bisnes

Terjumpa seseorang yang aktif berbisnes tak kira pagi, petang, siang dan malam, ada orang lain tak senang duduk katanya. Maghribnya entah di mana... Asarnya entahkan sempat atau tidak.

Selalu persoalkannya, bila masa dia mengaji, bila masa dia solat, bila masa dia hadiri ilmu agama dan bila masa dia mendalami Islam?

Saya pun terfikir juga..
Ada betul juga soalan begitu..

Jawabnya:
Bila kita berniaga/ bisnes kerana Allah, perkara pertama kita ingat juga adalah Allah.

Kuatnya bisnes juga kerana Allah
Lemahnya bisnes juga kerana tinggalkan Allah
Jadi pilihlah.. Mahu yang KUAT atau yang LEMAH?

Katanya lagi, jangan bersangka buruk dengan orang yang bekerja keras tanpa mengira waktu, sebab kita sendiri tidak berada di situasi itu. Mungkin dia bekerja keras demi mencari sekampit beras untuk keluarga, mungkin mencari wang menampung belanja keluarga di kampung dan sebagainya. 

Jangan sangka yang bekerja keras itu tinggalkan Allah, disebabkan waktu maghribnya dan isya' nya tidak di rumah atau Masjid. Kemungkinan besar orang begini mencari sesuap nasi atau sedang memenuhi amanahnya terhadap manusia lain dan bersolat di mana-mana perhentian.

JANGAN SANGKA BURUK!

Lagi pesannya, walau sepenat mana pun mencari rezeki, jangan di marah pembawa rezeki yang berada di rumah. Anak-anak itu pembawa rezeki yang tiada penghujungnya :'(

.......................
Allah... 
Bila baca..
Tetiba sebak...
Kenapa hati dididik dengan prasangka..
Kenapa hati selalu tidak sabar dengan karenah anak
Sedangkan kerana anak itu rezeki kita bertambah
Kerana anak itulah Allah minta kita semakin dekat dengan dia...

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah