Apalah Nasib Melayu, Merempat dibumi sendiri!  

Baru-baru ini, ada keratan surat khabar yang menunjukkan bahawa orang melayu cuma memiliki kurang 9% daripada jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia.


Walhal kalau diambil kira populasi orang Melayu sekitar 60%. Kenapa jumlah kekayaan orang Melayu di Malaysia ini ketara sedikitnya? Mungkinkah kerana orang Melayu sering ditindas atau dibuli oleh orang bukan melayu?

Penyakit Paling Bahaya Ada Pada Melayu Itu Sendiri

Jika ikut pendapat saya, orang Melayu akan kekal miskin sebab kita tidak mahu belajar cara mahu tingkatkan ekonomi dan memandaikan diri.

Anda tengok gambar buku best-seller di MPH, anda sudah nampak perbezaan ketara kualiti bacaan buku orang melayu.

Mereka lebih berminat mengetahui betapa ‘sotongnya’, perfect, sombongnya suami-suami mereka.

Mahu bukti lagi? Cuba teka majoriti orang apa yang pergi :

1. Perhimpunan bantahan GST

2. Yang layan drama cerita suami sotong, dan Maharaja Lawak Mega.

3. Turun karnival mengarut macam JomHeboh!

4. Yang memohon dan mengharapkan BRIM.

5. Yang tukar kereta setiap 2-3 tahun tetapi rumah sewa sahaja. Sedangkan mereka tahu bahawasanya kereta itu akan susut nilainya

6. Duduk rumah sewa lama-lama. Harga hartanah akan makin lama makin mahal. Lepas tu menyalahkan semua pihak lain kerana harga hartanah sudah sampai tahap “mampu-tengok” sahaja .

Kerana bila masa rumah masih tahap mampu milik, mereka sibuk beli besi buruk seperti kereta, telefon mudah alih dan lain-lain.

7. Apabila diminta berniaga atau kerja di bahagian jualan, mereka cakap pekerjaan ini tiada kelas. Lebih senang berkerja pejabatdalam aircond walaupun gaji kecil.

8. Duit tiada tetapi terus mahu kahwin.Sanggup berhutang RM20k-RM50k utk kahwin.

Sekiranya mahu terus lakukan perkara di atas, janganlah selepas ini sibuk mahu salahkan orang lain, kerajaan, kenapa bangsa kita kekal di takuk lama dan tidak berharta.

Jangan salahkan orang. Allah Maha Adil, siapa yang berusaha lebih akan dapat lebih, tidak kira warna kulit ataupun agama.

Cari Ilmu, Ranapkan Ego, Berguru Pada Yang Tahu

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster