Hear me...  


Pantai...
Dengarlah dahulu peneranganku,
Islam cara hidupku, insya Allah, Islam hidup matiku,
Islam dagang dan kembali dagang,
Tidak ramai yang faham Islam,
Tapi banyak yang hanya tahu cakap sahaja.
Praktiknya tidak...

Pantai,
Dengarlah dahulu,
Aku faham tentang kerisauan itu,
Tapi, ambillah masa untuk memahamiku,
Ambillah masa untuk memahami dan menerima keluargaku,
Pertemuan antara dua keluarga ini menyuburkan silaturrahim berpanjangan,
Jika sama faham memahami, redha meredhai.

Pantai,
Dunia ini hanya di tangan, jangan di hati,
Kemewahan itu bukan pada harta dan pangkat,
Kemewahan itu pada hati yang sakinah, mutmainnah,
Tidak perlu bicara panjang,
Engkau pun tahu tentang ini.

Pantai,
Aku mahu cara hidup Islam,
Pembelian secara sistem yang aku percaya,
Yang tiada syubhah, tiada interest,
Yang menjadikan hatiku tenang,
Aku tidak kisah hidup susah sedikit kerana memperjuangkan sistem Islam,
Apalah ertinya hidup tapi membayar hutang+interest,
Padaku,...ia sangat tidak menenangkan hati,
Bagiku ia tetap ada unsur riba',
yang mana aku akan bermasalah dengan Allah dan rasul,
Jika bermasalah dengan Allah dan rasul, apalah erti hidup ini?
Dimanakah berkat pembelian yang dilakukan?
Dimanakah campur tangan Allah dan rasul?
Adakah Tuhan akan menjaga hartaku yang mana aku ambil melalui sistem yang ku rasakan syubhah?
Aku melawan arus? Ya! sistem perbankan ini tidak meyakinkan aku,
Di zaman ini ramai yang menggunakan Islam untuk menghalalkan segalanya,
Islam dagang! Islam sudah yatim piatu!

Pantai,
Perbincangan telah aku lakukan sebelum memulakan pembelian,
Janganlah ngomong sekata-kata,
Tanpa memberi ruangku bicara,
Ayah bondaku telah fikirkan semua,
Mereka tidak jahil dan mereka punya firasat yangku percaya,
Kerana itu aku berani lakukannya,
Kerana keputusan mereka selalunya berguna..
Keputusannya tepat lagi membahagiakan.

Pantai,
Aku berharap, janganlah hadirkan prasangka,
Perkataan 'kalau-kalau' jauhkan dari perbicaraan,
Kerana sudah terang dalam hadis nabi keburukannya,
Seakan bersangka buruk dengan Tuhan,
Bahkan dalam perbahasan tasawuf,
Imam Ghazali sudah menggariskan,
Ia satu sifat mazmumah,
Nasihatku...buanglah segala kekeruhan fikiran,
Jernihkan dengan tawakkal dan penyerahan kepada Tuhan,
Kelak orang sekelilingmu tenang,
Perkara yang belum berlaku jangan di risau2kan,
Percayalah dengan janji Allah dan rasulnya..
Siapa yang membantu agamanya,
Siapa yang menegakkan syiar agamanya,
Ia pasti dibantu...ya! Ia pasti dibantu.
Percayalah,
Aku lakukan begini bukan kerana nak buat lain dari orang lain,
Bukan tujuan nak bermegah atau keduniaan,
Semata-mata ingin menegakkan syariat,
Semuanya kelihatan janggal di mata orang sekarang kerana Islam telah kembali dagang...

Pantai,
Aku percaya,
Dikau berkecil hati kerana anakmu tidak bercerita kepadamu,
Seperti yang kau beritahu, tidak berbincang dahulu denganmu,
Aku mohon maaf atas kesilapannya,
Buat apa-apa perkara perlukan restu ibu ayah,
Tanpa restu itu, hilanglah keberkatannya...
Aku mohon sekali lagi kemaafan atas kesilapannya,
Dan aku jua kan terus belajar untuk mendidik sang tanah...(",)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


22 Ramadhan 1434 berbicara lagi...  

Salam wrt... Selepas sahur bersama zaujah di Hostel Hospital Tunku Jaafar, kami solat subuh bersama. tak sempat mathurat bersama. Aku saat itu masih mengantuk. Gagahkan diri untuk memandu pulang ke Durian Daun. Selepas menghantar zaujah ke wadnya, aku terus attack highway menuju ke Selatan.

Dalam 7.15 pg, sampailah aku di Rumah Oren. Ayah tolong buka pintu. Aku salam ayah dan terus naik mandi dan salin baju. Terus ke Sekolah Kebangsaan Chengkau untuk terus membina saham2 akhirat..:)

Hari ni murid-murid menghadapi ujian 2. Paper BM dan Matematik. Di sebabkan mengantuk, aku turut sama menjawab soalan matematik murid tahun 3..hehe.. lame rasenyer tak mengasah minda niey! huh

Hari ni sempat menbacakan buku 70 Dosa-dosa Besar kepada murid-murid tahun 3. tapi sempat 50 jer. Masa baca dan huraikan pada murid-murid tu, ade juga beberapa yang terkena kat batang hidung aku. Itulah refleksi yang sering aku lakukan... Itulah cara aku menyuluh diriku... Kongsikan dengan sesiapa dan kita akan kenal sapa diri kita. Yang penting kena ingat betul2... "ilmu tu mula-mula untuk suluh diri kita. Jangan sibuk nak suluh orang, tapi diri sendiri tak disuluh, nanti kita akan lebih jauh dari Allah.." wal iya zubillah...

Selepas mendirikan solat Zohor di sekolah bersama beberapa orang murid, aku terus start enjin kelisa dan pulang ke rumah. Nak rest! Pabila merebahkan diri di pembaringan, maka lenalah aku  sehingga kedengaran azan Asar. Letihnya badan, tapi ku gagahkan juga pergi mengambil wudhuk dan tunaikan solat asar. Turun ke bawah kejap. Cuaca panas hari ni, rasa nak minum air tebu. Minta izin ibu ayah nak pergi beli air tebu yang best kat Pulau Mampat. Harga masih RM 4 sebungkus. ok lah tu. Beli 2 bungkus.

After beli air tebu, aku ke kebun. Sempat jalan sorang kat dalam kebun sambil tanam biji betik, biji nangka dan biji durian. Sambil tanam tu, selawatkan. Harap-harap adalah hasilnya. insyaAllah.

Balik rumah aku, terus angkat baju di ampaian dan lipat kat bawah. sambil tu sembang2 dengan ayah. tak lama kemudian ibu keluar. So, sembang2 dengan ibu juga.. Banyak la ibu ayah bagi pendapat tentang pembelian kereta zaujahku, Zaf. Aku mampu tersenyum sahaja. Tiada ruang untuk bersuara. bukankah diam dan senyum itu lebih baik(",)...

Lepas hantar baju yang di lipat kat atas, mandi kejap dan turun buka puasa. Masa buka pun masih banyak pendapat yang ibu ayah beri. Aku amat menghargai mereka. Aku semakin menyayangi mereka. Itu tandanya mereka sangat mengambil berat dengan aku dan zaujahku:).. Cuma aku hanya mendengar sahaja tanpa memberi respon apa2. Senyum sahaja..:)

Malam ni solat di Madrasah Taufiqiyyah di Penajis.(Asrama yayasan Sofa)... Ariff ikut sama. Malam ni anak2 tahfiz juga yang bawa 8 rakaat tarawikh dan di sambung 3 rakaat witir oleh ustaz Latiff. 

After that pulang ke rumah. Around 10 o'clock. Minum air tebu lebih, makan roti john dan cempedak goreng. Then, naik bilik dan zaujah call. Malam ni dia balik rumah. Sekarang sudah sampai rumah dan sedang menunaikan solat isyak dan tarawikh... Ya Allah, berilah kekuatan kepada isteriku ini... Bersaksilah bahawasanya dia ingin sangat memiliki masa yang banyak denganMu, bercakap-cakap denganMu, merintih sayu di depanMu... Sering kelihatan garis2 air mata kekeringan di wajahnya... pimpinlah hidupnya dan pandulah dia serta mudahkan segala urusannya...  amin...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


"Tagging"  

Salam wrt. Di waktu ni, aku sedang berada di hostel hospital Seremban, meneman zaujahku yang tension dgn tagging di hospital.. yg x  cukup rehat... lumrah bagi doktor yg housement...:)

Hari ni dpt selesaikan urusan gaji yg "x masuk"... Kadang2 urusan online ni bermasalah. bersabarlah wahai hati...:)

Berhenti solat Zohor di Masjid Seberang Batu Hampar...

Gi hantar laptop pada along di IKBN Chembong. Kali pertama melihat IKBN. Alhamdulillah, along dah selesa bekerja di sini...

After that, gi Wanija di Senawang. Geran kereta dah ada. Langsaikan duit tinted dan insuran cermin kereta. Booking number x dapat. So, amek nombor biasa jer la:) Berurusan dengan Saiful. Smart orangnya. Sempat merakam gambar bersama.

Bersama Saiful Wanija..:)

Gi Ar shien untuk urus kereta Kelisa. Lama betul kat bengkel ni. Tapi puas hati sebab banyak masalah kereta dapat diselesaikan.:)

di bengkel Ar Shien, Senawang

Gi Rahang, untuk tukar sport rim. Kedai penuh china dan india. Solat asar di kedai ini.Doakan diorang sekali.:) 

Kedai tayar ni dpn BHP kat Rahang...

Diorang pasang memang cepat!
Ada beberapa perkara nak buat:. 
1) Rex Ant kena ganti sebelum balancing dan alignment
2) servis brake
3) basuh enjin

lepas tu semua selesai. Sapa2 yang nak boleh yer. Mula dengan harga RM 15k. Boleh nego sampai puas hati! Sampai senyum puas2!

Dah lambat, Gi Masjid Negeri. Alhamdulillah, ada buka puasa di sana. Kebetulan, berbuka dengan imam dua masjid tu..:) solat maghrib, habiskan juz 21, solat isyak dan tarawikh... wat 10+3 jer. Masjid wat 20+3.:)
Gi beli mknn mlm dan mknn sahur.

Gi hospital, jemput zaf dan ke hostel.:)
Kali pertama meneman zaujah di hostel yang betul2 keletihan bekerja. Tinggal 3 hari lagi.. bertahanlah sayang! ♥


Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Terjaga! Wan....  


Salam wrt.. tersentak aku dari Qailullah hari ini. Terus terdengar suara Wan di dapur. Terbit di hati rasa rindu yang dalam. Terkenang saat2 yang indah bersama Wan. Kini sudah hampir mencecah 2 bulan berkahwin. Dah duduk rumah lain. Sudah tidak selalu bersama Wan. Ummi dan adik beradik kata aku ni cucu kesayangan Wan. Kalo aku buat semua betul jer dari pandangan Wan..ye ker?.. bagi aku sendiri tidak lah begitu.. Wan sayang semua. Wan cakap muka aku ada iras ayahnya, Moyang Idris(Tok Deris). Tok Deris meninggal pada zaman komunis. Masa wan masih kecil. Tok Deris jadi pemandu kepada seorang tokey estet. Satu hari tu, dia mandu masuk ke ladang estet. Otw tu ada pokok yang direntang tengah jalan. Rupanya di tahan komunis. Ada seorang cina juga yang menemaninya dalam kereta tu. (So, bertiga lah dlm kereta). Semua di arahkan keluar kereta. Tok Deris di tembak dan meninggal di situ. Cina dan tokey tu xkena tembak. Hmm... itulah yg wan ceritakan. Cincin pusaka Tok Deris dh kena ambil oleh komunis tersebut... itulah sedikit kisah Tok Deris, moyangku. Isteri Tok Deris namanya Rahmah. Nek Rahmah ni aku sempat jumpa. Garang orangnya... masa wan pergi haji atau umrah, kami adik beradik duduk dengan nek Rahmah dan Wan Noriah(akak wan). Indahnya mengenangkan saat itu.

Wan & atok bersama cicitnya:)
Dari kecil kami dimanjakan dengan wan atok..maklumlah tinggal bersama. Wan atok selalunya lepas subuh atau isyak bawa kami ke kedai. Minum..:) so, naiklah 2,3 orang atas motor. Gi tadika pun atok antar naik motor vespa(atok ni minat sgt kumpul motor vespa). pagi2 buta yang sejuk tu... boleh tahan la menggigil... Kalo ada kelas tambahan di SR, atok hntr juga. Tapi naik motor yamaha. Pak ngah Mad Nor hadiahkan. (Pak Ngah kerja MISC. P.ngah ni suka beli untuk Wan Atok)... kalo g mengaji mlm, wan atok siapkan pelepah kelapa yg dh siap ikat. Kalo korg nk tau, ni lah lampu kitorang tyme dulu. Ada 2 disediakan. Satu guna masa pergi, satu lagi masa blik ngaji. Caranya, bakar je pelepah tu. Api dia tahan sampai ke rumah maklong bedah(tmpt mengaji).. sweet kan..hehe..

Atok Kasim di masa mudanya..hensome tu!
Di hari raya suatu ketika dahulu..:)
Kalo kami nak balik asrama atau balik ke IPG atau balik ke Universiti, wan Atok akan hulurkan duit poket. Selain tu doa yang tak putus2 pada kami.. doa wan atok berkat..mujarab.. beritahu jer sape nak pekse ke... masa tu juga diorang doakan. Kemudian sambung doa masa solat... itulah pemberian Tuhan, dapat aku dan siblings hidup bersama wan dan atok..

di Singapura...
di Masjid Nabawi...
Umrah baru ni, wan support jugaklah perbelanjaan. Walaupun aku ni dah kerja, dpt jugaklah sikit. Adikku Syafiq dapat full support. Perrghh! syafiq ni dia baru grad UTP.  Dia dh banyak interview. Sampai ke utara dia sanggup berkejar u interview. Tp, 1 kerja pun xdpt. So, wan cakap... "Pit, kau ade sebut nak gi Mekah tp kau tak langsaikan..agaknya sebab tu ko x dpt kerja... gi la sane dulu, doa banyak2..." Yg mericle syafiq ni lepas jer balik umrah, 3,4 kerja dia dapat. Mula hari tu di Rawang, kemudian PJ sekarang di Produa. X lama lagi katenyer nak flight ke Jepun. Wow! Rezeki ko la pit.

Adik beradik lain pun Wan kate akan support sket. Sbnrnya kalo ikutkan, kami pergi umrah bereempat hari tu. Along, aku, aman, apit.. tp yg ada masa aku n apit jer. Apit pun masa tu dlm dilema antara dpt kerja atau ke tanah suci... nnti kalo sempat nk postkan perjalanan ke tanah suci. X habis2 lagi mengeditnyer... panjang kot..hehe.. pengalaman yg memang xkn dilupa smpi bila2... indahnya maqam nabi, indahnya rumah Allah..... moga direzkikan lagi.. terima kasih wan atas perbelanjaanku ke tanah suci...

Now, Wan spend a lot of money for my wife utk keretanya. (Pinjam je ok).. itu pun sbb xnk trlibat dgn bunga. Biar  malu sket meminjam asalkn berkat. Boleh jer wat loan tp, xnk la hutg dgn bank ni... hmmm.. huh... So, byk sgt jasa wan dan beliau tidak berkira dengan anak2 mahupun cucunya... wan kerja motong getah jer. Atok pun sama.  Berkayuh basikal ke sana sini untuk motong gth org.. smpai ade kebun sndiri, sampai la sekrg, org motongkn getah tu.. duit tu la wat prbelanjaan anak2nya sampai berjaya ke menara gading... Yang aku nak kongsi di sini ialah keberkatan. Hidup mereka berkat.... ada jer rezeki. X kisah kerja apa pun. Yg penting biarlah berkat. Rezki tu di tgn Allah. Sikit pun dh memadai jika berkat. Satu lagi, Orang tak berkira ni rezeki dia banyak. Tapi orang yang berkira, sentiasa x cukup..right? 

Abah ummi di musim Rambutan..:)
Umi abah byk ajar kami adik beradik tntg kehidupan. Yg kami x nmpak umi abah suluhkan.. umi abah ajar kami hidup beragama. Terlalu byk kenangan manis dgn ummi abah. Nnti2 aku kongsikan...

Inilah aku, Mohd Rauhan... asal bgn tidur je tgh hari @ petang @ pagi, byk kenangan yang menggamit perasaan hadir... rasa mcm dah lama tinggalkan saat2 indah itu.... terima kasih Tuhan, menjadikan aku tidak lupa jasa2 orang di sekelilingku... Engkau Maha Baik..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Dengarlah dahulu....  


Pantai...

Tahukah kamu siapa aku?
Aku hanya orang biasa,
Asal daripada keluarga biasa2 juga,
Cuma jiwaku kuat untuk hidup beragama,
Islam sebagai satu cara hidup...

Pantai...

Ingin aku bicarakan lagi,
Aku hadir bukannya untuk merebut kasih,
Tapi memikul tanggungjawab,
Sebagai seorang suami,
Jua sebagai anakmu...
Percayalah,
Dikau bukan orang lain bagiku,
Dikau adalah ibu bapaku,
Sama seperti ibu dan ayah kandungku jua...

Pantai,

Janganlah kehadiranku disegani,
Anggaplah aku sebagai anakmu,
Aku rindu saat2 dahulu,
Kau bahagia menyambut kehadiranku,
Janganlah pernah terbit prasangka dalam jiwamu,
Aku sentiasa memandangmu tinggi...
Tinggi dengan kasih sayang dan belas kasih,
Ingin ku merasakan kasih itu,
Kerana kini aku jua adalah anakmu....

Pantai,

Tahukah kamu bicara sang tanah padaku,
Bahawasanya,kau ibu yang penyayang, kau bapa yang pengasih,
Yang sentiasa berada di sampingnya saat duka dan gembira,
Percayalah sang tanah sangat menghargai ibunya, sangat menyanjungi ayahnya,
Tidak pernah aku dengar kisah buruk darinya,
Semua baik2 sahaja,
Indahnya berada dalam lingkungan keluarga Hatta,
Walaupun di hati masih merindu keluarga di Melaka.

Pantai,

Pernahkah aku melukakan hatimu?
Pernahkah terlepas dari lidahku kata2 nista?
Pernahkah aku terlanjur kata?
Adakah aku bersikap kurang ajar?
Jika ada, aku pohon kemaafan sebanyak2nya...
Aku hanya insan biasa,
Tidak pandai bersikap seperti orang2 sempurna,
Aku orang muda,
Aku masih belajar,
Belajar dari kesilapan dan kealpaan,
Belajar untuk bahagia dan membahagiakan...
Terimalah aku seadanya...

Pantai,

Dahulu kau pernah berbicara,
Bahawa semua masalah akan selesai jika ada agama,
Jadi marilah sama2 kembalikan hidup beragama,
Agar Allah campur tangan dalam urusan kita, 
Allah pimpin keluarga kita,
Allah pelihara setiap tindak tanduk kita...

Itulah harapanku,

Untuk melihat keluarga ini membesar,
Dalam kasih sayang Allah beserta rahmatnya,
Moga Allah menunaikan hajatku ini,
Moga Allah menjadi cinta Agung kita,
Bukan pangkat dan harta,
Ia hanya alat sahaja, bukan matlamat kita,
Moga baginda Rasulullah SAW menjadi kerinduan kita bersama,
Moga keluarga kita disyafaatkan di akhirat sana,
Moga Ada dikalangan kita direzekikan untuk bertemu dan melihat wajah baginda yang mulia...
Ohh! Jika dapat bertemu baginda, apa lagi yang lebih berharga di dunia,
Mendapat Nabi bermakna mendapat cinta Allah....
Marilah sama2 berdoa, jangan pernah cuai, abai dan lalai...

Untuk akhirnya,

Jazakumullahu khairan kathira,
Kerana menerimaku selama beberapa bulan ini...
Aku sangat menyayangi dan mengasihimu kerana Allah.
Ampun maaf dariku dan anakmu, Sang Tanah...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


16 Ramadhan 1434h  

Salam wrt. Alhamdulillah, hari ni dah selesai mengajar. Esok dan isnin punyer lesson dah siap. Tunggu nak hantar je esok:)..

Ramadhan kian bertambah umurnya. Tinggal 14 @13 hari sahaja lagi. Apa yang telah aku lakukan untuk Ramadhan ini? Hafazan? Tadarus? Tarawikh? Solat malam?.. apa??... malam tadi terawikh di surau Simpang Keling. Hmm, mengantuknyer.. masyaAllah...


Tadarus after Fajr bersama ibu dan Zaujah..:)
Ariff dan Ayah pun ada..:)
Agak penat minggu ni. Terkejar-kejar juga. Menguruskan kereta zaujah yang disayangi. Alhamdulillah, semalam bayaran dah dibuat. Terima kasih wan!!! Kelisa pun zaf dah settlekan bayaran sepenuhnya hari ni. Tinggal nak lelong kepada sesiapa yang mahukan kereta kecil ini. Overall ok jer. Aircond sejuk, pick up pon bley tahan. Nanti nak post gmbar kat facebook. If ada yang nak, insyaAllah, let go jer...:) Wanija dah call pagi tadi. Kereta sampai hari ni. So, kena wat full payment. Aku minta wat hari Isnin sebab Zaf cuti hari isnin tu. So, leh gi sama2. Tinted dibuat sabtu @ ahad ni. Promote sket, Salesman wanija ni  namanyer Saiful. Umur 23 tahun. Orang johor. Lagaknya seperti adik bongsu aku, zulhelmi. Sebijik kot!! Tinggi, kulit sama warna..hehe.. cara cakap pun sama. Dia dh kahwin.. bulan 3 hari tu. Jujur orangnya, insyaAllah. Moga Allah murahkan rezekinya, ameen ya Rabb.


Di TH Masjid Tanah dgn Wan..:)
Durian kat rumah Ramuan China tahun ni ade la berbuah beberapa batang. Cuma buahnya dah tinggal sikit coz digugurkan oleh sang kera. So, mana yang ada itu la rezeki tahun ni. Sempat la jengok ke kebun belakang rumah. Dapat la 2,3 biji. Bawa pulang ke Rembau. Suka ibu makan durian tu. Durian kampung memang best. di Rembau musim durian dah berakhir.. em,  ayah xle makan durian kerana sakit. Hari ni dialisis di tampin. Seminggu 3 kali. Moga2 ayah sentiasa sihat....


Ibu dan ayah...<3 nbsp="" p="">
Esok, isteri tersayang akan mula kerja di department baru.. MEDICAL.. moga2 Allah mudahkan segalanya... esok, beri dia drive kereta jerung biru. Ok sket. Hmmm, di tmpt baru ni kena tagging dulu selama seminggu. So, habis kerja dlm pukul 8  @ 10 @ 12mlm. Sabar sket yer Mrs Zaujah! Assobru Jamil!!! ♥

di kebun..:)

Petang, melawat kebun untuk potong jantung pisang... sambil tu tengok-tengok kawasan..hehe.. ada port memancing la.. kena try ni.. ajak Along! yeah!

DI Yayasan Sofa
Malam, isyak dan tarawikh di Surau Sekolah Tinggi Islam as-Sofa. Dah masuk 17 Ramadhan 1434, Nuzul Quran. So, banyak masjid buat buka puasa perdana. Aku dan zaf buka puasa di rumah. x sempat nk buka puasa di STIAS. Sebenarnya, seronok solat sama adik2 tahfiz ni. panjang-panjang diorang baca pun x rasa sangat. sebab hati ini dihiburkan dengan bacaan Quran yang mengasyikkan. Alhamdulillah, nikmat ayat Quran memang tiada hujungnya....

Hmm.. cukuplah sekadar itu, dah malam...Itulah coretan untuk kali ni. Hanya Blog picisan.. (",)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Setahun sudah...  

Salam wrt. Syukur pada Allah kerana masih dapat menghirup udara di bumi Tuhan ini. Hari ini adalah hari ulang tahun pertemuanku dengan isteri tercinta. Ingat lagi waktu itu, Zaf pulang ke Malaysia. Di sambut oleh keluarga yang merindui kepulangannya. Manakala aku di sekolah masa itu. Ibu dan Kak Mun jemput datang rumah dan bertemu muka dengan bakal peneman hidupku ini... sempat juga aku menempah cup cake dari Ibu Roza. Ibu Roza adalah seorang AjK PIBG sekolah. Alhamdulillah, sempat siap cup cake yg ditempah. Pagi itu, aku mengambilnya dan buat bayaran.


Petang itu, aku ke rumah oren... Banyak juga cerita sebelum hari bersejarah ini. Hmmm... aku menjejakkan kaki ke dalam rumah. Di situlah aku melihat bakal isteriku, yang mana pengenalan dengannya Allah mudahkan dan perjalanan ke arah baitul muslim sangat dimudahkan... inilah pilihan yang Allah ciptakan untukku... Tuhan lorongkan aku untuk mengenalinya walaupun sudah terlalu banyak pilihan yang mengganggu fikiranku saat itu... aku serahkan pada Allah dengan istikharah.... inilah jawapan istikharahku... subhanallah... maha Suci Allah yang maha baik.



3 Julai 2012, petang yang menenangkan di Kampung Durian Daun, Pilin, Rembau, Negeri Sembilan. Selepas minum petang dan menerima sedikit ole2 zaf dari Moscow, kami ke kebun untuk memetik jagung. Zaf saat ini agak malu2... diam jer... sempat juga ke rumah Mak Long. Masa tu Mak Long demam. Kebetulan dalam kereta aku ada penadol. So, itulah hadiah buat Mak Long saat itu. Sebelum berpisah, aku memberi cup cake yang ditempah itu... alhamdulillah, sempat juga aku merakam moment yang indah itu. Aku beranikan diri. Minta Kak Mun ambilkan gambar aku bersama ibu dan Zaf. Saat itu pastiku kenang. Gambar ini memang rare. Sweet moment bersama bakal tunang/zaujah dan kini beliau  sudah bergelar isteriku yang sah...:)


Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaanmu ini.


Bersaksilah bahawa dia seorang isteri yang solehah,
Yang sentiasa mengembirakan hati suaminya, menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia dan sentiasa menyambung silaturrahim...
Moga Saidina Rasulullah SaW berbangga dengan umatnya.
Moga Allah memberi kami kemuliaan untuk bertemu dan melihat wajah nabi yang mulia.
Dan moga Allah memberi kami kemuliaan untuk kami berpimpin tangan melangkah ke syurga Allah dan diberi kemuliaan untuk melihat wajah Allah di sana. 
Amin ya Rabbul jalil.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster