Hari terakhir GB di Sekolah...  

Assalam... Hari ini hari Jumaat mubarokah. Hari ini juga diadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat. Selepas itu Jamuan raya bersama ibu bapa dan warga SKCH. Meriah. Selain itu, majlis perpisahan GB, Cikgu Razali Yassin. Beliau berpindah ke SK Pedas. Minggu depan beliau mula bertugas di sana. Sudah 7 tahun beliau berada di SKCH. Keberadaan beliau di SKCH mampu melonjakkan prestasi sekolah. Mendapat 3 kali baiah, 3 tahun berturut-turut. Pada tahun ni mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)... Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah...






Itulah sedikit sebanyak gambar-gambar yang dapat di kongsi. Semoga Cikgu Razali Yassin dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru nanti, ameen, insyaAllah.:)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


:: IMAN :::  

Kalau kau miliki iman
Engkau sesungguhnya menguasai segala
tapi sebaliknya kalau tiada iman
engkau sesungguhnya kehilangan segala

Iman adalah PUNCA TENAGA melahirkan segala
iman adalah hartamu yang mengayakan hati
pengubat jiwamu iman mendidikmu
berakhlak mulia dan berbudi tinggi

Iman pembimbing bahagia
penyuluh kegelapan dan kesesatan
mendorongmu berjuang
di jalan yang mendapat redho Tuhan
demi menjamin keselamatan

kerana itu berusahalah untuk iman
sumbang tenaga, fikiran, jiwa, harta dan apa sahaja
jangan sayang untuk dikorbankan
sebagai tebusan pada iman

kerana harga pengorbananmu terlalu kecil dibanding nilai iman...


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::: Hati Insan :::  


Setiap hati insan penuh ketakutan
Wajahnya lesu layu
Taman kediaman tiada keamanan
cetusan huru hara memenuhi taman

Keindahan kehidupan musnah dari insan
wajah tak berseri diselubung kebimbangan
umpama menanggung seribu derita
dihimpit resah tiada kesudahan

Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari

Si kaya bimbang hartanya di ambil orang
si miskin takut dibiarkan tanpa bantuan
yang berpangkat besar takut tak dihormati
yang berkuasa takut hilang kekuasaan

Si suami menjadi bagai orang suruhan
tiada penghormatan kerana si isteri
lagaknya bagai tuan
hilanglah keamanan
Rumah jadi neraka

Alangkah sedihnya hati
Taman meriah ini tak berperanan
muram tak berseri lagi
kerana penghuni hatinya dinodai
bak gerhana bulan di malam hari


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::: Sepi Mujahid :::  


Para mujahid selalu sepi
Di perantauan yang jauh
untuk menyampaikan mesej perjuangan
tidakku menoleh kebelakang
Di dalam hati mereka
terselit gangguan cinta
antara keluarga dan perjuangan
tidakku berpaling pada gangguan

Siapakah yang akan menyambung perjuangan ini?
siapakah yang akan mensucikan noda dan dosa?

siapa oh siapa?
bukankah tugas kita
untuk generasi yang akan datang
akan ku teruskan perjuangan ini
untukku pusakakan kepada generasi dibelakangku nanti
oh Tuhan berilah aku kekuatan
dimanapun ada ketenangan dan bahagia
tak usah kau ragu dan bimbang
Tuhanmu tetap bersamamu

Tidak mungkin aku berdiam diri
ibu dan ayahku yang tercinta
Akan ku serahkan pada Tuhan
Tidakku berpaling pada gangguan

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tafakur  


Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-Mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijap kalbu 
Antara kau dan aku 

Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijab kalbu 
Antara kau dan aku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Kusujud pada kudrat-Mu 
Kuserahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya pada-Mu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku 

Di keheningan malam 
Tafakur di kesyahduaan 
Merindui janji-Mu Tuhan 
Bantuan di perjuangan 

Kutitiskan air mata 
Taubat segala dosa 
Moga terangkat penghijab kalbu 
Antara kau dan aku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Ku sujud pada kudrat-Mu 
Ku serahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya pada-Mu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku 

Ya Allah ya Tuhanku 
Ku sujud pada kudrat-Mu 
Ku serahkan jiwa ragaku 
Pada takdir iradhat-Mu 

Pimpinlah daku dalam redha-Mu 
Kasihi daku dalam rahmat-Mu 
Hanya padamu aku mengadu 
Ya Allah ya Tuhanku

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Jumaat  

Salam wrt. Pagi Jumaat disinari sinar cahaya. Tengah malam tadi hujan lebat. Pagi ni dapat solat bersama ibu ayah dan Ariff. Surah Sajjadah dan A'la jadi bacaan. Alhamdulillah.

Dalam beberapa hari ini, hatiku diketuk2 umpama ada sesuatu yang hadir. memintaku membuka pintu. Siapakah tetamu yang hadir itu? Sentuhan yang lembut memberi aku ransangan untuk membukanya... Adakah hidayah yang hadir? Adakah sinar itu kembali lagi? Apakah cahaya ini hadir untuk menyinari hidupku? Adakah doaku didengar Allah?... bermacam persoalan bermain di mindaku...
Dalam masa 2 bulan lebih ini, banyak perkara yang aku rasakan baru. Aku pun x mampu handle semua itu, aku  let go je semua. Entah kenapa, aku umpama melihat air sungai deras mengalir sahaja. Sabar menjadi bekalan. Senyum menjadi mainan bibir. Alhamdulillah, kini kembali rasa itu untuk aku mengorak hidupku dengan lebih teratur dan mengikut sistem yang sebenar. Moga Allah dan rasul pimpin aku dan zaujah. Itulah harapan. Itulah matlamat... Akhirat... Tempat rehat yang abadi...



Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Perjalanan Ogos  

Salam wrt. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah.

Hari raya tahun ini sgt berbeza dgn tahun2 sebelumnya. Berkejar ke sana sini. Alhamdulillah.pengalaman yang berharga buat kali pertama. Best jugak lah walaupun agak kepenatan..:)

Malam raya, dimulakan dengan takbir rumah ke rumah. Aku suka jer join, dan ia agak menarik. Meriahkan rumah2 dengan takbir. Cuma aku tidak biasa untuk bertakbir sampai ke pagi. Dengan mengantuknye malam tu dan hati yang tidak tahu nak ckp cmner. Malam tu aku ingin sgt pulang ke kampung kerana biasanya kami kumpul sama2 adik beradik di rumah merasai kemeriahan mlm raya bersama. Tidak mengapa, untuk tahun pertama ni ikut sahaja dan rasai pengalaman bertakbir smpai ke pagi:).. di kampung ramuan china pun ada juga tapi xlah sampai ke pagi.sedangkan esok mahu berjalan ke sana sini...hmmm wallahua'lam...


Di pagi hari, dalam pkul 7 aku bertolak ke seremban. Jemput Zaujah di hospital. Kelihatan senyuman di wajahnya. Katanya dapat rest jugak on call mlm tadi dalam sejam dua. Alhmdulillah. Aku terus memecut ke masjid Negeri Sembilan. Solat sunat Eidul fitr. Khutbah di sampaikan oleh syeikh Fuad Almaliki. Menarik! Syeikh sentuh berkenaan dengan golongan yg dipanggil 'ruaidhidhoh'. Apakah itu? Inilah golongan yg diangkat manusia diakhir zaman, ykni org yg tiada ilmu tp brckp tntg agama... pnjg lebar khutbah hari tu.




Selepas itu aku terus drive ke rembau. Smpai di rumah oren, bersiap dan jamah mknn sket, kemudian ke rumah mak long. Then, dpt call dr ummi, semua dh kt kubur arwah atok Hadi. So, trus lah ke Ramuan China. Beraya kt cni kire menyalang skali la...hehe. mklumlh blh laki blum wat lagi.:)..  Semua dh kumpul. Gi umah pak busu. Mak busu pun ada. Mak busu kerja di Riyard. So, jrg2 blik. Jadi kali ni  dpt la jumpa:)..  anak2 dia merangkap sepupu aku pun ada.hehe.. trus ke rumah uwan2 belah abah. Then balik rumah. Kali ni wan cik x dpt blik. Ada di rumah anaknya di Petaling Jaya. So,program esok adalah beraya di PJ dan Ampang (umh pak lang)..


Ptg lps zohor, amek kptsn utk beraya di Rumah Tua Melaka. Belah ayah mertua... rumah mak long meriah... sempat sembang2 dan brkenalan dgn fmly Melaka. Then ke rumah pakcik. Tp pak cik xde, pi beraya.. after asar, aku dan Zaujah ke pantai Pengkalan Balak... meleraikan penat dan bersembang2... kmudian tros blik ke rumah. Aku pun kurang sihat ketika tu. Dah mula bersin dan batuk2. Mgkn sbb mlm td. X biasa brjln2 smpi 2,3 pg bertakbir. So, mkn ubat yg dibekalkn zaujah.

Nk jd cerita, mlm tu masa ziarah umah pak lang. Time tu steady lg. Tp di rumah pak long.. masyaAllah.. xle bendung mengantuknyerrr... sepupu aku Khairul ajak sembang, tp aku xdpt fokus lgsung... punyer la mengantuknyer. Penangan ubat batuk memang kuat! Blik rumah trus tidur, xde kate ape dah...

Itulah penangan hari pertama Raya bila dh berkeluarga...(",)

Sedikit gambar hari raya kedua.. ke Rumah pak long belah zaujah.. tp ade sedikit geseran telah berlaku...hmmm... tembok depan rumah telah di cium...




Pak Long xde, dah kluar beraya.. so, ke rumah Mak long sekali lagi. Makan sup ayam. Best2!

then, umi call. Rombongan KL nak singgah umah oren. After makan2 dan sembang2 sesama besan, maka kami pun bertolak lah ke PJ dan Ampang.

Pak Tam = Petaling Jaya
Pak Lang = Taman Tun Razak, Ampang


Rumah Pak Tam
Rumah Pak Lang
Spasiba!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Aku, Dia dan ...  

Salam wrt.. Perjalanan hubungan ini sudah berusia 2 bulan 1 hari. Di dalamnya penuh menggamit memori. Ada suka, ada duka.. silih berganti. Yalah. Hidup ini adalah di antara pergiliran. Nikmat dan ujian. Nikmat melatih rasa syukur, ujian melatih rasa sabar. Dapat kedua-duanya mesti indahkan!

01 Ogos 2013

Hari ini Zaujahku cuti. Aku sekolah. Tapi hari ni kelas semuanya sebelum rehat. So,lepas rehat free... minta izin GB untuk keluar awal. Balik rumah, transform baju batik ke baju t-shirt. Ajak Zaujah keluar. Sementelah zaujah ade tertinggal barang di hostel HTJ..barang ape yer?...:)

Perjalanan dengan menaiki Ikan Kelisa.. Tempat pertama dituju ialah CIMB bank. Jumpe Kak Ida, tukar duit rayer la..:) Then, terus mencari bengkel untuk tukar "rax end"(cmni ker ejaan dia).. sbb rax end kelisa ni dah loose... so, g kedai no 31, My Tyre. Dia ade barang dan boleh buat. Dia kate kelisa atau Kenari menghadapi masalah yang sama. Rax End selalu rosak. ye ker? dia cakap la...

Ni la kedai No 31 tu...
inilah pomennyer...

banyak lame ow...
kat bengkel ni ada bilik ber air cond. So, kat sini lah aku dan zaujah menunggu kereta siap. Sambil tu buat kira2..:)

Akauntanku... 
terlalu lama, akhirnya....:)
Masih belum selesai. Kereta x aligment kat situ. Kami menuju ke Rahang kerana masih dapat untuk alignment dan balancing free...:) 

Sedang bikin ma...
Di Rahang, kena tukar bearing tayar kanan belakang, sebab sudah bunyi. Kereta agak banyak time ni. Maklumlah dah dekat nak raya. Sini alignment dia orang kate baik punyerr! Masalah kereta ni xle nak alignment lagi. sebab rax end dah tarik habis tapi masih x dpt kedudukan tayar yang stabil. So, dia kata ade mase seminggu lagi. So, aku target utk hantar semula pada Ar Shien sebab masih dapat claim insuran.

After that, terus ke Hostel HTJ. Barang yang di cari zaujah sudah dijumpai. Dalam Lab Kod lain. Then, solat asar sama2 kat dalam hostel. Lepas tu, tros ke Wanija sebab kereta sudah ada, dah siap tinted.

Sampai Wanija dalam pukul 6 petang. Bajet hari ni nak buka di luar...:)

Preve...

Wah!.. Inilah keretanya. Untuk zaujah pergi bekerja. Selesa sikit dan ok la buat insan sepertinya. Hasil perbincangan bersama dan restu parents, kami mengorak langkah membeli Preve ini..:)

Beliau yang mengurus jual beli kereta kami ni..:) Muda kan!
Selepas puas melihat interior dan luaran kereta ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Saiful. Sape nak tempah kereta, boleh la jumpa Saiful. Dia servis yang terbaik untuk anda!:) - 01112304946

Kami terus bergerak ke Chembong. Zaujah kate ade tempat makan kat situ, Pekan Cowboy Rembau most wanted xde, so Chembong la yg jadi pilihan....:)

Medan Selera, menambah selera...
Alhamdulillah, dapat berbuka bersama. Kali pertama dapat buka puasa bersama kat luar..:) 


02 Ogos 2013

Masa kat sekolah, dapat mesej dari along. Dia nak gambar2 kereta. dah ade orang nak kelisa tu. So, gi amek jap gambar kelisa dan post pada Wall facebook along. Sape2 berkenan boleh tgk kat sini.. 

https://www.facebook.com/eidanz.syah?fref=ts&ref=br_tf

Lepas kelas, murid beratur di tapak perhimpunan. Salam cikgu dan amek duit raye. x sempat nak amek gambar. Alhamdulillah, dapat mengembirakan anak2 ni. Terhibur hati sendiri...:)

Hari ni agak mengantuk, so x balik. Solat di Masjid Tanah Datar. Balik rumah terus telentang atas katil. Entah kenapa terlalu mengantuk. Dalam pukul 4, Saiful call. Dia cakap kereta dan siap pasang door visor.. boleh amek petang ni. So, tergerak pulak untuk hantar kelisa ke Ar Shien. Start Kelisa dan terus ke Wanija. Saiful follow kelisa ke Ar Shien.

Alhamdulillah, Ar Shein kate boleh buat lagi kereta kelisa tu. So, tinggalkan kereta kelisa, drive preve ke Wanija semula. Saiful buat penerangan penuh tentang kereta preve. 

belakang Wanija, tempat servis proton...
mengisi borang...

menanda tangan...
Smart juga..hehe

Jazakallah Saiful Wanija...(",)
Balik Rumah dan buka puasa. Tepat2 sampai maghrib. Angah dan Ariff buka puasa di masjid. Eca ada kat rumah. Buka dengan ibu ayah. Aku join venture diorang la.

Solat maghrib bersama, sembang2 sket. Angah, Ariff dan eca gi amek Dikdan kat Seremban. So, sambung solat isyak dan tarawikh di rumah bersama ibu ayah. x lame tu, zaujah pun sampai rumah. Baru balik kerja. Letih, penat... Kasihan.. Hari ni katanya, tak duduk langsung. Patient tak henti2. Hanya yang faham tahu, yang tak faham tak ambil tahu..:( Berat tugas Zaujah ni. Komitmen dah bertambah. Aku kena faham. Taggungjawab dah bertambah. Moga Allah selalu pimpin kami. Moga Keluargaku dalam pemeliharaan Allah. Moga ada pembelaan Allah kepada kami. Terima kasih Tuhan atas segala nikmat dan rahmatMu yang mencurah2 kepada kami. Hanya kami yang kurang syukur kepadaMu. Maka jadikanlah kami terdiri dari orang2 yang memiliki SYUKUR & SABAR. ameen ya Rabb!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


31 Julai 2013..(",)  

Majlis Khatam al-quran
Salam. Nak kongsi gambar Majlis Khatam Quran dan Ceramah Ihya' Ramadhan di sekolah..:)

Anak-anak titipan dari Allah...
Saguhati khalifah:)

Sempat juga merakamkan gambar check kesihatan menggunakan alat moden ni. Dapat check satu badan hanya dengan meletakkan 1 jari sahaja..:) hebat teknologi sekarangkan. Tapi teknologi roh lagi hebat! kan?

Bersama Encik Roselan...
Buku yang mereka jadikan hujah...:)

Inilah produknya, Tasly.. ramai cikgu yang beli...:)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster