Jumaat  

Salam wrt. Pagi Jumaat disinari sinar cahaya. Tengah malam tadi hujan lebat. Pagi ni dapat solat bersama ibu ayah dan Ariff. Surah Sajjadah dan A'la jadi bacaan. Alhamdulillah.

Dalam beberapa hari ini, hatiku diketuk2 umpama ada sesuatu yang hadir. memintaku membuka pintu. Siapakah tetamu yang hadir itu? Sentuhan yang lembut memberi aku ransangan untuk membukanya... Adakah hidayah yang hadir? Adakah sinar itu kembali lagi? Apakah cahaya ini hadir untuk menyinari hidupku? Adakah doaku didengar Allah?... bermacam persoalan bermain di mindaku...
Dalam masa 2 bulan lebih ini, banyak perkara yang aku rasakan baru. Aku pun x mampu handle semua itu, aku  let go je semua. Entah kenapa, aku umpama melihat air sungai deras mengalir sahaja. Sabar menjadi bekalan. Senyum menjadi mainan bibir. Alhamdulillah, kini kembali rasa itu untuk aku mengorak hidupku dengan lebih teratur dan mengikut sistem yang sebenar. Moga Allah dan rasul pimpin aku dan zaujah. Itulah harapan. Itulah matlamat... Akhirat... Tempat rehat yang abadi...



AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Jumaat

Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster