:: Majlis Aqiqah di Taman Cheras Indah ::

Salam wrt. Alhamdulillah, masih di hidupkan untuk aku terus menulis kisah hidupku. Berhenti tulisanku jika matinya jasad ini. Allah Maha mengetahui kesudahanku itu. Moga Allah matikan aku dalam husnul khatimah. itulah permainan bibirku di setiap penghujung doaku. Amenkanlah siapa yang mendengar doaku! Moga Allah kabulkan ia berserta orang2 yang mengaminkannya. Ingin berkongsi juga video ini yang baru aku lihat...


Moga kamu yang membaca Allah selamatkan dari bala sebegini...Nauzubillahi min zalik.

Saat aku bangun tidur, sudah kedengaran ayat-ayat suci bacaan dari Ibu mertuaku... Alhamdulillah, sungguh merdu suara itu. Pastiku rindu suara itu seperti manaku merindu suara  ummi membaca Quran.(",).. Mandi dan minum air bercampur madu. Kismis sebelas biji..:)

Bermula pagi dengan solat subuh bersama ayah,ibu dan Ariff. Kemudian menerima panggilan telefon dari Zaujah dari Hospital. Dia Post call. So, bersiap-siap untuk menjemputnya. Sempat sarapan sementara menunggu kereta abah tiba untuk konvoi bersama ke PJ dan Taman Cheras Indah.

Roti canai dan Tosei di Cafe HTJ.. best! x cayer try la!hehe

Lapar ke?..:P

Kena sarapan dulu sebelum drive..:)

Kemudian terus ke R&R Tol Seremban. Tunggu Kereta abah tiba. Solat Dhuha la, apa lagi. Bersedekah ada 300 sendi dalam badan. Jangan lupa tu...:) Selepas solat, sempat mebelek buku ni. agak menarik juga! Kalo la perpustakaan, dah lama aku pinjam..hehe

Best buku ni..

isi kandungannya pun menarik
Umi abah sampai. Mereka tunggu di Petronas coz abah nak isi minyak dan keluarkan duit sket. Selepas itu, terus memecut ke UITM Shah Alam, Kampus Jati. Jemput Adik Zulhilmi. Adik dah 2 minggu kat situ. Wat engeenering. 

Follow the Leader

Kasihan pada Zaujah, penat bekerja...
 Sampai di Petaling Jaya untuk melawat Wan Cik, Ibu Abah. Alhamdulillah, Wan Cik nampak sihat. Senyum jer. Walaupun kerap kali tanya soalan yang sama..hehe..  Wan Cik mampu berjalan manakala wan Joyah masih kuat bertongkat untuk datang menziarahi besanya.. subhanallah... :)

Zaujah dan Wan Joyah

Bersama wan CIk
 Pak Tam takde hari ini, Mak Tam jer yang tinggal rumah dengan Wan.Raya haji ni pun Keluarga Pak Tam tak balik. Sebab buat korban kat sini. Pak Tam kan orang kuat Taman ni, so, kena ada kat sini tahun ni..:) 


DInding luar Rumah Pak Tam.


Selepas itu, kami terus ke rumah abang Fauzi di  Taman Cheras Indah. Berpusing-pusing jugak la.. Lama dah tak pergi. Tapi biasanya memang selalu pusing2 sampai jumpe rumah..hehe.. Lain kali nak on GPS, Papago, Lokatoo.. dlln.. Yakin boleh jumpe, last2 berpusing2..hehe..



Kambing Aqiqah...
 Selepas selesai makan dan bersalaman, kami ke Masjid At-Muttaqin(kalo x silap) untuk jamak zohor asar. Wan pula solat di rumah Abg Fauzi. Sempat merakam moment bersama di luar perkarangan masjid..:) wassalam..

Bergambar bersama sebelum balik..sweet!

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah