Usahawan Tak Boleh Malu  

Untuk berjaya dalam perniagaan, sebenarnya kita tak boleh lari daripada pelanggan.

Kadang-kadang, pelanggan lebih suka sekiranya kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan terhadap kita. Ternyata, dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya, tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes kita.

-Tangani Perasaan Malu Anda-

Jika timbul perasaan malu untuk berniaga,fikirkan sejenak tentang 3 perkara di bawah ini :

1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam. Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda. “9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR Tarmizi)

2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w
Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk tanah arab. Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?

3.Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara 

Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.

Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini.

Tidakkah itu satu perbuatan yang mulia? Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga.

Tanya diri sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?

KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?
KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?
KENAPA PERLU MALU UNTUK BERNIAGA?

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Usahawan Tak Boleh Malu

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster