SEBERAT-BERAT JAGA AURAT, BERAT LAGI JAGA IKHTILAT  


Allahuakbar! Bila sebut tentang Ikhtilat masih ramai yang gagal, masih ramai yang leka dan masih ramai yang ambil ringan. Malah muslimah yang bertudung labuh dan berjubah hitam masih gagal dalam hal ini. Berapa ramai pelajar sekolah Agama yang couple. Berapa ramai pelajar sekolah pondok malah tahfiz sekali pon ada pasangan haramnya masing-masing. Ikhtilat ntah ke mane jee. Allahuakbar!

''Ada seorang sahabat aku pakai purdah tapi still couple, still mesej dengan ajnabi.'' Sedarlah sahabat, kau sedang bawa imej muslimah yang sebenar, kau menjadi contoh kepada yang lainnya. Jangan disebabkan kita tidak menjaga Ikhtilat dengan betul jatuh maruah muslimah itu. 

''Ada seorang sahabat aku baru berhijrah, solat mula tidak tinggal, baru pakai pakaian longgar tudung ikut syariat dan stokin sudah tidak lekang dari kaki. Alhamdulillah. Tapi dia still tak boleh berhijrah pasal Ikhtilat. Masih sembang kosong dengan ajnabi, bermesej-mesej, bertepuk tampar''. Allahuakbar! Kalau kau betul-betul mahu berhijrah kau kena korban zaman jahiliah kau, kau kena tinggal benda-benda maksiat yang dulu kau anggap biasa. 

Bila kita buat sesuatu cuba fikir. Adakah Allah redha dengan apa yang aku buat ni? Adakah ia menjadi contoh terbaik untuk sahabat kita yang lain? Yaa mungkin susah untuk kita ubah perkara ini. Tapi sampai bila kita mahu perkara ini menjatuhkan maruah seorang muslimah.

Doalah agar hati kita terus dipelihara daripada perkara maksiat. Sahabat, moga kita terus mencapai redha Allah dan terus Istiqomah dalam perjalanan menuju Jannah ini

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster