Minggu ke minggu...  

Salam wrt. Kejohanan olahraga dah selesai minggu lepas. 4 hari di padang SMK Undang Rembau. Tahun ni bawah kelolaan SMS Sains Rembau atau dengan nama SEMESRA. Tahun ni x dapat raih apa2 pingat. Budak-budak pun xde. Cuba tahun depan, insyaAllah.

Jersi baru sekolah dah sampai. Dirasmikan oleh pemain2 bola sepak SKCh. Warna merah jambu. Satu2nya warna jersi yang disarung semasa kejohanan bola sepak MSSM Daerah Rembau. Tahun ni masih tidak lepas peringkat kumpulan. Di kumpulankan bersama dengan SK Pedas, SK Salak Nama, SJKT Ladang Batu Hampar dan SK kota. Walaupun x menang kumpulan, tapi tetap berpuas hati dengan prestasi bermain anak2 ni. Banyak perubahan. Mungkin kehadiran Cikgu Zaky dari SK Astana Raja. Semangat cikgu baru la katakan...

Berita yang tidak berapa baik sebaik sahaja melangkahkan kaki ke sekolah semula. Meja ping pong dah mengelembung! Kena hujan. Hmm, camne tu? Hujan lebat dan angin pulak kuat masa cuti. Hmmmm...ada solution untuk baiki? Itulah satu2nya meja yang ada. Beli tahun lepas dengan Encik Rosnan di Kedai Sinaran di Seremban. Ape2pun, murid masih boleh gunakan, walaupun kondisinya sudah tidak berapa bagus. Cikgu GPK? Nak beli baru lagi x? XD..

Selain tu, ada berita gembira buat warga SK Chengkau. Dapat New Deals kali ketiga. Tiga tahun berturut2...alhamdulillah. so, tahun depan, xde peluang lagi. So, terbuka untuk sekolah2 lain. Em, tahu tak new deals tu apa? Tawaran baru buat guru besar dan pengetua sekolah... bawah program NKRA.

Alhamdulillah juga, doktor O&G dah lulus asessment. Moga dimudahkan utk seterusnya, insyaAllah...:)

Hari ini anak2 di sekolah mula exam. Lama dah  tak masuk kelas. Seminggu berjemur tengah padang. Sun burn sudah... so nak mengorak semula. Nk tgk prestasi mereka lepas jawab soalan periksa. Alhamdulillah, dapat solat sama2 anak murid pun 1 rahmat. Bersama2 anak2 yg tak berdosa. Yang best kalau dapat aminkan doa mereka. Makbul insyaAllah. Maklumlah orang tak berdosa punya doa:) ye ke?

Banyak program, aktiviti dan kursus awal tahun ni. Terkejar2 sana sini. Letih jugak la.,  Sampai kadang2 tertidur masa kuliah agama malam. Tu yg rugi sangat. Malam ni tak dapat pergi kuliah ust Ahmad. Flat sket rasa badan. Sebenarnya, badan ni perlu cas2 yg positif. Tadi masa tanda buku aktiviti murid, buka kuliah prof muhaya. Beliau cerita pasal azam. Korang ade azam ker? Dah buat? Banyak yang dah capai? Atau terbengkalai? Eh.. azam ke asam? Hehe... xD
Prof kongsi tntg pesakit dia.. pesakit ni mmg berduit, ada pangkat dan kedudukan... tapi mata dia sakit.. dia tanya prof kenapa saya sakit... yg bestnye prof jawab gnie. Kenapa masa sihat tak tanya, kenapa saya sihat?

Prof sambung... sakit sebab kita lemah.. kenapa lemah? Sebab imuniti kita lemah... kenapa imuniti kita lemah? Sebab banyak stress... kenapa banyak stress? Sebab x pandai kawal minda.... kenapa x pandai kawal minda? Sebab xde tujuan hidup.... kenapa xde tujuan hidup? Sebab xde ilmu... kenapa xde ilmu? Sebab xde niat nak dekatkan diri dengan Allah... itu lah jwpn dari seorang doktor roh, jika kita faham...

Sekarang dah mula ikut pengisian berkenaan 'ilmu teras kesempurnaan akidah' oleh Dr Farid Shahran dalam program cinta ilmu, tv alhijrah. Setiap hari rabu 6 ptg. Ok la. Dah malam. Wassalam...

P/s: Sebenarnya hati ni rindu sgt pengajian tasawuf macam dulu2.. duk belek2 semula buku tasawuf.. sebab xde ilmu camni, jadi kurang berakhlak rasanya...huhu..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


As-sofa seakan menangis...  

Salam wrt. Baru pulang dari Madrasah Hasaniah Bukit 9. Program Majlis Maulid, Perkhataman bacaan kitab Sunan Tarmizi dan ijazah 10 Tarikat bersama Dato Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin. Dapat mesej ni dari en.Norizam semalam(bapa seorang murid SK Chengkau tahun lepas).. tergerak pula hati nak pergi malam ni. So, lepas abes jer Cinta Ilmu, terus mandi dan gerak. Maghrib di Masjid Kota. X sangka pulak cikgu Mohamad SMK Duha smyg kat situ. Anak dia dah jadi anak angkat aku. (Program mentor mentee tahun 6)...
Em, lepas maghrib terus ke Yayasan Sofa. Masuk dan tuju ke arah Madrasah Hasaniah. Ni kira kali kedua aku masuk. Ada program je, join la. Nak juga tengok apa yang ada kat dalam ni. Daripada dengar dari mulut orang, baik tengok sendiri:).. first time masuk tahun lepas dengan Farhan. Masa 17 Ramadhan 1433. Pada hari tu aku, Farhan n Ghaffar SK Sawah Raja iktikaf dan wat usrah di masjid Annur Rembau. Ghaffar balik sebelum maghrib, katanya nak berbuka dengan yang tersayang:).. So, tinggallah 2 orang bujang, round2 bazar Ramadhan Rembau... terserempak dengan Kak Ba(GPK 1). Terus dia belanja kami. Wah rezki btol..hehe.. lepas buka puasa dan solat maghrib, aku dan Farhan terus ke Yayasan Sofa. Solat isyak n tarawikh bersama2 anak2 kat sana. Putih jer semuanya. Pakaian serba putih dan terasa ketenangan mahabbah cinta rasul di dalamnya. Mana taknya, masuk2 jer dah qasidah. Solat isyak dan tarawikh semua surah tentang nabi, quran dan pembukan kota mekah. Bila dengar ceramah, baru perasan yang tarikh hari tu sempena mengenang kisah turunnya AlQuran. Camne leh lupe ni, adeh!..  pak lah n khayri Jamaludin pun ada, turut memeriahkan majlis itu. Dalam 10.45  mlm, aku n farhan balik. Sebab esok masih sekolah.
Tapi hari ni,  2 mac 2013, aku sorang2. Masuk jer, buat macam dah biasa masuk..:) lagipun ramai jer orang luar dari negeri sembilan kat situ. Xkan orang kampung sendri pun nak malu...hehe... masuk madrasah, mereka sedang baca quran. Mengisi masa maghrib sambil menunggu isyak. So, mksdnya programnya lepas isyak. Mereka pun  tengah tunggu syeikh. Syeikh baru sampai airport. Syeikh dari Tanah Arab. Mereka pun tunggu kitab yg nak ijazah tu sampai. Kat dalam madrasah ni bau geharu kuat.. trasa mcm berada di raudhah@di depan kelambu kaabah... sbb sama jer baunya, subhanallah. So, lepas isyak mereka jemput makan dulu. Makan dalam talam. Aku ajak anak2 kat situ join makan dengan aku. 3 orang yg makan sama. Kenal masa kejohanan pingpong hari tu. Diorang ni memang lembut jer perangai. Berkat disiplin tarekat kot..hmmm...  lepas makan duk kat luar kejap.


Qutub Assyafie bin  yazid, anak YDP PIBG menyapa aku. Lepas bersalam, Qutub masuk ke madrasah. Aku susul kemudian... x lama tu, syeikh pun sampai. Tgk muka syeikh dah gelap sket. Mgkn kesan 'sun burn' kat negara arab. Kat sana cuaca agak panas. Kat malaysia pun dah terik 2,3 hari ni. Ramai dah sakit2 tekak dan selsema..betol x? Inikan pula di Tanah Arab.

Syeikh berucap tntg sunan tarmizi  dan buat pengkhataman bacaan kitab sunan Tarmizi. Lepas tu ada majlis penyerahan Yayasan Sofa kepada Syeikh. Perkara ni yg buat aku nak dengar. Macam pelik jer kan....?


Selama ni kita sume tau yang yayasan sofa tu kepunyaan syeikhkn? Dan semua kisah yayasan sofa baik dan buruk yg di dengar sume dikaitkan dengan syeikh. Btol? Rupa2nya, Yayasan Sofa bukan Syeikh punya, tapi tanah Yayasan Sofa tu milik syeikh. Cuma ada kontroversi dengan pegurus Yayasan sofa sebelum ini yg menyebabkan syeikh meninggalkan yayasan itu. Berpindah ke Sikamat. So, smua kisah dari awal penubuhan sampailah sekarang diceritakan mlm ni. Jadi mlm ni, Yayasan Sofa membuat penyerahan semua tanah dan anak2 pelajar kepada Syeikh...  YS hanya menjalankan bisnes. Dari segi tarbiyah dan anak2 sume mereka serahkan semula pada syeikh. Ramai juga yg sedih masa syeikh cerita tentang perkara ni. Syeikh ckp agak tersekat2 menahan sebak...Jatuh bangun beliau dan katanya tadi hari ini adalah sejarah kerana Allah mengembalikan segalanya kepadanya selepas dihempuk begitu teruk dengan ujian2.. terkesan juga bila syeikh kata tentang hadis. Jika Allah mentakdirkan seseorang itu selamat, maka berkumpullah seluruh makhluk untuk memusnahkannya, dia tidak akan musnah. Dan sebaliknya jika Allah mentakdirkan seseorang itu di timpa musibah, maka berkumpul seluruh makhluk utk menyelamatkannya  dia tetap akan ditimpa musibah itu... wallahua'lam...

Habis syeikh ckp dh pkul 11.10 mlm. So, gerak blik dulu. Majlis masih on dgn pengijazahan kitab sunan tarmizi dan 10 tarekat...
Drive lalu Kota, Astana Raja... Sampai umah dlm pkul 11.45 mlm...
K la, dah ngantok.. nak sleep... salam wrt..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Mendatangi kabilah di musim haji  

Jadi bila Rasulullah Saw melihat betapa Kafir Quraisy ini keras hati, tidak ada harapan lagi pada mereka maka Rasulullah Saw mula menumpukan dakwahnya kepada kabilah lain. Rasulullah Saw tunggu mereka di musim haji. Rasulullah Saw mendatangi mereka dari satu kabilah ke satu kabilah. Rasulullah Saw nak cari satu kaum yang beriman dan boleh membantu perjuangan baginda. Sahabat yang merawikan hadis ini menceritakan, yang ketika itu dia belum Islam lagi . dia melihat bagaiman Rasulullah Saw berpindah dari satu kabilah kepada satu kabiulah yang lain berdakwah dan ajak mereka beriman dan membantu perjuangan Rasulullah Saw. Ketika itu ke mana saja Rasulullah Saw pergi ada seorang yang sentiasa mengekori dibelakang Rasulullah Saw. Selepas Rasulullah Saw berdakwah dia pula berdakyah. Dia kata Rasululah bohong, Rasulullah Saw penipu dan begian begian lagi. Kami dah lama dengannya dan kami lebih kenal siapa dia. Perawi hadis ini pelik siapakah dia orang ini. Rasulullah Saw tak jawab langsung terhadap segala tuduhannya. Bila dia Tanya orang. Kata mereka itulah bapa saudaranya Abu Lahab.

Abu Lahab full time untuk menghalang dakwah, menjauhkan manusia dari kebenaran. Akhirnya sampailah Rasululah kepada Bani So'soah yang datang haji pada tahun itu. Rasulullah Saw berdakwah kepada ketuanya dan akhirnya dia terima Islam. Dia rasa nanti pasti Rasulullah Saw akan dapat mengalahkan Arab. Dia dan kaumnya sepakat untuk masuk Islam dan mempertahankanRasulullah Saw dengan pedang pedang mereka. Memang kabilah ini terkenal dengan satu kabilah yang kuat. Akhirnya

 Ketua mereka ini bertemu Rasulullah dan memberitahu bahawa mereka semua kan masuk Islam dan akan membela perjuangan Rasulullah Saw tapi dengn syarat. Rasulullah Saw Tanya apa syarat itu. Katanya, dengan syarat selepas kematian Rasulullah Saw nanti dia menjadi penggantinya, khalifahnya. Kata Rasulullah Saw :

Ini urusan Allah, Allah pilih siapa yang dia mahu dan kesudahan itun untuk orang-orang yang bertaqwa.

Rasulullah Saw tak terima tawaran ini, akhirnya dia dan kaumnya tak jadi masuk Islam. Rupanya dia ada cita-cita dunia melalui Islam. Dia melihat dengan mengikut Rasulullah Saw itu peluang untuk dia menguasai Arab. Bila Bani So'soah ini pulang, mereka menceritakan hal itu kepada seorang syeikh, orang tua diakalangan mereka, tempat rujuk mereka juga. Kata syeikh ini, kamu melepaskan satu perkara yang sangat besar, tiada gantinya. Apakah kamu tidak tahu, ini zaman kedatangan seorang Nabi dari Bani Ismail. Setakat ini belum ada lagi orang lain dari Bani Ismail mengaku Nabi. Kenapa kamu semua tidak terima dakwahnya. Bukan rezeki mereka. Kalau tidak meekalah yang akan menjadi Ansar tapi begitu ketentuan da pilihan Allah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


bulan terbelah?!  


Kafir Quraisy memang tak mahu beriman, pernah satu ketika mereka minta Rasulullah Saw tunjukkan kepada mereka mukjizat lahir. Akhirnya Rasulullah Saw bertanya kepada mereka, apakah kalau aku boleh belah bulan kamu semua akan beriman. Mereka semua setuju, kalau Rasululah boleh belah bulan mereka akan beriman dengan Rasulullah Saw. Maka pada satu malam, malam bulan mengambang penuh, semua berkumpul. Rasulullah Saw perintahkan bulan supaya terbelah dua, maka terbelahlah bulan menjadi dua. Satu disebelah bukit di kanan Mekah dan satu lagi disebelah bukit kiri Mekah. Dah mereka melihat dengan mata kepala mereka pun tetapi mereka tak beriman. Kata mereka, demi Allah, benarlah engkau ini ahli sihir.

Kata Imam Ibnu Kathir dan ulamak sejarah yang lain, peristiwa bulan terbelah ini dapat dilihat oleh semua manusia sehingga orang mengambil peristiwa besar ini sebagai tanda waktu untuk kalendar mereka seperti orang mengambil peristiwa tentera Abrahah dimusnahkan sebagai turning point untuk mereka menulis sejarah mereka. Bahkan, diceritakan orang di India ketika itu, juga mengambil peristiwa ini sebagai tanda untuk menulis sejarah mereka. Allah cerita kisah bulan terbelah ini dalam Al Quran.

Bahkan pernah seorang ahli gusti diketika itu yang tidak ada orang boleh mengalahkannya, dia cabar Rasulullah Saw, kalau Rasulullah Saw boleh kalahkan dia , dia akan beriman dengan Rasulullah Saw. Bila lawan Rasulullah Saw menang, dia minta ulang perlawanan lagi. Sampai tiga kali perlawanan Rasulullah Saw menang. Tapi tetap dia tak mahu beriman. Kata ahli gusti ini, aku tidak akan beriman dengan kamu wahai Muhammad sehingga pokok yang ada disitu bercakap. Terus pokok itu bercakap, pokok itu mengucap dua kalimah syahadah di depan mata ahli gusti ini. Sampai begitu pun dia tak mahu beriman lagi. Akhirnya dia kata Rasulullah Saw ahli sihir.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj  

Pagi itu Abu Jahal kumpul orang ramai. Dalam hatinya, dah jelas dah Muhammad menipu. Jadi Abu Jahal lah yang menyampaikan kepada orang ramai tentang mukjizat Israk Mikraj ini. Orang semua tak percaya apa yang Abu Jahal beritahu, orang Tanya balik Rasulullah Saw. Rasululah membenarkannya. Maka disini berlaku ujian, orang Kafir memang tak percaya hal ini, bagaimana boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sedangkan naik unta ke Baitul Maqdis pun makan masa sebulan perjalanan. Bahkan orang-orang Islam yang lemah Imannya juga mula goncang. Ada diantara mereka yang mengadu kepad Saidina Abu Bakar tentang hal ini. Mari kita lihat apa kata Saidina Abu Bakar orang yang paling memahami Rasulullah Saw dan paling kenal Rasulullah Saw. Kata Saidina Abu Bakar, kalau Rasulullah Saw yang bercakap begitu Rasululah bercakap benar. Saidina Abu Bakar segera pergi kepada Rasulullah Saw di Ka'bah. Dia lihat Kafir Quraisy sedang mengurumuni Rasulullah Saw. Abu Jahal yang panggil semua orang supaya datang mendengar cerita Rasulullah Saw. Selama ini dia dan pembesar-pembesar Kafir Quraisy larang orang datang pada Rasulullah Saw, tapi kali ini mereka yang panggil orang datang kepada Rasulullah Saw. Mereka rasa ini point untuk mereka.

 Saidina Abu Bakar terus datang mengadap Rasulullah Saw dan terus dia bertanya, wahai Rasulullah Saw apakah Rasulullah Saw pergi ke Baitul Maqdis semalam? Benar, kata Rasulullah Saw. Kata Saidina Abu Bakar, benar apa yang engkau cakap wahai Rasulullah Saw. Kata-kata yang terbit dari hatinya yang tak berbelah bagi langsung dengan Rasulullah Saw. Hati yang sangat yakin dengan Rasulullah Saw. Ketika itu kata Rasulullah Saw, engkau telah berkata benar wahai Abu Bakar yang benar. Inilah kali pertama Abu Bakar dipanggil As Siddiq. Inilah makam Saidina Abu Bakar. Makam yang luar biasa dan tidak ada ragu langsung dengan Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar tak mempersoalkan langsung Rasulullah Saw, terus dia benarkan Rasulullah Saw. Ketika itu Kafir Quraisy menyangkal keyakinan Saidina Abu Bakar itu. Bagaimana kamu boleh percaya, orang pergi Palestin sebulan dan balik sebulan pula, ini Muhammad pergi satu malam. Kata Saidina Abu Bakar, aku telah membenarkan Rasulullah Saw pada perkara yang jauh lebih besar dari itu. Aku beriman dengan Rasulullah Saw tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Berlaku saja peristiwa dibumi, wahyupun turun mengulasnya. Kalau ini pun aku percaya, kenapa pula aku tak percaya Rasulullah Saw pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam saja.

 Bukan sekadar itu saja, Saidina Abu Bakar selepas itu membuktikan kepada Kafir Quraisy bahwa Rasulullah Saw benar dalam apa yang Rasululah perkatakan itu. Lihat, begitu Saidina Abu Bakar memahami Rasulullah Saw. Patutlah dia sebagai Sahabat setia Rasulullah Saw, pembantu utama dan regu utama dalam perjuangan Rasulullah Saw. Kata Saidina Abu Bakar, wahai Rasulullah Saw, kami semua tahu engkau tidak pernah pergi ke Baitul Maqdis, diantara kami ada yang pernah pergi kesana, mohon Rasulullah Saw ceritakan kepada kami bagaimana Baitul Maqdis itu? Rasululullah pun menceritakan bagaimana Baitul Maqdis. Ada diantara Kafir Quraisy yang mula bertanya pertanyaan yang detail, berapa jumlah tiangnya, berapa jumlah pintunya, berpa jumlah tingkapnya. Begitu pula usaha Kafir Quraisy untuk membuktikan Rasulullah Saw tidak benar walaupun dah jelas pada mereka Rasulullah Saw menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat dengan yang sebenarnya. Dengan kuasa Allah, Allah datangkan Baitul Maqddis itu di depan mata Rasulullah Saw. Semua yang Kafir Quraisy Tanya Rasulullah Saw jawab. Semua Rasulullah Saw jawab, tak ada yang Rasulullah Saw tak tahu dan tak boleh jawab. Kafir Quraisy pelik, tapi hati mereka belum terbuka untuk beriman, mereka tetap tidak percaya. Tapi kata Rasulullah Saw, diantara kita ada bukti yang lahir. Ada kafilah yang aku pintas semasa perjalanan pulang. Rasululah memberitahu Kafir Quraisy ciri ciri kafilah ini bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah ini secara detail. Kata Rasulullah Saw lagi, ada unta mereka yang hilang ditengah perjalanan, aku yang menunukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi. Kafir Quraisy Tanya, bila kafilah itu akan sampai ke Mekah? Kata Rasulullah Saw, 3 hari dari sekarang. Jadi mereka semua tunggu kafilah ini.

Pada hari yang ditentukan, dari pagi lagi orang orang Mekah sudah bersiap menunggu kafilah ini. Memang benar, kafilah ini sampai tepat pada masanya dan di depan kafilah ini unta yang disebut oleh Rasulullah Saw, tepat, ciri cirinya sama seperti yang Rasulullah Saw sebut. Kafir Quraisy Tanya mereka tentang unta mereka yang hilang. Kata mereka, betul, kami memang kehilangan seekor unta tapi kami dengar suara dari langit memberitahu tempatnya. Kafilah ini pun pelik bagaiman Kafir Quraisy boleh tahu mereka kehilangan unta semasa dalam perjalanan mereka. Semua itu bukti bukti lahir yang membenarkan kata kata Rasulullah Saw, tetapi Kafir Quraisy tetap tidak beriman.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Israk Mikraj  


Setelah itu, Allah ingin memuliakan Rasulnya, kekasih Allah, maka berlakulah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini satu peristiwa yang besar dalam  sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Dengan peritiwa ini Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis menjadi semakin mulia, bahkan turun ayat Quran tentang Masjidil Aqsa ini.

Maka bumi Quds ini bumi yang diberkati begitu juga kawasan disekelilingnya. Allah yang memberkati tempat ini. Jadi pada malam itu Saidina Jibril datang kepada Rasulullah Saw yang sedang tidur di Ka'bah. Seperti yang sama-sama kita ketahui, Saidina Jibril membawa Rasulullah Saw naik Buraq, satu kenderaan dari syurga, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah hidupkan para Rasul dan Para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah Saw di Masjidil Aqsa. Ulamak menyebut jumlah para Rasul 300 orang dan jumlah para Nabi 24 ribu orang. Allah kumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Tidak ada tempat di dunia ini yang semua para Rasul dan Para Nabi berkumpul disitu melainkan Ka'bah dan Baitul Maqdis. Kata Rasulullah Saw, semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Bagaimana kita nak bayangkan Rasulullah Saw mengimamkan sembahyang para Rasul da Para Nabi. Persidangan para Rasul dan para Nabi. Inilah kemuliaan Rasulullah Saw Saw. Sembahyang dan persidangan yang tak berulang lagi kali kedua dibumi ini.


Selepas sembahyang Jibril datang membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah Saw. Rasulullah Saw memilih susu. Kata Jibril kepada Rasulullah Saw, kamu telah terpimpin kerana memilih susu, wahai Rasulullah Saw, begitu juga umat kamu. Disinilah isyarat pertama bahwa arak itu satu yang tidak tidak baik. Kemudian selepas itu baru diharamkan. Rasulullah Saw Allah jaga, baginda tak pernah minum arak dari kecil lagi.

Kemudian Rasulullah Saw dimikrajkan kelangit. Inilah kuasa Allah yang tak ada batasannya. Rasulullah Saw dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya,bahawa kalau Allah mahu Allah boleh buat sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu langit pertama kepada Rasulullah Saw. Disitu saja Rasulullah Saw telah melihat berbagai perkara yang ajaib. Antaranya Rasulullah Saw lihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki, bila lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan bila berpaling ke kiri dia menangis. Siapa ini? Tanya Rasululah kepada Jibril. Itulah Nabi Adam, bila dia lihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia, bila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia. Kemudian Rasulullah Saw lihat ada orang orang yang berenang dalam lautan darah, bila mereka sampai ke tepi mereka mengangakan mulut mereka lalu para Malaikat melontarkan api neraka ke dalam mulut mereka. Rasulullah Saw Tanya Jibril, siapa mereka ini? Kata Jibril, mereka inilah orang-orang yang makan harta anak yatim. Mereka disiksa disini dulu sebelum disiksa di Akhirat setelah qiamat nanti.

Kemudian Rasulullah Saw lihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka semua terlentang kemudian datang kaum Firaun lalu disitu sambil memijak mijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka 2 kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu mereka memijak mijak perut orang orang lelaki yang sedang terlentang ini. Rasulullah Saw tanya siapa mereka itu? Kata Jibril, merka orang yang makan riba. Diazab dialam Barzakh begitu sebelum diazab dineraka.

Kemudian Rasulullah Saw melalui satu kumpulan lelaki yang mempunyai dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk dan busuk tapi mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Siapa mereka wahai Jibril? Kata Jibril mereka inilah orang-orang yang berzina. Mereka ada yang halal tapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit didunia dan azab di Akhirat.

Kemudian dilangit yang kedua Rasululah bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya. Dilangit yang ketiga Rasulullah Saw bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Dilangit yang kelima Rasulullah Saw bertemu dengan Nabi Harun. Dilangit yang keenam Rasulullah Saw bertemu dengan Nabi Musa. Kemudian dilangit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Baitul Makmur. Ka'bah bagi penduduk langit, tempat para Malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Ka'bah di bumi. Disitu Rasulullah Saw melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul makmur. Rupanya seakan akan rupa Rasulullah Saw. Wahai Jibril, siapa ini? Kata Jibril, itulah bapa kamu Nabi Ibrahim As. Disetiap langit baginda disambut dan diraikan oleh Para Nabi dan para Malaikat. Sampai dipenghujung langit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah yang Rasulullah Saw lihat kali pertamanya ketika Rasulullah Saw berlari pulang kerumah dari gua Hirak. Ini kali kedua Rasulullah Saw lihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratil Muntaha.

Hinggalah akhirnya Rasulullah Saw sampai ke satu tempat yang tak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah sampai di satu kawasan yang tak pernah sampai ke situ para Malaikat kecuali Jibril. Kemudia sampai ke satu tempat Jibril minta Rasulullah Saw ke depan, kata Jibril, kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar. Begitulah Allah nak muliakan Rasulullah Saw. Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Sidratil Muntaha. Ditempat yang sangat luar biasa ini dalam pertemuan yang sangat luar biasa. Allah perintahkan sembahyang kepada Rasulullah Saw dan umat Rasulullah Saw. Semua hukum hakam dalam Islam ini Allah perintahkan melalui Jibril tapi perintah sembahyang ini Rasulullah Saw terima sendiri terus dari Allah Swt. Ini menunjukkan betapa Agung dan betapa besarnya sembahyang ini disisi Allah, disisi Rasulullah Saw. Sembahyang yang menjadi tiang agama ini.

Selepas pertemuan itu Rasulullah turun dan bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa Tanya, apa yang Allah perintahkan untuk umat baginda. Kata Rasululah, Allah perintahkan 50 fardhu sembahyang sehari semalam. Kata Nabi Musa, Bani Israel diperintahkan kurang dari itu tapi mereka tak mampu laksanakan. Kata Nabi Musa, mintalah Allah ringankan lagi. Rasulullah Saw kerana belas kasihan dan kasih pada umatnya meminta keringanan dari Allah hinggalah Allah ringankan dari 50 waktu hanya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya tapi Allah tetap beri pahala 50 kali. Begitulah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah Taala. Yang lima ini pun belum kita dapat laksanakan sungguh-sungguh bagamana kalau 50.


Kemudian Rasulullah Saw turun ke Baitul Maqdis semula dan dari Baitul Maqdis Rasulullah Saw pulang semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw menyaksikan berbagai pemandangan, antaranya Rasulullah Saw melalui satu Kafilah yang menunggang unta. Bila unta nampak Buraq, unta menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya tapi dah hilang. Rasulullah Saw memberitahu mereka di mana tempat unta mereka itu bersembunyi. Mereka semua pelik mendegar suara dari langit memberitahu mereka di mana tempat unta mereka. Memang benar, bila mereka pergi ketempat itu mereka menjumpai unta mereka.

Pada malam itu juga Rasulullah Saw sampai kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit yang ketujuh dan sampai kepada Sidratil Muntaha. Semuanya berlaku hanya dalm masa separuh dari malam. Sebelum fajar Rasulullah Saw sudah sampai di Mekah semula. Selepas sembahyang Subuh, Rasulullah Saw yang masih terkesan dengan peristiwa dan pengalaman semalam duduk  sambil mengingat kembali apa yang berlaku pada baginda semalam. Abu Jahal melihat Rasululah yang dalam keadaan begitu dapat menangkap bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada Rasulullah. Lalu Abu Jahal ini datang duduk dekat dengan Rasulullah Saw. Dia Tanya Rasulullah Saw, Wahai Muhammad adakah berlaku sesuatu kepada kamu? Ada, kata Rasulullah Saw. Apa yang berlaku Muhammad? Kata Rasulullah Saw, malam tadi aku pergi ke Baitul Maqdis dan aku pulang semula ke sini. Abu Jahal gembira mendengar berita ini kerana dia rasa dia dapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah Saw.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Najshi masuk Islam  


Najasyi bertakbir bila Saidina Jaafar selesai membaca ayat-ayat Quran tentang Nabi Isa. Bahkan Najasyi membenarkan apa yang Al Quran perkatakan tentang Nabi Isa AS. Para penasihat Najasyi dari kalangan ulamak-ulamak Nasrani terkejut dengan pendirian Najasyi itu kerana pada mereka Nabi Isa adalah anak Tuhan. Najasyi melepaskan semula orang orang Islam dan selepas itu Najasyi selalu panggil Saidina Jaafar datang mengajarnya tentang Islam dan akhirnya Najasyi masuk Islam. Najasyi beriman dengan Rasulullah Saw tapi hal itu dirahsiakan.

Para penasihat  dari kalangan ulamak-ulamak Nasrani yang tak senang dengan pendirian Najaysi terhadap Nabi Isa, akhirnya berjaya mengumpulkan kekuatan untuk menggulingkan Najasyi. Berlaku peperangan antara tentera Najasyi dan pemberontak pemberontak ini.


Sejarah menceritakan peperangan ini berlaku dekat dengan sungai, dikatakan sungai Nil. Orang orang Islam duduk diseberang sungai. Dari jauh mereka dapat melihat peperangan ini tapi mereka tak tahu siapa yang menang. Mereka hantar Saidina Zubair bin Awam pergi menyeberang sungai melihat apa yang berlaku dalam peperangan itu. Kalau Najasyi menang selamatlah lagi orang Islam tapi kalau Najasyi kalah susahlah orang Islam di Habsyah. Alhamdulillah Najasyi menang, para Sahabat turut gembira dan bersyukur diatas kemenangan ini. Najasyi tetap diatas agama Islam sehinggalah dia meninggal dunia. Ketika Najasyi meninggal dunia, Saidina Jibril datang memberitahu Rasululah. Rasulullah Saw dan para Sahabat melakukan sembahyang ghaib kepada Najasyi.

Imam Bukhari ada meriwayatkan satu hadis dari Saidina Jabir. Sabda Rasulullah Saw pada hari kematian Najasyi :

Telah meninggal dunia pada hari ini seorang lelaki yang soleh maka bangunlah dan sembahyanglah keatas saudara kamu Ashamah (namanya Ashamah)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kafir Quraisy bertemu Najashi  

Kafir Quraisy  selepas itu berusaha pula untuk membawa balik Sahabat-Sahabat Rasulullah Saw, orang-orang Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka menghantar dua orang wakil kepada najsyi, Abdullah bin Abi Rabeah dan Amru bin A'sh. Jadi mereka bawa hadiah barang-barang kulit kerana itulah yang paling disukai oleh Najasyi Raja Habsyah. Mereka juga menyiapkan hadiah untuk penasihat-penasihat Najashi. Sebelum mereka mengadap Najashi mereka sogok dulu penasihat-penasihat Najashi dengan hadiah-hadiah mereka. Mereka menyampaikan hasrat mereka kepada penasihat penasihat Najasyi bahawa mereka datang nak bawa balik kaum mereka yang lari ke Habsyah. Mereka ini, yaitu orang orang Islam, menolak agama kami dan juga menolak agama kamu. Oleh itu kami ingin minta Najaysi menyerahkan mereka semua kepada kami untuk kami bawa pulang ke Mekah.

Selepas itu baru Abdullah dan Amru bin Ash mengadap Najasyi, mereka sampaikan hadiah dulu. Najashi pun gembira menerima kunjungan mereka dan menerima hadiah mereka. Setelah mereka menyampaikan hasrat mereka pada Najasyi, kata Najasyi, setelah aku mendengar dari pihak kamu aku mesti juga mendengar dari orang orang Islam. Semua Sahabat Rasulullah Saw yang ada disana dipanggil ke istana Najashi. Datanglah mereka semua diketuai oleh Saidina Ja'far bin Abu Talib. Najashi Tanya, apa sebenarnya cerita kamu ini, dan apa agama baru yang kamu bawa itu? Kata Saidina Ja'far, dulu kami sembah berhala, kami makan binatang yang tidak disembelih, kami melakukan maksiat, akmi bergaduh sesama sendiri dan kami memutuskan silaturrahim, kami menyakiti orang lain. Selepas itu datang kepada kami seorang lelaki dari kaum kami, orang yang paling mulia dikalangan kami dengan agama dari Allah Taala Tuhan sekalian alam. Dia mengajak kami untuk menyembah Allah yang Maha Esa dan mengajak kami meninggalkan berhala batu batu yang tidak boeh memberi menafaat dan mudharat itu, dia mengajak kami suapaya bersilaturrahim dan berakhlak mulia, dia mengajak kami meninhggalkan maksiat dan dosa.

Maka dengan itu Saidina Ja'far telah berjaya menerangkan Islam secara ringkas dan terang kepada Najashi, yang mana amalan Islam itu semuanya amalan yang mulia dan terpuji. Najashi senang hati dan gembira mendengar taklimat dari sepupu Rasulullah Saw Saw ini, Saidina Jaafar bin Abu Talib. Najashi Tanya lagi, apakah ada pada kamu apa yang lelaki ini bawa ? Saidina Jaafar membacakan ayat ayat Quran kepada Najashi.

Saidina Jaafar membacakan ayat ayat yang menceritakan tentang Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dari Surah Maryam. Setelah selesai Saidina Jaafar membaca, kata Najashi, demi Allah Risalah ini  dengan apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah dari sumber yang satu. Najashi sangat terkesan dengan ayat-ayat ini, apa yang ada dalam Quran sama dengan apa yang ada padanya. Najasyi ini juga seorang Ulamak dalam agama Nasrani. Dengan itu Najashi memerintahkan agar dibenarkan orang orang Islam terus tunggal dibawah pemerintahannya di Habsyah. Kata Najasyi , aku sekali kali tidak akan menyerahkan kamu kepada musuh musuh kamu.

Akhirnya terpaksalah Abdullah dan Amru bin Ash ini keluar dari istana dengan tangan kosong dan perasan yang kecewa. Tapi Amru bin Ash ini yang terkenal dengan kecerdikan dan kelicikannya dalam diplomasi. Dia patah balik minta izin mengadap Najashi semula. Kata Amru kepada Najashi. Wahai Najashi, orang orang yang engkau lindungi ini mereka menghina Nabi Isa dan mereka ada mengatakan hal yang kamu tidak boleh terima tentang Nabi Isa. Maksudnya orang Islam tidak mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan. Najashi Tanya, apa yang mereka sebut. Kata Amru, tuan tanyalah mereka sendiri. Najashi mengarahkan supaya dipanggil semula orang orang Islam. Najashi Tanya, apa yang kamu sebut tentang Isa bin Maryam. Saidina Jafar jawab soalan Najashi ini dengan membaca ayat Quran.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rasulullah Saw ke Taif  


Rasulullah Saw mula beralih untuk menumpukan dakwah kepada kabilah-kabilah yang diluar Mekah dan mencari orang-orang yang boleh menbantu perjuangan dari luar Mekah. Yang paling dekat dengan Mekah ialah Taif. Pada bulan Syawal tahun sepuluh Hijrah, Rasulullah Saw dengan ditemani oleh Saidina Zaid bin Harithah keluar berjalan kaki ke Taif. Bila sampai ke Taif, di awal-awal lagi bertemu dengan tiga orang ketua Taif dipintu masuk ke Kota Taif. Tiga orang ini, Abdul Yalil, Masud dan Habib. Mereka ini tiga beradik anak-anak A'mru bin U'mair. Rasulullah Saw minta izin nak bercakap dengan mereka. Pada awalnya mereka menyambut baik kerana salah seorang pemuka Mekah dari Bani Abdul Mutalib datang. Rasulullah Saw sampaikan Al Quran dan berdakwah mereka kepada Islam. Bila habis Rasulullah Saw bercakap bangun salah seorang dari mereka. Katanya

Demi Allah, aku tidak akan beriman dengan engkau sehingga terkoyak kelambu Ka’bah


Bangun yang kedua katanya :

Apakah Allah tak ada orang lain dari kamu untuk dilantik menjadi Rasul

Bangun yang ketiga katanya :

Demi Allah aku tak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau engkau Nabi, amat merbahaya bagiku kalau aku tidak beriman tapi kalau engkau menipu terhadap Allah sepatutnyalah aku tak bercakap dengan kamu.

Rasulullah Saw tetap sabar, bayangkanlah bagaimana mereka menghina Rasulullah Saw, tapi Rasulullah Saw sabar. Rasululah minta pada mereka, kalau kamu semua tidak mahu percaya dengan aku, biarkan aku sampaikan kepada orang lain. Kata mereka, kami tidak akan benarkan kamu berdakwah kepada kami dan juga kepada orang lain. Ketiga-tiga pemimpin Thaif ini cepat-cepat masuk ke dalam kota Taif. Mereka kumpulkan budak budak nakal dan dibariskan dua baris. Bila Rasulullah Saw sampai mereka suruh budak budak ini membaling Rasulullah Saw dengan batu. Belum sempat Rasulullah Saw bercakap dengan siapa, baginda dihujani dengan lontaran batu sampai berdarah kaki Rasulullah Saw.

Melihatkan sambutan yang begitu dari orang-orang taif, Rasulullah Saw pulang kembali ke Mekah. Dalam perjalanan pulang Rasulullah Saw berhenti rehat disatu kebun kepunyaan Utbah dan Syaibah bin Rabea'h. Kedua duanya dari kalangan pembesar Kafir Quraisy. Ketika itu mereka ada disitu jadi mereka nampak Rasulullah Saw yang dalam keadaan letih dan kakinya berdarah. Mereka rasa kesian pulak. Jadi mereka hantar khadam mereka Adas Nasrani untuk menghantar makanan kepada Rasulullah Saw. Bila Rasulullah nak makan Rasulullah Saw membaca Bismillah. Bukan dari adat orang Arab membaca Bismillah waktu nak makan. Jadi Adas merasa pelik mendengar Rasulullah Saw membaca Bismillah. Dia Tanya Rasulullah Saw, apa yang Rasulullah Saw sebut tadi. Dengan soalan itu Rasulullah Saw tahu, Adas ini ada sesuatu padanya. Rasulullah Saw Tanya namanya. Katanya , Adas, dari mana? Katanya, dari Mainawa, diutara Irak. Kata Rasulullah Saw. Itu negeri orang Soleh Yunus bin Matta. Makin pelik Adas kerana tidak ada orang Arab yang tahu tentang Mainawa ini. Apa lagi nak tahu tentang sejarah dan bahawa Mainawa itu negeri Nabi Yunus bin Matta. Adas Tanya Rasulullah Saw. Kamu ni siapa, sampai kamu kenal Yunus bin Matta. Kata Rasulullah Saw, dia itu saudaraku, dia itu seorang Nabi dan aku juga Nabi. Ketika itu sedarlah Adas ini bahawa dia sedang berhadapan dengan orang yang luar biasa. Terus dia bangun dan kucup kepala Rasulullah Saw. Utbah dan Syaibah dari jauh memerhati peristiwa itu. Bila Adas balik, mereka Tanya,kenapa kamu cium kepalanya? Kata Adas, dia bercakap dengan kata-kata yang hanya diperkatakan oleh seorang Nabi. Kata Utbah dan Syaibah kepada Adas, tak payah kamu susah-susah dengan agamanya, agama kamu lebih baik dari agamanya.

Disitulah Rasulullah Saw berdoa dan mengadu kepada Tuhanya :

Wahai Allah kepadaMu aku mengadu kelemahanku dan kekurangan dan kehinaanku dari manusia wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah Tuhan orang orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapa engkau serahkan aku wahai Tuhan. Apakah kepada orang yang jauh yang mengkeronyokku atau kepada musuh yang berkuasa terhadap urusanku. Kalau tidak ada kemurkaanMu padaku, aku tidak peduli semua itu. Namun kesejahteraanMu lebih luas buatku

Aku berlindung dengan cahayaMu yang menerangi kegelapan dan cahayaMu yang membaiki urusan dunia dan Akhirat, dari Engkau turunkan kemarahanMu kepadaku atau kemurkaanMu, kepada Engkaulah segala rayuan sehingga Engkau redha, tiada daya dan kuasa melainkan dengan Allah.

Ketika itu turun Saidina Jibril dan malaikat penjaga bukit bukit dan gunung-gunung. Kata Saidina Jibril, Wahai Rasulullah Saw Allah mengutuskan kami kepadamu, kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini untuk mentelangkup Mekah diantara dua bukit yang akan memusnahkan Mekah. Kata Rasulullah Saw, Wahai Jibril jangan, biar aku sabar dengan kaumku. Semoga Allah keluarkan dari zuriat mereka orang orang yang beriman dengan Allah.

Selepas itu Rasululah pulang semula ke Mekah. Rasulullah Saw risau pula Kafir Quraisy yang akan mengganggu dan menyakitinya sedangkan tidak ada lagi orang yang membelanya. Rasulullah Saw hantar wakilnya meminta jaminan keselamatan dari Akhnas bin Syuraiq. Akhnas menolak permintaan Rasulullah Saw. Rasulullah Saw minta dari Suhail bin Amr pula. Suhail inilah yang mewakili Kafir Quraisy menulis perjanjian Hudaibiah dengan Umat Islam. Suhail juga menolak permintaan Rasulullah. Rasulullah Saw minta dari Mutee'm bin Adi pula. Mutee'm ini walaupun belum Islam tapi atas nama kemuliaan dan marwahnya selaku seorang pemimpin Kafir Quraisy, menolak permintaan orang yang memerlukan aib baginya. Jadi dia setuju memberi jaminan keamanan kepada Rasulullah Saw. Jadi Rasulullah Saw masuk ke Mekah kali ini dengan jaminan keamanan dari Mutee'm. Pada malam itu Rasulullah Saw bermalam dirumahnya. Besoknya waktu Rasulullah Saw tawaf di Ka'bah, Muteem ini dengan enam orang anak-anak lelakinya dengan pakaian perang lengkap dengan senjata datang tawaf dibelakang Rasulullah Saw. Kafir Quraisy bila melihat hal itu, menghantar Abu Sufyan bertemu dengan Mutee'm. Kata Abu Sufyan, wahai Muteem, engkau ini penjamin Muhammad atau pengikut Muhammad? Aku penjamin. Kata Abu Sufyan, kalau sebagai penjamin itu urusan engkau tapi kalau sebagai pengikut kami semua akan perangi engkau. Maka kekallah Rasulullah Saw di Mekah dibawah jaminan Muteem bin A'di. Dalam keadaan itu makin kuat keinginan Rasulullah Saw untuk mencari kabilah dari luar Mekah yang boleh membantu perjuangan baginda. Baginda bersedia umntuk meninggalkan Mekah demi menjayakan agama Allah ini.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster