Taubat!!!  

Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!
Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!
Mohon Ampun Ya Allah Yang Maha Agung!

Engkaulah Tuhan Tiada Tuhan SelainMu,
Yang maha Hidup, yang Maha Berdikari.

Aku Taubat Ya Allah,
Aku Taubat Ya Allah,
Aku Taubat Ya Allah...

Taubat Seorang Hamba Yang Zalim.
 Yang Merasa Berkuasa namun tiada Kuasa Apa-apa...

Tiada Kuasa Memberi Mudharat,
Tiada Kuasa Memberi Manfaat,
Tiada Kuasa Mematikan,
Tiada Kuasa Menghidupkan,
Dan Tiada Kuasa, Hidupkan Semula.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ghazwah Badar  

Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar mencari maklumat, akhirnya Rasululah berjaya mendapat maklumat bahawa orang kafir sudah berada di Aludwatul Quswa, dah dekat. Jadi terus Rasulullah Saw mengerakkan tentera Islam ke arah Badar. Bila lepas sikit dari Aludwatil Dunya Rasulullah Saw berhenti berkhemah disitu. Ketika itu Saidina Hubab bin Munzir datang kepada Rasulullah Saw. Dia ini salah seorang pakar strategi perang dikalangan para Sahabat. Dia Tanya Rasulullah Saw, wahai Rasulullah, apakah tempat ini pilihan wahyu dari Tuhan atau atas dasar strategi perang? Kata Rasulullah Saw, ini strategi. Saidina Hubab minta izin memberi cadangan, kata Saidina Hubab, lebih strategi kalau kita bergerak ke depan lagi sampai ke telaga air yang paling awal dan paling baik. Lepas itu kita kambus telaga telaga yang lain. Dengan itu orang kafir tak akan dapat bekalan air. Rasulullah Saw setuju dengan cadangan Saidina Hubab ini. Jadi tentera Islam berkhemah ditepi telaga Badar yang paling baik dan telaga semua dikambus. Rasulullah Saw perintahkan dibuat kolam ditepi perigi itu supaya mudah ambil air.

Pada malam sebelum pertempuran Allah turunkan hujan. Jadi makin banyak bekalan air tentera Islam dan tanah menjadi semakin kejap yang makin memudahkan tentera Islam bergerak. Hujan ini turun juga disebelah Quraisy, tapi lebih lebat lagi hingga tanah dari tempat mereka ke Medan Badar menjadi berselut dan makin menyusahkan pergerakan tentera kafir. Pada malam itu Allah juga datangkan rasa mengantuk yang amat sangat sehingga semua tentera Islam dapat rehat  sebelum peperangan setelah mereka bermunajat dan sembahyang malam. Allah beri peluang mereka tidur. Allah cerita hal ini dalam Quran.

Ini semua persiapan yang Allah siapkan untuk kemenangan Umat Islam dalam peperangan. Kemudian Rasulullah Saw pun menyusun pasukan. Antara yang memegang bendera Islam Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidina Musa’b bin Umair dan wakil-wakil dikalangan Muhajirin dan Ansar. Bila orang kafir sampai mereka lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat dah bersedia dan dah tak ada lagi telaga yang boleh mereka dapat air. Jadi mereka terpaksa berkhemah tak jauh dari tentera Islam. Masing masing buat persiapan. Ketika itu Rasulullah Saw yang ditemani oleh Saidina Abu Bakar di khemah khas terus bermunajat dan berdoa merintih kepada Allah. Diantara doa Rasulullah Saw :

Ya Allah kalau tentera ini tewas, maka engkau tidak akan disembah dibumi lagi

Rasulullah Saw terus berdoa dan merintih pada Allah sampai Saidina Abu Bakar kesian melihat keadaan Rasulullah Saw. Selepas itu Rasulullah bariskan tentera Islam satu barisan saja tidak seperti kebiasaan tentera dalam peperangan dibahagikan kepada beberapa barisan dan pasukan. Ketika itu berlaku satu peristiwa dImana ketika Rasulullah Saw meluruskan barisan ada seorang Sahabat yang berbadan besar dan perutnya ter kedepan. Rasulullah Saw dengan tongkatnya menyentuh perut Sahabat ini supaya dia kebelakang sikit. Ketika itu keluar dari Sahabat ini satu kata-kata yang memeranjatkan semua orang. Katanya wahai Rasulullah Saw, engkau telah menyakiti aku, aku nak Qisas kamu wahai Rasulullah Saw. Semua para Sahabat terkejut dan ada yang marah, ini Rasulullah Saw, kita semua sedang berhadapan dengan musuh, saat-saat yang mencemaskan. Tapi Sahabat ini tetap berkeras, katanya ini hak dia. Akhirnya Rasulullah Saw berikan tongkatnya dan buka belakang Rasulullah Saw untuk diqisas. Melompat Sahabat ini dari tempatnya dan mencium belakang Rasulullah Saw. Lagi terkejut semua orang. Rasulullah Saw pun terkejut. Rasulullah Saw tanya dia, apa yang kamu buat ini wahai Sahabat. Kata Sahabat ini, wahai Rasulullah Saw engkau pun tahu betapa cemas suasana ketika ini, aku rasa aku akan syahid hari ini. Tapi sebelum aku syahid aku ingin mendapat keberkatan dari tubuh Rasulullah. Begitulah kecintan para Sahabat yang terlalu tinggi kepada Rasulullah Saw.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Tentera Islam dan tentera kafir sampai di Badar  

Rasulullah Saw dan tentera Islam berjalan sehinggalah sampai di Aludwatil Dunya.Rasulullah Saw berkhemah dibelakangnya. Tentera kafir berkhemah dibelakang  Aludwatul Quswa. Aludwatul Quswa ini disebelah Selatan dan Aludwatil Dunya disebelah Utara. Orang-orang Islam datang dari Madinah dari arah Utara manakala orang kafir datang  dari Mekah dari arah Selatan sementara Abu Sufyan melarikan kafilahnya melalui jalan rahsia. Dia berjaya keluar dari kawasan Badar dan pusing dibelakang bukit Hijaz. Dia bawa kafilahnya berjalan antara bukit-bukit dan pantai Laut Merah. Ketiga-tiga kumpulan ini tak tahu dImana kumpulan lain berada. Allah ceritakan hal ini dalam Quran.

Peperangan ini Allah yang susun, bukan manusia yang susun. Rasulullah Saw hantar orang merisik, mereka jumpa dua orang khadam Kafir Quraisy datang ambil air dari perigi Badar. Mereka tawan dua orang khadam ini dan dibawa ke perkhemahan tentera Islam. Kedua-dua khadam ini disoal siasat. Sementara itu Abu Sufyan telah berjaya melarikan kafilahnya, dia telah berada dibelakang kedudukan tentera Kafir Quraisy. Abu Sufyan hantar wakil memberitahu Kafir Quraisy bahawa kafilah telah selamat. Dengan itu ada diantara tentera Kafir Quraisy yang tarik diri dari peperangan. Kata mereka , kami datang untuk selamatkan kafilah, ada harta kami disitu, sekarang kafilah dah selamat, untuk apa lagi kami berperang, apalagi orang yang akan kami perangai itu keluarga kami sendiri. Bani Zuhrah pulang semuanya ke Mekah, Bani Hasyim juga pulang, tinggal Saidina Abas dan beberapa orang saja supaya mereka tak diaibkan oleh Kafir Quraisy. Mereka tak ghairah untuk berperang, yang mereka perangi itu Rasulullah Saw dari Bani Hasyim juga. Hakem bin Khuzam datang kepada Utbah minta dia gesa tentera Kafir Quraisy pulang saja ke Mekah, kafilah kita sudah selamat, kalau kita terus perang kita memerangi sanak saudara kita sendiri. Bila kita balik ke Mekah nanti, masing-masing kita melihat kepada yang lain sebagai pembunuh ayahnya, saudaranya, anak saudaranya.Kita akan saling benci membenci. Begitulah nasihat Hakem bin Khuzam kepada Utbah bin Rabeah. Utbah mula menyeru tentera untuk pulang, malah tentera sibuk bersiap untuk pulang.

Ketika itu Abu Jahal muncul, dia tak setuju untuk pulang, dia mahu peperangan terus berlaku. Jadi sekarang krisis diantara pembesar-pembesar Kafir Quraisy, masing-masing nak tonjolkan diri sebagai pemimpin Mekah. Abu Jahal memang sudah lama berusaha untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Mekah. Selepas kematian Abdul Mutalib dan Abu Talib, tidak ada yang paling menonjol dikalangan mereka. Kata Abu Jahal, ini peluang untuk dia membuktikan ketokohannya. Ketika itu dia panggil A'mir Al Hadrami, dia yang anaknya dibunuh oleh tentera Islam dalam bulan Haram sebelum peperangan ini. Kata Abu Jahal, wahai A'mir, orang-orang Mekah dah mula nak balik, mereka berlepas tangan dari menuntut bela ke atas darah anak kamu. A'mir bila dengar hal itu, terus dia pergi ketengah-tengah tentera menangis sambil menjerit, apakah malangnya nasib A'mir, orang orang Mekah berlepas tangan dari anakku. Demi Tuhan kalau berlaku hal ini kepada anak-anak mereka nescaya aku tak akan berlepas tangan. Melihat hal ini, yang nak balik tak jadi nak balik, ini soal maruah. Begitulah peranan Abu Jahal dalam memusuhi dan memerangi Islam. Waktu itu mereka belum tahu lagi dimana orang Islam berkhemah. Mereka dah berdekatan tapi masing masing tak tahu pihak yang satu lagi dimana.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Menyekat ekonomi Kafir Quraisy  


Setelah masyarakat Islam di Madinah makin stabil, Rasulullah Saw ingin memulakan jihad dengan Kafir Quraisy. Rasulullah Saw mahu menyekat kekuatan ekonomi kafir dan dengan itu melemahkan kedudukan mereka yang sangat memusuhi dakwah ini. Melalui operasi-operasi ini Rasulullah Saw ingin menyampaikan kepada Kafir Quraisy bahawa Kafir Quraisy mesti berlembut dengan orang Islam dan memberi peluang kepada Umat Islam menyampaikan dakwah dengan bebas kepada orang ramai, membenarkan orang Islam masuk Mekah untuk beribadah. Kalau tidak kepentingan perniagaan mereka akan tergugat. Pasukan-pasukan ini juga mengambil peluang menyampaikan Islam kepada kabilah-kabilah yang mereka lalui. Ketika itu Rasulullah Saw dapat berita ada kafilah dagangan Kafir Quraisy yang dipimpin oleh Abu Jahal pulang dari Syam yang dikawal oleh 300 orang lelaki. Jadi Sariah (pasukan tentera yang bukan dipimpin oleh Rasulullah Saw) pertama yang dibentuk oleh Rasulullah Saw ialah seramai 30 orang yang dipimpin oleh Saidina Hamzah. Mereka terus bergerak ke arah perjalanan kafilah ini. Ketika itu kafilah Abu Jahal berada di kawasan Bani Dhamrah. Ketua Bani Dhamrah Mujdeyy bin A'mr menyekat pasukan Saidina Hamzah dari kafilah Abu Jahal. Dengan itu kafilah dapat melepaskan diri sedangkan Saidina Hamzah pula hanya diperintahkan untuk menyekat kafilah bukan memerangi Bani Dhamrah. Peristiwa ini berlaku pada bulan Ramadhan tahun pertama Hijrah.


Bulan depannya, bulan Syawal, Rasulullah Saw mempersiapkan satu lagi Sariah, kali ini dipimpin oleh Saidina Ubaidah bin Harist bin Abdul Mutalib bersama 60 orang Sahabat semuanya daripada muhajirin Kafir Quraisy. Ini kerana Rasulullah Saw ingin fahamkan kepada masyarakat bahawa ini bukan kabilah lawan kabilah, tapi ini urusan agama. Rasulullah Saw juga ingin memelihara baia'h Ansar. Semua tempat Sariah ini bergerak adalah di luar Madinah sedangkan Nasar telah berbaia'h mempertahankan Rasulullah Saw di Madinah. Begitulah kehalusan Rasulullah Saw dalam memipin manusia. Kafilah Kafir Quraisy kali ini seramai 200 orang dipimpin oleh Abu Sufyan berjaya melepaskan diri mereka dari tentera Islam bilamana Abu Sufyan memerintahkan orang-orangnya memanah tentera Islam supaya mereka tidak boleh mara dan kafilah sempat melepaskan diri.

Dipenghujung bulan ini juga Rasulullah Saw mempersiapkan satu Sariah lagi seramai 20 orang dibawah pimpinan Saidina Saad bin Abi Waqas yang juga sepupu Rasulullah Saw dari sebelah ibunya. Begitulah Umat Islam terus berjuang tanpa rehat. Kali ini mereka berjalan kaki untuk menyekat kafilah Kafir Quraisy di luar Madinah. Kali ini bila-bila mereka sampai dikawasan laluan kafilah, kafilah sudah mendahului mereka. Dalam tempoh ini juga datang berita kematian Al walid bin Mughirah salah seorang pemimpin Kafir Quraisy yang sangat memusuhi Rasulullah Saw dan orang Islam. Selepas itu Rasulullah Saw sendiri memimpin Ghazwah Abwa', Ghazwah pertama yang dipimpin oleh Rasulullah Saw. Peristiwa ini pada bulan Safar tahun kedua hijrah. Iaitu selepas selesai 4 bulan Haram, Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab. Kali ini Rasulullah Saw bertemu dengan kafilah Kafir Quraisy juga di Bani Dhamrah. Ketua mereka datang  Berjumpa Rasulullah Saw meminta jangan berlaku peperangan dikawasan mereka. Mereka juga minta perjanjian keamanan daripada Rasulullah Saw dan orang-orang Islam. Berlakulah perjanjian keamanan diantara Rasulullah Saw dan Bani Dhamrah. Inilah perjanjian keamanan pertama yang berlaku dalam sejarah Islam.

Pada bulan Rabiul Awal, sekali lagi Rasulullah Saw sendiri keluar memimpin tentera Islam dalam Ghazwah Buwwaq bersama 200 orang tentera Islam untuk menyekat satu kafilah Kafir Quraisy yang besar terdiri dari 2500 ekor unta yang penuh dengan muatan, dikawal oleh 100 orang pahlawan Kafir Quraisy. Kafilah ini dipimpin oleh Umayyah bin Khalaf, tuan Saidina Bilal sebelum dia dibebaskan, yang telah mengazab Saidina Bilal. Kafilah ini juga sempat melepaskan diri melalui jalan jauh.

Dua bulan selepas itu iaitu dalam bulan Jamadil Awal, Rasulullah Saw keluar lagi memimpin tentera Islam dalam Ghazwah Al A'syirah juga untuk menyekat kafilah dagang Kafir Quraisy dari Syam. Bila tentera Islam sampai di Bani Madleej. Mereka pula menghalang tentera Islam dari kafilah, mereka juga minta perjanjian keamanan dari Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tinggal di kawasan kabilah ini selama sebulan untuk mengukuhkan lagi kekuatan dan Izaah Umat Islam ketika itu. Jadi dengan itu Rasulullah Saw telah mengepung dan menguasai semua laluan kafilah berdagang diantara Mekah dan Syam. Orang Kafir Quraisy makin sulit untuk melalui jalan itu.

Selepas 10 hari Rasulullah Saw pulang dari Bani Madleej. Kabilah Fihr datang menyerang ujung Madinah, mereka mencuri buah-buahan Madinah dan membunuh seorang peladang dari Ansar diladangnya. Rasulullah Saw mendengar jeritan orang jadi Rasulullah Saw terus berkejar ketempat suara, para Sahabat mengikut dari belakang. Bani Fihr ini terpaksa melepaskan buah-buahan yang mereka curi dan juga bekalan yang mereka bawa untuk melepaskan diri dari tentera Islam.

Sebelum peperangan Badar, Rasulullah Saw mengahantar satu Sariah dibawah pimpinan Saidina Abdullah bin Jahash. Pasukan ini seramai 8 orang tentera Islam. Diantara 8 orang ini ada Saidina Saad bin Abi Waqas. Ditengah jalan, unta tunggangan Saidina Saad terlepas dan lari, jadi Saidina Saad dan sorang lagi Sahabat yang berkongsi kenderaan dengannya terpaksa keluar mencari unta mereka. Ketika itu sampai kafilah Kafir Quraisy. Ketika itu hari terakhir bulan Rejab, bulan Haram. Saidina Abdullah sangka dah masuk 1 Syaaban. Jadi mereka serang kafilah ini, ada yang sempat lari, tentera Islam membunuh Amru bin Hadrami. Inilah Kafir Quraisy pertama yang dibunuh oleh orang Islam, mereka menawan 2 orang lagi dan membawa balik semua kafilah dagangan ini. 2 orang tawanan ini juga merupakan tawanan pertama dalam Islam iaitu Al Hakam bin Kaisan dan Othman bin Abdullah. Kafilah ini merupakan harta ghanimah yang pertama dalam Islam. Tetapi yang menjadi masalah hal ini berlaku dalam bulan haram iaitu bulan Rejab.

Ketika itu kafir Quraisy dah sebarkan pada seluruh Arab bahwa orang Islam telah menghalalkan bulan Haram sedangkan hal itu merupakan dosa dan kesalahan besar bagi orang Arab. Kemudian Kafir Quraisy menghantar wakil ke Madinah untuk membawa balik 2 orang tawanan mereka. Rasulullah Saw menerangkan kepada mereka bahawa Umat Islam juga mengharamkan peperangan dibulan Haram tetapi hal yang berlaku ini dipenghujung bulan Haram yang mana Saidina Abdullah ini menyangka sudah masuk bulan Syaaban. Bukan kerana orang Islam sengaja tidak menghormati bulan Haram. Rasulullah Saw tidak melepaskan tawanan sehingga Saidina Saad dan Saidina Utbah bin Ghazwa pulang kerana Rasulullah Saw takut mereka ditawan oleh Kafir Quraisy. Al Hakam bin Kaisan, setelah dibebaskan memilih untuk terus tinggal di Madinah dan masuk Islam. Seorang lagi pulang ke Mekah dan meninggal dunia selepas itu.

Dengan peristiwa ini turun ayat Allah menjawab tuduhan Kafir Quraisy yang menuduh Umat Islam menghalalkan  perang dibulan Haram. Yang sebenarnya Kafir Quraisylah yang tidak menghormati bulan haram kerana mereka telah mengeluarkan orang Islam dari tanah Haram dan melakukan fitnah kepada mereka di tanah haram dan dibulan Haram. Ini lebih besar dosanya disisi Allah.


Kemudian kita masuk kepada sejarah perubahan qiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. Hati Rasulullah Saw dah lama ingin mengadap ke Masjidil Haram. Sewaktu di Mekah Rasulullah Saw sembahyang mengadap Baitul maqdis tetapi Rasulullah Saw menjadikan Ka'bah berada didepannya. Jadi Rasulullah Saw mengadap kaabah dan Baitul maqdis. Tapi bila hijrah ke Madinah. Madinah di Utara, baitul maqdis juga di Utara Mekah, jadi kaabah sudah berada dibelakang. Jadi Rasulullah Saw sentiasa menunggu-nunggu bilakah Allah akan ubah Kiblat dari Masjidil Aqsa kepada Masjidil Haram. Maka Allah kabulkan keinginan hati Rasulullah Saw ini.

Orang orang Yahudi mengambil peluang ini untuk menimbulkan fitnah lagi, kata mereka, apakah ini satu agama, sekejap mengadap Baitul Maqdis sekarang dah berubah mengadap Kaabah pula. Allah terus jawab tuduhan ini dalam firmannya.

Allah juga jadikan peristiwa ini sebagai ujian untuk menguji keyakinan umat Islam. Setiap masa ada saja ujian yang Allah datangkan untuk mengukuhkan lagi Iman orang orang Islam.

Pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah turun perintah berpuasa Ramadhan. Ramadhan pertama para sahabat berpuasa ialah Ramadhan pada tahun kedua selepas Hijrah. Bila masuk bulan Ramadhan Rasulullah Saw berpuasa dan semua masyarakat Islam berpuasa dengan Rasulullah Saw. Maka dalam bulan Ramadhan yang mulia inilah berlaku peperangan Badar yang merupakan peperangan paling agung dalam sejarah Islam. Ketika itu sampai berita ada kafilah Kafir Quraisy yang besar pulang dari Syam. Kafilah yang besar ini 1000 ekor unta hanya dikawal oleh 40 orang lelaki yang diketuai oleh Abu Sufyan. Allah jadikan kafilah ini istimewa dari kafilah-kafilah lain kerana semua peniaga Kafir Quraisy menghantar barang dagangan mereka melalui kafilah ini. Jadi ini kafilah dagangan bersama diantara semua pedagang-pedagang Kafir Quraisy. Kafilah ini menjadi perhatian semua orang. Jadi Rasulullah Saw memberi tahu masyarakat Islam bahawa baginda akan memimpin sendiri tentera Islam kali ini. Allahlah yang menyusun segala-galanya.

Rasulullah Saw membuka peluang kepada siapa yang nak menyertai pasukan ini. Tidak ada perintah pada waktu itu. Para Sahabat semua buat persiapan. Jumlah yang keluar bersama dengan Rasulullah Saw 313 orang lelaki. Rasulullah Saw dan 313 tentera Islam ini bergerak ke tempat laluan kafilah.

Dalam masa yang sama ada satu peristiwa berlaku di Mekah iaitu Atikah binti Abdul mutalib ibu saudara Rasulullah Saw yang masih berada di Mekah ketika itu melihat dalam mimpinya seorang lelaki berdiri di Abtoh dan menjerit menyeru : Wahai orang khianat kepada Islam, bersiaplah untuk kematian kamu 3 hari dari sekarang. Kemudian lelaki itu datang ke Ka'bah dan menyeru dengan seruan yang sama : wahai orang yang khianat dengan Islam tunggulah kematian kamu 3 hari lagi. Kemudian lelaki ini naik ketas Jabal Qubais ditepi Ka'bah dan dia seru lagi dan kemudian dia ambil seketul batu dan dia melontarkannya ke arah rumah-rumah penduduk Mekah. Batu itu pecah berkecai, serpihannya masuk ke dalam rumah setiap penduduk Mekah. Sayyidah Atikah menceritakan mimpi ini kepada saudaranya Saidina Abbas bin Abdul Mutalib, dia minta Saidina Abas jangan beritahu sesiapapun. Saidina Abas yang berSahabat baik dengan walid bin Utbah, menceritakan mimpi ini kepada Walid bin Utbah, Walid cerita pada ayahnya Utbah dan tersebar cerita itu di Mekah dalam keadaan Saidina Abas tidak tahu hal ini, dia sangka hanya setakat Walid sahaja.

Besoknya selepas Saidina Abas tawaf di Ka'bah, Abu Jahal panggil dia, ajak duduk sekali dengan pembesar-pembesar Kafir Quraisy yang lain. Abu Jahal kata pada Saidina Abbas, wahai Abbas, aku tengok kamu Bani Abdul Mutalib ini, makin bertambah Nabi dikalangan kamu. Apa maksud kamu Abu Jahal? Tanya Saidina Abas. Kata Abu Jahal, sebelum ini ada lelaki dari kalangan kamu yang mengaku jadi Nabi dan sekarang ada perempuan pulak yang nak jadi Nabi. Saidina Abas yang tak tahu cerita mimpi itu dah tersebar, merasa pelik dengan kata-kata Abu Jahal. Dia Tanya lagi Abu Jahal, apa yang dah berlaku sebenarnya? Abu Jahal terus terang, mimpi Atikah! Mimpi apa? Tanya Saidina Abas. Kali ini Saidina Abas terpaksa menafikan mimpi itu, dia takut apa yang Sayyidah Atikah mimpi itu tak berlaku. Ketika itu Abu Jahal mencabar Bani Abdul Mutalib, kata Abu Jahal, kalau tidak berlaku apa-apa dalam masa tiga hari ini, kami akan buat kenyataan bertulis bahawa Bani Abdul Mutalib adalah Bani yang paling penipu dikalangan Arab. Bila cerita ini sampai pada keluarga Saidina Abas yang lain, mereka semua marah kenapa Saidina Abas membiarkan Abu Jahal mempersendakan Bani Abdul Mutalib. Ketika itu Saidina Abas berazam, lepas tiga hari ini kalau Abu Jahal nak perlecehkan lagi Bani Abdul Mutalib, dia akan pukul Abu Jahal.

Kita kembali kepada kisah kafilah Kafir Quraisy. Abu Sufyan yang memimpin kafilah ini juga sangat berhati-hati, dia siap hantar perisik, memastikan kalau ada apa halangan dalam perjalanan. Rasulullah Saw juga menghantar perisik untuk memastikan perjalanan kafilah ini. Rasulullah Saw hantar dua orang Sahabat, mereka pergi sampai dekat perigi Badar, disitu mereka nampak ada seorang lelaki duduk disitu dan dua orang Jariah sedang ambil air. Daripada perbualan dua orang jariah ini mereka dapat tahu bahwa kafilah Abu Sufyan dah dekat. Terus mereka pulang memberitahu Rasulullah Saw. Ketika itu juga Abu Sufyan keluar sendiri untuk memastikan perjalanan kafilahnya selamat. Akhirnya dia juga sampai ke perigi Badar ini. Dia Tanya dekat lelaki yang duduk disitu, apakah dia ada melihat sesiapa disitu. Kata lelaki itu, aku ada nampak dua orang lelaki datang tak jauh dari sini tapi mereka tak datang  ke perigi, lepas itu mereka beredar. Abu Sufyan pergi ketempat dua lelaki itu berhenti, dia dapat kesan tapak kaki unta dan biji tamar dalam najis unta disitu. Dari situ Abu Sufyan tahu itu unta orang Madinah, kerana hanya orang Madinah bagi unta makan tamar kerana mereka banyak tamar. Jadi Abu Sufyan tahu kafilahnya dalam bahaya. Abu Sufyan terus hantar wakil ke Mekah minta orang Mekah hantar tentera untuk selamatkan kafilah mereka. Abu Sufyan rasa tak mungkin dia terlepas kali ini dari Rasulullah Saw dan tentera Islam.

Untuk itu Abu Sufyan pilih Dham Dham bin Amr, seorang pakar propaganda dikalangan orang orang Abu Sufyan. Dham Dham segera memecut untanya ke Mekah. Bila sampai dekat Mekah, dia koyakkan pakaiannya dan dipakai semula dalam keadaan terbalik dan terkoyak-koyak. Kemudian dia cederakan untanya diambil darah dan disapu kemuka, badan dan pakaiannya. Keadaannya memang menakutkan dan seolah-olah sudah berlaku perang. Bila dia sampai di Abtoh, dia menjerit, tolong-tolong, ada malapetaka. Orang Mekah berkejaran ketempatnya, bila orang Tanya apa yang berlaku dia tak jawab. Tapi dia terus menjerit, tolong-tolong ada malapetaka besar. Orang Tanya dia tak jawab dan dia terus bergerak menuju ke Ka'bah, jadi orang ramai ikut dibelakangnya. Jadi satu perarakan tergempar. Sampai di Ka'bah dia menjerit lagi dan akhirnya dia naik ke Jabal Qubais. Ketika itu orang Mekah semua keluar ke Ka'bah ditepi jabal Qubais. Dari atas bukit dia menjerit lagi, tolong-tolong, ada malapetaka besar.!! Bila dia melihat orang dah ramai berkumpul, baru dia ceritakan apa yang berlaku. Dengan itu orang Mekah terus bersiap untuk keluar mempertahankan kafilah mereka.

Mari kita dengar pula cerita dari Saidina Abas, kata Saidina Abas, sebelum Dham Dham sampai, dia keluar Tawaf di kaabah, hari itu hari ketiga selepas mimpi Sayyidah Atikah. Dia dah berazam akan pukul Abu Jahal kalau Abu Jahal berani cakap yang bukan-bukan  lagi. Kata Saidina Abas, semasa Aku tawaf aku nampak Abu Jahal datang bergegas-gegas tapi tak ada bercakap apa-apa pada aku. Kata Saidina Abas dalam hati, takkan sampai begini Abu Jahal takut dengan aku. Ketika itu baru Saidina Abbas mendengar jeritan Dham Dham.

Jadi semua orang sibuk bersiap, semua pembesar-pembesar Kafir Quraisy bersiap kecuali dua orang. Abu Lahab bapa saudara Rasulullah Saw, dia upah seorang pemuka Kafir Quraisy yang lain yang ada hutang dengannya mengantikan tempatnya dalam tentera Kafir Quraisy. Dengan itu Abu Lahab langsaikan semua hutang-hutangnya. Seorang lagi yang tak mahu keluar ialah Umayyah bin Khalaf, dia tak berani keluar sebab pernah satu ketika dia mencaci Saidina Saad bin Muaz salah seorang ketua Ansar yang tawaf di Ka'bah. Kata Saidina Muaz kepada Umayyah, engkau caci aku sekarang tak apa, tapi Rasulullah Saw telah memberitahu kami, kami akan bunuh kamu. Umayyah Tanya, di Mekah atau di luar Mekah orang Islam akan bunuh aku? Kata Saidina Saad, Rasulullah Saw tak beritahu tempatnya. Jadi dengan sebab itu dia takut nak keluar perang kali ini. Dia takut dengan kata-kata Rasulullah Saw ini.

Sedang dia duduk di Ka'bah dengan orang-orangnya, datang Uqbah bin Muayyeth, dia bawa perasap wangian dan diletakkan didepan Umayyah. Kata Uqbah kepada Umayyah, wahai Umayyah, berasaplah dan berwangi-wangilah, kamu ini perempuan, orang semua sibuk bersiap untuk perang kamu masih duduk-duduk disini. Marah Umayyah, tercabar dia, terus dia bangun dan bersiap untuk keluar perang. Ketika sibuk-sibuk bersiap itu, Kafir Quraisy teringat pula pergaduhan antara mereka dengan Bani Kinanah. Mereka mula teragak-agak nak keluar perang, takut Bani Kinanah ambil peluang ini untuk menyerang Mekah. Kata Rasulullah Saw, Iblis bila tengok Kafir Quraisy teragak-agak, dia nak peringat Kafir Quraisy supaya jadi keluar memerangi Rasulullah Saw, supaya habislah Rasulullah Saw dan para Sahabat kali ini. Jadi, Iblis ini datang dalam wajah Suraqah bin Malik salah seorang pembesar Bani Kinanah, dia memberi jaminan pada Kafir Quraisy bahawa Kinanah tidak akan menyerang Mekah. Allah cerita hal ini yang direkodkan dalam Quran.

Berita kedatangan tentera Kafir Quraisy ini belum sampai lagi kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw dan para Sahabat terus memburu kafilah Abu Sufyan. Sementara itu Kafir Quraisy telah berjaya menghantar 950 lelaki yang lengkap dengan persiapan perang sedang kan Rasulullah Saw dan para Sahabat bukan datang untuk berperang tapi sekadar nak sekat kafilah Abu sufyan saja. Sebab itu dari 313 itu hanya ada 70 ekor unta, tentera Islam berganti-ganti naik unta dan hanya ada 2 ekor kuda, Ada yang jalan kaki.

Jadi persiapan tentera Islam bukan untuk berperang sedangkan tentera Kafir Quraisy terdiri dari 950 orang lelaki, 200 ekor kuda dan yang lain semua menunggang unta, ini tak termasuk unta yang dibawa untuk disembelih untuk makanan. Perempuan Kafir Quraisy pun keluar sekali, memberi semangat dan menyanyi untuk tentera. Kemudian wahyu kepada Rasulullah Saw tentang tentera Kafir Quraisy yang sedang bergerak. Ketika itu Rasulullah Saw mengumpulkan para Sahabat. Rasulullah Saw menyebut pada mereka bahawa kita keluar dengan tujuan menyekat kafilah Abu Sufyan dan telah datang wahyu memberitahu Kafir Quraisy menghantar tentera, apa pandangan para Sahabat dalam hal ini. Bangun Saidina Abu Bakar berbaiah kepada Rasulullah Saw dan meminta Rasulullah Saw meneruskan perjuangan. Rasululah tanya lagi apa pandangan para Sahabat? Bangun pula Saidina Umar berbaiah dan meminta Rasulullah Saw meneruskan perjuangan dan menghadapi tentera Kafir Quraisy. Rasulullah Saw Tanya lagi soalan yang sama, bangun Saidina Miqdad bin Amr. Dia berkata kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah teruskan apa yang Allah perintahkan kepada Rasulullah Saw, demi Allah kami tidak akan berkata kepada Rasulullah Saw sepertImana Bani Israil berkata kepada  Nabi Musa :

Pergilah kamu dengan Tuhan kamu berperang kami hanya duduk disini

Tapi kami akan berkata :

Pergilah kamu dan Tuhan kami. Kami akan bersama Allah dan Rasulnya berjuang. Demi Allah wahai Rasulullah Saw, kalau Rasulullah Saw bawa kami berperang sampai Birakil Rimad kami akan terus bersama Rasulullah Saw, tak akan ada seorang pun dikalangan kami yang tarik diri.

Untuk dapat kita merasai bagaImana persediaan dan penyerahan Saidina Miqdad dan para Sahabat kepada Rasulullah Saw, Birakil Rimad ini di Yaman. Diantara Madinah dan Birakil Rimad ada 14 kabilah yang memusuhi Islam. Maksud kata-kata Saidina Miqdad ini, bukan satu peperangan saja wahai Rasulullah Saw bahkan kami bersedia menghadapi 14 peperangan dengan 14 kabilah ini merentas perjalanan sejauh itu. Rasulullah Saw sangat gembira dengan baiah dan ucapan Miqdad ini. Bahkan semua Sahabat turut gembira dengan ucapan Saidina Miqdad ini kerana itulah juga apa yang ada dalam hati mereka. Selepas Miqdad duduk, Rasulullah Saw Tanya lagi :

Apa pandangan kamu wahai para Sahabat

Ketika itu bangun Saidina Saad bin Muaz salah seorang ketua Ansar, katanya, wahai Rasulullah Saw, mungkin kamu maksudkan kami dari kalangan Ansar wahai Rasulullah Saw. Ya benar, kata Rasulullah Saw. Kata Saidina Saad, wahai Rasulullah Saw, demi Allah kalau Rasulullah Saw bawa kami mengaharungi laut kami akan mengikut Rasulullah Saw dalam satu ucapan yang agak panjang. Saidina Saad berbaiah kepada Rasulullah Saw bagi pihak Ansar bahawa Ansar sepertilah Muhajirin bersedia untuk berjuang bersama Rasulullah Saw. Ketika itu berseri-seri wajah Rasulullah Saw dan Rasulullah Saw bersabda :

Bergembiralah, sesungguhnya Allah telah menjanjikan aku antara dua kemenangan samada kita memperolihi kafilah atau dapat mengalahkan tentera Kafir Quraisy.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Countdown minggu  

Salam wrt, alhamdulillah, salam buat Rasulullah Saw.

'Sir, nanti cerita lagi tentang adab.'.. kata Uwais Zaki tahun 2. 'Insya Allah'  jawabku... alhamdulillah.. elok sgt kalau anak2 ni suka nak belajar tentang adab. Aduh.. cuma aku ni. Masih tidak beradab dengan Allah, tak beradab dengan Rasulullah Saw.. solat lalai, Selawat kurang...  tapi cerita pasal adab..huhu.. yaAllah.. Ajarkan aku bagaimana untuk beradab denganMu... Cahayakan hidupku dengan akhlak Rasulullah Saw...

Semalam lepas Jumaat, makan dan rest kejap. Masih ada masalah dengan skynet. Check internet. Buka forum tntg skynet Melaka. Hmm, rupanya ramai yg komen tntg pengurusan Skynet Melaka. Patut lah. Aku alami masalah yg sama. Kad belum sampai2 lagi ke rumah. So, aku gagahkan juga untuk terus istiqamah call skynet melaka yg memang susah sgt nk angkat telefon. Alhamdulillah, dah berkali2 call, dapat juga. Lepas comfirm kat skynet bahagian mana, terus aku start kereta dan ke sana (Balai Panjang). Buka je pintu skynet tu, pehh, bersepah2 brg. Meja diorg pun penuh. Hmm, cmtu ke hari2? Erm, agak serabut kalau kerja dlm keadaan cmtu. Pihak skynet patut bagi bilik yg elok utk diorang kerja. @ bilik dah ada, tapi diorang letak sume brg kat depan.. hmm, entah la, dah mmg kerja diorg cmtu. Malas nak tanya mcm2, bagi Nombor rujukan dan ambil barang. Terus balik rumah:) settle sume. Takde la ummi pening2 kepala lagi:)




Em, esok dah pilihan raya. Malam tadi di FB macam x best je. Orang gaduh2 pasal parti dia lagi bagus. Hmm, apa tu? Malas nak baca sangat, so aku wat kerja aku. Upload gambar event dan invite kawan2.. jemput la datang ya. Yang berkesempatan, saya mengharapkan doa dari anda semua ya.

Ok, nak kongsi. Dalam minggu ni ada dapat email dari sahabat2 tentang keadaan di luar negara. Sangat banyak gempa bumi berlaku tahun ni. Di jordan, banyak juga perkara berlaku.

1. Tentera AS yang sedang berada di sempadan Jordan-Syria berjumlah 20 ribu orang.Raja Abdullah telah mengarahkan tentera Jordan untuk menyediakan 'missile' di sepanjang sempadan dengan Syria sekembalinya baginda dari lawatan ke AS baru-baru ini.

2. Tentera Israel diberitakan sedang membuat latihan ketenteraan di Golan, sempadan Syria dan telah menambah tentera bantuan seramai 1 ribu orang, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

3. Menteri Air dan Saliran Jordan memberi amaran tentang masalah air yang meruncing di utara Jordan. Ini disebabkan Syarikat Viola, sebuah syarikat dari Perancis yang menguruskan air di utara Jordan telah menghantar surat untuk menamatkan kontrak menguruskan air. Lebih-lebih lagi menjelang musim panas ini kerana bekalan air yang berkurangan. Ditambah dengan penduduk yang semakin bertambah dengan, setiap hari kemasukan pelarian Syria ke Jordan adalah sekitar 1500-2000 orang. 

4. Pergaduhan Pelajar di Universiti-universiti tempatan. Di antaranya Universiti Malik Husin bin Talal di Ma'an, Universiti Yarmouk, Universiti Jerash Al Ahliyah dan Universiti Jadara di Ma'an menyebabkan kematian seorang pelajar, manakala seorang budak dan seorang pegawai keselamatan cedera, lalu pihak keluarga pelajar telah menyerang 2 buah balai polis menyebabkn 3 orang cedera. Kejadian ini telah dibincangkn di peringkat parlimen.Di Universiti Jerash Al Ahliyah, 15 siswa telah dibuang manakala 40 yang lain di gantung.Secara umumnya keadaan di bandar Irbid stabil tidak terkesan dengan kejadian bom pelancar yang jatuh di kawasan Ramtha iaitu daerah sempadan Jordan-Syria. Jarak Ramtha dari bandar Irbid ialah 4O km. Akhbar-akhbar tempatan melaporkan kawasan sempadan sudah kembali tenang setelah kejadian tersebut yang menyebabkan kebakaran ladang-ladang kepunyaan warga Jordan. Pihak berkuasa Jordan dilihat cuba menutup berita tersebut.

Sementara itu pihak keselamatan Jordan kini mengetatkan kawalan keselamatan di Irbid yang kini menjadi tumpuan hampir 35 ribu orang pelarian Syria mendapatkan perlindungan. Ini adalah kerana kejadian jenayah sosial yang smakin membimbangkan diantaranya kecurian, pecah rumah, ragut, zina dll.itulah antara yang berlaku di sana.

Hmm, fikirkanlah bagaimana keadaan di negara orang dan bandingkan dengan negara kita. Fikir-fikirkan ya...:) wassalam...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Mei menjelma  

Salam wrt. Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat hidup. Moga2 aku jadi orang yang pandai mensyukuri nikmatNya. Selawat dan salam buat Nabi Saw.


Hari ni, singing competition. Tgk tahun ni macam meriah. Tahap pun diasingkan, so ada peluang kelas aku untuk champion..hehe... Kata juri, persembahan kelas tahun 3 dan tahun  2 lebih kepada coral speaking. Its ok, yang penting xde syarat pertandingan dan tak pernah ada coral speaking dibuat di SK Chengkau sebelum ni. Pandangan ketua panitia BI, beliau kata ini suatu cubaan yang baik. Teacher mula memasang angan-angan untuk menghantar murid ke pertandingan coral speaking next year. Hmmm, bagi aku keseluruhan persembahan murid-murid sangat baik pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun sudah. Nampak ketara persaingannya... penangan guru2 baru. Hehe.. teacher pun dah jadi muda macam kami..hehe.


Hmm, nak kongsi cerita, hari Selasa, sebelum cuti hari Pekerja, ada pesan pada murid-murid tahun 2....

" tolong sampaikan salam saya pada parents awak. Gtau mereka saya minta maaf atas segala kekurangan saya sepanjang mengajar awak semua"

So, tadi masa ajar subjek BI year 2, sempat tanya murid-murid apa yang diorang gtau pada parents diorang.... nak tau apa jawapannya? Huhu...

"Saya gtau mak saya yang Sir Rauhan minta maaf sebab dia kurang ajar"


Aduh... salah ayat tuh.. tolong buat correction ya! Ntah apa la yang parents korang pikir pasal sir korang ni. Mesti ingat yang aku ni selalu miss class. Misunderstanding...  rasa nak gelak pun ada tadi...haha.. klakar btol...

Lepas zohor, sempat sampaikan pada anak-anak ni tentang adab mandi. Banyak sentuh berkaitan dengan adab mandi di tempat umum. Alhamdulillah. Dapat kongsi ilmu dengan mereka. Memang seronok. Umpama buat usrah di rumah dengan anak-anak. Ni kira trainning dulu la..:)..

After that, rekod beberapa ucapan murid untuk video montaj hari guru. Memang feveret aku benda-benda camni..:) Pada mereka yang nak tengok video-video SK Chengkau, type je kat You Tube nama sekolah, dapat la... selamat menonton... Then, bincang dengan Farhan tentang aktiviti utk Hari Guru. Banyak juga yang dapat disenaraikan. Hopefully dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahun lepas sayang sangat, dah rancang, tapi ada guru yang tak nak join. Ada la hal sesama diorang yang tak selesai tu. Hmm. Tapi Tahun ni, nampak semuanya ok. Moga-moga berjalan lancar, ameen.

Sekian.... Hmm, khemah depan sekolah dah dipasang. Untuk pilihan raya  ni. Bendera semua dah makin banyak. Kalah lampu-lampu isyarat jalanan!! XD

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster