Masyarakat Islam Model  

Rasulullah Saw mulakan dengan operasi membina Masjid iaitu membina hubungan dengan Tuhan, membina Iman, setelah itu Rasulullah Saw melakukan operasi kasih sayang iaitu dengan mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Rasulullah Saw dengan Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan Saidina kharjah bin Zaid, Saidina Umar dan Saidina Utban, Saidina Abdullah bin Masu'd dan Saidina Muaz bin Jabal, Saidina Musaab bin Umair dan Abu Ayob Al Ansari, Saidina Abu Ubaidah dan Saidina Abu Talhah. Begitulah seterusnya. Ketika itu berlaku satu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah manusia. BagaImana kasih sayang yang berlaku diantara kaum Muhajirin dan Ansar. Para Ansar telah menerima Muhajirin sebagai saudara mereka, dibahagi dua harta, rumah, pakaian, semuanya dibahagi dua dengan saudaranya  Muhajirin Bahkan ada yang sampai mahu menceraikan salah seorang dari isteri mereka untuk dikahwinkan kepada Sahabat dari Muhajirin. Tapi sampai tahap ini, para muhajirin menolaknya dengan baik. Mereka hanya ambil sekadar keperluan sahaja.

  Para Ansar telah membuka hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka membuka pintu rumah mereka, para Ansar telah memberi hati mereka kepada Muhajirin sebelum mereka memberikan harta mereka. Dengan itu tercetuslah satu kasih sayang, tautan hati dan pengorbanan yang sangat luar biasa dalam sejarah manusia seluruhnya. Rasulullah Saw persaudarakan hati mereka dulu sebelum Rasulullah Saw persaudarakan jasad mereka.    Saidina Saad bin Rubayya' Al Ansari Rasulullah Saw persaudarakan dengan Saidina Abdul Rahman. Kita dengar persaudaraan ini dari Hadis riwayat Imam Bukhari dari Saidina Abdul Rahman sendiri.

Bahawa Rasulullah Saw telah mempersaudarakan diantaranya dan Saad bin Rabe’ Al Ansari. Dengan itu Saidina Saad datang menawarkan kepada Saidina Abdul Rahman hartanya. Kata Saidina Saad kepada Saidina Abdul Rahman, lihatlah mana satu dari dua sorang isteriku yang lebih kamu suka, aku akan lepaskan dia kepada kamu, bila selesai iddahnya kamu boleh kahwininya. Saidina Abdul Rahman menolak dan berkata, semoga Allah memberkati kamu pada keluarga kamu dan harta kamu, tetapi tunjukkanlah kepada aku pasar, Saidina Abdul Rahman berjual beli sehingga dia meperolehi harta.

 Saidina Abdul Rahman memang pakar perniagaan, pakar bisnes. Rasulullah Saw bersabda tentang Saidina Adbul Rahman:

Saidina Abdul Rahman ini kalau dia berniaga pasir pun dia akan untung

Saidina Abdul rahman ini datang ke Madinah tanpa sebarang harta, tapi diatas kepercayaan dan amanah Rasulullah Saw kepadanya dia telah berjaya membina kekuatan ekonomi Umat Islam dan membebaskan Umat Islam dari cengkaman Yahudi yang ketika itu menguasai perniagaan di Madinah, menguasai ekonomi Madinah. Saidina Abdul Rahman telah berjaya membangunkan suqul Ansar Pusat ekonomi umat Islam di Madinah.

Kemudian Rasulullah Saw menyusun sistem masyarakat Madinah. Antara taklimat Rasulullah Saw lagi, bahawa Rasulullah Saw sahaja yang berhak membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah dari luar Madinah. Diantaranya lagi, semua perselisihan yang berlaku di Madinah diselesaikan mengikut hukum Islam. Begitu juga Rasulullah Saw tidak membenarkan sesiapa juga memberi jaminan keselamatan kepada orang Kafir Quraisy di Madinah.

Jadi orang orang Madinah yang telah dibangunkan insaniah mereka melalui wakil Rasulullah Saw, Saidina Musaab bin Umair, setelah disusun pula oleh Rasulullah Saw menjadi makin kemas dan makin cantik. Model masyarakat Islam yang terbaik, Masyarakat model yang Allah puji dalam Al Quran.

Ditahun pertama hijrah ini juga, Saidina Asa’d bin Zurarah Al Khazraji wafat. Salah seorang pemimpin Ansar. Orang pertama dalam Islam membangunkan sembahyang Jumaat iaitu dirumahnya sendiri dan dialah yang menyampaikan khutbahnya.

Dalam tempoh 4 bulan pertama hijrah Rasulullah Saw ke Madinah Rasulullah Saw dan pembinaan masyarakat dan negara Islam model ini, berlaku satu ujian kepada Umat Islam. Ketika itu tidak ada seorang pun anak lelaki yang dilahirkan di Madinah dari orang Islam hidup. Anak-anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Orang orang Yahudi mengambil peluang mengeksploitasikan hal ini. Kata mereka, kami dah sihir orang Islam. Mereka tak boleh melahirkan anak lelaki lagi, anak lelaki yang dilahirkan semuanya meninggal dunia. Dengan itu zuriat mereka akan pupus. Bayangkan dalam satu masyarakat yang agak ramai itu, tidak ada anak lelaki yang dilahirkan selamat dalam masa empat bulan. Dengan propaganda Yahudi ini orang-orang yang lemah Imannya mula tergugat. Sehinggalah datang ke Madinah Sayyidah Asmak Puteri Saidina Abu Bakar isteri kepada Saidina Zubair bin A'wam. Siti Asmak berhijrah ke Madinah dalam keadaan sarat hamil, dia sampai di Madinah dipenghujung empat bulan ini. Bila Sati Asmak masuk saja ke Madinah dia melahirkan anak lelaki, terus anak ini dibawa kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw yang mentahnikkannya, Rasulullah Saw mengunyah tamar dan dimasukkan ke dalam mulut anak ini. Dengan itu yang pertama masuk ke mulutnya adalah air liur Rasulullah Saw. Inilah dia Saidina Abdullah bin Zubair. Kelahiran Saidina Abdullah ini menjadi kegembiraan Umat Islam ketika itu, Saidina Abdullah dibawa berarak keseluruh Madinah sambil bertakbir. Sejak itu senyaplah propaganda yang dibuat oleh orang-orang Yahudi. Saidina Abdullah bin Umar yang menyaksikan tentera Hajjaj membunuh Saidina Abdullah bin Zubair ini, dimana selepas mereka membunuh Saidina Abdullah mereka bertakbir. Kata Saidina Abdullah bin Umar, aku menyaksikan hari kelahirannya dan hari kematiannya. Demi Allah orang-orang yang bertakbir dihari kelahirannya lebih baik dari orang-orang yang bertakbir dihari kematiannya.

Dalam tempoh ini juga Rasulullah Saw mengahwini Siti Aisyah, Ummul Mukminin puteri Saidina Abu Bakar. Dalam tempoh ini juga turun perintah, ditambah rakaat sembahyang. Jadi sejarah sembahyang ini melalui 3 peringkat.

Pertama ; sembahyang belum diwajibkan tapi hanya menjadi perkara sunat. Ketika itu, yang wajib hanya sembahyang malam kepada Rasulullah Saw. Selepas itu diwajibkan kepada orang-orang Islam juga, sembahyang lain semuanya sunat.

Kedua: bila berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Allah wajibkan sembahyang lima waktu tapi semuanya dua rakaat.

Ketiga : diawal hijrah Rasulullah Saw ke Madinah ini Allah tambahkan rakaat sembahyang Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak, hanya sembahyang subuh yang kekal dua rakaat.

Pada waktu itu Rasulullah Saw berfikir bagaImana nak memberitahu orang ramai masuk waktu sembahyang. Para Sahabat pada waktu dengan rasa hati mereka yang tajam, mereka boleh mengagak waktu sembahyang. Sehinggalah Saidina Zaid bin Abdullah bermimpi ada orang datang mengajarnya bagaImana azan. Bila dia beritahu Rasulullah Saw mimpinya Rasulullah Saw akui mimpi itu. Itulah dia azan yang kita pakai sekarang ini. Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abdullah bin Zaid,

Ini mimpi yang baik, ajarkan kepada Bilal kerana suaranya lebih kuat dari suara kamu

Dari sinilah sunnahnya orang yang melaungkan azan itu orang yang paling baik suaranya. Bila Saidina Bilal azan, Saidina Abu Bakar terbangun dari tidurnya mendengar suara azan Saidina Bilal. Cepat-cepat dia datang bertemu Rasulullah Saw, Saidina Umar memberitahu Rasulullah Saw inilah juga azan yang aku lihat dalam mimpiku. Kata Rasulullah Saw. Selepas itu turun wahyu memperkuatkan lagi hal ini.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pembinaan Masjid Nabawi  


Selepas itu barulah Rasulullah Saw masuk ke Madinah, setiap kampung yang dilalui oleh Rasulullah Saw, ketua dan ahli kampungnya minta Rasulullah Saw berhenti disitu dan tinggal disitu. Tapi Rasulullah Saw minta pada semua orang membiarkan unta Rasulullah Saw berjalan sampai dia berhenti sendiri. Kata Rasulullah Saw:

Biar dia berhenti sendiri, unta ini mengikut perintah Allah


Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Bani Najjar, disitu ada satu kawasan kosong yang dipunyai oleh dua orang anak yatim. Unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Tempat yang berkat, tempat yang Allah pilih. Rasulullah Saw membayar harga tanah itu kepada waris anak yatim ini dan Rasulullah Saw perintahkan dibina masjid disitu. Masjid Nabawi, masjid yang paling mulia selepas Masjidil Haram. Tempat yang Allah pilih melalui unta Rasulullah Saw. Allahlah yang memerintahkan unta Rasulullah Saw berhenti disitu. Maka bermulalah pembinaan Masjid Nabawi. Ketika itu semua Sahabat dikalangan Ansar menawarkan kepada Rasulullah Saw agar Rasulullah Saw tinggal dirumah mereka. Akhirnya Rasulullah Saw pilih untuk tinggal dirumah Abu Ayob Al Ansari. Abu Ayob ini rumahnya besar dua tingkat. Abu Ayob minta Rasulullah Saw tinggal diatas. Kata Abu Ayob, tak sepatutnya kami duduk diatas rumah Rasullulah Saw. Tapi Rasulullah Saw memilih untuk tingal dibawah supaya tidak menyusahkan Abu Ayob dan keluarganya kerana Rasulullah Saw akan didatangi oleh banyak tetamu.

Pembinaan masjid terus berjalan, semua para Sahabat bekerja. Bahkan Rasulullah Saw sendiri turun tangan, sambil bekerja ini para Sahabat bernasyid :

Ya Allah tiadalah kehidupan melainkan kehidupan di Akhirat, ampunkanlah para Ansar dan Muhajirin.

Rasulullah Saw juga ikut bernasyid sama dengan para Sahabat  Muhajirin dan Ansar. Begitulah peranan nasyid dalam membina jiwa dan menghidupkan semangat perjuangan disamping dapat memeriahkan suasana. Para Sahabat menyambut ketibaan Rasulullah Saw juga dengan bernasyid. Mereka sambil membina masjid Qubak juga bernasyid begitu juga sambil membina masjid Nabawi, Rasulullah Saw pun ikut nasyid sama. Sebab itu para Ulamak Sufi menyebut :

Nasyid itu dapat melembutkan dan menyegarkan  hati

Rasulullah Saw juga ikut mengangkat batu-bata dari tanah untuk membina masjid itu. Semua Sahabat memikul seorang satu batu, tapi Saidina Amar bin Yasir memikul dua bata sekaligus. Bila Rasulullah Saw melihat kegigihan Saidina Ammar ini, Rasulullah Saw tersentuh dan terharu. Rasulullah Saw mendoakannya dan ketika itu juga Rasulullah Saw menyebut tentang kematian Saidina Ammar, bahawa Saidina Ammar akan dibunuh oleh satu golongan yang melanggar batasan agama. Ditahun pertama hijrah Rasulullah Saw telah memberi tahu para Sahabat Jadual yang akan berlaku 35 tahun lagi. Allah Swt telah memberitahu Rasulullah Saw tentang Jadual Umat ini sehingga hari kiamat. Siapa yang mengikut jadual ini pasti berjaya dan selamat.

Malam pertama Rasulullah Saw tinggal dirumah Abu Ayob, Abu Ayob dan keluarganya tidur dipenjuru rumah. Mereka tak banyak bergerak, takut mengganggu Rasulullah Saw. Begitulah adab dan kecintaan mereka dengan Rasulullah Saw. Lepas itu bekas air mereka pecah. Abu Ayob takut air turun mengenai Rasulullah Saw, dia lap air itu dengan selimutnya sedangkan itulah satu satu selimut yang ada. Sedangkan Madinah pula memang sejuk diwaktu musim sejuk. Jadi malam itu Abu Ayob dan isterinya tak tidur. Besok bila dicerita kepada Rasulullah Saw apa yang berlaku. Rasulullah Saw yang penyayang dan pengasih itu bersetuju pindah ke atas. Abu Ayob dan Umu Ayoblah yang menyiapkan makanan untuk Rasulullah Saw dan dari lebihan makanan Rasulullah Saw itu mereka makan. Bahkan yang mereka paling suka dimakanan yang ada bekas jari Rasulullah Saw. Mereka mahu mengambil berkat dari jari-jari tangan Rasulullah Saw. Dari sini kita dapat belajar bahawa mengambil berkat dari lebihan Rasulullah Saw adalah satu perkara yang dilakukan oleh Para Sahabat.

Setelah suasana agak tenang Rasulullah Saw hantar Saidina Zaid bin Harithah untuk mengambil keluarga Rasulullah Saw dan keluarga Saidina Abu Bakar di Mekah. Ketika itu puteri Saidina Abu Bakar, Sayyidah Asmak belum datang lagi. Dia datang kemudian. Diantara perkara penting ditahun pertama Hijrah ini, para Sahabat dan orang-orang Madinah menziarahi Rasulullah Saw. Diantara yang sangat ghairah datang bertemu Rasulullah Saw  Saidina Abdullah bin Salam salah seorang pendeta Yahudi bahkan orang yang paling alim dikalangan mereka. Mari kita dengar Saidina Abdullah bin Salam bercerita bagaImana pertemuannya dengan Rasulullah Saw.

Semasa berita ketibaan Rasulullah Saw di Madinah, Abdullah bin Salam ini dirumah ibu saudaranya. Bila dia dengar berita ini terus dia bertakbir. Allahuakhbar! Ibu saudaranya terkejut mendengar Abdullah bin Salam bertakbir. Kata Saidina Abdullah pada ibu saudaranya, dia Nabi, semua tanda-tanda keNabian yang ada didalam Taurat ada pada Rasulullah Saw . Kata ibu saudaranya padanya, kamu pergi tengok dulu, pastikan betul-betul. Saidina Abdullah bin Salam pun pergi bertemu dengan Rasulullah Saw. Saidina Abdullah bin Salam dapat menyaksikan sendiri semua tanda-tanda yang disebut itu ada pada Rasululah Saw termasuk Khatamun Nubuwwah. Saidina Abdullah bin Salam terus masuk Islam disitu. Dengan itu dialah orang Yahudi yang pertama masuk Islam. Selepas itu dia atur strategi dengan Rasulullah Saw untuk mengiklankan keIslamannya supaya jadi satu hujjah keatas orang orang Yahudi yang lain. Jadi Rasulullah Saw panggil semua orang berkumpul termasuk ulamak-ulamak dan pembesar pembesar Yahudi berkumpul. Rasulullah Saw berdakwah kepada mereka, tapi mereka tetap tidak menerima Islam. Akhirnya Rasulullah Saw Tanya Yahudi, apakah kedudukan Abdullah bin Salam dikalangan kamu? Kata mereka, dia pembesar kami, dia ulamak kami bahkan paling alim diantara kami. Peristiwa ini berlaku didepan ramai, ketika itu Saidina Abdullah bin Salam yang dari tadi bersembunyi di dalam keluar dan mengucap dua kalimah syahadah didepan pembesar-pembesar Yahudi dan Ulamak-ulamak mereka di majlis Rasulullah Saw dan orang ramai. Satu hujjah ke atas orang Yahudi didepan semua orang. Ketika itu juga mereka semua menyebut bahawa Abdullah bin Salam ini adalah orang yang jahat dikalangan kami, orang yang paling penipu dan paling jahil dikalangan kami. Tak sampai beberapa minit mereka telah berubah bila berhadapan dengan hal yang mengancam kepentingan mereka. Beginilah sikap orang-orang Yahudi, mereka sangat memungkiri janji.

Saidatina Safiyyah Ummul Mukminin puteri Huayayy bin Akhtab salah seorang Pembesar Yahudi menceritakan kisahnya bahawa dia adalah anak kesayangan ayahnya dan bapa saudaranya Yasir bin Akhtab. Kata Saidatina Safiyah, setiap kali mereka melihat aku pasti dipegang dan dipeluk aku. Kedua-dua mereka hadir dalam pertemuan dengan Rasulullah Saw. Pada hari itu aku datang kepada mereka, mereka tak mengendahkan aku lagi, nampak mereka berdua sedih dan sugul sangat. Ketika itu, aku dengar perbualan mereka. Ayah aku bertanya kepada bapa saudaraku, apakah dia ini yang disebut didalam Taurat. Kata Yasir, benar, semua alamatnya tepat. Inilah dia orangnya. Jadi kalau begitu apa yang engkau nak buat wahai Yasir. Kata bapa saudaraku Yasir, aku berazam untuk memusuhinya selama-lamanya. Beginilah sikap orang-orang Yahudi, sikap ulamak-ulamak Yahudi yang mereka sangat arif tentang kebenaran tapi mereka menetang kebenaran.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


menyambut Rasulullah Saw  

Sementara itu berita kedatangan Rasulullah Saw sudah sampai ke Madinah, tapi oleh kerana Rasulullah Saw tiga hari berada di Gua Thur dan Rasulullah Saw tidak melalui jalan biasa, jadi orang tak tahu bila tepatnya Rasulullah Saw akan sampai. Tapi setiap hari orang-orang Madinah dan Saidina Musaab bin Umair menunggu kedatangan Rasulullah Saw. Saidina Musaab sudah mempersiapkan suasana penyambutan kepada ketibaan Rasulullah Saw. Setiap hari orang-orang Madinah, selepas sembahyang subuh mereka keluar beramai ramai kepintu masuk Madinah menunggu Rasulullah Saw. Bila sampai waktu zohor dan cuaca makin panas meraka pulang semula. Begitulah setiap hari. Bukan saja orang Islam yang keluar menunggu, yang bukan Islam juga ikut menunggu bahkan orang Yahudi pun keluar juga menunggu kedatangan Rasulullah Saw.

Jadi memang Saidina Musaab telah mempersiapkan untuk kedatangan Rasulullah Saw. Kedatangan Rasulullah Saw ke Madinah bukan saja sebagai Nabi tapi juga sebagai pemerintah Madinah. Persiapan menyambut kedatangan Rasulullah Saw ini jadi program besar orang Madinah, jadi pesta besar-besaran di Madinah. Rasulullah Saw sampai di Madinah pada 12 Rabiul Awal, hari Isnin. Pada hari itu seperti biasa orang Madinah telah keluar menunggu sejak lepas subuh sampai tengah hari. Bila matahari dah terik mereka beransur pulang. Besok akan datang lagi. Selepas mereka beredar saja Rasulullah Saw sampai. Waktu masih ada seorang Yahudi yang sedang menunggu, dia masih diatas pokok kurma, mereka panjat keatas pokok kurma supaya dapat melihat dari jauh Rasulullah Saw sampai. Si Yahudi ini menjerit, panggil semua orang Madinah, jadi mereka semua patah balik untuk menyamput ketibaan Rasulullah Saw. Ketibaan Rasulullah Saw yang mereka nanti-nantikan itu disambut dengan penuh gembira. Orang orang Madinah beramai-ramai bernasyid.

Tolaal badru 'alaina...

Kebanyakan orang Islam waktu itu belum pernah bertemu dengan Rasulullah Saw, jadi mereka tak kenal yang mana satu Rasulullah Saw yang mana satu Saidina Abu Bakar. Apa lagi umur Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar tak jauh beza. Saidina Abu Bakar muda dua tahun dari Rasulullah Saw. Walaupun belum pernah bertemu tapi mereka telah memberi keyakinan dan keImanan yang tak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw, mereka semua sudah berbaiah akan mempertahan Rasulullah Saw dari musuh-musuh Allah seperti mereka mempertahankan isteri dan anak-anak mereka. Akhirnya matahari mengenai Rasulullah Saw, Saidina Abu Bakar memayung Rasulullah Saw. Ketika itu barulah mereka tahu yang mana satu Rasulullah Saw.

Ketika itu masing-masing berharap Rasulullah Saw berhenti ditempat mereka untuk mendapat keberkatan Rasulullah Saw. Kali pertama Rasulullah Saw turun dari kenderaan baginda iaitu di Qubak. Terus Rasulullah Saw perintahkan para Sahabat membina masjid disitu. Begitulah kedudukan masjid dalam Islam. Selama empat hari Rasulullah Saw berhenti di Qubak. Ketika itu Saidina Ali sampai dari Mekah. Dalam tempoh itu para Sahabat meyiapkan masjid dan Rasulullah Saw menerima kunjungan orang orang Madinah dan Rasulullah Saw mula menyusun orang-orang Islam, khususnya orang Muhajirin. Dari hari Isnin sampai hari Khamis Rasulullah Saw di Qubak. Hari jumaat Rasulullah Saw bergerak dari Qubak masuk ke Madinah. Dalam perjalanan Rasulullah Saw sembahyang jumaat di Diar Bani Salim bin Auf satu tempat diantara Qubak dan Madinah. Hari itu Rasulullah Saw sendiri menyampaikan khutbah jumaat dan itulah khutbah jumaat yang pertama Rasulullah Saw sampaikan. Sebelum itu solat Jumaat telah dibangunkan di Madinah. Orang pertama membangunkan sembahyang Jumaat ini ialah Saidina As'ad bin Zurarah, dia dan 40 orang Islam yang lain sembahyang Jumaat dirumahnya. Sebab itu dalam mazhab syafie, syarat sah Jumaat ialah 40 orang jemaahnya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


singgah ditempat Umu Ma'bad  


Jadi selepas itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan tenang tapi melalui satu jalan yang bukan jalan yang biasa dilalui oleh kafilah-kafilah yang ke Madinah. Dalam perjalanan itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar singgah ditempat Umu Ma'bad. Seorang perempuan Badawi yang berpindah randah di padang pasir. Saidina Abu Bakar Tanya pada Umu Ma'bad, apakah kamu ada susu kerana pada waktu itu bekalan sudah habis, sebab mereka tidak melalui jalan biasa, jadi tidak ada tempat dalam perjalanan untuk dapat makanan. Kata Umu Ma'bad, kalau ada padaku tak payah kamu Tanya, aku kan berikan kerana ini kewajipan terhadap tetamu. Umu Ma'bad ini ada kambing tapi kambing yang dah tua dan tak ada susu lagi. Rasulullah Saw minta izinnya untuk memerah susu kambing itu. Memang kambing itu dah tak ada susu tapi dah Rasulullah Saw minta Umu Ma'bad tak menghalang. Bila Rasulullah Saw perah kambing tu jadi ada susu. Hasil susu kambing ini sampai penuh semua bekas yang ada pada Umu Ma'bad. Rasulullah Saw minum, Saidina Abu Bakar minum, Umu Ma'bad minum dan semua bekas simpanan Umu Ma'bad penuh. Setelah itu Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar meneruskan lagi perjalanan. Bila Abu Ma'bad pulang, dia lihat semua bekas penuh dengan susu. Dia pelik, wahai Umu ma'bad dari mana datang susu ini? Umu Ma'bad pun cerita tentang tetamu yang pelik dan tetamu yang berkat tadi. Berkat mereka kambing yang tak ada susu jadi ada susu.

Dalam perjalnan juga Rasulullah Saw bertemu dengan seorang khadam menternak kambing Bani Aslam. Kata Rasulullah Saw kepadanya semoga kamu sentiasa selamat. Bila Rasulullah Saw Tanya namanya, katanya Masud. Kata Rasulullah Saw, insya Allah kamu bahagia. Begitulah akhlak Rasulullah Saw. Rasulullah Saw sentiasa suka kepada harapan yang baik. Pandangan yang positif kepada setiap perkara. Dalam perjalanan juga Rasulullah Saw bertembung dengan Saidina Zubair bin Awam dan Saidina Talhah yang pulang berdagang dari Syam. Mereka menghadiahkan pakaian kepada Rasulullah Saw.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Suraqah bin Malik mengejar Rasulullah Saw  


Lepas tiga hari, kecoh dah agak reda. Kata Kafir Quraisy, kalau mereka lari, mereka dah lepas dan tak sempat lagi kita nak kejar. Dengan itu Saidina Abu Bakar minta Amru bin Fuhair hantar semula unta-unta yang dia simpan sebelum ini. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari Gua Thur menuju ke Mekah. Saidina Abu Bakar ini kerana hatinya yang cemas dengan keselamatan Rasulullah Saw, sekejap dia berjalan didepan Rasulullah Saw dan sekejap dibelakang Rasullah Saw, sekejap dikiri dan sekejap dikanan. Sementara itu Rasulullah Saw terus khusyuk dalam membaca Al Quran. Akhirnya Rasulullah Saw Tanya Saidina Abu Bakar, wahai Abu Bakar kenapa kamu sampai begini? Kata Saidina Abu Bakar, kadang kadang aku takut mereka datang Dari depan, jadi aku ke depan, kadang-kadang aku terasa mereka datang dari belakang jadi aku ke belakang, Begitu juga kadang-kadang aku rasa dari kanan akupun ke kanan dan kadang-kadang aku rasa dari kiri jadi aku pun ke kiri pula. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, sesungguhnya Allah bersama kita. Ketika itu baru Saidina Abu Bakar tenang.


Sampai satu ketika Saidina Abu Bakar dapat merasa ada orang berkuda mengejar mereka dari belakang, makin lama makin dekat, Saidina Abu Bakar makin cemas. Rupanya Suraqah bin Malik nampak mereka diawal perjalanan tadi dan dia mahu mendapat hadiah dari Kafir Quraisy. Saidina Abu Bakar beritahu kepada Rasulullah Saw tapi Rasulullah Saw tak menoleh pun. Rasulullah Saw terus khusyuk membaca Al Quran. Akhirnya orang itu makin dekat dan sampai jarak yang boleh dia memanah mereka. Saidina Abu Bakar makin cemas, dia beritahu Rasulullah Saw lagi, wahai Rasulullah Saw dia dah dekat, kalau dia panah kita dah sampai pada kita. Ketika itu Rasululah berdoa.

Ya Allah selamatkan kami daripadanya dengan cara yang kamu mahu.

Tanpa menoleh ke belakang Rasululah terus khusyuk membaca Quran. Belum sempat habis doa Rasulullah Saw kaki kuda Suraqah terbenam ke tanah dan Suraqah jatuh dari kudnya. Itulah kali pertama Suraqah jatuh dri kudanya, dia adalah seorang penunggang kuda yang pakar, tak pernah jatuh. Setelah itu Suraqah kejar lagi Rasulullah Saw, bila sampai dekat dan dia nak panah, kaki kudanya terbenam sekali lagi dan Suraqah jatuh lagi. Suraqah pelik kepada dirinya sendiri kenapa dia jatuh lagi, tapi dia belum sedar lagi itu teguran Tuhan kepadanya, dia bangun dan kejar lagi Rasulullah Saw, jatuh lagi kali ketiga. Ketika itulah barulah dia sedar bahawa dia tak akan berjaya mengejar Rasulullah Saw, Rasulullah Saw dipelihara. Ketika itu datang rasa takut pula dalam dirinya. Akhirnya dia yang menjerit minta keamanan dari Rasulullah Saw.

Minta keamanan, minta keamanan wahai Muhammad

Ketika itu baru Rasullulah Saw berpaling ke belakang. Rasulullah Saw tanya dia, siapa kamu? Aku Suraqah bin Malik.Kemudian Rasulullah Saw Tanya dia,wahai Suraqah, bagaImana kalau jatuh ke tangan kamu gelang Kisra? Tercengang-cengang Suraqah, apakah Kisra Anu Syarwan raja farsi itu ada Kisra lain yang kamu maksudkan? Kata Rasulullah Saw, benar, Kisra Anu Syirwan. Rasulullah Saw ulang lagi soalan tadi kepadanya. BagaImana kalau jatuh ke tangan kamu dua gelang  Kisra Anu Syarwan ? Makin hairan... BagaImana Rasulullah Saw waktu itu sedang diburu, kepalanya ditawarkan oleh Kafir Quraisy dengan 100 ekor unta, dengan penuh yakin memberi amaran kepada Suraqah bahawa Islam akan mengalahkan Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu, kuasa besar dunia. Bukan dalam masa yang lama lagi tapi dalam masa Suraqah masih hidup. Kata Suraqah, aku mohon surat dari kamu bahwa aku diberi keamanan oleh kamu dan orang-orang Islam. Dengan itu aku berjanji aku tidak akan membocorkan perjalanan kamu ini kepada Kafir Quraisy. Rasulullah Saw minta Saidina Abu Bakar menuliskan surat itu kepada Suraqah.

Kita lihat lagi bagaImana mukjizat Rasulullah Saw, bagaImana pembelaan Allah kepada baginda tapi setelah mana Rasulullah Saw menempuh usaha lahir yang paling maksimum ketika itu. Setelah habis usaha lahir diusahakan ketika itulah datang bantuan Allah. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar mahu mendidik kita bagaImana mahu mendapat bantuan Allah. Bukan hanya sekadar berserah dan berdoa tanpa usaha tapi berusaha semaksimum mungkin selepas itu baru serah kepada Allah.

Sewaktu Taif ditawan, antara tawanan itu Suraqah, ketika itu dia keluarkan surat keamanan yang ditulis oleh Rasulullah Saw kepadanya. Dengan itu Rasulullah Saw membebaskan dia. Lepas itu dia masuk Islam. Di zaman Saidina Umar, ketika Farsi jatuh ketangan Umat Islam. Tentera Islam mengirim harta ghanimah kepada Khalifah Saidina Umar. Diantara ghanimah itu gelang tangan Kisra. Semasa ghanimah itu sampai Suraqah ada dalam majlis Khalifah. Ketika itu Saidina Umar kumpulkan orang ramai dan dipakaikan kedua gelang tangan Kisra itu ke tangan Suraqah dan Saidina Umar minta Suraqah ceritakan kepada semua orang apa yang Rasulullah Saw sebut padanya ketika peristiwa hijrah Rasulullah Saw dari Mekah ke Madinah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Minggu-minggu akhir April.  

Salam wrt. Alhamdulillah, dapat pun menulis malam ini. Moga Allah merahmati setiap tulisan-tulisanku. Sebenarnya tidak pandai pun nak tulis. Hanya picisan sahaja. Suatu keseronokan bila dapat mencoret dalam blog ini.

'Annn.... Ann... mano poie budak ni... tido lagi ko?...'  aku terdengar suara tu. Rupanya Wan panggil buka puasa. Aku terjaga dari lena. Terlelap panjang.. Sampai rumah tadi,  jam 5.45 petang dalam keadaan mengantuk dan keletihan. Tepuk-tepuk bantal. Ingat nak baring-baring je, melepaskan penat. Sekali sampai maghrib da... huhu..  biasa drive balik waktu petang ada juga makan-makan untuk hilangkan mengantuk, hari ni tak dapat pula..hehe.. ke kiri kanan jugak la kereta tu.huhu..  dah lama tak puasa sunat. Tengok pagi tadi Ummi dan Wan sahur, rasa nak puasa juga. Kuatkan diri walaupun tahu, hari ni latihan nasyid sampai ke petang, sama macam hari-hari sudah...

Dalam mamai-mamai tu, bangun dan ke dapur. Umi dan Wan dah berbuka. Aku makan kurma sebiji dan buah mangga. Lepas tu pergi mandi. After that, baru la makan. Tak best pula makan time mamai-mamai tu. :)...


Petang tadi after latihan nasyid (dalam 4.30 ptg), terus ke pekan Rembau. Bank in kepada akaun Syarikat Kanda Dinda kat CIMB. Kad yang ditempah semuanya dah siap timbang. So, buat last payment untuk penghantaran skynet. Moga Allah permudahkan segalanya. After that, solat Asar di Masjid Annur. Then, drive back home.


Bercerita tentang latihan nasyid... Sabtu ini, ada pertandingan nasyid MTAQ di PPD Rembau. Mula-mula diberitahu pertandingan diadakan di Dewan PPD. Hari ni dapat berita, pasukan nasyid sekolah rendah bertanding di Musolla Kem Pusako. Pasukan nasyid Sekolah Menengah di Dewan PPD. Ok juga. Xdelah pasukan nasyid SK Chengkau berdebar sangat.:).. Pasukan SK Chengkau adalah satu-satunya pasukan nasyid SKM yang join pertandingan ni. Mereka terdiri dari murid tahun 2 hingga tahun 5. Comel-comel je. Tapi dari pengamatan jurulatih mereka ni, mereka dapat kuasai lagu dan kemahiran bermain alat dengan cepat. Cuma yang agak membimbangkan ialah anak-anak kecil ni hilang suara bila menyanyi depan orang ramai nanti. Sangka baik sahaja, serah segalanya pada Allah lepas berusaha. Masa latihan pun serahkan padanya. Sebab Tuhan yang menjaga mereka. Tuhanlah yang mudahkan mereka dan segala-galanya dalam gengamanNya. PerancanganNya lebih baik dari kita...:)  esok mereka akan buat persembahan terakhir lepas baca yasin. Hope sangat mereka perform. Sebab esok je tinggal sebelum melangkah ke pertandingan nasyid MTAQ. Baju nasyid pun akan siap esok. Ustazah Fatimah beritahu tadi.


Erm... sekarang ni dah masuk bulan BI. Minggu ni pertandingan Spell It Right dapat dijalankan dengan jayanya. Minggu depan pertandingan nyanyian pula. Semua bertujuan untuk membiasakan murid dengan Bahasa Inggeris. Hmmm... bila pula yer pertandingan bahasa al-quran? Sekali je, tu pun masa nak select murid untuk pertandingan MTAQ. Hmm... kalau ada pertandingan bahasa Arab lagi best! Bila yer Panitia Agama nak adakan? Nak jugak join...:)


Erm, nak sembang pasal profesyen GURU.... Orang yang kerja sebagai guru kalau nak mudah boleh je. Habis je masa, balik, buat kerja-kerja lain. Tapi ada guru-guru yang all out untuk memberi sebaiknya pada anak didiknya. Orang biasa pandang, mudahnya jadi cikgu...balik awal. Sedangkan, orang lain shift sampai petang,malam. Ada betul juga, sebab mata mereka memandang pada segelintir guru yang culas atau tak minat profesyen ini. Sebenarnya, yang bekerja lebih masa tu dapat pulangan yang banyak diakhirat kerana lebih baktinya pada orang lain. Lebih banyak beri manfaat. Bukan rehat yang di utamakan, tetapi MEMBERI MANFAAT SEBANYAKNYA patut diutamakan. Kalau buka topik ni, memang tak habis kan..hehe.. hmm.. Rasulullah Saw pun meletakkan guru sebagai profesyen yang tinggi. Kenapa kita pandang rendah ye? Dah duduk tempat tinggi  nampak orang lain  rendah je kan... sedangkan guru juga yang lahirnya tenaga-tenaga pakar, ahli-ahli ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, para guru. Biarkanlah kata-kata  mereka. sangat sayang kalau kita hidup hanya sekadar untuk makan gaji. Buat kerja ala kadar. Sedangkan murid terbiar. Hidup ini untuk ibadah dan banyak buat manfaat pada orang lain. Bukan hidup untuk wang dan kedudukan. Yahudi dah benar-benar merosakkan kita. Kita pula malas belajar agama. Dunia tu lebih besar dari Tuhan dalam hati kita. Tuhan diperkecilkan... yahudi bertepuk tangan. 


Erm, pilihan raya 13 dah dekat. How about kawan-kawan di luar sana? Bagi saya sistem menaikkan pemimpin melalui pilihan raya belum masuk ke jiwa saya. Melalui sistem ini  mereka menyatakan siapa yang dapat undi majoriti di pihak yang benar. Adakah demikian? Tidak semestinya. Di zaman Rasulullah Saw, golongan yang sedikit itu yang benar... Asasnya pun saya kurang terima. Kenapa? Kerana sistem ini bukan dari sistem Pemerintahan Islam. DEMOKRASI ini di anjurkan oleh barat. Kita ambil dan guna pakai. Tengok je la di serata dunia yang amalkan Demokrasi. Pada mulanya nampak macam ok, tapi akhirnya berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Lihat juga jemaah-jemaah Islam yang join politik demokrasi. Kebanyakan mereka tak mampu nak menyatukan manusia. Kenapa? Mereka sudah mengambil sistem yahudi ini. (Mana boleh kita guna senjata lawan untuk lawan mereka. Mereka lebih kenal senjata mereka). Di Malaysia hari ini, berapa banyak calon bebas yang mencalonkan diri. Adakah akan ada pru ke 14? Adakah lebih banyak parti baru dan banyak calon bebas? Fikirkanlah... masing-masing mempertahankan ego. Akhirnya yahudi bertepuk tangan lagi. Sistem yang mereka lagang akhirnya membuahkan hasil.


Di malaysia ni, susah kita nak ubah persepsi berkenaan perkara ini. Kenapa? Kerana sejak merdeka, kita sudah mengggunakan sistem ini. Pandai dan bijak yahudi meninggalkan jejak mereka. Generasi hari ini ialah generasi yang mereka sudah jangkakan sejak awal kita merdeka lagi. Generasi yang mereka harapkan akan bergantung kepada sistem demokrasi ini. Perkara ini perlu di fikir bersama. Perlu dibincangkan bersama. Syaratnya, sama-sama buang ego. Kembalilah kepada Allah rabb al alamin. Tuhan tu sangat kecil dalam diri. Kembali besarkan Dia... jadi calon pru dengan calon penghuni syurga sangat berbeza... ramai sangat yang nak pikul amanah... ia sangat berat. ingat dan waspada. Jangan sampai amanah esok menjadikan kita bermasalah di akhirat.. wallhua'lam.

Ps: Siapa dapat bezakan, NEGARA ORANG ISLAM dengan NEGARA ISLAM. Negara kita dalam kategori yang mana satu?

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sayyidah Asmak Binti Abu Bakar  

Akhirnya orang-orang Kafir pulang begitu saja ke Mekah. Kemudia baru Kafir Quraisy sedar bahawa Saidina Abu Bakar juga hilang. Baru mereka tahu Rasulullah Saw bersama Saidina Abu Bakar. Mereka pergi mencari dirumah Saidina Abu Bakar pula. Abu Jahal yang pergi, Asmak keluar membuka pintu. Abu Jahal Tanya Asmak, mana ayah kamu? Kata Asmak, Aku tidak tahu. Lalu Abu Jahal menampar Asmak sampai terjatuh Asmak. Ketika itu baru Abu Jahal merasa malu, dia menampar seorang perempuan yang lemah. Jadi cepat-cepat dia beredar dari situ, tak jadi nak tanya panjang-panjang lagi.

Selepas itu Abu Quhafah, ayandanda Saidina Abu Bakar pula datang. Ketika itu dia dah tua dan matanya telah buta. Abu Quhafah juga Tanya tentang Saidina Abu Bakar, Asmak kata, aku tidak tahu. Abu Quhafah Tanya Asmak, apa yang Saidina Abu Bakar tinggalkan kepada kamu? Saidina Abu Bakar memang tak ada tinggal apa-apa wang. Semuanya dibawa untuk menampung perjalanannya dan perbelanjaan dia dan Rasulullah Saw di Madinah nanti. Saidina Abdullah bin Zubair menceritakan jumlah yang Saidina Abu Bakar bawa ialah 5 atau 6 ribu dirham. Semuanya diserahkan kepada Rasulullah Saw. Asmak ini anak yang sudah terdidik dengan perjuangan, dia sangat faham apa yang sedang dilalui oleh ayahnya dan Rasulullah Saw. Diambilnya karung wang yang biasa disimpan wang disitu dipenuhkannya dengan batu dan dibawanya kepada datuknya. Wahai datuk, inilah yang ayah tinggalkan. Abu Quhafah yang merasakan karung wang Saidina Abu Bakar yang penuh itu merasa lega dan hilang kerisauannya tentang nasib anak-anak dan keluarga Saidina Abu Bakar yang ditinggalkan di Mekah. Begitulah Siti Asmak ini, puteri Saidina Abu Bakar yang telah menghayati roh perjuangan Rasululah. Hatinya tak risau lagi tentang hal dunia, dia yakin dengan bantuan Allah.

Selama tiga hari tiga malam Kafir Quraisy buat operasi besar-besaran mencari Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Saidina Abdullah putera Saidina Abu Bakar, waktu siang hari dia bersama Quraisy di Mekah, dia mendengar semua berita dan perancangan Quraisy dan pada waktu malamnya dia datang membawa berita kepada Rasulullah Saw. Sayyidah Asmak pula datang membawa makanan untuk Rasulullah Saw. Untuk membawa karung makanan ini Sayyidah Asmak perlu tali untuk mengikat makanan. Oleh kerana tak ada tali, Sayyidah Asmak mengoyak pakaiannya untuk mengikat makanan Rasulullah Saw. Begitulah kemuliaan Saidina Abu Bakar dan keluarganya dalam membela perjuangan Rasulullah Saw.

Amru bin Fuhair pula datang membawa kambing untuk digembalakan disitu dan untuk menutup tapak kaki Saidina Abdullah dan Sayyidah Asmak. Disamping itu dia membekalkan susu untuk minuman Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Begitu Saidina Abu Bakar ini menyusun strategi untuk hijrah ini. Usaha-usaha lahir yang dibuat juga sampai tahap maksimum, begitulah sifat kehambaan yang ada pada para Sahabat Rasulullah Saw. Usaha lahir itu adalah kewajipan seorang hamba walaupun dia tidak memberi bekas tapi dia wajib diusahakan sehingga  peringkat yang paling maksimum. Inilah yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah ini. Saidina Abu Bakar mempunyai kru yang ambil berita tentang Kafir Quraisy, ada kru yang menyiapkan makanan dan minuman ada juga kru yang bertugas menghapuskan kesan-kesan perjalanan mereka. Semuanya lengkap dan tersusun. 

Mari kita lihat bagaImana Rasulullah Saw meminta Saidina Abu Bakar menunggu baginda untuk menemani baginda, bahkan bagaImana Saidina Abu Bakar mempersiapkan segala keperluan safar, bagaImana Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan Rasulullah Saw digua, bagai mana Saidina Abu Bakar membawa semua wangnya untuk kegunaan Rasulullah Saw, bagaImana Saidina Abu Bakar menggunakan keluarganya dan khadamnya demi menjayakan Hijrah ini. Saidina Abu Bakar memberi contoh kepada kita bagaImana yang Rasulullah Saw sebut. Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih dari anak-anak, ibu ayahnya dan semua manusia lainnya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rasulullah dan Saidina Abu Bakar  

Begitu bijak Rasulullah Saw menjaga rahsia hijrah ini. Saidatina Aisyah Ummahatul Mukminin menceritakan peristiwa itu. Rasulullah Saw datang mengetuk rumah kami diwaktu yang Rasululah tak pernah datang sebelum ini. Rasulullah Saw masuk ke dalam rumah, ketika itu, dirumah Saidina Abu Bakar ada dua orang anak perempuannya, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Asmak. Kata Rasulullah Saw kepada Saidina Abu Bakar, wahai Abu Bakar  keluarkan orang-orang yang ada bersama kamu. Begitulah Rasulullah Saw menjaga rahsia. Kata Saidina Abu Bakar, tidak ada orang melainkan dua orang puteriku Aisyah dan Asmak. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, Allah telah mengizinkan untuk aku berhijrah. Saidina Abu Bakar bertanya, apakah aku akan menemani Rasulullah Saw? Benar, kata Rasulullah Saw. Ketika itu Saidina Abu Bakar menangis terharu kerana gembira dapat menemani Rasulullah Saw berhijrah. Kata Sayyidah Aisyah, itulah kali pertama aku melihat orang menangis kerana gembira. Selama ini aku hanya melihat orang menangis kerana sedih. Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar keluar dari pintu belakang, dImana Saidina Abu Bakar sudah lama menyiapkan 2 ekor unta siap dengan peralatan dan keperluan safar.

Rasulullah Saw membawa Saidina Abu Bakar berjalan kearah Selatan sedangkan Madinah berada disebelah Utara. Begitulah Rasulullah Saw mahu mendidik umat bahawa usaha lahir juga mesti ditempuh dalam setiap usaha kita bukan hanya bertawakal kepada Allah tanpa berusaha. Saidina Abu Bakar yang sudah lama bersedia juga siap dengan strateginya bagaimana kalau dia berhijrah dengan Rasulullah Saw untuk menjamin keselamatan Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar memerintahkan Khadamnya membawa kambing-kambing ternakannya berjalan dibelakang Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki mereka. Bila mereka sampai di gua Thur di selatan Mekah. Saidina Abu Bakar memerintahkan khadamnya Amru bin Fuhair untuk menjaga unta mereka dan membawanya semua ke Gua Thur bila diberitahu nanti. Saidina Abu Bakar juga minta Amru memberitahu tempat mereka kepada Abdullah dan Asmak dua orang anak Saidina Abu Bakar.

Bila Saidina Abu  Bakar nampak Rasulullah Saw nak masuk kedalam gua, cepet-cepat dia minta izin untuk masuk dulu sebelum Rasulullah Saw masuk. Dia nak pastikan tidak ada sesuatu yang membahayakan Rasulullah Saw didalam. Bahkan Saidina Abu Bakar memasukkan kainnya kedalam setiap lubang untuk memastikan tidak ada binatang berbisa disitu yang boleh menyakiti Rasulullah Saw. Kalau ada biar Saidina Abu Bakar kena dulu. Setelah dicek semua barulah Rasulullah Saw masuk.

Pagi besoknya, pemuda-pemuda yang mengepung rumah Rasulullah Saw mula merasa pelik, biasanya Rasulullah Saw keluar bersembahyang di Ka'bah tapi kenapa sampai saat ini Rasulullah Saw tak keluar-keluar lagi. Lepas itu baru mereka sedar ada pasir diatas kepala mereka . Bila mereka mengintip kedalam, mereka lihat Rasulullah Saw masih tidur. Begitulah kecintaaan Saidina Ali kepada Rasulullah Saw, sanggup mengorbankan dirinya untuk dibunuh mengagantikan Rasulullah Saw. Akhirnya mereka tak sabar lagi, mereka serbu masuk. Tengok-tengok yang dalam selimut itu Saidina Ali bukan Rasulullah Saw. Mana Rasulullah Saw, diperiksa satu rumah tak jumpa juga. Maka ketika itu juga tersebar di Mekah bahawa Rasulullah Saw telah berhijrah ke Madinah. Mereka cuba cari Rasulullah Saw dimerata tempat tapi tak jumpa. Akhirnya pembesar pembesar Kafir Quraisy membuat tawaran kepada siapa yang tangkap Rasulullah Saw akan mendapat ganjaran 100 ekor unta betina. Satu anggaran yang sangat besar pada waktu itu.  Jadi sebuklah semua orang mencari Rasulullah Saw kerana tamak dengan hadiah yang besar itu. Setelah semua tempat yang disyaki tak ada, akhirnya mereka menuju ke Gua Thur. Mungkin Rasulullah Saw bersembunyi disitu. Akhirnya mereka sampai di pintu Gua Thur. Imam Bukhari menceritakan dalam kitab Sahihnya, orang-orang Kafir Quraisy ini bila mereka sampai ke depan pintu gua tak ada seorang pun yang menjengok ke dalam. Kalau ada seorang yang menjengok ke dalam dia akan nampak terus Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw, kalau salah seorang dari mereka melihat kebawah nescaya mereka nampak kita. Tapi Maha Besar Tuhan, mereka semua sibuk berbual sampai tak teringat nak menjengok kebawah. Begitulah Allahlah yang memelihara dan menjaga.

Sejarah menceritakan juga ada labah labah yang datang membuat jaringnya dipintu gua dan ada burung merpati yang datang membuat sarang disitu. Dengan itu orang orang kafir tak terfikir ada orang baru masuk kedalam gua. Allah Tuhan Sekalian Alam, raja segala raja yang Maha gagah Perkasa boleh saja mengerahkan selemah-lemah tenteranya untuk membantu Rasulnya dan orang-orang yang berjuang dijalannya. Rasulullah Saw dengan penuh yakin ketika itu menenangkan Saidina Abu Bakar. Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka kita berdua saja tapi Allah ada bersama dengan kita.

(At-taubah :40)

Ketika mana Rasulullah Saw berkata kepada Sahabatnya, ketika mereka berdua didalam gua, jangan kamu risau, sesungguhnya Allah ada bersama kita.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kedudukan Saidina Abu Bakar ini, Allah yang menceritakan perkara ini dalam Al Quran. Para Ulamak sepakat bahawa orang yang bersama dengan Rasulullah Saw didalam gua ialah Saidina Abu Bakar. Allah menamakannya Sahabat dan pendamping kepada Rasulullah Saw dan Allah nyatakan bahawa Allah bersama Rasulullah Saw dan Saidina Abu Bakar.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rancangan::: Membunuh Rasulullah Saw  


Firman Allah:


Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu( Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik pembalas tipu daya. (Al-anfal : 30)


Diketika mana Allah izinkan Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah, orang Kafir Quraisy pula pada ketika itu merasakan bahaya besar yang akan menimpa mereka bila mana orang-orang Islam sudah berkumpul di Madinah dan membina kekuatan disana. Mereka kena berbuat sesuatu sebelum terlambat. Abu Jahal memanggil pembesar-pembesar Kafir Quraisy ke sidang tergempar di Darul Nadwah. Tapi Abu Jahal pesan pada semua, jangan panggil sorang pun dari Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hasyim begitu juga orang-orang yang ada hubungan rapat dengan mereka dan dengan orang-orang Madinah.

Ketika mereka berkumpul itu, datang  seorang tua yang berpakaian seperti pakaian orang Najd. Kata Rasulullah Saw, orang tua itu adalah iblis yang turut hadir dalam rupa manusia untuk membantu Kafir Quraisy menyelesaikan masalah mereka kali ini. Dalam perbincangan itu, kata Abul Buhturi, kita penjarakan Muhammad. Kata Abu Jahal dan orang tua itu, kalau kita penjara Muhammad, Sahabat-Sahabatnya akan terus berkumpul di Madinah. Lambat laun mereka akan datang juga membebaskan Muhammad dan memerangi kita. Kata satu pandangan lagi, kita buang negeri ke tempat diluar Tanah Arab ini. Kata mereka, itupun tak boleh, nanti Muhammad boleh datang ke Madinah. Masing-masing buntu untuk mencari jalan penyelesaian sehinggalah Abu Jahal memberikan cadangannya. Kata Abu Jahal, kita bunuh Muhammad. Kita pilih dari setiap kabilah seorang pemuda yang gagah dan mereka nanti membunuh Muhammad secara beramai-ramai. Kalau Bani Abdul Mutalib, Bani Abdul Manaf dan Bani Hastim ingin menuntut bela, mereka tak akan mampu mengapa-apakan kita semua. Kata lelaki tua tadi, benar, inilah pandangan yang paling tepat. Begitulah Abu Jahal, dia ada idea yang syaitan pun tak ada. Lebih jahat dari syaitan. Jadi Kafir Quraisy sudah sepakat tentang perkara ini.

Dalam masa yang sama Rasulullah Saw sudah bersiap-siap untuk berhijrah ke Madinah. Oleh kerana di rumah Rasulullah Saw banyak harta dan barang-barang berharga yang disimpan oleh orang ramai kepada Rasulullah Saw. Kalau mereka nak musafir barang-barang berharga ini mereka simpan di rumah Rasulullah Saw. Begitulah akhlak Rasulullah Saw, musuh pun menaruh kepercayaan kepadanya. Jadi Rasulullah Saw taklimatkan kepada Saidina Ali semua barang barang itu untuk dikembalikan kepada tuannya dan Rasulullah Saw meminta Saidina Ali supaya tidur ditempat baginda pada malam itu.

Pada malam itu semua pemuda yang dipilih tadi telah siap mengepung rumah Rasulullah Saw, waktu itu Rasulullah Saw masih berada didalam rumah. Mereka tunggu diluar, mereka tak berani merempuh kerana didalam rumah Rasulullah Saw juga ada kaum wanita. Bagi mereka aib besar merempuh masuk kedalam rumah yang ada wanita. Setelah Rasulullah Saw meninggalkan Saidina Ali ditempat tidurnya, Rasulullah Saw keluar dari pintu rumahnya berjalan ditepi-tepi pemuda pemuda itu tapi mereka tak dapat melihat Rasulullah Saw. Rasulullah Saw keluar sambil membaca surah Yasin, bila sampai pada ayat :

Dan kami jadikan dihadapan mereka sekat (dinding) dan dibelakang mereka juga sekat, dan kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (yasin : 9)


Rasulullah Saw mengambil segenggam pasir dan ditaburkan keatas kepala-kepala mereka semua. Rasulullah Saw berjalan menuju ke rumah Saidina Abu Bakar yang belum tahu lagi tentang hijrah pada malam itu.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Akhirnya, Hijrah ke Madinah!  

Maka Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat berhijrah ke Madinah. Jadi hijrah ke Madinah ini adalah perintah dari Rasulullah Saw, bukan lagi seperti hijrah ke Habsyah dimana Rasulullah Saw anjurkan dan izinkan kepada sesiapa yang tidak tahan di Mekah untuk berhijrah kesana, tapi kali ini perintah wajib kepada semua orang Islam di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah dan isterinya Umu Salamah. Ketika itu mereka membawa anak kecil mereka, Salamah. Bila Kafir Quraisy nampak, Kafir Quraisy Bani Makhzum tahan Umu Salamah. Bani Abdul Asad mengambil Salamah dan Abu Salamah terus ke Madinah. Begitulah ujian yang ditanggung oelh keluarga Abu Salamah kerana Hijrah ini. Setahun selepas itu baru Umu Salamah dapat lepas ke Madinah dengan anak kecilnya Salamah. Selepas hijrah Abu Salamah ramai lagi Sahabat-Sahabat yang hijrah ke Madinah dengan senyap-senyap. Bila Saidina Umar nak hijrah, dia siapkan kenderaannya, bekalannya dan pakaiannya dan disiapkan juga senjatanya. Kemudian dengan segala kelengkapan itu dia pergi ke Ka'bah. Kafir Quraisy dari jauh memerhatikan Saidina Umar. Setelah tawaf di Kaabah, Saidina Umar mengumumkan disitu, siapa yang mahu ibunya kehilangan anaknya , isterinya menjadi janda dan anak-anaknya menjadi yatim tunggulah aku dibelakang bukit ini, aku nak hijrah ke Madinah. Tak ada seorang pun yang berani menghalangnya. Dialah satu-satunya Sahabat Rasulullah Saw yang berhijrah ke Madinah secara terbuka.

Hijrah terus berlaku, satu demi satu Sahabat Rasulullah Saw meninggalkan Mekah kecuali mereka yang ditahan oleh kaum masing-masing. Ketika itu datang Saidina Abu Bakar minta izin dari Rasulullah Saw untuk berhijrah. Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Bakar, tangguhkan dulu hijrah kamu semoga Allah datangkan teman bersama kamu dalam hijrah. Saidina Abu Bakar taat dengan Rasulullah Saw. Sejak itulah hatinya berdoa da berharap teman itulah dia Rasulullah Saw sendiri. Begitu tajam rasa hati Saidina Abu Bakar ini terhadap Rasulullah Saw. Walaupun dia belum pasti tapi sejak hari itu juga dia persiapkan satu kenderaan yang lengkap dengan keperluan safar untuk Rasulullah Saw. Moga-moga teman itu dalah Rasulullah Saw sendiri.

Selepas itu makin ramai Sahabat yang berhijrah, Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin dari Rasulullah Saw. Jawapan Rasululah Saw sama seperti yang pertama dulu. Tunggu dulu wahai Abu Bakar semoga Allah jadikan teman dalam hijrah kamu. Lepas itu Saidina Abu Bakar datang lagi minta izin kali ketiga untuk hijrah. Begitulah jawapan Rasulullah Saw tak berubah. Pada waktu itu semua Sahabat Rasulullah Saw sudah meninggalkan Mekah. Yang tinggal hanya Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah Saw dan keluarga mereka. Setelah Rasulullah Saw memastikan semua Sahabat sudah berjaya hijrah ke Madinah datanglah perintah Allah kepada baginda pula untuk berhijrah. Imam Bukhari meriwayatkan sabda Rasulullah Saw:

Aku telah melihat dalam tidurku bahawa aku berhijrah dari Mekah ke satu tanah yang banyak pokok tamar. Pada mulanya aku sangka Yamamah atau Hajar rupanya dia Madinah, iaitu Yathrib.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Baiatul Aqabah Saniah  

Dalam masa itu juga di Madinah sedang rancak Islam berkembang. Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah Saw hijrah ke Madinah. Orang Madinah menghantar 73 orang wakil mereka yang telah Islam bertemu dengan Rasulullah Saw. Dua orang dari mereka perempuan. Mereka datang bersama dengan rombongan haji dari Madinah yang mana ketika itu sebahagian dari rombongan ini belum Islam lagi. Jadi, ditengah-tengah musim haji itu mereka hantar wakil, minta izin dari Rasulullah Saw untuk mengadakan pertemuan dengan Rasulullah Saw. Salah seorang wakil yang datang membuat janji dengan Rasulullah Saw ini ialah Saad bin Malik, seorang penyair terkenal dari Madinah. Rasulullah Saw sangat gembira dengan keIslamannya kerana penyair pada masa itu merupakan satu media yang penting dalam masyarakat Arab. Orang menghafal dan mewariskan syair ketika itu. Jadi perjanjian mereka dengan Rasulullah Saw, mereka akan bertemu dengan Rasulullah di Jabal Aqobah salah satu bukit Mekah untuk berbaiah dengan Rasulullah Saw.

Pada malam yang dijanjikan itu, semua mereka 73 orang, dua darinya perempuan iaitu Nusaibah Umu Amarah binti Kaab dan Asmak binti Amru datang mengadap Rasulullah Saw. Dalam pertemuan itu Rasulullah Saw ditemani oleh bapa saudaranya  Saidina Abbas. Mereka semua mengiklankan keIslaman mereka kepada Rasulullah Saw dan mereka minta apa yang Rasulullah Saw syaratkan kepada mereka. Rasulullah Saw kata, mengucap dua kalimah syahadah. Kata mereka, kami semua mengucap dua kalimah syahadah. Rasululah menyebut nasihat nasihat lain pula tentang akhlak dan menjauhi kemungkaran. Kata mereka, wahai Rasulullah Saw, itu semua syarat untuk Allah, kami mahu syarat untuk diri kamu. Ketika itu Rasulullah Saw menyebut, kalau aku ke Madinah, ketempat kamu, hendaklah kamu pertahankan aku sepertImana kamu mempertahankan isteri-isteri dan anak-anak kamu. Bangun Saidina Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah Saw, apa ganjaran kami sekiranya kami berbuat begitu. Kata Rasulullah Saw, untuk kamu syurga Allah. Tidak ada janji janji keduniaan melainkan untuk kamu syurga Allah. Kata Saidina Saad:

Kami tak akan tarik diri dan tak akan batalkan lagi perjanjian ini wahai Rasulullah Saw. Kami juga minta kamu jangan tarik diri lagi dari perjanjian ini.

Maka berlakulah baiah diantara Saidina Saad dengan Rasulullah Saw. Kata Rasulullah, wahai Saad, engkau mewakili diri kamu bagaImana dengan kamu. Ketika itu kesemua mereka bangun berdiri, wahai Rasulullah Saw, kami juga begitu.

Kemudian salah seorang dari mereka bertanya kepada Rasulullah Saw, diantara kami dan Yahudi ada ikatan perjanjian dan kami akan memutuskannya. Apakah kalau kami berbuat begitu dan Allah menangkan kamu, apakah kamu akan pulang kepada kaum kamu dan tinggalkan kami. Rasulullah Saw tersenyum mendengar kata-kata ini. Kata Rasulullah Saw.

Bahkan darah dengan darah, kemusnahan dengan kemusnahan, aku sebahagian dari kamu dan kamu sebahagian dari aku. Aku perangi siapa yang kamu perangi dan aku berdamai dengan siapa yang kamu berdamai.

Kata Rasulullah Saw, ini baiah jihad, baiah darah dan baiah nyawa. Oleh sebab itu kamu berundinglah sesama kamu, pilihlah 12 orang naqib, perwakilan dari kalangan kamu yang kamu persetujui bersama. Datanglah 12 orang yang mewakili semua kaum masing-masing. Mereka berbaiah jihad untuk mempertahankan Rasulullah Saw hingga darah mereka yang terakhir. Inilah baiah jihad yang pertama dalam Islam iaitu baiah Akabah yang kedua.

Setelah selesai baiah itu, terdengar satu jeritan yang kuat dari atas bukit yang paling tinggi disitu. Wahai orang yang nyenyak tidur, apakah kamu masih tidur, Muhammad dan orang orang yang telah keluar dari agama asal mereka telah sepakat untuk memerangi kamu. Suara jin kafir memberitahu orang Kafir tentang baiah itu. Ketika itu Saidina Saad menghunus pedangnya, wahai Rasulullah Saw, kalau kamu izinkan sekarang juga kami perangi mereka. Dari awal lagi kesetiaan mereka dengan baiah mereka sudah jelas. Walaupun hanya 73 orang mereka bersedia untuk menghadapi Quraisy dan kabilah-kabilah Arab yang lain yang sedang berada di Mekah menunaikan haji. Rasulullah Saw kata, jangan dulu dan Rasulullah Saw perintahkan mereka semua bersurai.

Kafir Quraisy dan orang-orang lain yang semua mereka mendengar jeritan jin kafir tadi. Semuanya mencari-cari dan menyiasat siapa yang terlibat. Akhirnya dari maklumat yang mereka dapat, mereka syak orang-orang Madinah yang berbaiah dengan Rasulullah Saw. Lalu mereka kumpulkan semua orang dari Madinah. Mereka tanyakan hal ini. Orang-orang yang tidak Islam dikalangan mereka memang tak tahu langsung tentang hal ini. Mereka bersumpahlah depan Kafir Quraisy bahawa orang Madinah tak terlibat. Para Sahabat yang 73 orang itu hanya diam saja. Akhirnya mereka semua dilepaskan pulang ke Madinah. Tapi Kafir Quraisy tetap syak bahawa orang-orang Madinahlah yang terlibat dalam hal itu.

Akhirnya mereka mengejar orang-orang Madinah ini tetapi mereka hanya jumpa dengan Saidina Saad bin Ubadah dan seorang lelaki lagi yang telah Islam. Lelaki ini sempat melarikan diri tapi Saidina Saad tak sempat. Saidina Saad ditangkap dan dipukul oleh Kafir Quraisy dan disuruh membuat pengakuan bahawa mereka telah berbaiah dengan Rasulullah Saw. Saidina Saad tak mengaku. Ketika itu lalu seorang yang berwibawa dan jernih air mukanya, nampaknya macam orang baik. Maka Saidina Saad berharap dalam hatinya, orang ini akan menolongnya. Rupanya dialah Abu Jahal. Saidina Saad terus dipukul sehinggalah ada orang dari Mekah yang mengenalinya bahawa dia adalah salah seorang dari pembesar Madinah. Dia jamin Saidina Saad dan Saidina Saad pulang semula ke Madinah. Islam makin tersebar luas di Madinah. Ketika itu Saidina Musaab wakil Rasulullah Saw di Madinah menghantar surat kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw jemput datang ke Madinah sekarang, kami sudah bersedia.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ketua kabilah Addosi masuk Islam  

Dalam masa itu juga, di Mekah ada seorang ketua kabilah arab yang besar iaitu ketua kabilah Daus. Salah seorang pembesar Arab yang terkemuka, namanya Thufail bin Amru. Bila dia sampai saja ke Mekah, dia disambut oleh pembesar-pembesar Mekah dan mereka terus mengingatkan dia dan menakut-nakutkan dia bahawa telah muncul seorang lelaki dari kalangan mereka, siapa yang mendengar cakapnya pasti terkena sihirnya. Mereka pesan pada Thufail, kamu jangan cuba-cuba nak dengar cakapnya kalau kamu terdengar pun kamu akan kena sihirnya. Dia akan pecah belahkan engkau dengan kaum engkau. Thufail ini, kerana terkesan dengan cakap-cakap pembesar-pembesar Kafir Quraisy, dia sumbat telinganya dengan kapas ketika tawaf takut-takut terdengar dakwah Rasulullah Saw, takut terkena sihir.

Ketika dia tawaf itu Rasululah ada di Ka'bah sedang membaca Al-Quran. Thufail ini menceritakan, ketika aku tawaf itu aku nampak Rasulullah Saw, aku perhati dia tapi aku tak dengar apa yang Rasulullah Saw cakap tapi perawakan Rasulullah Saw sangat menyentuh dan menarik hati aku. Akhirnya hati aku membisikkan pada diri aku, wahai Thufail, kamu ini pemimpin kabilah, kamu ini orang yang cerdik dan ahli bahasa, kamu penyair dan kamu tahu menilai mana yang baik mana yang buruk. Kenapa kamu takut hendak mendengar kata-kata orang ini. Tak sepatutnya kamu sampai jadi begini. Akhirnya Thufail ini buka kapas dari telinganya dan dia datang kepada Rasulullah dan minta Rasulullah Saw bercakap kepadanya, dia mendengar dengan penuh perhatian, akhirnya dia masuk Islam. Ketika itu juga dia terus mengucap depan Rasululah.

Ketua kabilah Daus masuk Islam, ini satu kemangan bagi Islam, Rasulullah Saw terlalu gembira dengan keIslaman Thufail ini. Bila tersebar berita ini dikalangan Kafir Quraisy, satu berita yang mengejutkan. Ketua kabilah Daus, satu kabilah yang kuat masuk Islam. Mereka datang mengancam Tufail. Kata Tufail, kalau kamu sentuh aku kamu tak akan selamat dari kabilah Daus. Kafir Quraisy tak berani nak ganggu Thufail. Selepas itu Thufail datang mengadap Rasulullah. Wahai Rasulullah Saw apa yang kamu perintahkan kepada aku. Apakah aku terus bersama kamu atau aku pulang ke kaumku. Apa yang engkau perintahkan wahai Rasulullah Saw, aku bersedia. Begitulah Iman Thufail, dari awal lagi ketaatannya kepada Rasulullah sudah jelas. Bila kemanisan Iman sudah masuk kedalam hati, tidak ada syarat duniawi lagi. Apa yang Rasulullah Saw mahu, Tufail bersedia untuk melaksanakannya. Kata Rasulullah Saw, wahai Thufail, pulanglah kepada kaum kamu dan berdakwahlah pada mereka.

Dalam perjalanan pulang dari kaumnya, tiba-tiba keluar cahaya dari dahinya sehinga dapat menyuluh perjalanannya. Allah beri karamah kepadanya. Dia minta pada Allah, janganlah jadikannya pada mukaku nanti jadi fitnah. Maka cahaya itu berpindah ke hujung rotan untanya yang menjadi bercahaya dan dapat menerangi perjalanannya. Bila sampai dikabilahnya, dia disambut oleh kaumnya dan selepas itu terus dia kumpulkan isteri, ibunya dan keluarganya yang terdekat. Dia berdakwah kepada mereka sehingga semua mereka menerima Islam. Kemudian dia berdakwah kepada kaumnya. Bertahun-tahun dia berdakwah kepada mereka akhirnya semua kaumnya masuk Islam. Ketika itu, dia datang  mengadap Rasulullah  di Madinah bersama semua kaumnya yang telah masuk Islam. Satu kaum masuk Islam dengan Islamnya ketua mereka . Sebab Saidina Thufail seorang, semua kaumnya dapat hidayah. Subhanallah...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


::Saidina Musaab:: Duta Islam pertama!  

Selepas itu Rasulullah Saw menghantar Saidina Musaab bin Umair untuk mengajarkan Islam kepada mereka. Dengan itu Saidina Musaab ini dipanggil duta Islam yang pertama. Islam mula meluas dalam bentuk yang luar biasa di Madinah. Begitu cepat sekali, Saidina Musaab ini bekerja siang malam. Usahanya begitu luar biasa sehingga tidak ada rumah di Madinah melainkan Islam telah sampai kesitu.

Jadi peristiwa ini semua berlaku sekitar 3 tahun dari tahun kesedihan. Dari tahun 10 selepas kenabian sehinggalah tahun 13 selepas kenabian . Setiap orang yang masuk Islam di Madinah berusaha pula untuk membawa keluarganya masuk Islam. Antara kisah yang menarik, kisah anak-anak Amru bin Jamuh. Ketika itu mereka semua masuk Islam tapi ayah mereka belum menerima Islam dan masih percaya lagi dengan berhalanya. Anak-anaknya ini ingin menyedarkan ayah mereka. Satu malam ketika ayah mereka tidur mereka masuk ke bilik ayah mereka. Mereka ambil kotoran dan mereka kotorkan berhala ayah mereka. Pagi esok Amru bangun dia tengok Tuhannya penuh dengan kotoran. Dia pun bercakap-cakap dengan Tuhannya, siapa yang buat macam ini pada kamu, kenapa kamu tak pertahankan diri kamu. Tapi lepas itu dia bersihkan semula, diwangikan dan disembahnya lagi berhala itu. Malam kedua anak-anaknya buat lagi macam semalam. Besoknya Amru bangun, dilihat Tuhannya penuh denga kotoran lagi. Katanya, hai Tuhan, kenapa kamu tak pertahankan diri kamu. Tapi selepas itu dibersihkannya, diwangikannya dan disembah lagi. Kali ini Amru gantung pedang dileher Tuhannya sambil dia bercakap kepada Tuhannya. Kalau ada orang datang nak kotorkan kamu lagi kamu bunuh dia. Malam ketiga anak-anaknya datang  lagi. Mereka sembelih anjing (anjing belum diharamkan lagi), mereka gantung anjing ini dileher berhala dan mereka kotorkan berhala dengan darah anjing ini. Kemudian mereka angkat berhala dan anjing ini mereka campakkan ke tempat sampah.

Pagi esok, Amru bangun cari Tuhannya, dah tak ada. Dicari-cari tak jumpa juga. Akhirnya dia jumpa Tuhannya dekat tempat sampah dengan anjing yang tergantung dilehernya dan berhalanya penuh dengan darah anjing. Kata Amru, demi Allah, tak patut engkau ini disembah. Selepas itu dia masuk Islam. Begitulah usaha masing-masing kepada keluarga mereka sehingga Islam tersebar keseluruh Madinah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Aus dan Khazraj beriman kepada Rasulullah Saw  

Assalam.. dah lama tak sambung Sirah Rasulullah Saw. So, sambung semula. Selamat membaca ya :) Masuk semula kepada proses-proses hijrah Nabi Saw ke Madinah. Bilamana Rasulullah Saw memperkenalkan dirinya kepada beberapa orang dari kabilah Khazraj yang dengan itu membawa kepada satu perubahan besar kepada sejarah perjuangan Rasulullah Saw. Perubahan besar kepada kemangan Islam. Ketika itu mereka berada disatu tempat yang bernama Aqobah. Rasulullah Saw mendatangi mereka dan membacakan Al Quran kepada mereka. Bila mereka mendengar Al Quran dari Rasulullah Saw mereka berbincang sesama mereka. Inilah yang selama ini Yahudi di Madinah mengancam kita. Orang Yahudi ini merupakan satu pertiga dari penduduk Madinah. Dua pertiga lagi Aus dan Khazraj. Jadi kekuasaan di Madinah jadi perebutan antara tiga golongan ini, tapi tidak ada yang mampu menundukkan yang lain. Mereka sama banyak dan sama kuat. Jadi orang-orang Yahudi ini selalu memgancam orang orang Aus dan Khazraj bahawa akan diutuskan seorang Nabi dan mereka akan menjadi pengikut Nabi itu. Ketika itu mereka akan menguasai Madinah dan akan menyembelih Aus dan Khazraj.
Kata Khazraj, inlah Nabi yang disebut-sebut oleh orang Yahudi. Jadi jangan sampai Yahudi mendahului kita sehingga terlaksana nanti ancaman-ancaman mereka itu. Biar kita yang berIman dulu, dengan itu semua mereka masuk Islam. Rasulullah Saw ajar Al Quran kepada mereka. Sejarah menyebutkan mereka ialah Saidina Asa'd bin Zurarah, Saidina Rafe' bin Malik, Saidina Muaz bin Afra', Saidina Zaid bin Tsa'labah. Bila mereka pulang ke Madinah bermulalah Islam tersebar di Madinah. Pada tahun depannya mereka hantar 12 orang wakil mereka kepada Rasulullah Saw megiklankan keIslaman mereka dan mewakili orang-orang lain di Madinah yang tidak dapat datang ke Mekah. Mereka semua berbaiah kepada Rasulullah, inilah baiah Aqabah Ula yang dinamakan Baia'tun Nisak. Dinamakan Baiatun Nisak kerana ini baiah taat setia dengan Rasulullah Saw, baiah Iman dan Akhlak tapi belum baia'ah Jihad seperti baiah orang-orang perempuan dengan Rasulullah Saw.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Selasa malam Rabu  

Salam wrt. Alhamdulillah. Baru sampai rumah, melawat Kak Zakiah dan En Suaminya di hospital Melaka. Sape sakit ni? Kak Zakiah ker Along? Hehe.. oklah tu, sama-sama belajar kehidupan berumah tangga.

Sebenarnya belum sempat rest lagi ni. Habis jer penutup kejohanan Badminton MSSDR ketegori sekolah rendah tadi, tolong Manaf hantar budak dia ke rumah. Kereta Manaf tak muat untuk 6 orang. After that, terus drive pulang. Sampai-sampai rumah umi abah dah siap nak ke hospital Melaka. So, teruslah siapkan diri dan pergi. Angah dan abg Ijan pun ada sekali.  Sempat juga melawat Pak cik Ariff di wad cancer. Moga-moga Allah mudahkan urusan semuanya dan moga-moga dengan sakit itu dosa diampunkan.

Post yang lepas, ada aku coretkan, 'sedangkan ada di kalangan kita dipanggil Allah pada pagi ini'... Balik je dari hari pertama kejohanan, jam 6 petang, umi beritahu, Ustaz Razak meninggal dunia pagi tadi... Innalillahi wa inna ilaihi rojiun... Beliau mengajar di Masjid Lubok China. Sempat juga ikut belajar. Kitab yang beliau ajar Minhajul abidin Imam Ghazali dan Hikam Sy Atoillahi Sakandari. Beliau tinggal di Paya Lebar. Orangnya sentiasa senyum, beserban ketika solat dan kuliah agama. Moga Allah merahmati beliau. Al fatehah...

Erm, Zaf dah off tagging. Alhamdulillah. Cian juga dengan doktor-doktor pelatih ni. 2 tahun HO memang berat bagi mereka. Tapi kena harungi jua pahit manisnya. Banyak pengalaman berharga. Bersangka baiklah dengan Tuhan ya. Ayat yang biasa di ulang-ulang. Ihfazillah, yahfazka.:)

Esok Aku dan Zaki akan ke SEMENDA dahulu untuk pendaftaran peserta Sekolah menengah. Lepas tu terus ke sekolah. Banyak perkara tak settle. Kak Long dah bising, ramai sangat guru yang keluar. Betul juga. Cian kat budak2. So, kepada PPD, kalau event besar-besar, tolong jangan bagi sekolah SKM k. Hehe.. jangan marah.. program tahun ni bertindih2.. esok Farhan, Teacher, kak Nisa terlibat dengan Karnival Bahasa Inggeris. Di tugaskan sebagai hakim. Kak Liza, Kak Syu n Kak Mar tak tentu lagi. Masing-masing sudah berbadan dua(rezeki Allah)..:) So, esok kena cepat ke sekolah after registration. Cuba siapkan PBS dan isi markah SAPS.. InsyaAllah.

Ermmmm....sebenarnya agak seronok baca huraian surah alKahfi, ada 4 kisah yang jadi pengajaran. Hatiku di hentak-hentak dengan surat-surat cinta ini. Tak apa! Biar hati luluh dan lembut dengan sentuhan mukjizat terbesar akhir zaman ni. Agar sentiasa waspada. Musuh kamu sentiasa memerhatimu... terutama yang dalam diri tu... berjaga-jagalah.. wassalam...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Berpagi-pagi  

Salam wrt. Alhamdulillah. Masih di beri nafas hari ini untuk berada di dunia ini. Sedangkan ada dikalangan kita yang dipanggil Allah pagi ini. Syukurlah padaNya, masih di hidupkan untuk terus memberi manfaat pada manusia. Mengumpul saham-saham akhirat dengan usia yang masih tersisa.


Hari ini akan berlansungnya kejohanan badminton MSSMDR. Diadakan di SEMENDA. SK Chengkau dan Kolej Dato Sedia Raja jadi pengelola bersama. Moga Allah mudahkan segala urusan kami.

Minggu lepas SK Chengkau telah dapat anugerah. Berjaya naik ke satu tahap lagi. Yakni SKK. Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maka akan bertambahlah kerja warga sekolah..huhu... New Deals alhamdulillah, dah 3 kali berturut-turut. So, xde peluang lagi untuk tahun depan..hmmm..

Di rumah, asal hujung minggu, maka bergotong royonglah sape-sape yang ada untuk membersihkan kawasan rumah. Maklumlah, tarikh majlis makin dekat. Kad dari Kanda Dinda dah ada respon. Moga siap cepat. Ya Allah, mudahkan segalanya buat kami...amin..


Kisah Salahudin Al Ayubi, kholas... banyak pengajaran yang diperoleh. Ilmu tentang peperangan dalam Islam pun dapat. Hasil karya En Latib Talib, penulis yang berasal dari Kg Sepri, Rembau. Beliau pandai mengolah ayat. Memang best! Sekarang tengah cuba untuk mengkhatamkan Biografi Agung Rasulullah SAW karangan Rusydi Ramli Al Jauhari. Banyak fakta dan gambar-gambar sejarah Rasulullah SAW.

Sekian, wassalam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster