KITA TAK NAMPAK الله??  


*```Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله dan balik kepada الله.```*

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster