::: Catatan hidup pertengahan Sept :::  

Assalam wrt. Hari ni agak keletihan. Berkejar ke sana sini... Mula pagi berhajat nak makan di Kuala Sungai Baru. So janji semua nak gi pukul 7.30 pagi. Lepas solat subuh, Alfatehah 40, siap-siap dan terus ke sana bersama ayah, ibu, zaujah dan arif. Kak Mun dan Abang Usop sedang mengemas bilik masa ini. Bersiap2 untuk menyambut kelahiran Baby pertama mereka. Moga Allah mudahkan...insyaAllah. Si Ariff pula sedang menghabiskan masa yang berbaki ini bersama keluarga sebelum bertolak ke Cardiff pada hari Selasa malam Rabu jam 3 pagi.

bersama Ariff Hatta

Ibu & ayah

ada iras tak? :)
Selepas makan aku ke kereta. aku menoleh ke jalan raya. Aku tersenyum.. kenapa?... Abah, umi, wan, atok, arisya baru tiba ke Kedai makan ini. Abang Ijan dan Angah pun ada tapi naik kereta diorang lah. So, dapat sapa menyapa sesama besan. Ummi sempat menghulur sedikit saguhati kepada Ariff sebagai tanda tahniah dan selamat. 

Kami terus ke pasar Telok Gong. Ikan fresh2! Dulu sebelum kahwin, memang biasa bawa wan ke sini. Di belakang pasar, pantai tersergam indah. Air pasang dan angin bertiup kuat. Ariff ajak jalan2 di Jeti. Zaujah menemani ibu ayah membeli ikan, ketam, dlln... Sempat juga zaujah datang untuk merakam gambar bersama di tepi pantai itu.



Selepas tu, bertolak pulang ke Durian Daun. Sempat la juga singgah di Pekan Lubok China untuk beli ikan bilis dan makanan kucing kesayangan Ayah..:) 

Selepas menghantar ayah ibu, aku dan Zaf menemani Ariff membeli barang2 keperluan di Fresco. 



Last destination ialah ke rumah Kak Syuaida, majlis akikah anak pertamanya. Follow kak Leli sebab aku tak tau jalan.hehe.. Alhamdulillah, baby nampak sihat. Moga Allah rezekikan aku pulak lepas ni, ameen:)

Zaujah, Kak Syu, Muhammad, Kak An

Bersama Muhammad:)

Kak Syu, Muhammad dan Abg Mie
Isi Minyak di Petronas Sikamat. Depan tanah perkuburan Makam Syeikh Ahmad tu...Sempat amek gambar harga minyak lo nie...

:):):).. :(

 Solat Zohor di Masjid Negeri Sembilan then balik berehat. Penutupnya dengan menghantar Zaujah ke Hospital Tunku Jaafar. Hari ni On call. Drive back home. Sampai dah maghrib. Solat dan tahlil..Abg Usop dan Kak Mun ke Seremban. Fadli dan Ariff ke Lowyat, cari laptop.

Naik atas...hmmm, lampu bilik berkelip2... adoi... tutup teruslah. Solat isyak..tidur.. Moga Allah berkati hari esok jika msih di hidupkan... salam.. zzzz

AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster