Kafir Quraisy bertemu Najashi

Kafir Quraisy  selepas itu berusaha pula untuk membawa balik Sahabat-Sahabat Rasulullah Saw, orang-orang Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka menghantar dua orang wakil kepada najsyi, Abdullah bin Abi Rabeah dan Amru bin A'sh. Jadi mereka bawa hadiah barang-barang kulit kerana itulah yang paling disukai oleh Najasyi Raja Habsyah. Mereka juga menyiapkan hadiah untuk penasihat-penasihat Najashi. Sebelum mereka mengadap Najashi mereka sogok dulu penasihat-penasihat Najashi dengan hadiah-hadiah mereka. Mereka menyampaikan hasrat mereka kepada penasihat penasihat Najasyi bahawa mereka datang nak bawa balik kaum mereka yang lari ke Habsyah. Mereka ini, yaitu orang orang Islam, menolak agama kami dan juga menolak agama kamu. Oleh itu kami ingin minta Najaysi menyerahkan mereka semua kepada kami untuk kami bawa pulang ke Mekah.

Selepas itu baru Abdullah dan Amru bin Ash mengadap Najasyi, mereka sampaikan hadiah dulu. Najashi pun gembira menerima kunjungan mereka dan menerima hadiah mereka. Setelah mereka menyampaikan hasrat mereka pada Najasyi, kata Najasyi, setelah aku mendengar dari pihak kamu aku mesti juga mendengar dari orang orang Islam. Semua Sahabat Rasulullah Saw yang ada disana dipanggil ke istana Najashi. Datanglah mereka semua diketuai oleh Saidina Ja'far bin Abu Talib. Najashi Tanya, apa sebenarnya cerita kamu ini, dan apa agama baru yang kamu bawa itu? Kata Saidina Ja'far, dulu kami sembah berhala, kami makan binatang yang tidak disembelih, kami melakukan maksiat, akmi bergaduh sesama sendiri dan kami memutuskan silaturrahim, kami menyakiti orang lain. Selepas itu datang kepada kami seorang lelaki dari kaum kami, orang yang paling mulia dikalangan kami dengan agama dari Allah Taala Tuhan sekalian alam. Dia mengajak kami untuk menyembah Allah yang Maha Esa dan mengajak kami meninggalkan berhala batu batu yang tidak boeh memberi menafaat dan mudharat itu, dia mengajak kami suapaya bersilaturrahim dan berakhlak mulia, dia mengajak kami meninhggalkan maksiat dan dosa.

Maka dengan itu Saidina Ja'far telah berjaya menerangkan Islam secara ringkas dan terang kepada Najashi, yang mana amalan Islam itu semuanya amalan yang mulia dan terpuji. Najashi senang hati dan gembira mendengar taklimat dari sepupu Rasulullah Saw Saw ini, Saidina Jaafar bin Abu Talib. Najashi Tanya lagi, apakah ada pada kamu apa yang lelaki ini bawa ? Saidina Jaafar membacakan ayat ayat Quran kepada Najashi.

Saidina Jaafar membacakan ayat ayat yang menceritakan tentang Nabi Yahya dan Nabi Zakaria dari Surah Maryam. Setelah selesai Saidina Jaafar membaca, kata Najashi, demi Allah Risalah ini  dengan apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah dari sumber yang satu. Najashi sangat terkesan dengan ayat-ayat ini, apa yang ada dalam Quran sama dengan apa yang ada padanya. Najasyi ini juga seorang Ulamak dalam agama Nasrani. Dengan itu Najashi memerintahkan agar dibenarkan orang orang Islam terus tunggal dibawah pemerintahannya di Habsyah. Kata Najasyi , aku sekali kali tidak akan menyerahkan kamu kepada musuh musuh kamu.

Akhirnya terpaksalah Abdullah dan Amru bin Ash ini keluar dari istana dengan tangan kosong dan perasan yang kecewa. Tapi Amru bin Ash ini yang terkenal dengan kecerdikan dan kelicikannya dalam diplomasi. Dia patah balik minta izin mengadap Najashi semula. Kata Amru kepada Najashi. Wahai Najashi, orang orang yang engkau lindungi ini mereka menghina Nabi Isa dan mereka ada mengatakan hal yang kamu tidak boleh terima tentang Nabi Isa. Maksudnya orang Islam tidak mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan. Najashi Tanya, apa yang mereka sebut. Kata Amru, tuan tanyalah mereka sendiri. Najashi mengarahkan supaya dipanggil semula orang orang Islam. Najashi Tanya, apa yang kamu sebut tentang Isa bin Maryam. Saidina Jafar jawab soalan Najashi ini dengan membaca ayat Quran.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah