenarkan akan ilmu tersebut, maka nescaya Allah akan menambahkan padanya akan ilmu2 yg lain.💚

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


TUJUAN BERDOA  


Tujuan orang mukmin memohon doa kepada Allah SWT adalah untuk:

1. Mendapatkan rahmat dan rezeki daripada Allah ‘Azza wa Jalla.
2. Memastikan permintaan yang dihajati itu mendapat restu dari-Nya.
3. Mendekatkan diri kepada Illahi dengan menginsafi bahawa dirinya adalah ciptaan Allah Yang Maha Khaliq.

SYARAT DOA

Syarat-syarat berdoa bagi memastikan permohonannya diterima oleh Allah SWT adalah:

Berdoa perlu penuh dengan keyakinan dan harapan.

Doa mesti disertai dengan konsentrasi dan hati khusyuk.

Gunakan bahasa yang mudah dan suara lunak.

Berasa rendah dan hina diri, serta hadir di hati.

Tidak berdoa untuk perkara maksiat.

Tidak berdoa memutuskan silaturahim.

Jangan berdoa untuk perkara-perkara mustahil atau ditegah.

Jangan berdoa untuk keburukan diri sendiri atau orang lain.

Yakin doa itu didengar dan diperkenankan.

Doa hendaklah disertakan dengan kesabaran.

Tidak gopoh. Jangan mengharap pengabulan serta-merta.

Tidak menyalahkan Allah atau orang lain sekiranya doa masih tidak terkabul atau lambat dikabulkan.

DIPERKENANKAN DOA

Jangan cepat salahkan Allah jika doa tidak termakbul. Doa-doa atau ayat al-Quran yang dibaca bukanlah faktor utama kesembuhan atau kemakbulan doa, ia hanya merupakan kaedah-kaedah sebagai ikhtiar dengan tujuan untuk mendapatkan kemakbulan daripada Allah.

Sekiranya doa tersebut dikabulkan Allah dengan kadar segera, maka kita hendaklah bersyukur. Sebaliknya, hendaklah bersabar sekiranya doa yang dipohon lambat dikabulkan atau tidak dikabulkan sama sekali kerana Allah Maha Mengetahui rahsia terhadap qadak dan qadar ketentuan-Nya.

Doa yang dipohon ada kalanya diperkenankan ketika seseorang itu masih hidup dan ada doa yang diperkenankan, tetapi ditangguhkan di akhirat kelak.

Allah memperkenankan doa dalam tiga bentuk:

1.     Diperkenankan doa itu ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja yang dihajatkan.

2.     Doanya diperkenankan, tetapi hajat itu disimpan dan akan diberikan pada hari akhirat.

3.     Doa diperkenankan, tetapi bukan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan daripada keburukan dan bala bencana.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seseorang yang berdoa dengan sesuatu doa melainkan dikabulkan baginya, sama ada disegerakan baginya di dunia, dan ada kalanya ditangguhkan baginya di akhirat, dan ada kalanya baginya akan dihapus dosa-dosanya dengan kadar apa yang dia berdoa, selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu dosa atau memutus hubungan keluarga atau tergesa-gesa seraya mengatakan: Aku berdoa wahai Tuhanku, maka bagaimana Dikau tidak mengabulkan kepadaku.”   (HR Ahmad dan Hakim)

HIKMAH BERDOA

Beristiqamah dalam berdoa dapat membentuk peribadi mulia.

Doa akan diterima jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka ini akan membentuk sifat sabar, jujur dan ikhlas hati.

Sebaik-baik hamba itu ialah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu amalan terus-menerus, sentiasa ingat kepada Allah ketika senang dan susah, bukan hanya ketika susah dan melupakan-Nya ketika senang.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*Satu Kisah Wanita Berpurdah Hitam*  


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. 

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi. 

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. 

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. 

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. 

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya." Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.


 "Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir. "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasabersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahaminya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. 

"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah mendapatiku. Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana. 

CINTA : Semoga kisah ini menjadi teladan untuk kita contohi.InshaAllah

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SEBERAT-BERAT JAGA AURAT, BERAT LAGI JAGA IKHTILAT  


Allahuakbar! Bila sebut tentang Ikhtilat masih ramai yang gagal, masih ramai yang leka dan masih ramai yang ambil ringan. Malah muslimah yang bertudung labuh dan berjubah hitam masih gagal dalam hal ini. Berapa ramai pelajar sekolah Agama yang couple. Berapa ramai pelajar sekolah pondok malah tahfiz sekali pon ada pasangan haramnya masing-masing. Ikhtilat ntah ke mane jee. Allahuakbar!

''Ada seorang sahabat aku pakai purdah tapi still couple, still mesej dengan ajnabi.'' Sedarlah sahabat, kau sedang bawa imej muslimah yang sebenar, kau menjadi contoh kepada yang lainnya. Jangan disebabkan kita tidak menjaga Ikhtilat dengan betul jatuh maruah muslimah itu. 

''Ada seorang sahabat aku baru berhijrah, solat mula tidak tinggal, baru pakai pakaian longgar tudung ikut syariat dan stokin sudah tidak lekang dari kaki. Alhamdulillah. Tapi dia still tak boleh berhijrah pasal Ikhtilat. Masih sembang kosong dengan ajnabi, bermesej-mesej, bertepuk tampar''. Allahuakbar! Kalau kau betul-betul mahu berhijrah kau kena korban zaman jahiliah kau, kau kena tinggal benda-benda maksiat yang dulu kau anggap biasa. 

Bila kita buat sesuatu cuba fikir. Adakah Allah redha dengan apa yang aku buat ni? Adakah ia menjadi contoh terbaik untuk sahabat kita yang lain? Yaa mungkin susah untuk kita ubah perkara ini. Tapi sampai bila kita mahu perkara ini menjatuhkan maruah seorang muslimah.

Doalah agar hati kita terus dipelihara daripada perkara maksiat. Sahabat, moga kita terus mencapai redha Allah dan terus Istiqomah dalam perjalanan menuju Jannah ini

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


#SURGA_SEORANG_WANITA 🌠.  

♡Bismillahirrohmaan Nirrohiim ♡

🌋 #Surga_seorang_wanita  adalah ketika dia menjadi seorang hamba, selalu dapat menjaga diri dan taqwanya.
Berhijab, bersikap dan beribadah sesuai tuntunan Allah dan teladan Rasululloh.
Selalu percaya bahwa Allah menyaksikan segala perbuatannya.

🌋  #Surga_seorang_wanita adalah ketika dia menjadi seorang anak, selalu patuh dan taat kepada orang tuanya.
Selalu meminta ampunan Alloh untuk Abi Uminya.

🌋  #Surga_seorang_wanita adalah ketika dia menjadi saudara, dapat menjadi teladan dalam hal agama dan sikap.
Selalu mencontohkan yang baik bagi kakak adiknya.

🌋  #Surga_seorang_wanita adalah ketika dia menjadi seorang sahabat, dapat membuat tentram sahabat-sahabatnya dan senantiasa mengingatkan mereka kepada kebaikan.
Selalu memberikan sedekah terbaik, senyuman tulus yang bersumber dari dalam hatinya.

🌋  #Surga_seorang_wanita adalah ketika dia menjadi seorang istri, ikhlas menerima nafkah dan kebaikan dari suami sebagai sebuah karunia.
Selalu mendoakan agar suami mendapatkan nafkah halal untuk diri dan anak-anaknya.

🌋  #Surga_seorang_wanita  adalah ketika dia menjadi seorang ibu, menjadi madrasah pertama dan sahabat termulia untuk anak-anaknya.
Selalu lembut sikap dan perilakunya agar buah hatinya tumbuh dalam iman yang kokoh kepada Rabbnya.

Wanita adalah tumpuan peradaban dunia.
Dia adalah puncak dari semua.

Sahabat muslimahku,,
#Tirulah kesucian #MARYAM,
#Contohlah ketaqwaan #KHADIJAH,
#Copylah kecerdasan #AISYAH,
#Ambillah kemurahan hati #FATIMAH,
dan #Terapkanlah kesabaran #ASIAH.

#Semoga semua wanita yang membaca tulisan ini adalah wanita ahli surga,
#Wanita yang dirindukan surga,
#Wanita yang dicemburui bidadari surga.
Apapun peranannya kini, #Wanita adalah pembawa cahaya bagi sekitarnya.

♡ Aamiin Allahumma Aamiin.. ♡

♡ Semoga Bermanfaat.. ♡

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Akibat Durhaka Kepada Suami  



♡  Pertanyaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ustadz, ana mau bertanya : 
Apa kah seorang istri yang baik dan berbakti sama orang tuanya, baik juga dengan saudaranya dan tetapi ia suka kasar sama suami dan suka melawan bersuara besar sama suami.  
Pertanyaan nya apakah seorang istri seperti ini akan masuk surga?  Syukran, jazakallahu khairan.

♡  Jawaban

وعليكمُ السّلام ُورحمةُ اللـّهِ وبركاته

★★  Jika seorang istri meninggikan suaranya kepada suami, tidak menjawab ketika dipanggil, tidak segera melaksanakan perintahnya ketika diperintah, tidak patuh ketika dipanggil, tidak memenuhi keinginannya ketika diajak, serta menggunakan kata-kata kasar, culas dan berani kepada suaminya; maka ini merupakan indikasi, bahwa wanita tersebut TELAH NUSYUZ (durhaka) kepada suaminya.

➡  Nusyuz wanita pada suami adalah HARAM !!!

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

★★  “Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. 
Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” 
(QS. An Nisa’: 34)

➡  Hak suami berada di atas hak siapapun manusia termasuk hak kedua orang tua. 
💯Hak suami bahkan harus didahulukan oleh seorang istri daripada ibadah-ibadah yang bersifat sunnah. 

➡  Suami adalah surga atau neraka bagi seorang istri. Keridhaan suami menjadi keridhaan Allah.
Kedurhakaan kepada suami sebab masuk Neraka.

Suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda bahwa beliau melihat wanita adalah penghuni neraka terbanyak. 

Seorang wanita pun bertanya kepada beliau mengapa demikian? 

★★ Rasulullah pun menjawab bahwa di antaranya karena wanita banyak yang durhaka kepada suaminya. 
(HR Bukhari Muslim).

Wallahu a'lam.

AZAB BAGi WANITA
.
Merinding bacanya,

"Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya
.
Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya tuli dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. *Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. *Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan,
Sahabat ku Aamiinkan Doa nya,

Allahumma ya Allah,,Ampuni dosa dosa ke orang tua kami,,dan ampuni dosa dosa wanita"muslimah yg hadir di sini
Dan Ya Allah jadikanlah kami wanita "yg sholehah yg selalu taat pada pada perintahMu,dan taat pada suami,,

Allahumma ya ALLAH tanamkan di hati kami perasaan selalu rindu kepada-Mu, ingatkanlah selalu kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hamba tidak tertipu dengan kesenangan dunia sesaat ini, ya ALLAH, ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah agar tetap dijalan-Mu sampai akhir hayat nanti.,,.. Aamiin ya Rabbal'alamin

Barokalla,hu alaikum wa ahlikum....

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


FAKTA PELAJAR UNIVERSITI PERLU TAHU  


Tahukah anda bahawa :

1. Seseorang pelajar boleh habiskan hampir satu juz Al-Quran sementara menunggu bas atau semasa perjalanan dalam bas ke kuliah daripada termenung sambil stress menunggu bas datang?

2. Seseorang pelajar boleh cari kelapangan rezekinya dengan menunaikan solat Dhuha 2 rakaat sementara menunggu lecturer masuk daripada main game candy crush?

3. Seseorang pelajar dapat pahala berganda dengan hanya 100x kali istighfar semasa naik tangga hingga aras 4 kolej daripada bergosip bercerita hal kawan?

4. Seseorang pelajar boleh habiskan mathurat pagi sementara menunggu waktu rehat habis daripada habiskan waktu dengan mendengar lagu lagha?

5. Seseorang pelajar perempuan juga boleh jimatkan masa untuk solat di surau kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna tanpa menggunakan telekung?

6. Seseorang pelajar dapat elakkan pembaziran wang setiap hari dengan minum air kosong dalam botol air?

7. Seorang pelajar dapat habiskan 33x kali zikir dalam perjalanan ke kuliah?

8. Seorang pelajar dapat lepaskan stress assignment dengan turun solat berjemaah di surau?

9. Seseorang pelajar dapat siapkan assignment dalam masa yang ditetapkan bila tidak habiskan masa dating dengan pakwe/makwe je...?

10. Seseorang pelajar dapat fasih english bila selalu praktikkan dalam kehidupan seharian tanpa menghiraukan pandangan orang?

Dan banyak lagi fakta bermanfaat yang pelajar universiti perlu tahu.

Rasulullah SAW bersabda:

_“Dua nikmat yang sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa yang terluang.” (HR Bukhari)_

Peringatan Rasulullah SAW ada benarnya. Keperluan kita dalam mengurus masa dengan bijak amatlah penting. Masakan tidak, Iman Hasan Al Banna ada menyebut:
“Kewajipan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan lebih banyak dari masa yang kita miliki.”

Siapakah seseorang pelajar itu?
InshaAllah, andalah insan bertuah itu. 
Aminn..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sebuah Peringatan  


Rugilah....
Rugilah pada hati-hati yang sombong
Yang enggan menyahut seruan kebenaran
Yang enggan menerima peringatan-peringatan
Kerana melihat kelebihan diri dan tertipu oleh godaan nafsu kebendaan dan keduniaan

Teruskanlah langkah sumbangmu itu
Kerana engkau merasa betul segala kekeliruanmu 
Dan segala kata nasihat itu tak beerti buatmu 
Kerana kesibukanmu untuk mengukir nama di awan-awan agar dilihat orang-orang
Dan kegigihanmu untuk mendaki tangga kemegahan supaya mendapat sanjungan puji-pujian
Kerana engkau percaya hanya dengan harta kekayaan itulah puncak kebahagiaan

Tuhan....agama....hanyalah sampingan jika ada waktu terluang...
Engkau sendiri pun tiadak begitu arif tentang agama...tentang Tuhan...hanya ikut-ikutan dalam kepura-puraan supaya tak diperkecilkan oleh orang-orang

Berjaga-jagalah....
Berjaga-jagalah....wahai orang lupa
Kebutaanmu itu akan menjerutmu suatu ketika
Dan engkau pasti tak bisa meleraikan jerutan malang itu
Saatnya tetap akan tiba walau segunung emas milikmu tak akan bisa menebus untuk melewatkan walau sedetik masa kepulangan
Dan kedatangannya tak akan tertunda walau sesaat bersama rantai dan cembukannya buat melumatkan mimpi dan angan semu mu itu

Kalau engkau masih tiada percaya juga...apa lagi yang bisa dikatakan
Hanya tunggulah saja saat dan ketikanya
Dalam sekelip mata engkau akan kehilangan segala-galanya
Dan disaat itu tiada lagi berguna sesalan kerana pintu keampunan telah tertutup buatmu selama-lamanya.

Ambillah peringatan.....

Salam sang fakir
Amir Debut AG Alamaya

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


*FENOMENA SAAT* INI YANG PERLU DIRENUNGKAN...  


》 *Rumah* semakin  besar, tapi *keluarga semakin kecil*.

》 *Pangkat* semakin tinggi, tapi *akal sihat* semakin rendah

》 *Pengubatan* semakin canggih, tapi *penyakit* semakin banyak.

》 *Travelling* keliling dunia, tapi *tidak kenal* dengan jiran sendiri.

》 *Pendapatan* semakin meningkat, tapi *ketenteraman jiwa* semakin berkurang.

》 *Kualiti Ilmu* semakin  tinggi, tapi *kualiti emosi* semakin rendah.

》*Jumlah Manusia* semakin ramai, tapi rasa *kemanusiaan* semakin menipis.

》 *Pengetahuan* semakin bagus, tapi *kearifan* semakin berkurang.

》 *Teman* di dunia maya ramai, tapi tidak punya SAHABAT sejati.

》 *Minuman* semakin banyak jenis, tapi air bersih semakin berkurang jumlah.

》Pakai *jam tangan* mahal, tapi *tak pernah tepati* waktu.

》 *Ilmu* semakin tersebar, tapi *sikap beradab* semakin lenyap

》 *Belajar*  semakin mudah, tapi *guru semakin tidak dihargai*.
 
》 *Teknologi Informasi* semakin  canggih, tapi
*fitnah & aib* semakin tersebar.

Sama-sama kita renungkan. Mudah2an kita tidak tergolong dan berusaha untuk *tidak tergolong*  dalam salah satu kategori di atas.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Darah...  


Berikut fakta mengagumkan tentang darah kita....

1). Apabila Gelas diisi air putih, dititiskan darah segar (manusia), maka air berubah menjadi merah kerana darah bercampur rata tanpa diaduk. 

● Kesimpulan:

Air putih itu sangat baik untuk tubuh/darah kita.

2). Gelas diisi air garam, dititiskan darah segar, diaduk. Tetap tidak tercampur dengan baik/ tidak rata, terlihat darah menggumpal kecil-kecil dan kental.

● Kesimpulan:

Terlalu banyak makan garam, darah jadi kental, menyebabkan penyumbatan pada pembuluh darah, jantung harus bekerja lebih keras mengepam, boleh mengakibatkan darah tinggi dan stroke.

3). Gelas diisi minyak, dititiskan darah. Tidak mau bercampur dan menggumpal besar.

● Kesimpulan:

Terlalu banyak makan makanan berminyak tidak baik, kolestrol menyumbat pembuluh darah yg mengalir ke jantung, menyebabkan penyakit jantung yang meninggikan risiko kematian kerana boleh tiba2 sesak nafas dan tidak dapat dibantu.

4). Gelas diisi alkohol, dititiskan darah. Terus bercampur, tapi lama2 darah berubah warna menjadi coklat, bererti darah menjadi rosak.

Mari kita sampaikan perkara yg baik walaupun satu ayat, semoga bermanfaat untuk kesihatan tubuh dengan menjaga pola makanan setiap hari.

Jagalah kesihatan anda...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rencah  

Salam subuh. semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua dan dilimpahi hidayat dan kasih.sayang Allah.Semoga ukhwah berpanjangan.

MASAKAN menjadi SEDAP kerana DI MASUKKAN rencah-rencah yang "di pilih" oleh CHEF yang memasaknya.

Begitupun sebuah kehidupan  menjadi INDAH kerana MASUKNYA orang orangnya yang ALLAH "izinkan" dalam kehidupan seseorang.

Ada yang MASUK seperti KUNYIT, walau penampilannya buruk, tapi sanggup memberi "WARNA INDAH" yang sukar di lupakan.

Ada yang MASUK seperti BAWANG MERAH yang semakin lama bersamanya, semakin banyak "AIR MATA" yang tertumpah.

Ada yang MASUK seperti LADA, walau nampak kecil halus, tapi memberi "KEHANGATAN".

Ada juga yg MASUK seperti CILI, yang "menipu" dengan warnanya yang menarik tapi membuat "KERINGAT" bercucuran.

Sahabatku..
Jaga dan  jangan sia siakan mereka yang MASUK memberi KEBAIKAN dalam hidupmu.

Serta SYUKURILAH & JANGANLAH MEMBENCI mereka yang MASUK "menyakiti" hidupmu, kerana merekapun juga "berperanan" MEMBENTUK peribadimu.

SEMUANYA ITU, ALLAH izinkan "MASUK" untuk MERUBAH segala yg "tidak baik" yg ada dalam peribadimu, untuk kemudian MENJADI BAIK.💚

📝 "Kita patut bersyukur kerana datangnya seseorang dalam hidup kita dan pergi membawa pengalaman yang bermakna bagi kita"❤️

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.* *Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.*  


```Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis ..... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

 Assalamualaikum.... 

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa. 
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan 

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk    ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.```

Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..
۞  آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ ۞

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Peringatan  

''Sesiapa yang merasa mulia dengan jawatan,
Ingatlah bagaimana FIRAUN.

Siapa yang merasa mulia dengan kekayaan,
Ingatlah kesudahan QARUN.

Siapa yang merasa mulia dengan keturunannya,
Ingatlah kesudahan ABU LAHAB.

Sesungguhnya kemuliaan itu hanya milik ALLAH SWT.''

 Perhitungan akhirat amat berat kita akan hadapi nanti. Ia merupakan mahkamah yang paling adil dan tidak dipengaruhi oleh tangan manusia. Merit amal yang menjadi pertaruhan. Beruntunglah mereka yang berat timbangan amal kebaikan. Rugilah mereka yang berat amal kejahatan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama.  



💞 *Imam Syafie*

Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

💞 *Imam Hanafi*

Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

💞 *Imam Maliki*

Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

💞 *Imam Hambali*

Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

💞 *Sufyan Ath-Thauri*

Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

💞 *Said bin Jubair*

Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

💞 *Abu Yazid Al Bustami*

Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

💞 *Abul Husin An Nuri*

Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

💞 *Imam Nawawi*

Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Semoga Allah SWT merahmati roh mereka.

www.biocottage.com.my

Wallahhua'lam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Peringatan  

cubelah bace mesej ni dengan hati yang ikhlas 😔

 5:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:30 am, hari *masih gelap*.

Maybe kita anggap hari nak *hujan*, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 10:00am, sudah time nak pergi breakfast. 

Keluar pintu ofis, suasana *masih gelap, hitam pekat macam malam*..mungkin masih boleh dianggap hari nak *hujan* lagi. So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari *masih gelap*..apakah *petanda* itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang *kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya*..dan begitu juga dengan lusa..masih *tiada lagi matahari*..

Tetapi pada *hari keempat* kita bangun pagi, kita dapat *melihat matahari* tetapi jangan terkejut kerana matahari telah *terbit dari sebelah barat*..
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah *petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!*
Maka telah *tertutuplah pintu taubat* yang bertaubat tapi *Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat*

Saat itu, kita akan lihat satu *fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah.* .tapi sayangnya segalanya sudah *tidak berguna lagi*

 Bismillahirrahmanirrahim.
 😒   Kenapa kita *tidur* time *Allah memanggil?* Tapi kita *sanggup tahan* mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

 😣   Kenapa kita *bosan saat baca al-qur'an?* Melainkan kita *lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?*

 😔   Kenapa kita *senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?*

 😢   Kenapa *masjid semakin kecil?* Tapi bar dan club? semakin besar?

 😖   Kenapa kita *lebih sangat senang memuji ARTIS?* Tapi sangat *susah* untuk menemui *ALLAH?* Pikirkan itu    
      😏   Apakah anda akan *menforward* pesanan ini?

 😞   Apakah anda akan *mengabaikan* pesanan ini kerana takut ditertawakan dengan rakan yang lain? Allah Berkata: *"Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman..."*

 1. Biarkan didalam whatsapp  anda tanpa bermanfaat untuk org lain.

 2. Anda sebarkan pada semua kenalan anda. . Rasulullah SAW bersabda, *"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala  😊*  
-renungkanlah..

Bacalah mesti seronok 
*KIAMAT* menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - *Kemunculan Imam Mahdi*
          - *Kemunculan Dajjal*
          - *Turunnya Nabi Isa (AS)*
          - *Kemunculan Yakjuj dan Makjuj*
          - *Terbitnya matahari dari Barat ke Timur*
          - *Pintu pengampunan akan ditutup*
          - *Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya*
          - *Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya*
          - *Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan*
          - *Pemusnahan/runtuhnya Kabah*
          - *Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap*
          - *Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan*
          - *Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali*
          
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          *"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"*
          
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x....knapa begini..?
          
          Bukankah Allah berfirman :*"jika engkau lebih mengejar *duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka* *Aku berikan,* tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
          
 Wallahu a'lam..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


sikap orang success  


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Dunia mengajar kamu!  



Al-Kisah...

Satu hari, seorang guru sekolah menulis di papan hitam:

9 × 1 = 7
9 × 2 = 18
9 × 3 = 27
9 × 4 = 36
9 × 5 = 45
9 × 6 = 54
9 × 7 = 63
9 × 8 = 72
9 × 9 = 81
9 × 10 = 90

Apabila dia telah selesai, dia memandang kepada pelajarnya, dan mereka semua ketawa pada beliau kerana jawapan yang pertama itu yang merupakan jawapan yang salah.

Kemudian guru itu berkata, 

"Saya menulis jawapan pertama itu salah dengan sengaja kerana saya mahu anda untuk BELAJAR sesuatu yang penting. 

Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa bagaimana dunia di luar sana akan melayan anda.

Anda boleh lihat yang saya tulis dengan tepat sekali untuk 9 jawapan-jawapan yang lain, tetapi tiada seorang pun yang mengucapkan tahniah ataupun terima kasih kepada saya untuk itu!

Anda semua ketawa dan mengkritik saya kerana satu perkara salah yang saya lakukan.

Jadikan ini suatu pelajaran.

Dunia adakalanya tidak langsung melihat kebaikan yang kamu buat walaupun sejuta kali, tetapi akan mengkritik kamu jika hanya sekali sahaja kesilapan yang kamu lakukan."

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Dalam Islam tak boleh kaya??  


Oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob

Breakfast tadi, isteri bertanya 'bang, betul ke dlm islam tak digalakkan jd kaya?'

'Mana mama tahu?'

'Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je'

Saya bilang 'Jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yg narrow dan SELFISH'.

SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dgn kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan sj'.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang2 sj. Useless for islam.

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.

Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga. 

Mungkin ada bertanya lagi 'klu kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sbb banyak yg dihisab?'

Sekali lagi sy jelaskan 'jgn kaya dgn mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tp klu kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kpd org lain'.

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai dgnnya.

Bagi mereka yg tiap2 hari berusaha & berdoa utk kaya, saya sarankan masukkan sekali dlm doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin.'

Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Budak paling bodoh dalam dunia!  



Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Abon yang bermain di depan kedainya sambil berkata.
Mamak : “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu, dia adalah budak yang paling bodoh di dunia”

✿PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”
✿MAMAK : “Awak tgk ni..”sambil memanggil Abon datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Abon. satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Abon “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Abon mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

✿MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata!!! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh2 kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!!!”
Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Abon.

✿SUMARDI : “Abon pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

✿ABON: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”
SUMARDI: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”

Moral Of the story: 😨😨
1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

#credittoBro Amad Mj

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


nasihat iman  


Menguruskan orang yang mati lebih senang daripada menguruskan hati yang mati. Orang yang mati dimandikan, dikafankan, disolatkan lalu dikuburkan. Tapi hati yang mati hendak dimandikan, akalnya ada; hendak dikafankan, jasad bernyawa; hendak disolatkan, masih bermaya & hendak dikuburkan, nafasnya ada...

Orang yang mati meninggalkan kenangan. Hati yang mati meninggalkan palitan dosa. Usah takut dengan orang yang mati, tetapi takutlah apabila hati yang mati. Berhati-hatilah dengan hati yang mati. Hidupkan kembali hati yang mati dengan dekatkan diri kepada Allah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sabar  

MENCARI BAHAGIA MELALUI SABAR

Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan tenang dan hati kita akan rasa bahagia. Kita yakin apa yang berlaku adalah ujian dan Allah swt mengetahui apa yang terbaik untuk kita Kebahagian kita boleh perolehi apabila kita bersabar dan menghadapan berbagai masalah dalam kehidupan.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له وإن أصابته ضراء صبر وكان خيرا له وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن.

Maksudnya; Sungguh menghairankan urusan orang beriman, Semua urusanya baik, apabila mendapat nikmat kesenengan, ia bersyukur, maka baiklah baginya dan apabila ditimpa kesusahan, ia bersabar maka baik jugalah baginya. Dan sifat tersebut tidak ada melainkan bagi orang yang beriman.

Sabar adalah sifat mahmudah yang amat penting dalam kehidupan manusia. Sabar membawa kepada kebahagian, sabar akan membawa kepada ketenangan dan sabar membawa redha Allah s.w.t. Apabila seseorang mencapai redha Allah s.w.t maka itulah hakikat kebahagian yang hakiki.

Sifat sabar banyak mempengaruhi kehidupan manusia yang membawa kepada kebaikan sebaliknya orang yang tidak mempunyai sifat sabar akan melakukan perkara-perkara yang boleh memudharatkan dan menyusahkan orang lain. Apabila kita mampu mengawal hati kita dan sematkan sifat sabar didalamnya insyaallah ketenangan dan kebahagian dapat kita rasai.

Banyak tempat Allah s.w.t menyebutkan sifat sabar dalam al-Quran antaranya ialah;
Firman Allah swt;

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Maksudnya; Dan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah:155).

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya; Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.: Dan Allah sayng kepada orang-orang yang sabar.( Ali Imran :200)

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya; Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.(al-Zumar:10)

Sabda Rasulullah s.a.w.

واعلم أن النصر مع الصبر

Maksudnya; Dan ketahuilah sesungguhnya kemenangan dan kejayaan itu bersama orang yang sabar.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berkata;

إذا ابتليت عبدي بحبيبتيه ثم صبر عوضته منهما الجنة

Maksudnya; Apabila Aku menguji hambaku dengan kehilangan dua orang yang disayangi lalu ia bersabar nescaya aku gantikan keduanya dengan syurga.

Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:

1⃣ Bersabar dalam mengerjakan segala perintah Allah
2⃣ Bersabar dalam meninggalkan segala larangan Allah
3⃣Bersabar dalam menghadapi ujian kesusahan dan kepayahan.

Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Dengan sikap dan perasaan seperti ini seseorang dengan sifat sabar akan merasa tenang dan bahagia seterusnya kehidupnnya dalam keadaan yang bahagia walaupun apa yang di hajati tidak kesampaian atau kehilangan sesuatu yang disayangi.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Apa milik kita?  

_*Apakah Kepunyaan Kita Wahai Sahabat ..*_

*_Lahirmu :_*
_Dilahirkan oleh orang lain._

*_Namamu :_*
_Dinamakan oleh orang lain._

*_Pelajaranmu :_*
_Diajar oleh orang lain._

*_Pendapatanmu :_*
_Diberikan oleh orang lain._

*_Hormat :_*
_Diberi oleh orang lain._

*_Mandian pertama dan terakhir :_*
_Dimandikan oleh orang lain._

*_Selepas mati :_*
_Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain._

*_Pengkebumianmu :_*
_Dibuat oleh orang lain._

*_Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita .._*

_Begitulah Kita Semua .._ 
*_Fikir2kanlah .._*

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rambut Rumaisa'  



Alhamdulillah. Dah timbang berat rambut Rumaisa' Di kedai emas Rembau.
Berat 1.9 Gram. darab dengan Harga semasa emas. RM 180. so, jadilah RM 342. 
Dah settle beri kepada Ummi utk di serah kpd rumah amal. kebajikan buat Anak yatim dan fakir miskin.

Moga Allah redha. Moga Rumaisa' menjadi hamba Allah yg mulia, rajin beribadah dan berbuat amal jariah. saham buat Umi ayah di barzakh dan akhirat yg kekal abadi.

amin

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID  


"Kalau kakimu tidak membawamu kemasjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster