Dalam Islam tak boleh kaya??  


Oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob

Breakfast tadi, isteri bertanya 'bang, betul ke dlm islam tak digalakkan jd kaya?'

'Mana mama tahu?'

'Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luarbiasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je'

Saya bilang 'Jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yg narrow dan SELFISH'.

SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dgn kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan sj'.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang2 sj. Useless for islam.

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kpd ramaaaai org susah sekeliling'.

Ini definisi kaya islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga. 

Mungkin ada bertanya lagi 'klu kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sbb banyak yg dihisab?'

Sekali lagi sy jelaskan 'jgn kaya dgn mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab. Tp klu kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kpd org lain'.

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan anda diredhoi Tuhan atau dimurkai dgnnya.

Bagi mereka yg tiap2 hari berusaha & berdoa utk kaya, saya sarankan masukkan sekali dlm doa anda 'Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin.'

Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster