Dr Afif Test Drive  

Assalam. Bersama dua pupu. ke Bangsar. dr Afif. Test drive Merc. Nk gi register Syarikat beliau dgn I synergy Holding Berhad! Tahniah!








Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Majlis Maulid Nabi dan Marhaban Rumaisa'  















Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Bersama Pengarah-pengarah Muda Syarikat  



Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


In shaa Allah  

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Raya bersama Rakan Niaga  

BRSKL, hari raya dan penyampaian duit raya oleh syarikat2 terpilih๐Ÿ‘






Alhamdulillah




Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rezeki  

Rezeki dalam hidup kita lain2.

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.

Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.

Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang2 kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, In Sha Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Hati AlQuran di sini...  








Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Otw Balik  

otw blik Rembau jam 1 pagi semalam ada roadblock...


2 kali. Di TTJ satu dan di Pedas satu. ada apa2kah?

Sampai rumah dalam pkul 1.40. Alhmdulillah.. x ngantuk. sempat rakam satu lagu. Anak Pejuang๐Ÿ˜‰





Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Zaman persekolahan....  




Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


ke Ofis Dataran Kemuning  




malam ini ambil momentum semula๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ





Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


bermain chess  

Isi masa lapang lps blik skolah... lawan org yg pernah dpt no4 di N9...๐Ÿ˜„





Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pantang orang bersalin  












Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Qailullah  

*Soalan* : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? 

*JAWAPANNYA*:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. 

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. 

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti ada kejayaan.

*Siapa baca sampai habis untung :)*

*Kalau share lagi untung*
 Pahala berterusan seperti sungai, siapa tak nak :)
___________
*Nabi SAW bersabda*:
"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
************
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:

              [U]ููˆุงุฆุฏุงู„ู‚ูŠู„ูˆู„ู‡          ุงู„ุตุญูŠุญุฉ[/u] 

ู‚ุงู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: (ู‚ูŠู„ูˆุง ูุฅู† ุงู„ุดูŠุงุทูŠู† ู„ุง ุชู‚ูŠู„
ู‚ุงู„ ุงู„ุฌูˆู‡ุฑูŠ:ู‡ูŠ ุงู„ู†ูˆู… ููŠ ุงู„ุธู‡ูŠุฑุฉ ูˆุงู„ู…ุนุฑูˆู ุฃู†ู‡ ู…ู† ุดุฑูˆุทู‡ุง ุฃู† ุชูƒูˆู…ู† ู‚ุตูŠุฑุฉ.
ูˆู‚ุฏ ุฃุชู‰ ุงู„ุนู„ู… ุงู„ุญุฏูŠุซ ู„ูŠุคูƒุฏ ููˆุงุฆุฏ ุงู„ู‚ูŠู„ูˆู„ุฉ ููŠ ุฒูŠุงุฏุฉ ุฅู†ุชุงุฌูŠุฉ ุงู„ูุฑุฏ،ูˆูŠุญุณู† ู‚ุฏุฑุชู‡ ุนู„ู‰ ู…ุชุงุจุนุฉ ู†ุดุงุทู‡ ุงู„ูŠูˆู…ูŠ.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

*Apa itu Qailulah ?*
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

*Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?*
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor 

***********
*Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A'ilulah ?*

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pedoman Hari Raya  


Hari Raya dalam bahasa Arab sebenarnya bukanlah hari untuk kita berpoya-poya, bukanlah hari untuk kita membuat dosa ataupun hari untuk melepaskan dendam yang mana selama 1 bulan kita telah mengekang nafsu kita dengan siang hari berpuasa, malam hari sedikit sebanyak kita melakukan ibadah selain dari yang fardhu dapat melakukan sembahyang sunat tarawih.


Yang sebenarnya pada hari ini, pada pagi ini yang kita sama-sama masih dihidupkan oleh Allah SWT, hari raya ini adalah hari kita bersyukur dan hari bertafakur. Atau dengan kata-kata lain hari berterima kasih kepada Allah dan hari berfikir. Hari bersyukur yang kita maksudkan ialah oleh kerana selama satu bulan Ramadhan, kita telah dapat berpuasa dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Pada malam hari pula selain dapat bersembahyang fardhu kita dapat juga bersembahyang sunat tarawih dan sedikit sebanyak dapat membaca Al Quranul Karim, kitab suci dari Allah kepada kita. Jadi patut sekali kita sama-sama sambut hari ini dengan bersyukur kepada Allah. Sebab itu sebagai tanda kita bersyukur, kita telah sama-sama bertakbir, kita telah sama-sama bersembahyang sunat Aidilfitri, dengan kita panjatkan doa kepada Allah supaya beri keselamatan di dunia dan di akhirat. Dan kita sambung pula dengan khutbah sebagai ingatan pada saya dan pada saudara saudari semuanya. Moga-moga ingatan ini memberi menafaat kepada kita. Firman Allah: Sesungguhnya peringatan itu bermanafaat kepada orang-orang beriman.(Adz Dzaariyat: 55)

Inilah yang dimaksudkan hati ini hari bersyukur bukan hari berpoya-poya, bukan hari untuk membuat dosa, bukan hari untuk kita lepaskan dendam selama 1 bulan yang kita mengekang nafsu kita. Seolah-olah hari ini kita nak bayar qadha’, nak bayar dendam.

Tafakur dan berfikir yang dimaksudkan ini ialah kita berpuasa dan pada malamnya disamping melakukan sembahyang fardu seperti biasa kita tambahkan lagi dengan sembahyang sunat tarawih, dengan zikir dan wirid, selawat dan membaca Al Quranul Karim serta ibadah-ibadah lain. Kita disuruh berzikir pada pagi ini apakah kita puasa selama 1 bulan itu telah diterima?

Apakah ibadah yang kita lakukan siang dan malam selama 1 bulan Ramadhan telah mendapat keredhaan Allah? Apakah kita telah mendapat keampunan dari Allah SWT? Apakah ibadah selama 1 bulan siang dan malam itu, kita telah dapat menundukkan hawa nafsu untuk mentaati perintah Allah dan Rasul? Apakah ibadah 1 bulan itu benar-benar nafsu kita telah bersih sehingga tidak ada lagi sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat terkeji? Apakah ibadah yang telah kita lakukan 1 bulan Ramadhan itu memperteguhkan iman kita, menambahkan iman kita lagi atau berlaku sebaliknya?

Sebab itulah dikatakan hari raya pada hari ini atau pada pagi ini patut sama-sama kita laksanakan dengan tujuan untuk bersyukur pada Allah SWT. Dengan tujuan bertafakur dan berfikir tentang ibadah-ibadah yang sudah kita lakukan. Apakah Allah terima atau sebaliknya? Apakah ibadah kita menambahkan kebaikan pada diri kita atau sebaliknya?

Sebulan Ramadan yang sudah kita telah melakukan mujahadahtunnafsi. Selama satu bulan juga kita berlatih membaca Al Quran sama ada kita membacanya secara bertadarus ataupun berseorangan, sama ada kita telah dapat khatam atau tidak namun sedikit sebanyak kita telah membaca Al Quranul Karim. Selama satu bulan Ramadhan juga kita telah dapat menambahkan amal bakti kita lebih dari bulan-bulan yang lain. Setidak-tidaknya di bulan Ramadan ini kita tambah dengan ibadah solat Tarawih. Tiga perkara ini yang Allah perintahkan pada kita buat dalam bulan Ramadhan itu sebenamya ada mengandungi erti dan hikmahnya. Di sini ada mengandungi pengajaran untuk kita, untuk kebaikan kita, untuk keselamatan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Di bulan Ramadan kita di suruh melakukan mujahadatunnafsi ataupun riadhatunnafsi, setidak-tidaknya pada siang harinya kita berpuasa, tidak makan dan tidak minum dan tidak melakukan persetubuhan di antara suami isteri. Ini dengan tujuan untuk membersihkan nafsu kita ataupun hendak menundukkan nafsu kita supaya nafsu tidak ada lagi sifat bakhil, sifat tamak, sifat ego atau kibir ataupun sifat keakuan. Sifat-sifat ini sangat membahayakan manusia. la boleh menjadikan manusia bertelagah, bergeser dan berperang di antara satu sama lain.

Dengan melakukan mujahadunnafsi itu juga, kita dapat memiliki sifat kasih sayang, sifat muhibbah di antara satu sama lain, sifat timbang rasa, sifat pemurah, rasa kehambaan yang mana kita adalah maha lemah, yang perlu menyerah diri kepada yang Maha Besar, yang Maha Gagah, yang Maha Tahu tentang diri kita, yang Maha Tahu tentang suratan kita di dunia dan di akhirat iaitu Allah, khaliq kita. Allah yang menciptakan kita, menghidupkan kita. Dengan berlapar kita dapat rasa kita lemah. Terasa oleh kita Allah itu Maha Besar, Maha Gagah tentu sekali ketika itu kita rasa ingin bersandar, menyerah diri pada Allah – pencipta yang menjadikan kita, yang tahu tentang lahir dan batin kita. Ini tujuan mujahadatunnafsi. Ini tujuan kita melakukan riadatunnafsi.

Di bulan Ramadan juga sudah katakan tadi, kita diperintahkan melakukan ibadah fardhu dan sunat. Bahkan ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadan lebih dari bulan lain. Setidak-tidaknya seperti yang dikatakan tadi ada tambahnya yakni solat terawih Allah memerintahkan kita melakukan ibadah fardhu dan sunat bukan Allah yang ambil faedah daripadanya dan tidak pula dengannya akan menambahkan kebesaran Allah yang sedia besar, yang sedia agung. Kita beribadah padaNya siang dan malam, fardu dan sunat adalah dengan tujuan moga-moga dengan ibadah yang kita lakukan itu akan dapat melahirkan akhlak yang mulia. Akhlak mulia yang dihasilkan itulah yang dikatakan amal taqwa pada sisi Allah dan meupakan nilai manusia sesama manusia. Kerana akhlak yang mulia dan baik itu bukan saja Rasul menyenanginya, malah semua manusia akan suka, bukan saja manusia yang Islam, orang yang bukan Islam pun suka.

Jadi akhlak mulia itu disukai oleh Allah, disukai oleh Rasul dari seluruh manusia lelaki dan perempuan. Dengan lain perkataan akhlak yang mulia ibarat bunga. Bunga ini semua manusia senang dengannya. Tidak ada orang yang tidak suka pada bunga kecuali orang yang telah ditimpa sakit jiwa. Semua manusia senang hati dengan bunga sama ada lelaki atau perempuan, yang mukmin ataupun yang kafir. Oleh kerana manusia senang hati dengan bunga maka bunga mendapat tempat di mana-mana, bunga diletakkan di sekeliling rumah, di samping bunga diletakkan di atas meja. Jadi begitulah akhlak yang mulia dan budi pekerti yang baik itu merupakan bunga. la disenangi oleh seluruh manusia. Justeru itu akhlak yang mulia boleh membahagiakan orang lain. Boleh menjadikan hati orang lain senang dan juga boleh menjadikan hati seseorang itu senang. Jadi Allah perintahkan beribadah fardhu dan sunat moga-moga dengan ibadah itu, kalau dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya ia boleh melahirkan akhlak mulia yang merupakan harga di sisi Allah dan manusia. Apakah ibadah kita dalam sebulan Ramadan yang lepas, siang dan malam telah membuahkan akhlak yang mulia? Apakah ibadah kita sebulan yang lepas, siang dan malam telah membuahkan budi pekerti yang mulia, telah membuahkan sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat yang terpuji? Allah saja yang Maha Mengetahui dan diri kita masing-masing juga dapat menilai.

Allah perintahkan kita membaca Al Quran pada bulan Ramadhan sama ada siang mahupun malam, sama ada cara tadarus ataupun seorang diri adalah dengan tujuan bukan hanya untuk mengharapkan ganjaran pahala saja. Tetapi dengan tujuan (hasil daripada membaca kitab suci Al Quranul Karim yang Allah telah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kita) untuk membersihkan akal daripada perkara-perkara khurafat dan tahayul ideologi yang terlekat pada akal fikiran sama ada secara sedar atau tidak (hasil dari pengajian di sekolah sekular). Dengan kata-kata lain, kita membaca Al Quranul Karim dengan tujuan (selain untuk mengikis perkaraperkara khurafat dan bidaah) membersihkan akal fikiran kita daripada peraturan ciptaan manusia. Kalau zaman sekarang terkenal dengan faham sosialisma, faham komunisma, faham kapitalisma, entah apa ism-ism lagi yang banyak. Walaupun tidak diamalkan orang tetapi menjadi bahan bacaan manusia zaman sekarang, hingga menjadi fikiran mereka. Kerana itu ism-ism, ideologi dan peraturan manusia telah mendapat tempat di dunia hari ini. Maka inilah yang meracun masyarakat manusia. Inilah yang merosakkan akhlak manusia. Inilah yang menimbulkan krisis ekonomi, krisis rumahtangga dan lain-lain lagi. Krisis-krisis ini menjadikan manusia hidup dalam huru-hara dalam kesengsaraan, tidak ada perpaduan dan kasih sayang serta ukhwah. Bahkan sesetengahnya berperang di antara satu dengan lain, berperang di antara satu puak dengan puak yang lain, berperang di antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Akhirnya rosaklah masyarakat, rosaklah alam Tuhan.

Firman Allah: Lahirlah kerosakan di daratan dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia sendiri.(Ar Rum: 41)

Oleh kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri, akibatnya bukan Tuhan yang menderita tapi manusialah yang melarat. Ini neraka dunia, neraka yang sementara waktu, belum Allah timpakan neraka di akhirat yang lebih azab lagi, lebih gerun lagi, boleh jadi kekal abadi waliyauzubillah. Inilah tujuan Allah memerintahkan kita membaca Al Quranul Karim iaitu dengan tujuan untuk membuang khurafat yang ada dalam kepala kita. Hendaklah di buang syirik kahfi yang ada dalam kepala kita. Hendak dibuang fahaman-fahaman yang diciptakan oleh manusia untuk keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Sebaliknya hendak mengambil peraturan yang telah didatangkan oleh Allah SWT kepada RasulRasul A.S., dan peraturan yang akhir sekali dinamakan agama Islam itu, disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah bersabda maksudnya: Al Quran,adalah cahaya yang memerangi, peringatan (panduan) yang penuh hikmah, dan jalan yang lurus.(Riwayat Al Baihaqi)

Peraturan Al Quranlah yang paling lurus, yang paling tepat, yang menyelamatkan manusia dari dunia sampai akhirat. Tetapi peraturan-peraturan yang lain, yang merupakan ciptaan manusia yang apa namanya sekalipun walaupun mengamalkannya dengan tujuan yang baik, untuk mendamaikan, untuk perpaduan, untuk keharmonian umpamanya, namun tidak akan lahir kedamaian, keharmonian, keselamatan, kebaikan di atas muka bumi ini tetapi akan lahir kerosakkan, yang mana bukan Tuhan yang susah tapi manusia yang susah.

Jadi di sini fahamlah kita pada 1 bulan yang sudah, Allah perintahkan kita bermujahadatunnafsi atau riadhatunnafsi di samping kita diperintahkan membaca Al Quranul Karim baik secara perseorangan atau bertadarus, adalah dengan tujuan hendak membersihkan hati kita, dengan tujuan hendak membersihkan nafsu kita, dengan tujuan hendak membersihkan akal kita. Tetapi malangnya zaman sekarang siapa yang ikut Al Quran atau ikut Islam ia dikatakan mengikut jalan yang menyeleweng, yang karut, jalan sesat. Yang sebenarnya yang mengamalkan ism-ism selain dari ajaran Allah SWT itu yang dikatakan ajaran yang karut, ajaran yang salah, ajaran yang terseleweng dari Allah SWT.

Hari ini mari kita koreksi diri tentang apa yang kita alami masa sebulan yang sudah. Kita telah melakukan riadatunafsi pada bulan Ramadhan. Kita telah membaca Al Quran dalam bulan Ramadan. Adakah hasil kita beribadah kepada Allah? Adakah berhasil kita membaca Al Quranul Karim itu kita telah dapat membersihkan nafsu kita, telah dapat membersihkan hati kita, telah membersihkan akhlak kita? Dengan kata lain, telah dapatkah ia membersihkan lahir dan batin kita? Allah saja Maha Mengetahui tapi kita dapat menilai diri kita masing-masing. Kalau dengan 3 perkara itu telah dapat membersihkan akhlak kita, telah dapat membersihkan hati dan nafsu kita, telah dapat membersihkan lahir dan batin kita, bersyukurlah kita banyak-banyak kepada Allah SWT. Itu bukan kerana kepandaian kita, bukan kerana cekapnya kita, bukannya kegagahan kita, bukannya kuasa kita tetapi adalah bantuan dari Allah, pertolongan Allah, maunnah Allah. Kalau Allah tidak bantu kita, kita tidak dapat buat. Kalau Allah tidak tolong, kita tidak dapat membersihkan nafsu dan hati kita, akhlak dan fikiran kita. Walaupun kita melakukan riadhatunnafsi atau mujahadatunnafsi dengan banyaknya. Walaupun kita membaca Al Quran dengan faham sekalipun. Sebab itu jangan sampai kita tertipu dengan diri kita. Kadang-kadang sampai termasuk ujub.

Siapa yang dapat melakukan riadhatunnafsi atau mujahadatunnafsi, dapat beribadah kepada Allah, dapat membaca Al Quran hingga hatinya bersih hingga nafsunya bersih daripada sifat-sifat mazmumah, daripada sifat-sifat terkeji dan dapat membersihkan akalnya daripada ism-ism, ideologi ciptaan manusia maka orang ini saja yang dapat jaminan dari Allah akan kemenangan di dunia dan akhirat. Orang yang dianggap berjaya di dunia dan di akhirat, itulah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat yang dibacakan tadi.

Firman Allah: Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang memhersihkan nafsunya dan sesungguhnya merugilah orang yang rnengotori nafsu dan hatinya.(As Syam: 9-10)

Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan nafsunya dan hatinya. Kemudian dapat pula mengingati Allah, dapat mengingati nama Allah, nama Tuhannya. selepas itu lantas ia bersembahyang. Sebab itu orang yang dapat membersihkan hati dan nafsunya atau fikirannya, orang itu yang dapat mengingati Allah siang dan malam, pagi dan petang waktu baring, waktu duduk, waktu berjalan. Orang yang dapat melakukan demikian inilah orang yang mendapat jaminan dari Allah, yang dapat bahagian di dunia dan di akhirat, mendapat keselamatan di dunia dan di akhirat. Dan mendapat jaminan yang Allah pasti memberi bantuanNya di dunia dan di akhirat.

Telah katakan tadi orang yang mendapat kemenangan di sisi Allah dunia dan akhirat ialah orang yang dapat membersihkan nafsu, hatinya, akhlaknya, akal fikirannya serta perbuatan lahir dan batinnya. Selagi seseorang itu, selagi puak itu, selagi satu kaum itu, selagi satu golongan itu tidak dapat membersihkan hatinya, nafsunya, akhlaknya dan akal fikirannya, percayalah pentadbirannya tidak akan bersih, ekonominya tidak akan bersih, perjuangannya tidak akan bersih, pendidikannya tidak akan bersih, pergaulannya tidak akan bersih, akhimya masyarakat tidak akan bersih, negara tidak akan bersih dan dunia ini seluruhnya tidak akan bersih. Sebab bersih kehidupan lahir manusia, bersihnya ekonomi, bersihnya pendidikan, masyarakat, pergaulan, perjuangan dan jihad, pentadbiran, bersihnya negara dan alam sejagat ini ada hubungan dengan bersihnya hati, ada hubungan bersihnya nafsu dan akhlak serta ada hubungan dengan bersihnya akal fikiran manusia.

Selagi fikiran manusia tidak bersih dari khurafat dan kekarutan daripada ism-ism ciptaan manusia, atau dengan kata lain selagi hati manusia, nafsu manusia dan akhlak manusia tidak bersih, maka segala perbuatan manusia tidak akan bersih. Segala apa yang diperjuangkan oleh manusia tidak bersih. Tidak bersihnya kehidupan dan tindak-tanduk manusia, tidak bersihnya ekonomi, pendidikan, perjuangan, jihadnya, pentadbirannya, masyarakat, negara dan alam sejagat. Inilah yang merosakkan kehidupan manusia, yang boleh menjadikan manusia hidup dalam suasana huru-hara yang menjadikan manusia hidup dalam keengkaran dan durhaka pada Allah SWT. Dengan sebab itu mereka berhak menerima kutukan Allah di dunia dan akhirat.

Moga-moga kita dapat membersihkan hati, nafsu, akhlak, akal fikiran kita. Moga-moga perjuangan kita bersih, kampung halaman kita bersih, susunan rnmah tangga kita bersih dan apa saja yang kita buat bersih. Allah hanya menerima yang bersih dan Allah tidak menerima yang tidak bersih atau sesuatu yang kotor. Allah hanya menerima yang suci dan Allah tidak menerima sesuatu yang kotor. Moga-moga kita menjadi manusia yang bersih lahir dan batin. Moga-moga kita diterima oleh Allah SWT.

Syawal ini, marilah kita bersama berazam untuk meneguhkan lagi persaudaraan antara kita lebih dari bulan-bulan yang sudah, lebih dari tahun yang sudah. Sebab ukhwah merupakan kekuatan orang mukmin di samping Iman. Sebab itu ukhwah tidak boleh diabaikan. Jadi pada pagi ini kita hendaklah berazam dan bertekad untuk meneguhkan lagi ukhwah di antara sesama kita. Agar Al Quran dan Sunnah sampai kepada masyarakat, dapat difahami dan diamalkan oleh umat. Begitu juga pada pagi yang mulia ini marilah kita berazam dan bertekad untuk lebih membuat khidmat kepada masyarakat, lebih dari masa yang sudah sama ada berkhidmat kepada masyarakat secara langsung atau tidak langsung, kerana memang Allah hidupkan kita di samping beribadah adalah untuk berkhidmat kepada manusia. Siapa banyak khidmat kepada manusia di samping Iman maka orang itulah yang dianggap sebaikbaiknya di sisi Allah.

Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-haik manusia ialah manusia yang dapat memberi manafaat kepada manusia yang lain.

Sebab itu, kalau kita membuat kerja, berusaha dan berikhtiar, berjuang dan berjihad, jangan manafaat hanya kepada kita tapi biarlah melimpah kepada orang lain. Biarlah nikmat itu sama-sama dirasai oleh orang lain. Biarlah nikmat yang diberikan Allah itu dapat dirasai oleh makhluk yang lain terutama orang mukmin. Sebab itu khidmat secara langsung atau tidak secara langsung hendaklah kita pesatkan dan perbanyakkan lagi selepas ini nanti.

Begitu juga pada pagi yang mulia ini, marilah kita lipatkan tenaga kita, lebih daripada masa-masa yang sudah untuk mengislamkan lebih ramai lagi orang yang bukan Islam. Di samping membaiki orang Islam yang telah rosak ini, manusia yang bukan Islam yang berada di atas muka bumi Tuhan ini, Allah juga akan pertanggungjawabkan kepada kita di akhirat nanti dan Allah akan tanyakan kepada kita mengapa mereka tidak Islam? Mengapa tidak menyampaikan ajaran Islam kepada mereka? Kecuali kalau kita hidup sama kita saja atau kedudukan kita jauh dari yang bukan Islam dan kemampuan kita tidak boleh pergi ke sana, tidak cukup, mungkin barang kali kita akan terlepas dari pertanyaan Allah di akhirat kelak. Tetapi jika kita berada dalam satu masyarakat yang bergaul dengan penganut agama Hindu dan Buddha, bergaul dengan orang Kristian, orang Yahudi, Musyrikin dan bergaul dengan mereka yang berpegang segala khayalan atau tahyul, maka mereka ini hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh agar beragama Islam.

Selepas ini hendaklah kita lipat gandakan tenaga kita, moga-moga lebih ramai orang masuk Islam daripada masa-masa yang sudah. Tanggung jawab kita adalah berat. Bukan saja untuk baiki diri kita, keluarga, jemaah dan ahli-ahli tetapi kita juga bertanggungjawab untuk mengislamkan orang-orang yang ada di sekeliling kita, yang ada di masyarakat kita dan ditanahair kita. Setelah sedikit sebanyak kita mempunyai kemampuan ini maka orang di luar tanah air kita pun telah meminta agar kita menyampaikan risalah Islam ini kepada mereka. Kita memperjelaskan Al-Quran dan Sunnah kepada mereka.

Ini tambahan tanggungjawab yang mesti kita pikul. Tanggungjawab yang Allah hadapkan kepada kita tanpa kita kehendaki, tanpa kita mahu tetapi Allah telah hadapkan kepada kita. Kalau kita tidak mampu, Allah maafkan kita. Jika kita mampu, tapi kita tidak sampaikan, kita tidak berdakwah kepada mereka, maka kita berdosa kepada Allah SWT. Allah akan tanya kita di akhirat kelak, kita tentu tidak boleh menjawab.

Pada pagi ini juga marilah kita berazam dan bertekad, agar di samping banyak cakap hendaklah banyak bekerja. Kalau boleh, biar sikit cakap tetapi banyak bckerja. Hendaklah kita lipatkan kerjakerja di masa depan ini lebih dari masa-masa yang sudah, agar tidak tertimpa kepada kita sebagaimana yang Allah telah ingatkan.

Firman-Nya: Mengapa kamu berkata, tetapi kamu tidak kotakan, amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.(As Saf 2-3)

Moga-moga kita banyak bercakap, banyak berbuat. Tetapi yang paling baik kita sedikit bercakap tetapi banyak beramal.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Hari Raya seorang Sufi  

*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ู„ุจุณ ุงู„ุฌุฏูŠุฏ ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุฃู…ู† ุงู„ูˆุนูŠุฏ*
 
*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุชุจุฎุฑ ุจุงู„ุนูˆุฏ ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู„ุชุงุฆุจ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ูŠุนูˆุฏ*

*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุฑูƒุจ ุงู„ู…ุทุงูŠุง ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุบูุฑ ู„ู‡ ุงู„ุฎุทุงูŠุง*

*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุฌู„ุณ ุนู„ู‰ ุงู„ุจุณุงุท ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุฌุงูˆุฒ ุงู„ุตุฑุงุท*
 
*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุชุฒูˆุฏ ุจุฒุงุฏ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุชุฒูˆุฏ ุจุฒุงุฏ ุงู„ุชู‚ูˆู‰*

*ู„ูŠุณ ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ู„ุจุณ ุงู„ุฑู‚ูŠู‚ ุงู†ู…ุง ุงู„ุนูŠุฏ ู„ู…ู† ุทุงุนุชู‡ ุชุฒูŠุฏ*

*ู…ูุชูŠ ุฑุถุงุก ุงู„ุญู‚ ุฏุงู…ุช ุจุฑูƒุงุชู‡*

renungkan lah ungkapan ini:

"hariraya bukan bererti pakai baju baru,tetapi hariraya adalah berwaspada terhadap janji tuhanmu".

"hariraya bukan bererti menyalakan wangian,tetapi hariraya adalah utk  bertaubat dan tdk akan mengulangi kesalahan".

"hariraya bukan bererti menunggang kenderaan,tetapi hariraya adalah org yg mendapat kn keampunan".

"hariraya bukan bererti duduk di atas hamparan,tetapi hariraya adalah selamat melepasi titian (al sirat)".

"hariraya bukan bererti menambah bekalan dunia,tetapi hariraya adalah untuk menambah bekalan taqwa".

"hariraya bukan bererti memberi pakaian kepada seseorang,tetapi hariraya adalah untuk menambahkan ketaatan".

"ุนูŠุฏ ู…ุจุงุฑูƒ"
"ู…ู† ุงู„ุนุงุฆุฏูŠู† ูˆุงู„ูุงุฆุฒูŠู†"
#selamatharirayaaidilfitri
#maafzahirdanbatin#

 ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ูˆุงู†ุชู… ูƒู„ูƒู… ุงู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุงู‚ุฑุจ ูˆ ู„ู„ุนู„ู‰ٰ ู…ู† ุงู„ุฌู†ุฉ ุฃู‡ู„ุงً

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Beraya di rumah Cikgu Baba  

Beraya di rumah cikgu BaBa, Rakan baik Arwah Ayah Hatta. colotehnya panjang. penuh ketegasan. 

Beliau mengajar chess. Itu hobinya dan merupakan "raja" chess di Rembau ini. menjadi jurulatih utama Chess.

Lama beliau bersama Ayah dalam dunia chess ini. 

Makan Nasi lemak ayam di rumah ini. best! afa gulai perut juga.

Alhamdulillah!๐Ÿ˜€







Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Apalah Nasib Melayu, Merempat dibumi sendiri!  

Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia.


Walhal kalau diambil kira populasi orang Melayu sekitar 60%. Kenapa jumlah kekayaan orang Melayu di Malaysia ini ketara sedikitnya? Mungkinkah kerana orang Melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?

Penyakit Paling Bahaya Ada Pada Melayu Itu Sendiri

Jika ikut pendapat saya, orang Melayu akan kekal miskin sebab kita tidak mahu belajar cara mahu tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri.

Anda tengok gambar buku best-seller di MPH, anda sudah nampak perbezaan ketara kualiti bacaan buku orang melayu.

Mereka lebih berminat mengetahui betapa ‘sotongnya’, perfect, sombongnya suami-suami mereka.

Mahu bukti lagi? Cuba teka majoriti orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, dan Maharaja Lawak Mega.

3. Turun karnival mengarut macam JomHeboh!

4. Yang memohon dan mengharapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tetapi rumah sewa sahaja. Sedangkan mereka tahu bahawasanya kereta itu akan susut nilainya

6. Duduk rumah sewa lama-lama. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah sudah sampai tahap “mampu-tengok” sahaja .

Kerana bila masa rumah masih tahap mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk seperti kereta, telefon mudah alih dan lain-lain.

7. Apabila diminta berniaga atau kerja di bahagian jualan, mereka cakap pekerjaan ini tiada kelas. Lebih senang berkerja pejabatdalam aircond walaupun gaji kecil.

8. Duit tiada tetapi terus mahu kahwin.Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kahwin.

Sekiranya mahu terus lakukan perkara di atas, janganlah selepas ini sibuk mahu salahkan orang lain, kerajaan, kenapa bangsa kita kekal di takuk lama dan tidak berharta.

Jangan salahkan orang. Allah Maha Adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tidak kira warna kulit ataupun agama.

Cari Ilmu, Ranapkan Ego, Berguru Pada Yang Tahu

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


open House Umah Cikgu Nazri, parent Fadli & Eca  

Alhamdulillah.. sampai juga ke rumah ini.. lepas mengadap jem sebab orang tgh blik ke KL. Gerak lps maghrib, smpi dlm pkul 9 lbh.. ok lah tu.

Lazagna, Speggeti, Nasi lemak Ayam bakar.

alhamdulillah.





Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kelebihan anak lelaki bernama Muhammad  


Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda : "Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga
maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

Dan telah diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw."

Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah suatu yang berteriak pada  Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman : "Saksikanlah bahawa Aku mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" 

Dan daripada Ali bin Abu Talib k.w. bahawa ia telah berkata : "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu
Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya."

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


10 perkara  

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku. 

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku. 

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka

#creditto Wan Mohd Sofian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pengorbanan Ibu  

Berlaku satu peristiwa seorang alim sering melihat seorang lelaki mendokong ibunya setiap kali melintasi rumahnya. Satu hari sialim berkesempatan bertegur sapa dengan lelaki itu, lelaki tersebut ceritakan bahawa dia seorang perniaga, oleh kerana tiada siapa yang dapat menjaga ibunya yang telah lumpuh, maka terpaksalah ia mendokong ibunya setiap hari ulang alik dari rumah kekedainya.

Sialim itu berkata kepada lelaki tersebut "sesungguhnya syurga bagimu kerana menanggung berat mendokong ibumu", lalu lelaki itu berkata "wahai tuan, jika sekiranya berat ibuku seberat bumi dan isinya dan aku mendokongnya setiap hari hingga matiku, pasti  tidak mungkin sama pengorbanannya terhadapku".

Lalu tanya sialim " kenapa kamu kata begitu?"

Lalu ia menjawap " Dikala aku kecil dan sakit, dia sentiasa mendokongku dalam keadaan sentiasa berharap agar aku terus hidup, tapi aku mendokongnya kini dalam keadaan tertunggu bilakah dia akan mati".

"Dia melayaniku dikala nafsuku terlalu berkehendak apa sahaja, sedangkan aku menjaganya didalam keadaan dia tidak lagi mahukan apa-apa".

"Walaupun dia begitu penat menjagaku, namun dia tidak tidur sehingga aku terlebih dahulu tidur, sedangkan kepenatan aku menjaganya menjadikan aku terlebih dahulu tidur darinya"

"Dia sanggup berlapar sehingga aku terlebih dahulu kenyang darinya, sedangkan aku sentiasa terlebih dahulu kenyang darinya".

"Wajahnya sentiasa senang kepadaku meskipun sejauh mana dia mendokongku, sedangkan wajahku sentiasa berkerut kepenatan kerana mendokongnya".

#creditto wan Mohd Sofian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Esok  

Seorang lelaki soleh dijemput untuk makan bersama.
Namun, ditolak ajakan itu kerana dia sedang berpuasa sunat.

Mereka pun berkata,
"Ala, esok je la puasa." 

Lalu lelaki soleh itu menjawab,
"Jika tiada esok?"

Kita sering menundakan kebaikan kita dengan berkata,
"Ala, nanti la."
"Ala, esok la."

Kita berjanji untuk bertaubat esok
tetapi ajal tidak janji
yang kita dapat bertemu esok.

Muaz bin Jabal RA pernah berkata:

"Setiap kali aku berada pada waktu pagi hari, aku menyangka tidak akan menemui lagi waktu petang. Dan setiap berada waktu petang, aku menyangka tidak akan mencapai lagi waktu pagi (pada keesokan hari)."

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


beraya Umah Ummu SyAFiqah & Zul  

AlhmdulillH. penutup hari ini. umah Family cik Suhaimi. dopan umah yo. dijamu mkn patin temerloh. meleleh bak hang! 

Sambil sembang2 seni dgn pensyarah seni. persoalannya jika bertandang, adakah anda nmpk gmbr ikan pd lukisan abstrak?๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜













Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster