Hadis Akhir Zaman  

Daripada Ali bin Abi Talib r.a Rasulullah bersabda: "Apabila umatku telah membuat limabelas perkara, Maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber menguntungkan

3.Zakat dijadikan hutang

4. Suami memperturutkan kehendak istri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan didalam masjid

9. Yang menjadi ketua suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirobohkan menjadi makhluk lain". H.R Tirmizi.

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Hadis Akhir Zaman

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster