::: Bekam :::  


Salam. Alhamdulillah. Hari Sabtu pergi hantar zaujah dan Wan bekam di Paya Rumput Melaka. Tak sangka pula dapat bersama dalam Majlis Syeikh Nuruddin Al Banjari. Kuliah Dhuha. Sementara tunggu orang berbekam, aku ke Baitul Qura, Payasum untuk mengisi rohani yang kekosongan... Biar roh ini dapat makanan yang baik:)



Syeikh Nuruddin Al banjari

Syeikh ku!

Ramai yang hadir mendengar


baitul qura'

Bersama Ustaz, anak Haji Ibrahim bekam

Sempat mengambil gambar ini di bilik ummi..:)


Catatan Ummi tentang solat sunat muakkad:)

Sekian
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


:: Cardiff Menantimu ::  

Salam wrt. Alhamdulillah.. Ariff sudah nak berangkat ke UK pagi esok jam 3 pagi. Malam itu, menunggu Zaujah pulang ke rumah, balik dari kerja. Semua dah bersiap-siap untuk bertolak ke KLIA. Patient agak ramai. Addmission banyak masuk. So, agak lambat Zaujah pulang. Selepas siap tugasan di hospital, Zaujah call menyatakan minyak dah tinggal 2 bar. Zaujah pula tak bawa duit lebih. So, suruh zaujah pulang sahaja ke rumah. Nak pergi nanti isi minyak di mana2. Bukan apa, risau sket sebab beg Ariff belum di bawa ke sana. Kami solat isyak bersama-sama. Selepas zaujah pulang dan makan, kami terus bertolak ke KLIA. Ingat nak isi minyak di R&R Seremban. tapi, terlepas pula. So, isi di Petronas dekat dengan KLIA jer.

Sampai di sana, turunkan ibu ayah dan kak Mun dulu dan aku mencari parking bersama zaujah. Parking di blok A. jauh juga. Then amek troli dan bawa beg si Ariff. Jumpe semua di dalam Airport, menunggu masa untuk hantar beg masuk luggage.

Ariff, Aku dan Zaujah
Ariff kelihatan gembira. Rasanya perasaannya bercampur-campur. Antara hendak pergi belajar dan jua meniggalkan keluarga jauh berbatu-batu dari Bumi Malaysia. Moga Allah mudahkan perjalanannya, insyaAllah. Moga Allah mudahkan pembelajarannya jua.

Uzair yang cute!

Pandang camera tu Uzair..:)
bersama ibu ayah..:)

Ariff dan kawan-kawan yang meraikan pemergiannya..:)
Abang Usop mengendong Uzair

Ariff bersama ibu ayah

Naik Etihad

Di sekolah, sedang dalam proses melatih murid-murid bermain chess. Moga ada hasilnya nanti. Begitu juga dengan ping pong, macam dah ade jer wakil tahun depan..hehe. Moga Allah mudahkan segala usaha dan natijahnya dengan kejayaan... insyaAllah. Wallahua'lam.



Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


:: Majlis Aqiqah di Taman Cheras Indah ::  

Salam wrt. Alhamdulillah, masih di hidupkan untuk aku terus menulis kisah hidupku. Berhenti tulisanku jika matinya jasad ini. Allah Maha mengetahui kesudahanku itu. Moga Allah matikan aku dalam husnul khatimah. itulah permainan bibirku di setiap penghujung doaku. Amenkanlah siapa yang mendengar doaku! Moga Allah kabulkan ia berserta orang2 yang mengaminkannya. Ingin berkongsi juga video ini yang baru aku lihat...


Moga kamu yang membaca Allah selamatkan dari bala sebegini...Nauzubillahi min zalik.

Saat aku bangun tidur, sudah kedengaran ayat-ayat suci bacaan dari Ibu mertuaku... Alhamdulillah, sungguh merdu suara itu. Pastiku rindu suara itu seperti manaku merindu suara  ummi membaca Quran.(",).. Mandi dan minum air bercampur madu. Kismis sebelas biji..:)

Bermula pagi dengan solat subuh bersama ayah,ibu dan Ariff. Kemudian menerima panggilan telefon dari Zaujah dari Hospital. Dia Post call. So, bersiap-siap untuk menjemputnya. Sempat sarapan sementara menunggu kereta abah tiba untuk konvoi bersama ke PJ dan Taman Cheras Indah.

Roti canai dan Tosei di Cafe HTJ.. best! x cayer try la!hehe

Lapar ke?..:P

Kena sarapan dulu sebelum drive..:)

Kemudian terus ke R&R Tol Seremban. Tunggu Kereta abah tiba. Solat Dhuha la, apa lagi. Bersedekah ada 300 sendi dalam badan. Jangan lupa tu...:) Selepas solat, sempat mebelek buku ni. agak menarik juga! Kalo la perpustakaan, dah lama aku pinjam..hehe

Best buku ni..

isi kandungannya pun menarik
Umi abah sampai. Mereka tunggu di Petronas coz abah nak isi minyak dan keluarkan duit sket. Selepas itu, terus memecut ke UITM Shah Alam, Kampus Jati. Jemput Adik Zulhilmi. Adik dah 2 minggu kat situ. Wat engeenering. 

Follow the Leader

Kasihan pada Zaujah, penat bekerja...
 Sampai di Petaling Jaya untuk melawat Wan Cik, Ibu Abah. Alhamdulillah, Wan Cik nampak sihat. Senyum jer. Walaupun kerap kali tanya soalan yang sama..hehe..  Wan Cik mampu berjalan manakala wan Joyah masih kuat bertongkat untuk datang menziarahi besanya.. subhanallah... :)

Zaujah dan Wan Joyah

Bersama wan CIk
 Pak Tam takde hari ini, Mak Tam jer yang tinggal rumah dengan Wan.Raya haji ni pun Keluarga Pak Tam tak balik. Sebab buat korban kat sini. Pak Tam kan orang kuat Taman ni, so, kena ada kat sini tahun ni..:) 


DInding luar Rumah Pak Tam.


Selepas itu, kami terus ke rumah abang Fauzi di  Taman Cheras Indah. Berpusing-pusing jugak la.. Lama dah tak pergi. Tapi biasanya memang selalu pusing2 sampai jumpe rumah..hehe.. Lain kali nak on GPS, Papago, Lokatoo.. dlln.. Yakin boleh jumpe, last2 berpusing2..hehe..



Kambing Aqiqah...
 Selepas selesai makan dan bersalaman, kami ke Masjid At-Muttaqin(kalo x silap) untuk jamak zohor asar. Wan pula solat di rumah Abg Fauzi. Sempat merakam moment bersama di luar perkarangan masjid..:) wassalam..

Bergambar bersama sebelum balik..sweet!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::: Catatan hidup pertengahan Sept :::  

Assalam wrt. Hari ni agak keletihan. Berkejar ke sana sini... Mula pagi berhajat nak makan di Kuala Sungai Baru. So janji semua nak gi pukul 7.30 pagi. Lepas solat subuh, Alfatehah 40, siap-siap dan terus ke sana bersama ayah, ibu, zaujah dan arif. Kak Mun dan Abang Usop sedang mengemas bilik masa ini. Bersiap2 untuk menyambut kelahiran Baby pertama mereka. Moga Allah mudahkan...insyaAllah. Si Ariff pula sedang menghabiskan masa yang berbaki ini bersama keluarga sebelum bertolak ke Cardiff pada hari Selasa malam Rabu jam 3 pagi.

bersama Ariff Hatta

Ibu & ayah

ada iras tak? :)
Selepas makan aku ke kereta. aku menoleh ke jalan raya. Aku tersenyum.. kenapa?... Abah, umi, wan, atok, arisya baru tiba ke Kedai makan ini. Abang Ijan dan Angah pun ada tapi naik kereta diorang lah. So, dapat sapa menyapa sesama besan. Ummi sempat menghulur sedikit saguhati kepada Ariff sebagai tanda tahniah dan selamat. 

Kami terus ke pasar Telok Gong. Ikan fresh2! Dulu sebelum kahwin, memang biasa bawa wan ke sini. Di belakang pasar, pantai tersergam indah. Air pasang dan angin bertiup kuat. Ariff ajak jalan2 di Jeti. Zaujah menemani ibu ayah membeli ikan, ketam, dlln... Sempat juga zaujah datang untuk merakam gambar bersama di tepi pantai itu.



Selepas tu, bertolak pulang ke Durian Daun. Sempat la juga singgah di Pekan Lubok China untuk beli ikan bilis dan makanan kucing kesayangan Ayah..:) 

Selepas menghantar ayah ibu, aku dan Zaf menemani Ariff membeli barang2 keperluan di Fresco. 



Last destination ialah ke rumah Kak Syuaida, majlis akikah anak pertamanya. Follow kak Leli sebab aku tak tau jalan.hehe.. Alhamdulillah, baby nampak sihat. Moga Allah rezekikan aku pulak lepas ni, ameen:)

Zaujah, Kak Syu, Muhammad, Kak An

Bersama Muhammad:)

Kak Syu, Muhammad dan Abg Mie
Isi Minyak di Petronas Sikamat. Depan tanah perkuburan Makam Syeikh Ahmad tu...Sempat amek gambar harga minyak lo nie...

:):):).. :(

 Solat Zohor di Masjid Negeri Sembilan then balik berehat. Penutupnya dengan menghantar Zaujah ke Hospital Tunku Jaafar. Hari ni On call. Drive back home. Sampai dah maghrib. Solat dan tahlil..Abg Usop dan Kak Mun ke Seremban. Fadli dan Ariff ke Lowyat, cari laptop.

Naik atas...hmmm, lampu bilik berkelip2... adoi... tutup teruslah. Solat isyak..tidur.. Moga Allah berkati hari esok jika msih di hidupkan... salam.. zzzz

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::: September :::  


Salam... Alhamdulillah, pagi tadi hantar ayah dialisis di Tampin dan pergi ke rumah Cikgu Razali Yassin di Air Mawang, Johol. Anak perempuannya bertemu jodoh dengan orang Selangor. Sempat aku bersama dalam moment khutbah, akad nikah dan majlis makan. Teringat 3 bulan lepas macam mana suasana itu..hmmm..:) Sementara tu, kat luar, ayam golek dah masak, kecur juga air liur..hehe..

Akad nikah
Pengantin baru..:)

Bersama Cikgu Razali.. :)

Ole-ole yang dapat di majlis ni berbeza. Muffin dan Kaktus.. unik tak? Pengantin import kaktus dari Cameron Highland kot.. maybe..hehe. Anyway, tahniah kepada cikgu dan keluarga. Moga Pasangan pengantin bahagia sampai ke akhirnya...insyaAllah

Selain tu, nak juga kongsi gambar menjadi Ketua Pengawas UPSR di Sekolah Kebangsaan Semerbok baru-baru ni...

Bersepah perkara-perkara yang perlu dicatat..hehe

Ini buku ketua pengawas

Kak Sharifah, Aku dan Ustzh Sumayyah

Bersama murid2 dan GPK 1
Oklah, setakat itu dahulu. Semoga Allah memberi kejayaan atas usaha mereka ini..

p/s: lama dah tak mencoret hati ke hati.. Moga Allah kuatkan diri untuk muhasabah... ameen

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::: pics berbicara :::  

Salam.. Bulan September ni agak banyak perkara berlaku.. Alhamdulillah, "Universiti Kehidupanku" kembali bermaya. Tidak seperti sebelum ini. Muram tak berseri...:) Allah kurniakan manusia2 yang baik disekelilingku. Aku sangat bersyukur atas kurniaan ini. Hidup kian bermakna, sungguh! Bersaksilah bahawa Allah itu Maha Baik..(",)

Ingin berkongsi gambar-gambar bulan ini..
Moga jadi ingatan di masa-masa tuaku, jua generasi hari ini dan akan datang...
Jadual September Zaujah..:)
Murid mengaminkan doa Yasin yg dibaca oleh Ustaz Hisham

Inilah wajah GB baru SKCH.. sama2 mendoakan murid
leisure time...

Sembang adik-beradik.. Ikan turut mendengar!
Terjumpa MP3 128MB ku tahun 2005...

Fruit salad menjadi Pesemboq!
Jejaka di Pasar Sabtu Rembau...

Menunggu ayam kampung
Pak Din pengamal zikir Kaujakan. Aku terima ijazah Fatihah malam ini...
Bersama Qutub Syafie

Soleh & Ust Yazid. Majlis doa selamat sebelum gi Haji..:)

Alhamdulillah.. itu buat setakat ini. Moga Allah pelihara gambar2 ini. Moga Allah memimpin diriku dan orang sekelilingku..ameen.. Moga aku sentiasa membaiki diri... insyaAllah..


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster