Wanita Solehah, Buatlah Bidadari Syurga Cemburu Padamu...*




Firman Allah S.W.T , yang bermaksud:

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

Layakkah aku menjadi bidadari syurga buat suamiku?


"Gambaran Bidadari-Bidadari Syurga Menurut Hadis Rasulullah SAW dan Al-Quran al-Karim"

1. Harumnya Bidadari



Kita beli macam2 jenis perfume atau deodorant utk pastikan badan kita sentiasa harum dan segar sepanjang hari... tapi si bidadari x perlu pakai perfume berjenama yg mahal2...sbb dorang mmg diciptakan Allah dengan haruman dan aroma yg memukau...

Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,“Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


2. Putihnya Bidadari


Allah Ta’ala berfirman, “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. ar-Rahman: 58). 

al-Hasan dan majoriti ahli tafsir lainnya mengatakan bahwa yang dimaksudkan adalah bidadari-bidadari syurga itu sebening yaqut dan seputih marjan.

“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam kemah.”
(Qs. Ar-Rahman: 72). 
Maksudnya para bidadari tu dipingit hanya diperuntukkan untuk suami dorang ja, orang lain nda nampak dan xda yang tau sebab dorang berada di dalam kemah.

 3. Kecantikan Fizikal


Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkemilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam surga nanti tidak ada bujangan.”
 (HR. Bukhari dan Muslim)


“Demikianlah. Dan Kami berikan kepada mereka bidadari.” 
(Qs. Ad-Dukhan: 54)

Abu Shuhaib al-Karami mengatakan, “Yang dimaksud dengan hur adalah bentuk jamak dari haura, yaitu wanita muda yang cantik jelita dengan kulit yang putih dan dengan mata yang sangat hitam. Sedangkan erti ‘ain adalah wanita yang memiliki mata yang indah.

Al-Hasan berpendapat bahwa haura adalah wanita yang memiliki mata dengan putih mata yang sangat putih dan hitam mata yang sangat hitam.

4. Sopan dan Pemalu




Allah Subhanahu wa Ta’ala menyifati bidadari dengan “menundukkan pandangan” pada tiga tempat di Al-Qur’an, iaitu:

“Di dalam syurga, terdapat bidadari-bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? 
Seakan-akan biadadari itu permata yakut dan marjan.” 
(Qs. Ar-Rahman: 56-58)

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 
(Qs. Ash-Shaffat: 48)

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”

Seluruh ahli tafsir sepakat bahwa pandangan para bidadari surgawi hanya tertuju untuk suami mereka, sehingga mereka tidak pernah melirik lelaki lain.

*************************************************

Itu semua hanyalah sedikit gambaran yang Allah berikan tentang bidadari di syurga. Kerana bagaimanapun gambaran itu, manusia tidak akan mampu untuk membayangkan wajah bidadari yang sebenar, kerana sesuatu yang berada di syurga adalah sesuatu yang belum pernah kita lihat di dunia ini.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, mengatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh pikiran.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

*************************************************

Manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?

Hurmm... macam tu rupanya gambaran kecantikan dan keindahan para bidadari syurga...memang sangat membuat para wanita dunia cemburu dan iri hati... Tapi..lepas dapat tau pasal sifat fizikal dan akhlak bidadari syurga, bukanlah bererti bidadari lebih baik daripada wanita syurga ( wanita dunia yang mendapat ganjaran syurga). Sebab... wanita-wanita syurga tu memiliki keutamaan yang besar, sebagaimana disebutkan dalam hadis nie..

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

dan... 

Seorang manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian, 

“Dan manusia telah diciptakan dengan sebaik-baik rupa.” 
(Qs. At-Tiin: 4)

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau shallallahu’‘alaihi wa sallam menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.
Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Beliau menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya diperbuat daripada emas. 
Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.’.” 
(HR. Ath Thabrani)


*************************************************



Subahanallah.... Betapa indahnya gambaran tentang bidadari syurga sehingga membuatkan sy, wanita dunia, menjadi semakin bersemangat dan beria-ia untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia agar dapat menjadi perhiasan akhirat yang jauh lebih indah dan kekal.... Lepas baca semua nie, sy dpt tau yg menjadi wanita penghuni syurga itu lebih utama dari para bidadari yang cantik rupawan. 

Walaupun begitu...... 

...saya masih ingin berCITA-CITA dan berUSAHAdengan lebih gigih lagi untuk menjadi wanita penghuni syurga sekaligus meraih gelaran bidadari syurga buat suami... ^_^  Amin Ya rabbal 'alamin... 

P/S : Duhai para wanita dunia, marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadi Wanita Penghuni Syurga dan meraih gelaran Bidadari Syurga. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang...Jangan berlengah lagi, jom kita jadi solehah, dan buat para bidadari syurga cemburu pada kita...dengan kecantikan akhlak, iman dan taqwa yang kita bawa sebagai bekal untuk ke Syurga kelak...InsyaAllah..  Jom baca juga tentang Ciri-ciri Wanita Penghuni Syurga  ^_^

"...Sifat dan keindahan bidadari syurga akan melekat pula pada 
perempuan-perempuan solehah yang memasuki surga..."

Wallahu a'lam bissawab...

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah