BESARNYA FADHILAT MEMBACA AL QURAN MESKIPUN KITA BACA TERSEKAT-SEKAT  

Rasulullah S.A.W. bersabda : 
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran kepada orang yang membaca, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Kata ustaz, orang yang malas nak baca quran tu, dalam fikirannya dia tak baca sebab dia rasa takde masa nak baca. Tapi hakikat  sebenarnya Allah yang tak izinkan kerana Allah dah tak sudi nak dengar dia mengaji kerana sebelum ini dia telah meringankan amalan membaca quran. Jadi Allah  telah sibukkan dia dengan urusan dunia hingga dia rasa takde masa langsung untuk mengaji apatah lagi mentadabbur (memahami isinya). 

Jadi ingat, JANGAN SAMPAI ALLAH DAH TAK SUDI NAK DENGAR KITA MENYEBUT KALAMULLAH. Lazimilah mentadabbur al quran paling kurang 1 muka 1 hari...jangan takut nak baca, tersekat-sekat pun diberi pahala.

Kerana kata nabi saw : barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar) maka pada hari kiamat dia akan bersama dengan golongan dimuliakan dan bersama para malaikat suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala iaitu 
1) pahala kerana membaca Al-Quran 
2) pahala kerana mengalami kesulitan dalam membacanya 

Pun begitu nabi saw bersabda,
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. 
( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )

 *Maksudnya semakin elok bacaan quran kita...semakin indah/mulia tempat tinggal kita di akhirat nanti. Jadi, ikhlaskan hati untuk belajar memperelokkan bacaan, insya Allah segalanya akan dipermudahkan.

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster