Syaitan kuasai tubuh  

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah
tersemai dan menyubur dalam diri
manusia. Ia berpunca daripada
keegoan manusia itu sendiri yang
lazimnya akan mudah hanyut
ketika dilimpahi kemewahan dan
kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan
kemewahan yang diperoleh adalah
kurniaan ALlah yang seharusnya
dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia
boleh digunakan untuk membantu
kesempitan hidup orang yang
memerlukan sama ada melalui
kewajipan berzakat atau
bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam
diri seseorang manusia yang
merasakan dia sudah memiliki
segala-galanya dalam hidup ini.
Mereka terlupa bahawa
kesenangan dan kenikmatan yang
dikurniakan itu boleh ditarik oleh
Allah pada bila-bila masa saja.
ALlah Taala berfirman yang
bermaksud: "Sesungguhnya Dia
tidak menyukai orang-orang yang
takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan
sahaja melalui perbuatan
merosakkan sesuatu yang menjadi
milik orang lain, tetapi juga
mengkhianati hidup orang lain
dengan tidak mematuhi sebarang
bentuk perjanjian, perkongsian
dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w.
selalu menasihati para sahabat
baginda agar menjauhkan diri
masing-masing daripada menjadi
golongan manusia yang dibenci
Allah, iaitu golongan yang tidak
suka diri mereka dinasihati atau
mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya
akan diikuti dengan rasa benci
dan dendam yang berpanjangan.
RasuluLlah s.a.w. pernah
bersabda yang bermaksud:
"Hindarilah kamu daripada sifat
hasad kerana ia akan memakan
amalan kamu sebagaimana api
memakan kayu yang kering
" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya
akan lahir apabila seseorang
individu itu merasakan dirinya
sudah sempurna jika dibandingkan
dengan orang lain. Orang lain
dilihat terlalu kecil dan kerdil jika
dibandingkan dengan apa yang dia
miliki. Abu Umamah pernah
meriwayatkan bahawa RasuluLlah
s.a.w. pernah bersabda yang
bermaksud: "Tiga kelompok
manusia yang tidak boleh dihina
kecuali orang munafik iaitu orang
tua Muslim, orang yang berilmu
dan imam yang adil.'' (Riwayat
Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud: "Jangan kamu
bersenang lenang dalam
kemewahan kerana sesungguhnya
hamba Allah itu bukan orang yang
bersenang-senang
sahaja.'' (Riwayat Abu Naim
daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan- angan
Islam adalah anti kemalasan.
Orang yang berat tulang untuk
berusaha bagi mencapai
kecemerlangan dalam hidup akan
dipandang hina oleh Allah dan
manusia. Mereka lebih gemar
berpeluk tubuh dan menyimpan
impian yang tinggi tetapi amat
malas berusaha untuk
memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh
orang lain melakukan sesuatu
kejahatan tanpa diselidiki terlebih
dulu amat dicela oleh Islam.
RasuluLlah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: ``Nanti akan ada
seseorang berkata kepada orang
ramai bahawa mereka sudah
rosak. Sesungguhnya orang yang
berkata itulah sebenarnya yang
telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Syaitan kuasai tubuh

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster