::: November :::  

salam wrt. alhamdulillah masih dihidupkan? apa khabar iman? 

Dahulu sebelum menyusuri alam rumah tangga, penuh ketenangan dan kemudahan dirasakan. Dapat ke sana ke sini dengan riang. Kini amanah telah dipikul dan banyak yang perlu dikorbankan..

Perjalanan dari bujang sehingga mencecah bulan ke 5 perkahwinan sekarang ini sangat mudah. Alhamdulillah. Keluarga yang Allah temukan padaku terdiri dari keluarga yang baik2. Zaujahku juga orang yang solehah. Subhanallah. Segalanya mudah. 

Ujiannya pada kekuatan hati dan jiwa. Dahulu pernah jua aku mengingatkan tunangku bahawa bersabarlah dengan setiap ujian Allah. Positiflah.. Bila demikian, setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang. Hatta besar manapun ujian itu.:) Begitulah dahulu sebelum tiba saat aku tidak optimis seperti yang aku tazkirahkan...:(.. Ketika ini, zaujahku pula menjadi penguat pada diriku.. terima kasih. Allah Maha hebat. setiap sesuatu ada sahaja petunjuk dan jalan Tuhan berikan. 

Cuma, di mana syukurmu Rauhan? di mana ibadahmu yang menunjukkan kesyukuranmu? Ibadah yang engkau lakukan kurang... malah bersahaja sahaja.. sebab itu Tuhan sambil lewa dengan permintaanmu... sebab sambil lewanya kamu dengan Allah...

Jiwa semakin bergolak. Lagu demi lagu ku dengar. Nasyid2 lama bermain di telingaku... Terasa jauh sangat. Seakan putus.... hatiku membawa diriku berlari ke sana sini... aku buntu... Mujur Tuhan ciptakan peneman hidupku.. penguat jiwaku... Memberi pencerahan masalah2 jiwaku... Alhamdulillah.. Allah Maha Baik...

Ummi berpesan semalam..." Ummi harap adik beradik saling berkasih sayang, tolong bantu... umi tak nak anak2 umi bersengketa. positifkan segalanya.."

InsyaAllah...

hari ini sarapan dengan ayah di Chembong. Banyak yang dibincangkan... Ayah pesan.. " Jagalah ibu bapa kita baik2.. Kalau ade duit bagi jangan lokek. tak banyak sikit. Tanda kita hargai atau hormat padanya.. Dulu kita lahir bukan tros pandai msuk MCKK, SBP, MRSM dan sebagainya. Semua atas didikan mereka dan doa mereka yg x putus2. Bagai menatang minyak yang penuh.. takkan dah bergaji besar, sikit pun kita tak dapat bagi mereka..." Ayah seakan kesal... 

"Ayah ni hidup dah x lama. esok lusa ayah dah pergi apa bakti yang dapat anak-anak bagi? masa mak ayah hidup ni, gembirakanlah mereka.. jaga kebajikan mereka..."

begitulah nasihat ayah... Seharusnya anak2 faham dan ambil peduli...

"Ada sesetengah anak dah kahwin dengan orang kaya, lagaknya macam orang kaya. Main golf sana sini... Bayar duit golf tiap2 bulan. Mak ayah sendiri tak pernah hulur... Kenapa begitu? mesti ada silapnya... ayah pun tak paham... Allah tu Maha kuasa... Apa yang ayah dapat hari ini ayah terima... Ada kawan2 ayah yang anak dia bagi sampai RM 500 setiap bulan. Sanggup anak tu nak gembirakan mereka. Ayah ni x byk pun xpe.. RM 50 pun dh ok. Sebenarnya mak ayah nk tengok apa bakti kita pada mereka... tanah dia bagi.. ingat tanah tu mak ayah dpt free ker?.. Adakah tanggungjawab mak ayah utk sediakan tanah utk anak2... xde... tapi mak ayah boleh bagi pada anak2... takkan anak tak mampu nk balas jasa mereka tu? mereka x harap pun di balas tp fikirkanlah tentang itu... ko blajar tinggi2 dah kerja yg baik tp duit ko sikit pun tak hulur pada mak ayah...".. nada ayah sedih.. " Gembirakan mereka selagi mereka hidup.." sambungnya lagi.

Sian ayah.. Moga Allah beri ketenangan pada ayah. Padaku ayah orangnya tidak berkira. Suka tolong orang dan mudah sangat kesian kat orang. Kalau tengok drama atau movie penderaan keluarga, ayah yang menitiskan air mata dahulu... sensitif sgt ayah dengan benda2 cmtu.. Kasih seorang ayah.. Silalah ambil tahu.. esok lusa kita pun melalui perkara yang sama.. cuma zaman yang berbeza...

ok la.. sekian..:)


AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ ::: November :::

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster