Rasululah ditabalkan  



Akhirnya sampailah hari yang bersejarah, di mana dengan itulah berlaku perubahan besar kepada dunia ini dan juga kepada sejarah manusia dan sejarah dunia. Mengikut pandangan yang dipilih oleh para Ulamak, tarikh itu ialah pada malam 27 Ramadhan. Ketika Rasulullah Saw sedang beribadah di Gua Hirak, tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian putih membawa satu bekas Dibaj, satu jenis kain sutera, di dalamnya ada Kitab. Begitulah Rasulullah Saw menceritakan tentang peristiwa itu. Kata Rasulullah Saw, aku menjadi takut bila lelaki itu muncul tiba-tiba dan dia berjalan ke arahku dan menyuruh aku membaca اقرأ  dan ditunjukkan Kitab kepadaku. Aku menjawab dalam ketakutan. Aku tidak tahu membaca. Lelaki itu memeluk aku dengan satu pelukan yang sangat kuat. Hampir-hampir nyawaku keluar dari jasad namun ketika itu hilang rasa takut aku kepadanya. Lelaki itu menyuruh aku lagi. Ya Muhammad, iqra! Aku menjawab, aku tidak boleh membaca dipeluknya aku lagi seperti pelukan yang pertama tadi. Dia menyuruh aku baca lagi, Wahai Muhamad baca, sekali lagi aku menjawab, aku tidak boleh membaca. Lelaki itu memeluk aku lagi kali ketiga, hampir hampir aku mati. Wahai Muhammad baca, aku jawab lagi , aku tidak boleh membaca. Kata lelaki itu:

Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhan yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah bersama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang telah mengajar dengan Al Qalam. Yang mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya. (Al A'laq 1-5)


Inilah ayat pertama yang turun dari langit. Ayat ini turun pada malam Lailatul Qadar, dibulan Ramadhan. Firman Allah :

Sesungguhnya kami (Allah) telah menurunkannya pada malam Lailatul Qadar

Kata Rasulullah Saw : Selepas aku membaca ayat ini lelaki tadi pun hilang. Rasulullah Saw menjadi semakin takut apa sebenarnya yang sedang berlaku pada dirinya. Pada masa itu juga Siti Khadijah di rumah, isteri solehah yang sangat setia, sangat menyayangi dan memahami suaminya, hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang sedang berlaku pada suaminya. Subhanallah begitulah isteri yang telah menjiwai suaminya, berlaku hubungan hati antara mereka kerana kedua duanya mempunyai hati yang bersih. Siti Khadijah menghantar khadamnya untuk melihat Rasulullah Saw di Gua Hirak. Ketika itu Rasulullah Saw sudah bergerak turun dari gua sambil berlari selepas mengalami peristiwa besar tadi. Bila khadam sampai di Gua, dia mendapati Rasulullah tidak ada disitu, lalu dia bergegas mencari di sekitar kawasan itu namun Rasulullah tidak pun ditemuinya.

Ketika itu Rasulullah Saw sedang berlari menuju ke Mekah. Tiba-tiba sedang Rasulullah Saw berlari itu, satu suara dari langit memanggil wahai Muhammad. Ketika itu Rasulullah Saw melihat ke langit. Baginda terpandang satu pemandangan yang paling pelik bagi seorang manusia. Baginda lihat Saidina Jibril sedang berada di atas Arasy, terawang-awang di udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari Timur ke Barat. Langit kelihatan penuh. Sehingga ke mana saja Rasulullah Saw Baginda tetap nampak Saidina Jibril. Lalu Saidina Jibril  menyeru :

Wahai Muhammad, engkaulah Rasulullah Saw

Wahai Muhammad, engkau pesuruh Allah, akulah Saidina Jibril.

Kerana hebatnya peristiwa itu, Rasulullah Saw berdiri terpaku ditempatnya. Allah telah menggambarkan peristiwa dalam Al Quran.

Demi bintang bila ia terbenam. Tidaklah sesat temanmu Muhammad dan tidak pula dia tersalah kepercayaannya.  Dan tidaklah juga dia berbicara menurut hawa nafsunya. Ia (Al Quran) tidaklah selain wahyu yang diwahyukan kepadanya. Sementara yang telah mengajarnya ialah yang tersangat perkasa (Jibril) yang mempunyai akal yang benar lalu dia berdiri dengan rupa asalnya sedangkan dia berada di ufuk tertinggi. Lalu ia hampir dan semakin hampir kepada Rasulullah. Sehingga jaraknya dari Rasululah hanyalah sejarak dua buah panah atau lebih dekat lagi. Kemudian dia mewahyukan kepada hambanya Muhammad apa yang diwahyukannya. Tiadalah hati Rasulullah mendustakan apa yang dilihat oleh matanya. (An Najm 1-11)

Begitulah gagahnya Saidina Jibril. Bukankah dia ketua para Malaikat dan dialah yang berperanan menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan para Rasul. Kalau nak dibayangkan bagaimana kekuatan Saidina Jibril, lihatlah bagaimana dengan hujung satu sayapnya sahaja, dia boleh mengangkat satu negeri dan dibenamkannya kembali ke bumi sehingga  menjadi sebuah laut. Itulah dia Laut Mati yang ada di sempadan Jordan dan Pelastin sekarang. Penglihatan ini bukan khayal tapi penglihatan yang hakiki. Jadi Rasulullah Saw melihat Saidina Jibril seperti yang Allah ciptakan dengan mata kepalanya. Rasulullah Saw sepanjang hayatnya hanya melihat Saidina Jibril dalam bentuk ini dua kali. Ini kali pertama, dan kali kedua semasa Israk Mikraj.

Satu pemandangan yang terlalu hebat dan dahsyat bila Rasulullah melihat Malaikat yang paling gagah itu. Sebab itu diwaktu-waktu lain, Saidina Jibril datang kepada Rasululah dalam berbagai bentuk. Adakalnya dalam jelmaan seorang lelaki, ada kalanya seperti deringan bunyi loceng. Bahkan pernah juga Saidina Jibril datang dalam rupa Saidina Dehyah Al kalbi salah seorang Sahabat Rasulullah Saw yang kacak.

Rasulullah Saw terpaku di situ beberapa ketika bahkan Baginda tak boleh bergerak kerana ketakutan menghadapi pengalaman yang sangat luar biasa itu. Setelah Saidina Jibril hilang cepat-cepat Rasulullah Saw menuju ke rumahnya. Bila Rasulullah sampai saja di rumah dalam suasana begitu, Siti Khadijah sudah bersedia menyambut suaminya. Dari wajah suaminya dia sudah tahu suaminya sedang berada dalam keadaan yang sangat luar biasa bahkan ketakutan yang amat sangat. Bahkan Siti Khadijah dapat melihat Rasulullah Saw mengeletar dan minta diselimutkan. Siti Khadijah tanpa banyak tanya terus menyelimutkan Rasulullah Saw sehinggalah Rasulullah Saw kembali tenang. Ketika itu barulah dia bertanya. Begitulah beradabnya Siti Khadijah kepada suaminya. Dia bertanya dengan penuh hikmah, apa yang berlaku? Rasulullah Saw pun menceritakan apa yang berlaku. Kata Siti khadijah, mungkin kamu takut diganggu oleh jin. Benar, jawab Rasululah Saw.

Lihatlah bagaimana Siti Khadijah berhadapan dengan suaminya ketika itu. Lihat ulasan Siti Khadijah. wanita yang terkenal paling baik dizamannya. Sebab itu disebutkan :

Siti maryam wanita paling baik dizamannya dan Siti Khadijah juga wanita paling baik dizamannya

Lihat ulasan Siti khadijah kepada peristiwa yang dialami oleh Rasulullah Saw suaminya. Ulasan dari orang yang kenal siapa Rasulullah Saw.Kata khadijah dengan penuh yakin : Demi Allah, tidak sekali kali kamu akan ditimpakan dengan perkara yang tidak baik. Sedangkan kamu adalah orang yang menyambungkan silaturrahim, kamu adalah orang yang membantu orang dalam kesusahan dan orang orang yang lemah, kamu orang yang berkorban ketika berlaku bala bencana, kamu orang yang menunaikan hajat orang lain. Dengan segala amalan kamu yang baik ini, tak mungkin kamu ditimpakan dengan sesuatu yang tidak baik.

Setelah suasana tenang, Siti Khadijah yang bijaksana dan yang sangat terpimpin dalam tindakannya itu, telah membawa Rasulullah Saw suaminya bertemu dengan anak saudaranya Waraqah bin Naufal. Waraqah telah memeluk agama nasrani sebelum ini. Dia telah belajar Kitab-Kitab Nasrani dan dia tahu, ini zaman kenabian. Bila diceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada Rasulullah Saw, Waraqah mendengar dengan penuh prihatin. Dia sangat terkejut, semua tanda-tanda yang diketahuinya ada pada Rasulullah Saw, hingga terluncur dari mulutnya, Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan. Demi Allah, telah datang kepadanya Namus Al Akbar. Saidina Jibril yang telah datang kepada Nabi Musa sebelum ini. Kemudian Warqah meneruskan lagi :

Alangkah baiknya Kalau waktu itu aku masih muda agar aku dapat membantu Rasulullah Saw berhabis-habisan. Ketika mana kaumnya mengeluarkannya dari negerinya.

Rasulullah Saw menjadi terkejut. Apakah kaumku akan mengeluarkan aku dari Mekah. Apakah yang akau lakukan, bukankah Rasululah juga dari kalangan bangsawan mereka. Kata Waraqah :

Demi Allah Tidak ada seorang pun yang membawa perjuangan seperti yang kamu bawa melainkan pasti dia disakiti.

Dengan turun ayat Iqrak tadi, para ulamak menyebut bermulalah kenabian Nabi kita Muhammad Saw. Nabi tidak diperintah menyampaikan walaupun Nabi mendapat wahyu. Sedangkan Rasul itu orang yang dapat wahyu dan diperintahkan menyampaikan. Selepas itu Saidina Jibril tidak datang lagi kepada Rasulullah Saw dalam satu tempoh yang  agak panjang iaitu selama 6 bulan. Dalam tempuh ini Waraqah meninggal dunia. Rasulullah Saw ada menyebut dalam Hadis :

Aku telah melihat Waraqah bin Naufal dalam Syurga

Sebab dia telah berazam dengan hatinya untuk masuk Islam dan berjuang bersama Rasulullah Saw.

Pengalaman bertemu Saidina Jibril pada kali pertama memang menakutkan bagi Rasulullah Saw. Tapi lama-kelamaan Rasulullah Saw menjadi rindu untuk bertemu dengan Saidina Jibril dan mendapat wahyu. Sehingga Rasulullah Saw keluar ke padang pasir menuggu-nunggu kalau-kalau Saidina Jibril datang. Begitulah hikmah terputusnya wahyu beberapa ketika hingga Rasulullah Saw dapat menyesuaikan diri dengan wahyu. Rasululah tidak takut lagi bahkan jadi bersedia untuk menerimanya. Memang itulah yang berlaku kepada Rasulullah Saw. Daripada ketakutan, Rasulullah akhirnya rindu untuk bertemu Saidina Jibril lalu baginda sering keluar berseorang ke padang pasir menunggu kedatangan Jibril. Wallahua'lam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


berkhalwah dan beribadah di Gua Hirak  


Assalam wrt. Sebelum Rasulullah Saw ditabalkan menjadi Rasul lagi, baginda selalu berkhalwah, bersendirian ,mengasingkan diri untuk beribadah di Gua Hirak. Setiap tahun Rasulullah Saw khususkan beberapa hari untuk ke sana, khususnya bulan Ramadahan. Untuk beribadah di Gua Hirak. Gua Hirak ini bagi siapa yang pernah pergi Mekah dan ziarah ketempat dapat melihat bahawa gua ini berada dipuncak bukit dan bukanlah besar, hanya muat untuk satu atau dua orang sahaja. Gua Hirak mempunyai dua lubang, satu pintu masuk dan satu lubang lagi menjadi tingkap dimana Ka'bah dapat dilihat dari situ. Pada tahun terakhir sebelum Rasulullah Saw ditabalkan, baginda berkhalwah di situ selama sebulan di bulan Ramadhan.

Kadang-kadang Rasulullah Saw turun juga ke rumah mengambil makanan sambil ziarah keluarganya. Satu hari dalam bulan Ramadhan tahun itu, ketika Rasulullah Saw sedang menuju ke Gua Hirak, ada suara memberi salam kepadanya, Assalamualaikum wahai Rasulullah Saw. Bila baginda menoleh ke belakang tidak ada orang di situ. Kemudian, bila Rasulullah Saw tanya Saidina Jibril, suara siapa yang memanggilnya ketika dia ke Gua Hirak itu. Kata Saidina Jibril, itu batu-batu dan pokok-pokok memberi salam kepada kamu wahai Rasulullah Saw. Sebelum kenabian lagi baginda Rasulullah Saw telah menerima mimpi yang benar. Apa yang baginda lihat dalam mimpinya berlaku sebab itu Rasulullah Saw ada menyebut :

Mimpi yang benar itu satu bahagian dari 36 bahagian kenabian.

Sebab itu para wali dan ulamak ulamak yang bertakwa yang mereka itu pewaris para Nabi juga Allah berikan ilham dan  mimpi yang benar.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rasulullah meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya  



Assalam wrt. Dalam tempoh ini juga berlaku banjir besar melanda Mekah hingga menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Quraisy berpakat membina semula Kaabah, masing-masing mereka mengeluarkan perbelanjaaan untuk itu. Maha Besar Tuhan, Allah telah monitor hati mereka sehingga wang yang mereka sediakan untuk membina Kaabah semula ini hanya wang-wang yang bersih. Bukan wang hasil penipuan, riba dan bukan hasil pelacuran. Setelah dana terkumpul, mereka menghadapai masalah untuk mencari juru bina yang mampu membina binaan dari batu-bata sedangkan orang Mekah tak pandai membina dari batu. Justeru itu rumah-rumah mereka semua dari tanah. Allah telah menghantar orang yang boleh membantu mereka dalam hal ini. Namun lepas itu mereka menghadapi masalah besar, bagaimana nak meruntuh binaan yang hampir roboh itu untuk dibina semula dengan binaan baru.

Pembesar-pembesar Quraisy semua tak berani. Kesemua mereka menyaksikan bagaiman Allah lakukan kepada tentera Abrahah yang cuba nak melanggar Kaabah. Akhirnya Al Walid bin Mughirah, ayahanda Saidina Khalid memberanikan diri. Setelah melihat tidak perkara buruk yang menimpa Al Walid barulah mereka semua berani menolong Al Walid. Mereka meruntuhkan binaan lama Kaabah dengan hati yang takut dan cemas. Hati mereka terus berdoa kepada Tuhan, bahawa apa yang mereka harapkan ialah kebaikan bukan untuk merosakkan Kaabah.


Bila dah dibina semula Kaabah, sampai pada fasa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya kembali, masing-masing berebut. Pada mereka ini satu kemuliaan yang besar yang semua orang nak mendapat kemuliaan ini. Hampir-hampir berlaku peperangan antara kabilah dalam Quraisy kerana berebut untuk meletakkan Hajarul Aswad ini. Akhirnya mereka mencari hakim. Hakim membuat keputusan bahawa siapa yang pertama masuk ke Masjidil haram dialah yang akan memutusakan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ini ke tempatnya. Sedang mereka semua menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhitungan ini, masuklah Rasulullah. Semua mereka menjerit: Semua mereka senang hati dan setuju dengan Rasulullah.

Rasulullah dengan kebijaksaaannya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak. Rasululah buka serbannya, kemudian diletakkan Hajarul Aswad di tengah tengah serban dan semua ketua Kabilah mengangkat serban ini bersama sama dari penjuru masing-masing. Bila sampai ketepi Kaabah, Rasulullahlah yang meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya dengan tangannya yang mulia itu. Jadi hakikatnya Rasululah yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya. Begitulah orang yang Allah pilih, di saat-saat akhir Allah datangkannya walaupun dia tidak berada di situ. Maha Besar Tuhan yang memuliakan siapa yang dia kehendaki. Dengan itu Rasulullah telah menyelamatkan bangsa Quraisy dari peperangan saudara diantara mereka.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Rasulullah berniaga dengan harta Siti Khadijah  




Salam wrt. Di Mekah, ada seorang wanita kaya dari keturunan Bani Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab. Namanya Siti Khadijah binti Khuwailid. Diceritakan kekayaan Siti Khadijah bahawa perniagaan dia seorang menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Jadi bila dia dengar tentang Rasulullah, kejujuran Rasulullah dan peribadi Rasulullah yang sangat mulia, Siti Khadijah menawarkan kepada Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya ke Syam. Rasulullah setuju dan keluarlah Rasulullah ke Syam membawa barang dagangan Siti Khadijah. Rasulullah juga ditemani oleh Maisarah, salah seorang khadam Siti Khadijah.




Sepanjang perjalanan Maisarah merasa pelik, kagum dan sangat tertarik dengan peribadi Rasulullah. Bagaimana Rasulullah berhadapannya dengan dirinya sendiri seorang hamba, tapi Rasulullah melayaninya dengan penuh mesra, kasih sayang dan lemah lembut. Rupanya selepas itu Maisarah dapat melihat perkara yang lebih pelik lagi, sepanjang perjalanan mereka, awan menaungi mereka dari cahaya matahari. Kali ini kafilah yang bersama dengan Rasululah singah juga ditempat rehat sebelum masuk ke Syam berdekatan dengan rumah ibadat  Nasrani yang pernah didatangi oleh Rasulullah semasa Baginda mengikut bapa saudaranya Abu Talib. Ketika itu Buhaira dah tak ada lagi, Buhaira dah meninggal dunia. Rahib yang menganti tempat Buhaira juga perasan awan yang mengiringi perjalanan Rasulullah dan Maisarah. Ketika itu Rasulullah tidak berhenti ditempat biasa kafilah-kafilah berenti Sebaliknya Rasululah berhenti tidak jauh dari situ dibawah sebatang pokok. Memang tak ada orang berhenti di situ. Rahib itu melihat dahan dan ranting-ranting pokok ini bergerak menaungi Rasulullah dari cahaya matahari. Akhirnya Rahib ini datang bertemu dengan Maisarah. Berbagai soalan dia tanya pada Maisarah. Rahib ini menuding kepada pokok yang menjadi tempat berteduh Rasulullah Saw sambil berkata, hanya seorang nabi sahaja yang berteduh dibawah pokok ini. Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini.

Bahkan sepanjang perjalanan dan sepanjang berada di Syam, berbagai bagai perkara pelik yang disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Rasulullah, kasih sayangnya, kemampuan Rasulullah berhadapan dengan semua jenis manusia, belas kasihannya kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang kepadanya. Perniagaan Khadijah kali ini mendapat untung berlipat kali ganda. Ketika itu keuntungan yang dibuat oleh Rasulullah paling besar, mengatasi semua peniaga peniaga lain yang menyertai kafilah itu. Bahkan kali pertama Siti Khadijah mendapat keuntungan sebesar itu melalui orang menjalankan perniagaannya selama ini.

Nah, kita telah melihat bagaimana Rasulullah berhadapan dengan berbagai suasana, dengan orang miskin, dengan pembesar,  dalam peperangan, mengembala kambing, dengan hamba, dengan alam ini dan sekarang kita melihat pula bagaimana Rasulullah berhadapan dengan perniagan, wang dan harta-benda. Hasil dari perniagaan kali ini, Siti Khadijah sangat senang hati dengan Rasulullah, apa lagi bila mendengar cerita-cerita dari Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan Rasulullah sepanjang perjalanan. Bertambah kagum Siti khadijah dengan Rasulullah Saw.

Oleh kerana terlalu tertarik dengan peribadi Rasulullah, Siti Khadijah ingin menjadi isteri kepada Rasulullah. Ketika itu umur baginda 25 tahun dan masih bujang sementara umur Siti Khadijah 40 tahun. Seorang janda kaya lagi bangsawan yang telah kematian dua orang suami sebelum itu. Sebelum itu sudah ramai yang datang meminangnya termasuk pembesar-pembesar Quraisy. Masakan tidak, Siti Khadijah terkenal seorang perempuan yang baik, cantik, kaya dan bangsawan pula. Segala-gala keistemewaan ada padanya. Namun Siti Khadijah yang belum terbuka hati untuk berkahwin semula. Tapi kali ini Siti khadijah yang mahu. Dia hantar wakilnya untuk menyampaikan kepada Rasulullah. Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasulullah. Abu Talib yang menguruskan pernikahan itu bagi pihak Rasulullah, dialah yang mengetuai majlis akad dan menyampaikan khutbah nikah. Perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah kembali ke Rahmatullah berlangsung selama 25 tahun.

Dalam tempoh 25 tahun ini Rasulullah hanya mempunyai seorang isteri yaitu Siti Khadijah. Ketika Siti Khadijah meninggal dunia, umur Rasulullah sudah 50 tahun. Selepas itu barulah Rasulullah berkahwin dengan Ummahatul Mukminin yang lain. Semua perkahwinan itu kerana hikmah-hikmah yang besar, antaranya kerana ingin mengangkat darjat sahabat-sahabat baginda sepertimana Rasulullah mengahwini Siti Aisyah puteri Saidina Abu Bakar RA. Begitu juga Saidatina Hafsah, puteri Saidina Umar RA. Atau Rasulullah menghwini kerana pembelaan seperti Rasulullah mengahwini Umu Salamah, janda Abu Salamah atau kerana dakwah seperti Rasulullah mengahwini Juwairiyah puteri ketua qabilah Yahudi. Dari Siti Khadijah Rasulullah dikurniakan dengan anak-anak lelaki antaranya Al Qasim dan Abdulah. Anak lelaki ketiga Ibrahim dari Mariah Qibtiah. Kesemua mereka meninggal dunia sejak kecil lagi. Adapun anak-anak perempuan, Ruqayah, Zainab, Umu Kalthom dan Fatimah. Kesemua mereka hidup sampai zaman Islam.

Siti Khadijah ini adalah seorang isteri yang terlalu banyak berkorban kepada Rasulullah dan perjuangan Rasulullah. Dialah yang membantu suaminya dengan hartanya dan kedudukannya. Selepas mengahwini Siti Khadijah, Rasulullah terus menjalankan perniagaan Siti Khadijah. Tapi Rasulullah tak keluar musafir lagi, hanya menguruskan dari Mekah. Begitulah ketentuan Allah kepada Rasulullah. Pernah hidup miskin dan sekarang hidup dalam kekayaan pula. Jadi Rasulullah merasai semua keadaan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pemeliharaan Allah kepada Rasulullah  


As-salam wrt. Dari beberapa kisah yang di ceritakan sebelum ini, dapat kita perhatikan pemeliharaan Allah kepada Nabinya. Allah pelihara Rasulullah dari menyembah berhala dan dari angkara orang orang Yahudi bahkan Rasulullah juga dipelihara dari terlibat dengan kebiasaan-kebiasaan masyarakat Quraish yang boleh mencacatkan maqam seorang Nabi dan Rasul penutup segala Rasul. Diantaranya Rasulullah terhindar dari majlis-majlis nyanyian dan majlis-majlis tarian. Pernah juga Rasulullah teringin nak mengikutinya tapi Allah tidurkan Rasulullah sebaik saja baginda duduk dalam majlis itu. Pernah satu ketika, semasa Rasulullah mengembala kambing diluar Mekah. Rasulullah terdengar suara majlis kenduri-kendara. Jadi Rasulullah minta tolong kawannya tolong jaga kambing-kambingnya kerana Rasulullah nak menghadiri majlis itu. Pada malam itu, bila Rasulullah sampai saja ke majlis itu Allah datangkan rasa mengantuk kepada Rasululah. Akhirnya baginda tidur dalam majlis itu. Kata Rasulullah, aku hanya sedar besoknya ketika panahan matahari panas mengenaiku. Besoknya ada kenduri lagi, Rasulullah pergi lagi dan hal yang sama juga berlaku lagi. Allah menjaga Rasulullah dari majlis kenduri-kendara yang dipenuhi maksiat di dalamnya. Begitulah dari zaman jahiliyah sampai hari ini adat ini berterusan. Masyarakat mengambil peluang dengan majlis perkahwinan melakukan maksiat. Upacara pembukaan kehidupan berumah tangga ini dimulakan dengan pesta maksiat. Bagaimanakah kita nak melahirkan zuriat yang soleh dan membina masyarakat yang bersih. Demikianlah Allah pelihara Rasulullah dari semua kerosakan ini.


Di antara pendidikan Allah kepada Rasulullah lagi, ketika Rasulullah hidup di rumah Abu Talib yang kadang-kadang makanan tidak mencukupi. Maklumlah Abu Talib ramai anak. Baginda tak pernah berebut makanan. Kerana tak mahu berebut kadang-kadang Rasulullah tak dapat makan dan tidur dalam keadaan lapar. Akhirnya Abu Talib perasan hal ini lalu Abu Talib mengkhususkan bahagian untuk Rasulullah. Begitu juga, Rasulullah dari kecil tidak pernah bercakap bohong. Bahkan Rasulullah terkenal dengan panggilan 'yang jujur lagi benar'.

Rasulullah semasa remajanya juga pernah menyertai keluarga dan kaumnya dalam peperangan untuk mempertahankan Mekah. Pernah satu ketika Qabilah Hawazin menyerang Mekah, Rasulullah menyertai orang Mekah mempertahankan Mekah. Baginda membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Dari situ Rasulullah dapat belajar strategi peperangan dari dekat. Rasulullah juga merupakan salah seorang anggota pakatan yang membela orang-orang yang dizalimi di Mekah. Siapa saja yang dizalimi akan dibela oleh pakatan ini. Begitulah keterlibatan Rasulullah dengan masyarakat ketika itu. Dengan itu Rasulullah terkenal  di kalangan semua lapisan masyarakat sebagai seorang yang sangat berperibadi mulia dan sangat dihormati.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Ikut Abu Talib keluar berniaga ke Syam  



Salam wrt. Ketika Rasulullah berumur 12 tahun. Abu Talib nak keluar berniaga ke Syam. Rasulullah minta nak ikut Abu Talib. Akhirnya Abu Talib membawa Rasulullah sekali. Inilah kali pertama Rasulullah dapat bermusafir panjang keluar dari Mekah. Sebelum sampai ke Syam, kafilah perniagaan ini berenti rehat dekat dengan rumah Ibadat Nasani. Ketika itu Buhaira ketua rahib dirumah Ibadat Nasrani ini memerhati dari jauh kafilah yang baru berhenti ini. Dia pelik melihat melihat awan mengiringi perjalanan kafilah ini. Tentu ada yang luar biasa pada kafilah ini. Buhaira yang nak tahu apa rahsianya, memerintahkan kepada orang-orangnya supaya menyiapkan makanan yang banyak. Buhaira buat jamuan kenduri. Kemudian dia hantar wakil menjemput semua anggota kafilah ini makan ditempatnya. Dia juga meminta semua yang ada dalam rombongan ini datang, jangan ada sorang pun yang tinggal. Semua orang pergi kecuali Rasulullah Saw sebab Rasulullah yang paling muda dalam rombongan itu. Rasulullah ditinggalkan untuk menjaga barang-barang mereka. 


Buhaira meneliti satu persatu tetamunya yang datang. Namun tapi tak ada seorang pun yang istimewa baginya. Terus dia bertanya rombongan ini, apakah kamu semua datang. Kata mereka semua datang. Akhirnya baru mereka teringat ada seorang anak muda iaitu Rasulullah ditinggalkan untuk jaga barang. Buhaira minta dipanggil juga anak muda yang ditinggalkan itu. Memang benar, bila Buhaira nampak saja Rasulullah, dia merasai satu perkara yang luar biasa pada diri Rasulullah. Akhirnya dia mencari peluang berbual dengan Rasulullah. Dia bertanya pada Rasululah sambil bersumpah dengan Latta dan Uzza kerana begitulah kebiasaan orang Arab ketika itu. walaupun Buhaira sendiri tidak beriman dengan Latta dan Uzza. Kata Buhaira : Demi Latta dan Uzza, aku ingin bertanya kepada kamu. Jawab Rasulullah, minta maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama Latta dan Uzza, demi Allah tidak ada yang paling aku lebih benci dari Latta dan Uzza.

Begitulah Allah memelihara Rasulullah, Rasululah tidak pernah menyembah atau sujud kepada berhala sejak kecil lagi walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya ketika itu. Kata Buhaira, kalau begitu aku tanya kamu dengan nama Allah. Jawab Rasulullah, Ya tanyalah aku dengan nama Allah. Banyaklah soalan-soalan yang ditanya oleh Buhaira. Kesemuanya membenarkan apa yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira minta nak tengok belakang Rasulullah. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat Khatamun Nubuwwah yang ada dibelikat Rasulullah. Buhaira seterusnya bertanya pada Abu Talib, apa ikatan kamu dengan anak ini? Kata Abu Thalib, ini anak saya. Kata Buhaira; tidak sepatutnya ayahnya masih hidup. Kata Abu Talib, ya benar ayahnya sudah meninggal, ini anak saudaraku. Ketika itulah Buhaira menasihatkan abu Thalib supaya membawa Rasulullah pulang ke Mekah. Kalau dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan melihat Rasulullah dan mereka akan mengenalinya dan ketika itu mereka akan membunuhnya. Di atas nasihat Buhaira Abu Thalib mengupah orang menghantar Rasulullah pulang ke Mekah sementara dia terus ke Syam menguruskan perniagaannya. 

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Dipelihara oleh Abdul Mutalib dan Abu Talib  



Assalam wrt. Ketika Rasulullah Saw berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah kembali ke rahmatullah. Begitulah percaturan Allah kepada kekasihnya Rasulullah, ditakdirkan Rasulullah hidup yatim piatu kerana hikmah-hikmah yang Allah mahukan pada diri Rasulullah Saw. Rasulullah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib ketua Mekah. Walaupun Abdul Mutalib ketua Mekah tapi dia hidup miskin kerana hartanya dihabiskan untuk memberi khidmat dan melayan tetamu-tetamu Baitullah. Begitulah secara umum kehidupan orang orang bangsawan Arab yang pemurah. Harta mereka dihabiskan untuk masyarakat dan mereka hidup miskin. Begitulah keadaan Bani Abdul Mutalib kerana mereka bertanggung jawab melayan tetamu-tetamu Kaabah.

Tentu besar hikmahnya, Allah takdirkan Rasulullah hidup yatim piatu dan miskin. Rasulullah dari kecil belajar kehidupan fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak. Bahkan Rasulullah tahu benar bagaimana kehidupan fakir miskin. Begitulah Allah mempersiapkan Rasulullah untuk memimpin Ummah. Rasulullah dipelihara oleh datuknya juga mempunyai hikmah besar. Setelah Rasulullah dipersiapkan oleh Allah untuk mengalami hidup susah dan miskin dan bergaul dengan orang miskin, melalui Abdul Mutalib ini Allah mahu mendidik Rasulullah berhadapan dengan pembesar-pembesar dan pemimpin masyarakat pula. Rasulullah sentiasa menemani datuknya Abdul Mutalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Rasulullah ikut menghadiri semua majlis-majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan-kunjungan dari semua pembesar Arab. Setelah Rasulullah berumur 8 tahun, Abdul Mutalib pula meninggal dunia. Rasulullah dibela pula oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Mutalib. Abu talib ini lebih miskin dari Abdul Mutalib. Anak-anaknya semua terpaksa membantu kerja-kerja Abu Talib. Jadi Rasulullah juga mula bekerja dengan sepupu-sepupunya membantu meringankan tanggungan Abu Talib. Rasulullah menjaga kambing. Justeru itu Rasululah selalu di padang pasir, di luar dari kesibukan Mekah. Kadang-kadang berhari-hari Rasulullah tidak balik ke Mekah. Hidup di padang pasir jauh dari kesibukan orang ramai sambil menternak kambing juga merupakan proses yang Allah buat kepada Rasulullah. Rasulullah belajar mengasihi banatang-binatang ternakannya. Begitulah peribadi Rasulullah, sangat mengasihi umatnya. Kasih sayang Rasulullah berlaku kepada seluruh Alam. Dengan ini juga Rasulullah mula hidup berdikari, hidup diatas hasil usaha tangannya sendiri. Lama tempoh Rasulullah mengembala kambing. Dari baginda berumur lapan tahun sehingglah baginda berumur 21 tahun. Dalam Hadis ada disebutkan :

Tidak ada Nabi, melainkan semuanya pernah mengembala kambing


Jadi mengembala kambing ini kerja para para Nabi, apa hikmahnya? Para ulamak cuba mencungkil hikmah-hikmahnya. Kata mereka : Orang yang mengembala kambing selalu berada dipadang pasir. Ini menyebabkan dia selalu bersendirian. Selalu 'Khalwah'. Orang yang selalu bersendirian ini akan banyak berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan pada langit, matahari, bulan, bintang, awan dan alam sekelilingnya. Begitu juga selalu dapat merenung ke dalam diri dan bermuhasabah. Semua hal ini menjadikan jiwanya bersih jernih. Tapi bagi orang yang hidup dibandar yang sibuk, kehidupan yang sibuk itu tidak memberi ruang kepadanya untuk berfikir, meneliti dan mengkaji apa lagi untuk selalu muhasabah diri. Wallahua'lam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Menjadi anak susuan Halimah Saadiah  


Salam wrt. Rasulullah pernah juga menyusu dari Suwaibah seorang jariah yang telah dibebaskan oleh Abu Lahab. Saidina Hamzah menjadi saudara susu Rasulullah kerana sama-sama menyusu dengan Suwaibah. Setalah itu Rasululah dihantar ke Bani Saad kerana sudah menjadi tradisi Arab Quraisy, anak-anak kecil mereka tidak dibesarkan di Mekah kerana beberapa sebab antaranya : supaya mereka dapat bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak, dan hidup dalam udara padang pasir yang sihat. Semua ini sukar di dapati di Mekah kerana Mekah didatangi dengan berbagai orang. Masing-masing membawa bahasa dan cara masing-masing bahkan ada yang membawa wabak dan penyakit.



Biasanya mereka menghantar anak-anak mereka menyusu dengan kabilah- kabilah badawi dari luar Mekah. Orang-orang badawi pula menjadikan hal ini sumber untuk mereka mendapat mata pencarian. Walaupun begitu mereka tidak menetapkan upah, hanya mereka menerima hadiah sagu hati setelah selesai nanti. Bagi mereka perempuan yang menetapkan upah dari susunya dianggap satu perkara yang Aib.

Ketika itu, Ibu-ibu susu dari Bani Saad datang ke Mekah, diantara mereka ialah Halimah binti Saadiah dan suaminya Harist untuk mencari anak-anak susu. Halimah dan keluarganya ketika itu sangat miskin, mereka ada seorang anak yang masih menyusu, jadi mereka nak cari seorang anak dari Quraisy untuk menyusu bersama dengan anak mereka. Kerana terlalu miskin dan kurang makan Halimah ini dah hampir tak ada susu, untuk anaknya sorang pun tak cukup. Tapi ini juga satu mata pencarian mereka. Jadi Halimah datang juga dengan ibu-ibu susu yang lain. Masa datang dari bani Saad, Halimah naik Himar, Himar dia pun dah teruk sangat, tak larat nak berjalan, selalu saja melambatkan rombongan itu. Sampai di Mekah, masing masing mencari anak susu. Bonda Rasulullah Siti Aminah menawarkan pada Halimah anakandanya Baginda Rasulullah Saw. Bila Halimah tahu dia anak yatim, Halimah pada mulanya menolak, ibu-ibu yang lain juga tak ada yang mahu. Tapi Halimah tidak berjaya sampai akhirnya mendapatkan anak susu lain. Sampai masa rombongan nak berangkat pulang, Halimah belum dapat lagi. Ketika itu Halimah minta izin dari suaminya untuk mengambil Rasulullah Saw sebagai anak susunya, moga-moga kita mendapat keberkatan dari anak yatim ini. Begitulah Halimah memujuk suaminya. Akhirnya suaminya setuju dan mereka datang mengambil Rasulullah dari bondanya Siti Aminah.

Dengan itu bermulalah keberkatan demi keberkatan berlaku dalam hidup keluarga Halimah ini. Barakah yang pertama sekali, himarnya yang tak larat nak berjalan waktu datang dulu kini jadi himar yang paling pantas, sentiasa dia berada di depan kafilah ini. Seluruh rombongan itu terkejut melihat himar Halimatus Saadiah. Begitulah, Himar Halimah pun dapas tempias keberkatan Rasulullah Saw. Kekasih Allah dan orang yang menguasai zaman ketika itu. Barakah kedua, susu Halimah yang hampir kering tadi menjadi semakin banyak, cukup untuk anaknya dan cukup untuk Rasulullah sampai kenyang. Sampai di Bani Saad, unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan menghasilkan susu pula. Ajaib barakah Rasulullah. Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat-sihat dan gemuk serta membiak dengan cepat. Yang peliknya ini tak berlaku kepada binatang-binatang ternakan orang lain. Jadi mereka ini melihat, dimana Halimah menternak binatang-binatangnya mereka juga ikut Halimah menernak binatang ternakan mereka disitu. Namun kambing mereka tak menjadi seperti kambing Halimatus Saadiah. Mereka tak ada barakah Rasulullah Saw yang ada pada Halimah.

Begitulah kehidupan Halimah menjadi semakin baik. Bila Rasulullah berumur dua tahun, Halimah mendapati proses pembesaran Rasululah berbeza dari kanak-kanak lain. Sewaktu berumur dua tahun kematangannya macam kanak-kanak yang berumur enam tahun. Ketika itu Rasulullah Saw sudah fasih bercakap. Selepas dua tahun sampailah masanya untuk Halimah menyerahkan kembali Rasulullah kepada ibu kandungnya Siti Aminah. Begitulah adat yang biasa berlaku dalam masyarakat ketika itu. Siti Aminah juga sudah rindu dengan anaknya. Namun selepas itu, Halimah pula yang minta kepada Siti Aminah untuk membawa balik semula Rasulullah ke Bani Saad. Akhirnya Siti Aminah setuju, jadi Rasulullah dibawa pulang semula ke Bani Saad.

Beberapa bulan selepas itu, ketika Rasululah sedang bermain main dengan anak-anak yang lain. Imam Muslim menceritakan dalam hadisnya, datang dua orang malaikat mengambil Rasulullah, dibaringkan dan dibelah dada baginda Rasulullah. Kemudian dikeluarkan hatinya dan dibasuh dengan air zam-zam serta dibuang tempat syaitan dari hati Rasulullah Saw. Kemudian hati Rasululah dipenuhkan dengan hikmah. Saudara susunya yang ketakutan melihat hal itu melaporkan kepada Halimah bahawa ada dua orang berpakaian putih sedang menyakiti Rasulullah. Halimah berkejar ketempat Rasululah bermain dan didapatinya Rasululah ketika itu dalam keadaan ketakutan manakala kesan pembedahan masih ada di dada baginda. Kata Saidina Anas bin Malik yang merawikan Hadis ini, aku pernah melihat kesan jahitan di dada Rasulullah. Inilah salah satu mukjizat Rasulullah. Halimah ketakutan dengan kejadian itu. Dia takut berlaku sesuatu yang tak baik kepada Rasulullah Saw. Justeru itu dia mahu memulangkan semula Rasulullah kepada Siti Aminah. Halimah takut Rasululah digangu oleh jin.

Siti Aminah merasa pelik, baru saja Halimah beriya-riya memujuknya untuk membawa Rasulullah pulang ke Bani Saad. Tiba-tiba Halimah datang menyerahkan Rasululah semula. Tentu ada sesuatu yang berlaku. Setelah didesak oleh Siti Aminah barulah Halimah menceritakan apa yang berlaku kepada Rasulullah. Siti Aminah tanya mereka: apakah kamu takut Rasulullah diganggu oleh jin sambil Siti Aminah memberitahu mereka, jangan takut, tidak akan berlaku sesuatu yang tak baik pada diri  Rasulullah. Cerita Siti Aminah lagi, di saat-saat sebelum aku melahirkan Rasulullah aku bermimpi ada seorang datang menyuruh aku berdoa :

Aku berlindung dengan Allah yang esa ke atas anak ini dari kejahatan semua orang yang hasad dengki

Siti Aminah menyambung, aku yakin tak akan berlaku perkara buruk padanya. Setelah menenangkan Halimah Siti Aminah meminta Halimah membawa semula Rasulullah pulang bersamanya ke Bani Saad.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


What's up? (",)  


Assalam wrt. Alhamdulillah, Hari ini rata-rata rakyat Malaysia semuanya menyambut Hari ulang tahun Keputeraan Nabi Muhammad SAW. Siaran-siaran televisyen juga menyiarkan rancangan-rancangan agama(kan bagus kalau berterusan). Sementelah ada teman-teman yang mengikuti program usrah dan tarbiyah yang dianjurkan NGO-NGO di Malaysia. Semoga anda semua mendapat rindu dan cinta Rasul. Dengan mencintai kekasih Allah, maka akan mendapat cinta Allah. InsyaAllah:)

Hari ini sempat juga join program sambutan Maulidurrasul. Dihidangkan dengan persembahan-persembahan yang mengingatkan kita kepada Rasulullah. Dendangan lagu-lagu yang bait-baitnya mengingatkan kita kepada pengorbanan Rasulullah.  Moga Allah selamatkan jasad dan hati kami dari menjadi golongan yang memandang sinis kepada usaha-usaha sebegini.  Mereka yang hanya mengatakan itu tak boleh, ini tak boleh sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa untuk Rasulullah. Nauzubillah. Peliharalah jua kami dari menjadi cucu cicit yahudi atau bolehlah digelarkan sebagai golongan Wahabi.  Ya Allah, selamatkanlah kami semua.



Alhamdulillah, dari pagi tadi sibuk membelek-belek buku lama ummi. Jumpa di rak buku Sekolah. RUpanya dah dua tahun diletakkan di situ, tanpa di baca. Niat letak kat situ dulu nak baca, tapi sebab sibuk dengan keduniaan, lupa terus. Mujur Allah izinkan aku berjumpa semula dengan buku lama itu:) Terima kasih Tuhan yang Maha Baik.

tahun 1962

Dapat menyoroti semula kisah hidup Rasulullah ini. Kalau hadam cerita-cerita ini, pasti seronok berzoiarah ke tanah suci. Sebab semua kisah yang kita baca dirasakan hidup. Moga Allah resapkan kisah hidup Rasulullah ini dalam hatiku. Jelous dengan pelajar-pelajar Madinah/Mekah yang membawaku melawat tempat-tempat sejarah di Haramaian. Mereka boleh menangis menceritakan kisah-kisah itu menjadikan ia segar... Sangat segar! Subhanallah!
  
tulisan melayu lama

Rindu ini entah bagaimana           
Nak diluahkan padamu ya Rasul
Telah bertahun lama kau tinggalkan
Kami ummatmu di akhir zaman

Telah menjadi resam perjuangan
Tak dapat dihindarkan perpisahan
Pemergianmu kami tangiskan
Kehadiran rohmu di nantikan

Ketabahanmu ya rasul menghadapi rintangan
Meniupkan semangat menambahkan kerinduan
Pasti bersinar fajar Islam kembali gemilang
Dengan janji ilahi akan jadi kenyataan

Ya rasul, ya habiballah,
Rindulah kami padamu ya rasul
Ya rasul ya nabiyallah
Syafaatkan kami ummatmu di akhir zaman

Rindu ini satu kepahitan
Namun ia penuh kemanisan
Hubungkanlah rohmu dengan hati kami
Ubati hati kami kerinduan

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kelahiran Rasulullah Saw  



Bilamana sampai saat Abdullah nak dikahwinkan, Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab. Siti Aminah juga dari keturunan Bani Abdul Manaf. Bertemulah keturunan ayah dan ibu Rasulullah pada anak-anak Qusai bin Kilab. Kesemua mereka dari keturunan Nabi Ismail As. Demikianlah, dari sudut nasab pun Rasulullah adalah orang yang paling mulia dan paling bangsawan. Keluarga Siti Aminah ini tinggal di Yathrib iaitu Madinah. Abdul Mutalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan disana dengan Siti Aminah. Selepas itu mereka pulang ke Mekah, ketika itu Siti Aminah sudah mengandung, Dalam perjalanan ke Mekah ayahanda Rasulullah kembali kerahmatullah lalu Rasulullah dilahirkan sebagai seorang anak yatim.


Sebelum Siti Aminah melahirkan Rasulullah, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, aku berlindung  kepada Allah Tuhan yang Esa dengan anak ini dari semua orang yang dengki. Kelahiran agung ini pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah, mengikut ulamak sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.


Banyak perkara-perkara yang pelik berlaku ketika kelahiran Rasululah Saw. Inilah berita berita gembira dan tanda tanda kebesaran  Rasulullah berlaku ketika Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan bin Tsabit, penyair Rasulullah Saw menceritakan tentang salah satu darinya, katanya : waktu kelahiran Rasulullah Saw itu dia di Madinah umurnya dah tujuh tahun. Kata Saidina Hasan, pada hari itu aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Ketika itu seorang ulamak Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, bintang Ahmad telah muncul di langit, bintang ini hanya muncul bila Rasulullah dilahirkan. Saidina Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu. Satu pengakuan dari Yahudi. Siti Aminah bonda Rasulullah, ketika mengandungkan Rasulullah tidak merasa penat dan sakit pun. Diantara yang diceritakan dalam sejarah lagi. Rasulullah ketika dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Bila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita-cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah.

Adapun tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulamak Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu keempat empat orang ini bila pulang, masing masing berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Di antara perkara yang pelik lagi, ketika kelahiran Rasulullah Saw,  bergegar Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi. Kerajaan yang paling besar ketika itu. Dengan gegaran itu runtuh 14 anjung istana itu dan terpadam api yang telah disembah oleh Majusi beribu tahun dan tak pernah padam. Api itu terpadam pada hari kelahiran Rasulullah Saw. Kerana gegaran itu juga tertimbus satu tasik yang bernama Tasik Sawah yang berdekatan dengan istana Raja Farsi itu. Kisra, raja Farsi bila melihat kejadian kejadian pelik ini menjadi sangat takut. Lalu dia panggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang boleh berhubung dengan jin. Jin-jin pula, sebelum kelahiran Rasulullah Saw boleh naik kelangit dan mendengar berita dilangit apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka:

Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barangsiapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah.

Jadi ada di antara pendeta ini yang menyebutkan pada Kisra, bahawa peristiwa ini disebabkan  oleh kelahiran seorang Nabi. Kisra tanya apa maksud 14 anjung istana Kisra runtuh, kata mereka ; kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang Kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh. Kata Kisra : 14 orang Kisra lagi, ini satu tempoh yang panjang, lambat lagi, tak perlu risau sangat. Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa, dalam masa empat tahun saja 10 orang Kisra telah memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar ketika itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah diantara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Rasulullah Saw.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Abdul Mutalib ::: Nazar  


Abdul Mutalib ini, Allah rezekikan dengan 10 orang anak lelaki dan 6 orang anak perempuan. Antara anak lelakinya Saidina Abbas dan Saidina Hamzah yang masuk Islam dikalangan anak-anak Abdul Mutalib, kemudian Abu Talib, nama sebenarnya Abdul Manaf, Abu Lahab, nama sebenarnya Abdul U'zza. Mereka berdua ini sempat bertemu dengan Islam tapi tidak masuk Islam. Yang mati sebelum Islam, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw, Hijin, Dhirar, Muqaddam, Zubair dan Harist. Anak-anak perempuannya pula, Sofiyah, Umu Hakem, Atikah, Umaimah, Arwa dan Barrah.


Abdul Mutalib ini ketika menggali Zamzam, ketika Quraish  menghalangnya, ketika itu hanya ada seorang anak lelaki iaitu  Harist yang mempertahankannya. Dia merasa lemah dan kurang tidak seperti orang lain yang banyak anak-anak lelaki. Bahkan ketika itu ada yang berkata kepadanya, wahai Abdul Mutalib apakah kamu berani menyanggah kami sedangkan kamu sendiri tidak punya anak-anak lelaki yang boleh mempertahankan kamu. Selepas Quraish mengakui Zamzam kepunyaannya, dia bernazar kalau Allah kurniakan 10 orang anak lelaki kepadanya dia akan korbankan salah seorang dari mereka. Allah kabulkan doanya, Abdul Mutalib mendapat 10 orang anak lelaki. Yang kesepuluh, Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Bila Abdullah dah dewasa, Abdullah inilah anak yang paling disayangainya. Abdul Mutalib bila tawaf di kaabah ketika itu, diikuti dibelakangnya sepuluh orang anak-anak lelakinya yang gagah gagah. Dia bersyukur kepada Allah dan sampailah masanya untuk dia menunaikan nazarnya. Abdul Mutalib pergi jumpa -Kahin- pendeta Kaabah meminta Kahin membuat undian kepada anak-anaknya siapa yang akan jadi korban. Dalam hati Abdul Mutalib, janganlah terkena pada Abdullah, yang lain siapa pun tak apa. Tapi undi kena kepada Abdullah. Walaupun dengan hati yang berat dan hiba, Abdul Mutalib nekad untuk melaksanakan nazarnya. Orang sepertinya tak mungkin mungkir dengan nazarnya. Akhirnya dibawalah Abdullah dekat dengan Esaf untuk disembelih disitu. Bila Quraish nampak hal itu, Quraish menahannya. Abdul Mutallib berkeras juga, kecohlah disitu. Dalam kekecohan itu, tolak menolak antara Abdul Mutalib dan Quraish terluka kepala Abdullah. Sebab itulah Abdullah ini terkenal dengan gelaran Al Asyajj iaitu yang berparut dikepala. Quraish terus memujuk Abdul Mutalib : Wahai Abdul Mutalib, engkau ketua Mekah, kalau engkau sembelih juga anak engkau, nanti hal ini akan jadi sunnah, jadi tradisi kepada Arab, siapa yang dapat sepuluh orang nak lelaki kena sembelih salah seorang darinya. Inikan hal yang berat dan menghilangkan kebahagiaan. Kalau masing-masing sembelih anak lelaki sendiri, dimana kebahagiaan lagi. Tolong jangan buat wahai Abdul Mutalib, nanti jadi sunnah. Tapi Abdul Mutalib dah nazar dan dia mesti tunaikan nazarnya. Akhirnya dirujuk hal ini kepada pendeta Bani Saad. Pendeta ini tanya berapa diat (ganti rugi kepada orang yang dibunuh) seorang lelaki yang merdeka pada Quraisy. Kata mereka 10 ekor unta betina. Kata pendeta kalau begitu buat undian antara Abdullah dan 10 ekor unta. Kalau undian kena pada Abdullah tambah lagi 10 ekor unta sampailah undian kena pada unta. Bila buat undian kena pada Abdullah, tambah sepuluh ekor unta lagi, undi lagi, kena lagi pada Abdullah, tambah unta lagi, begitulah sampai 100 ekor unta baru undi kena pada unta. Ketika itu Abdul Mutalib minta diulang lagi undian untuk memastikan bahawa memang undian kena pada unta, tiga kali diulang undian kena pada unta. Maka Abdul Muatlib menyembelih 100 ekor unta sebagai ganti kepada anak kesayangan Abdullah ayahanda Rasulullah Saw. Sebab itulah Rasulullah ada menyebut :

Aku ini anak kepada dua orang yang nak disembelih

Yang  pertama Nabi Ismail AS dan yang kedua Abdullah ayahanda Baginda. Oleh kerana pada kedua-duanya ini akan berlaku Jadual Allah, maka Allah selamatkan kedua duanya dari disembelih.

Begitulah nasab Rasulullah ialah nasab yang paling mulia. Rasulllah dari bangsa Arab bangsa yang Allah pilih untuk menegakkan Islam dan Allah pilih Rasulullah dari bangsa ini dan Allah pilih bahasa Arab sebagai bahasa Al Quran. Rasulullah datang dari kabilah yang paling mulia dalam bangsa Arab. Imam Tarmizi ada meriwayatkan satu Hadis.

Bahawa pernah Rasululah Saw naik keatas mimbar dan bertanya siapakah aku, kata para sahabat, kamu Rasulullah keatas kamu sesejahteraan. Kata Rasulullah Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muatalib. Sesungguhnya Allah menjadikan makhluknya dan menjadikan mereka dua kumpulan dan Allah jadikan aku dari kumpulan yang terbaik. Kemudian Allah menjadikan mereka berbagai kabilah kemudian Allah melahirkan aku dari kabilah yang paling baik kemudian Allah menjadikan mereka rumah-rumah dan Allah menjadikan aku dari rumah yang paling baik dan manusia yang paling baik

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Sejarah Abdul Mutalib menggali Zamzam  


Dari kalangan anak Qusai bin Kilab juga Abdul Manaf, diantara anak-anak Abdul Manaf, Mutallib dan Hasyim, di antara anak anak Hasyim, Syaibah. Syaibah ini anak Hasyim dari isterinya yang bernama Umu Hasyim, seorang wanita bangsawan dikalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah, Hasyim tidak panjang umurnya, waktu Syaibah masih kecil lagi dia sudah meninggal dunia. Syaibah dibesarkan oleh ibunya di kabilah ibunya diluar Mekah. Bila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Mutalib ingin mengambil Syaibah untuk dibawa ke Mekah. Ibunya tidak setuju tapi Mutalib berkeras, Syaibah ini dari keturunan Qusai bin Kilab, dia adalah pemuka Quraisy, dia tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang. Akhirnya si ibu minta agar dibuat pilihan kepada Syaibah sendiri, samada dia nak tinggal dengan ibunya atau nak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih untuk bersama bapa saudaranya Mutalib dan tinggal dengannya di Mekah. Jadi Syaibah ikutlah Mutalib kembali ke Mekah. Mutalib membawa Syaibah naik satu kenderaan dengannya. Syaibah membonceng di belakang Mutalib. Bila sampai ke Mekah, orang ramai melihat Mutalib bawa seorang budak remaja dibelakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada waktu itu menyangka Mutalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah ini digelar oleh Quraish Abdul Mutalib yang bermaksud hamba Mutalib Akhirnya nama inilah yang masyhur. Inilah dia Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw. Nama sebenarnya ialah Syaibah.

Abdul Mutalib ini bila berkahwin dikurniakan anak sulung lelaki namanya  Harist. Bila Harist ini dah agak dewasa, Abdul Mutalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak Ulamak sejarah yang besar meriwayatkan dari Sadina Ali mimipi ini, bahwa ada orang  datang menyeru Abdul Mutalib dan menyuruhnya menggali At Thibah, Abdul Mutalib tanya pada suara itu apakah Thibah itu? Tapi suara itu dah hilang. Malam kedua mimpi lagi,  datang lagi suara itu menyuruhnya menggali Barrah, Apa barrah itu?  Tapi suara itu dah hilang.  Abdul Mutalib sudah dapat merasakan ada sesuatu yang penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini. Malam ketiga mimpi lagi, kata suara dalam mimpi itu :  gali Madhmunah, apa itu Madhmunah tanya Abdul Mutalib, tapi suara itu dah hilang lagi. Makin Abdul Mutalib merasa ada sesuatu yang besar melalui mimpi tiga malam berturut turut ini. Malam keempat  datang lagi suara itu sambil berkata galilah Zamzam, dimanakah Zamzam itu? Kali ini suara itu menjawab.

Dia tak akan kering selama lamanya dan tak akan berkurang, dia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah yang maha Agung, dia berada diantara perut dan darah, disisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, disisi rumah semut


Maka yakinlah hati Abdul Mutalib bahawa dia diperintahkan untuk menggali Zamzam, Zamzam memang tak asing bagi masyarakat Mekah ketika itu apalagi bagi Abdul Mutalib ketua Mekah ketika itu. Namun mereka tidak tahu dimana terkambus Zamzam itu. Tidak masuk akal pula nak menggali sekeliling Kabah untuk mencari zamzam itu.

Besoknya Abdul Muatlib mengajak anaknya Harist untuk membantunya menggali Zamzam dan untuk mempertahankannya kalau pemuka Quraish yang lain menghalangnya. Mulalah Abdul Mutalib mencari-cari tanda-tanda yang telah diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Namun tak ada satu pun tanda yang disebut itu disekitar Kaabah. Tiba-tiba dalam Abdul Mutalib mencari-cari itu,  satu rombongan Arab ke situ untuk menyembelih lembu mereka dekat dengan berhala Esaf. Esaf dan Nailah yang ceritanya sudah kita ceritakan sebelum ini. Dari penyembelihan ini berlaku tumpah darah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba tiba bangun semula dalam keadaan darah menghambur hambur darinya berlari dan jatuh semula  disatu tempat lain. Jadi rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka disitu, dikeluarkan perutnnya dan dilapah disitu.

Maha Besar Tuhan, Maha Mengetahui Tuhan, jadi tahulah Abdul Mutalib, diantara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula itulah, kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tapi kawasannya besar, bagaimana dia nak gali semua kawasan itu. Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya dia menjumpai kawasan semut atau kampung semut. Tapi kawasannya masih tetap besar tapi lebih kecil dari kawasan pertama tadi. Dalam masa Abdul Mutalib berfikir-fikir itu, tiba tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Inilah yang mereka namakan.  Gagak itu pula mematuk-matuk ketanah dekat dengan kampung semut tadi. Sekarang tahulah Abdul Mutalib, itulah dia kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Maha Besar Tuhan, Allah yang boleh mengajar dan memberitahu hamba hambanya dengan berbagai cara. Allahlah yang memberitahu alamat-alamat itu dan Allahlah yang mempersiapkan alamat-alamat itu walaupun ketika Abdul Mutalib datang pada awal tadi, belum ada satupun  lagi tanda tanda itu. Inilah kuasa dan ilmu Allah yang tiada batasnya.

Tempat yang diisyaratkan itu terlatak diantara Esaf dan Nailah. Bila Abdul Mutalib mula menggali, gemparlah Quraish. Apa yang kamu gali wahai Abdul Mutalib, mana boleh kamu menggali disini, ditepi Kaabah pula. Ketika itu Abdul Mutalib memerintahkan Harist anaknya untuk menghadapi Quraish, sementara dia sendiri terus menggali tampa berhenti dan tampa menghirau kekecohan orang-orang Quraish itu. Dalam kecoh-kecoh itu Abdul Mutalib dah sampai kepada batu penutup telaga. Ketika itu Abdul Mutalib menjerit "Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan". Dengan itu tahulah Quraish, Abdul Mutalib sudah menjumpai apa yang dia cari. Mereka tanya lagi, apa yang kamu gali wahai Abdul mutalib? kali ini barulah Abdul Mutalib menjawab. Aku menggali Zamzam. Abdul Mutalib terus menggali hinggalah dia bertemu dengan Zamzam.

Ketika itu Quraisy mula tamak, mereka juga nak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Mutalib. Mereka minta Abdul Mutalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak untuk berkongsi dengan Abdul Mutalib telaga Zamzam ini, ini satu kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Mutalib tidak setuju, dia yang menemuinya semula dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang bila dah jumpa telaga Zamzam mereka nak minta berkongsi dengan Abdul Mutalib menguruskan telaga ini. Abdul Mutalib tidak setuju namun Quraish tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan perang antara mereka dan Bani Abdul Mutalib. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk mencari Hakim untuk memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju untuk mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat ketika itu. Pendeta ini dari Bani Saad yang berada di Yathrib. Mereka bergerak ke Yathrib, sampai disana, rupanya kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka mengejarnya ke Khaibar pula. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat ketika itu. Di tengah jalan Abdul Mutalib dan orang orangnya kehabisan air, mereka minta air pada pada Quraish yang lain tapi air mereka juga tinggal sedikit untuk mereka pun tak cukup. Ditengah tengah padang pasir yang tak bertepi itu kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Ketika itu orang orang Abdul Mutalib putus harapan untuk mendapat air setelah puas mencarinya tapi tidak mendapatkannya. Akhirnya mereka tanya apa pandangan Abdul Mutalib. Kata Abdul Mutalib, sekarang kita masing masing gali kubur masing masing. Daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang saja yang tak ditanam iaitu yang paling akhir mati. Bila dah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Namun akhirnya datang fikiran kepada Abu Talib untuk berusaha lagi mencari air.  Abdul Muatalib ajak semua orang orangnya mencari lagi air, ketika sibuk-sibuk itu, unta Abdul Mutalib sambil bangun dari duduknya terhentak kakinya ketanah. Maka dengan kuasa Allah keluar air dari situ. Semua mereka dapat minum dan masih ada lebihan air lagi. Abdul Mutalib memanggil orang-orang Quraish juga untuk ambil air dari situ. Melihat kejadian yang pelik itu ke semua mereka berkata kepada Abdul Mutalib : Yang memberi kamu minum air di tengah-tengah padang pasir ini dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Jadi Zamzam kepunyaan kamu. Mereka tahu, ini tanda Allah ingin memberitahu mereka bahawa Zamzam untuk Abdul Mutalib. Dengan itu -Siqayah- memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Mutalib dan keturunannya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster