Dia  

Assalamualaikum wahai kekasih2 Allah.
Wahai diri...
Kita bukan lumpur bumi ini. 
Bukan diciptakan dari air, api, angin, tanah. 
Asal kita bukan wadi madi mani manikam. 
Kita bukan benih yang menyerupakan lelaki atau perempuan, ragam warna kulit dan bangsa. 
Kita inilah Ahadun, Ahmad tanpa Mim.
Kita bukan berada di mana-mana, tetapi kita berada di dalam DIA. 
Kita disekitari oleh DIA dan di dalam genggaman DIA. 
Ke mana pun kita bergerak, kita berserta dengan DIA dan dikuasai oleh DIA. 
Kita diliputi oleh DIA dan tidak berpisah dari DIA. 
Kita bersama DIA dan sewujud dengan DIA.
Selagi kita tidak menjadi DIA, kita tidak mungkin melihat DIA. 
Hanya dengan menjadi DIA, maka kita dapat melihat DIA yang mutlak dan tidak menyerupai segala sesuatu kerana DIA bukan sesuatu. DIA adalah DIA Ahadun Ahad, tidak pernah berubah dari azali-Nya. 
Jika tidak mampu menjadi DIA, usahlah menjadi diri kita sendiri.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang AKU, maka katakanlah sesungguhnya AKU dekat.”

[Q.S. Al-Baqarah: 186]

Yang Ujud hanya ada satu AKU sahaja. Tidak ada aku yang lain. Malah AKU bukan Cahaya. AKU bukan Ruh. Cahaya, Ruh, Rahsia, Qalbu dan Jasad walaupun dari AKU tetapi bukan AKU yang sejati. Semua itu adalah manifestasi AKU untuk menampakkan UjudKu. Semua itu adalah tabirKu di antara gelap dan terang selaksa tujuhpuluhribu tabir, termasuklah ibu-bapa yang melahirkan keturunannya juga adalah tabirKu. Semua tabirKu itu pada hakikatnya adalah kosong, bathil dan persangkaan. Semua tabirKu itu adalah Mi’ratul Hayat (Cermin Hidup) yang di dalamnya adalah gambaran air sungai kehidupan yang berwarna kegelapan.Yang melihat AKU adalah AKU. Yang mengenal AKU adalah AKU. Yang mengingati AKU adalah AKU. Yang memuji AKU adalah AKU. Yang beribadah itu pun AKU.

AKU adalah Al-Haq yang meliputi ciptaanKu dengan QudratKu. Sebelum AKU ingin dikenali AKU adalah suatu perbendaharaan yang tersembunyi dan batin dalam DzatKu Yang Mutlak. AKU adalah kenyataan BatinKu iaitu HUWA (DIA Dzat) yang bersemadi dalam Ghuyub al-Ghuyub (Ghaib lagi Ghaib tidak diketahui). AKU adalah Yang Tunggal dan Hidup. HidupKu itu Maha Kaya dengan tujuh Sifat Maani tetapi Esa dalam WahdatKu – Ghaib al Ghuyub (SifatKu telah nyata tetapi ghaib dalam BatinKu). AKU bukan Cahaya tetapi Cahaya ada pada WahdahniyahKu – Ghaib al Ghaib (Namaku telah nyata tetapi semua hakikat benda masih tersembunyi dalam NamaKu). 

AKU ibarat minyak yang tersembunyi dan terahsia dalam relung Pelita. Pelita itu adalah Alif yang menyatakan UjudKu. Tiada yang Ujud selain AKU. Pelita yang menzahirkan Cahaya Yang Terpuji (MUMAMMAD). Cahaya Yang Terpuji tersebar melalui Kaca yang terang-gemilang dan itulah RuhKu. RuhKu tampak pada Diri Terdiri, Diri Terperi dan Diri Tajalli seumpama teguhnya Pohon Khuldi yang menumbuhkan Buah Terlarang.

Untuk mengenal Diri yang sebenar Diri itulah AKU yang ada dalam Misykat Sufi. AKU bukan Cahaya, bukan Ruh, bukan Qalbu, bukan Jasad. AKU adalah Haqiqat segala makhluqat. AKU adalah Engkau dan Engkau adalah AKU, tetapi Engkau bukanlah Engkau sendiri. Engkau adalah kosong dan batil yang bernama Manusia!

Awal agama mengenal ALLAH. Akhir agama mengenal AKU ...

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Dia

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster