bisnes oh bisnes


Dalam bisnes kita akan temui kegagalan dan kejayaan. Jangan kita terlalu berharap hidup akan terus hebat tanpa dugaan dan cabaran. Kita pasti selalu dengar orang yang mula berniaga akan gagal dalam tahun pertama percubaan mereka tapi itulah dunia perniagaan. Jika kita tidak mempunyai keyakinan dan mudah berputus asa, pasti kita akan meninggalkan dunia perniagaan apabila kali pertama kita jatuh. Tsunami kegagalan sebenarnya boleh melanda bila-bila masa dan untuk sesiapa sahaja. Dalam berniaga kita pasti akan merancang semua yang terbaik. Walau kita punya pasukan yang terbaik, strategi yang terhebat tetapi belum tentu bisnes kita akan berjalan seperti yang kita rancangkan.

Dalam bisness juga kita akan jumpa jalan sukar yang mungkin di permulaan, pertengahan atau dimana sahaja perjalanan bisnes kita. Cabaran dan rintangan itu pasti ada dan ramai yang anggap mereka akan dibayar dengan kejayaan dari hasil kerja keras mereka dalam bisnes sebelumnya tetapi itu belum pasti. Cerita jatuh bangun bisness, boleh kita dengar dari siapa sahaja yang pernah berniaga. Tetapi itu semua jangan dijadikan patahnya semangat kita untuk berniaga. Tanamkan semangat yang kuat untuk kita terus berbisness kerana perjalanan dalam berbisness itu adalah pengalaman paling berharga. Jatuh bangun dalam bisness itu cuma asam garam saja yang harus kita tempuhi jika ingin bergelar usahawan tulen. Setiap orang yang berbisness pasti punya ceritanya tersendiri. Jika bukan cerita kita mungkin cerita kawan-kawan ataupun saudara mara kita dalam perjuangan bisnes. 

Ramai orang pasti akan ketawakan kita dan ada yang suka menuding jari dengan bercerita kesalahan dan kegagalan orang lain dalam bisnes tetapi mereka sendiri tak pernah pun berniaga. Bisness hanya untuk orang yang berjiwa kental saja dan bisness satu cabang jihad. 

😊

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah