BERJUANG UNTUK MASYARAKAT LEBIH UTAMA DARI IBADAH SUNAT  


Di zaman sekarang ini ramai orang salah tafsir tentang pengertian ibadah yang sebenarnya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa ibadah itu hanya menghendaki manusia solat, berpuasa, menunaikan haji, berdoa dan berzikir semata-mata.

Apakah hanya itu ruang lingkup pengertian ibadah? Akan terbatas segala syariat Islam sekiranya hanya itu yang meliputi bidang ibadah.

Sebenarnya ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Itulah yang kita amalkan dalam hidup kita sehari-hari asalkan tidak bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Allah menginginkan segala yang kita lakukan dalam hidup menjadi ibadah, iaitu cara kita berpakaian, cara kita mengatur rumah tangga, bentuk perjuangan kita, pergaulan kita, percakapan dan perbincangan kita, semuanya menjadi ibadah, sekalipun kita berdiam diri juga dapat berbentuk ibadah.

Di samping itu aspek-aspek lain seperti pendidikan dan pelajaran, ekonomi dan cara-cara berekonomi, soal-soal kenegaraan dan perhubungan antarabangsa pun, semua itu dapat menjadi ibadah kita kepada Allah. Itulah yang dikatakan ibadah dalam seluruh aspek kehidupan kita baik yang lahir mahupun yang batin.

Ibadah yang berkaitan dengan kemasyarakatan ini sebenarnya lebih penting dan besar dari pada ibadah-ibadah sunat, sebab ia berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan orang banyak. Ibadah sunat hanya berkaitan dengan keselamatan diri saja. Itupun kalau dibuat dengan sungguh-sungguh dan dijaga kekhusyukannya.

Sebagai contoh, suatu hari Imam Syafie bertamu dan menginap di rumah Imam Hambali. Imam Hambali berkata kepada anak perempuannya, "Kita bertuah dapat tetamu orang besar Allah. Hebat Imam Syafie ni, dia ulama yang juga pemimpin."

Tetapi malam itu ketika mereka bangun mengerjakan solat malam, mereka tidak melihat Imam Syafie bangun mengerjakan solat malam. Anak perempuan Imam Hambali bertanya kepada ayahnya, "Ayah kata Imam Syafie seorang ulama besar, tetapi mengapa dia tidak bangun mengerjakan sembahyang malam."

Ayahnya Imam Hambali terpukul dan merasa malu. Orang yang dia kata ulama besar tidak nampak kebesarannya. Maka dengan penuh beradab dan tawaduk Imam Hambali bertanya kepada Imam Syafie, "Maaf tuan, apakah tuan sedang tidak sihat?"

Imam Syafei menjawab, "Alhamdulillah, saya sihat dan baik-baik saja. Ada apa gerangan?"

Imam Hambali bertanya lagi, "Maafkan saya bertanya tuan sakit atau tidak sebab anak saya melihat tuan tidak bangun mengerjakan solat malam."

Imam Syafie menjawab, "Saya tidak bangun mengerjakan solat malam kerana memikirkan masalah-masalah umat. Alhamdulillah semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah umat."

Dengan penuh malu Imam Hambali berjumpa dengan anaknya dan berkata, "Memang dia ulama besar. Kita beribadah untuk diri kita saja, dia semalam bekerja keras untuk menyelesaikan 100 masalah umat."

Begitulah kebesaran Imam Syafie, dalam keadaan tidur terlentang dia dapat memikirkan dan menyelesaikan 100 masalah umat dalam satu malam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


beza hidayah dan taufiq  

hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga kerana dari situlah titik tolak seseorang yang tidak islam itu masuk islam. kemudian dari situlah terus dia berusaha untuk mendapatkan ilmu dan iman srta lain-lain lagi yg ada dlm ajaran islam. utk seseorang yg mmg sudah islam, akan trbukalah pintu hatinya utk serius dgn islam dan berusaha mmpelajari ilmu islam dr sumber al-quran dan hadis serta mengamalkannya. seseorg yg tidak islam kalau blom mndpt hidayah ertinya hatinya blm terbuka utk menerima islam atau masuk islam. begitu juga ssorg yg berketurunan islam, jika hidayah blom dpt ertinya hatinya tidak akan trbuka utk serius dgn islam, utk mengamalkan islam dan mmperjuangkannya. setelah berusaha mmpelajari dan stlh hati trbuka utk beramal maka slsps itu mgkin akan mndpt taufiq dr Allah.

Taufiq ertinya apa yg diamalkan itu tepat atau berbetulan dgn kehendak Allah Taala. maka smpurnalah islam seseorg itu kerana seluruh amalannya telah bergabung di situ di antara hidayah dgn taufiq. namun mendapat taufiq pun belum tntu selamat. walaupun lahiriah dan maknawiyahnya sudah betul tetapi zahiriah dan batiniahnya mgkin blom selesai. Apa yg tersembunyi dalam hati mgkin x sama dgn apa yg dizahirkan. amalan zahir nampak hebat tapi mungkin dicelahi dengan riyak, ujub, hasad dengki, dan sebagainya yg merosakkan amalan. kalau soal batiniah tidak dijaga, org yg mendapat taufiq juga boleh trkandas.inikan pula setakat baru dapat hidayah. tanpa tasawuf, ramai yg tertipu dgn ibadah mereka.

soal ada kemahuan untuk membuat kebaikan dan mendapat ilmu(hidayah), itu soal lahiriah. untuk beramal, samada utk berbuat ibadah atau meninggalkan maksiat, iu juga soal lahiriah.kalaupun ilmu dan amal soleh sudah selari dan amalan tepat atau berbetulan dgn kehendak Allah(taufiq), itu pun masih soal lahiriah. soal batin atau tasawuf belum diambil kira. sedangkan amalan yg diterima Tuhan itu mesti cukup syarat lahir dan batinnya.

walau bagaimanapun setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangat berharga dari Allah Taala yg Maha pemurah, kerana dari hidayahlah pintu hati terbuka untuk mempelajari dan mengamalkan islam. oleh kerana hidayah adalah satu benda yg berharga, tidak semua org boleh mendapatnya atau mmperolehinya....wallahualam

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


sahabat2.. bajailah jiwamu...  

mari renung2kan artikel ini... ada baiknya. x caye, meh bace!(",)

Dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda:

"Memadailah dengan mati itu sebagai pengajaran (penasihat, peringatan)." (Riwayat Tabrani)

Dalam menempuh hidup yang penuh ranjau ini umat Islam perlu memiliki sifat dan sikap positif. Umat perlu cekal, tabah, sabar, kuat kemahuan, bercita-cita tinggi, bersemangat kental, bersungguh-sungguh mahu maju ke hadapan.

Manakala sifat dan sikap negatif perlu dikikis, dibuang dan dihindari. Sewajarnya tidak ada dalam kamus hidup umat Islam erti kecewa, kecundang, tewas, mundur dan menyerah kalah. Andainya berlaku juga kegagalan, biarpun seribu kali, anggaplah kegagalan itu sebagai anak kunci kepada seribu kejayaan.

Umat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai cabaran. Andainya kini kita mundur dan tewas generasi warisan akan merasa kesal dan kecewa. Sedang umat Islam bergelut untuk menguasai berbagai bidang kemajuan, di waktu yang sama keruntuhan akhlak masyarakat berlaku dengan serius,

Marilah kita semua menyuburkan jiwa agar sentiasa segar, ceria, bermaya, teguh dan utuh. Kerana ini merupakan modal penting dalam pertarungan di sudut atau aspek apapun. Kalau kita menyingkap sejarah orang-orang yang berjaya, di sana terselit satu rahsia yang jarang tersingkap iaitu kekuatan jiwa. Bajailah jiwa dengan banyak mengingati mati serta perkara yang bersangkutan dengannya. Rasulullah SAW meletakkan kedudukan mengingati mati itu sebagai mencukupi dan memadai sebagai juru nasihat, pemberi ingat, menjadi iktibar dan tali kekang, pengawal hala tuju kehidupan umat Islam.

Mengingati mati membawa natijah kepada pembinaan sifat-sifat positif dan menguatkan jiwa. Ianya juga sebagai pengawal dari terjerumus kepada perkara-perkara negatif. Apabila seseorang akan terlajak atau terlanjur, dengan mengingati mati nescaya akan kendur nafsu yang rakus dari berbuat kejahatan.

Apabila terasa lemah dalam menghadapi godaan dan pujuk rayu syaitan, kekuatan jiwa akan kembali segar apabila ingat bahawa kita akan berhaadapan dengan Allah SWT selepas mati. Seseorang tidak akan mudah terpesong aqidahnya dan tidak mudah jatuh ke lembah maksiat dan mungkar sekiranya dia ingat bahawa hidup ini sementara yang sedetik bagaikan mimpi. Sebaliknya Akhirat kekal dan abadi.

Kesenangan dan kesusahan dunia ini terlalu kecil berbanding kesenangan dan kesusahan Akhirat. Oleh itu janganlah kerana memburu kesenangan yang sedikit dan takut kepada kesusahan yang kecil sampai menderhakai Allah SWT hingga terlepas dari kesenangan yang hakiki dan abadi serta dilemparkan ke Neraka yang merupakan azab sengsara yang hakiki.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


...  

Banyak orang mencari kebahagiaan bukan dengan Tuhan tapi dengan makhluk. Padahal lumrah berlaku kepada manusia tapi manusia tidak juga mengambil iktibar dan pengajaran. Ada isteri cantik banyak kerenah pula. Banyak harta ditimpa penyakit bermacam-macam jenis pula. Ilmu banyak kerana kesombongan manusia benci pula. Pangkat tinggi banyak pula orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan yang diburu tidak juga kunjung-kunjung tiba. Setengah orang semua keistimewaan dunia dimilikinya Allah datangkan seribu masalah pada dirinya. Kebahagiaan berkecai di dalam nikmat yang serba ada dan mewah pula. Oleh itu carilah Allah dia adalah sumber segala kebahagiaan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

Manusia bukan tidak tahu selepas muda pasti tua. Tapi dia lupa tua akan datang diwaktu mudanya. Dia pun membuang-buang tenaga dan masa diwaktu mudanya, seolah-olah merasakan masa muda selama-lamanya. Apabila tua datang, baru dia menyesal ingin kembali kepada zaman mudanya untuk menebus kembali segala yang disia-siakan tapi angan-angan yang sia-sia itu tiada gunanya.Menyesal tidak berkesudahan

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

.Ilmu dunia sebanyak mana sekalipun dia tidak akan bersih kalau dia tidak diproses. Ia ibarat air yang ditampung sebanyak-banyaknya, kalau air itu tidak diproses dan dibubuh klorin dia tidak akan jernih dan bersih, merbahaya diminum. Begitulah ilmu dunia kalau dia tidak diproses dengan ilmu wahyu ilmu dunia itu tidak akan terlepas daripada kesalahan dan kesilapan, amat merbahaya kepada akidah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

Menjaga dan mengurus harimau, ular dan perkara atau makhluk yang merbahaya lebih selamat daripada menjaga dan mengurus dunia. Kerana orang sedar makhluk-makhluk tadi merbahaya, orang sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak memudaratkannya tapi dunia hati manusia cenderung, mata senang melihat, nafsu suka dan kebanyakan manusia tidak terfikir merbahaya akibatnya dunia merosakkannya

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

Janganlah kita berbangga kalau kita boleh tundukkan manusia dengan kuasa dan senjata serta ugutan penjara sedangkan jiwa mereka tidak dapat ditundukkan. Ia biasa berlaku di dalam sejarah kepada penguasa-penguasa dan penjajah dunia, bukanlah perkara luarbiasa, tapi yang luarbiasa itu orang ramai boleh tunduk pada seseorang itu kerana wibawa dan akhlaknya, sekalipun tidak ada kuasa dan tentera di tangannya.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

.Apabila Allah membantu usaha-usaha hamba-Nya yang mukmin dengan keredhaan-Nya, sama ada di sudut ekonomi, pembangunan, ketenteraan dan lain-lain kerana ketaqwaan hamba-hamba-Nya, terutama pemimpin, di samping mendapat kejayaan dan pahala, ia berlaku sekali dengan sifat-sifat terpuji seperti merendah diri di dalam kejayaan, timbul perpaduan, keharmonian, pemurah, bertimbang rasa, bertolak ansur, jujur, taat, setia, sabar, redha, adil, terlalu sedikit maksiat, masyarakat bersih daripada gejala-gejala tidak sihat. Tapi apabila usaha-usaha kita berjaya dengan kemurkaan (dengan istidraj) justeru di dalam kita membangun masa yang sama kita derhaka kepada-Nya akan berlaku side effect dari kemajuan itu iaitu lahir orang-orang yang jahat, timbul kerosakan akhlak, terjadi perpecahan, perbalahan, perpaduan punah, disiplin hidup tiada, berfoya-foya, pergaulan bebas, menjadi-jadi zina, dadah, masyarakat huru-hara, hidup di dalam kebimbangan dan ketakutan. Kemajuan yang pesat hanya boleh dimegah-megah dan dibangga-bangga sahaja, namun hidup terseksa. Di sinilah perlunya keredhaan dan berkat dari Allah di dalam semua usaha kita.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

Setiap nikmat yang kita terima hendaklah kita merasakan kita tidak layak menerimanya, hingga merasa malu memilikinya, tapi sudah anugerah Tuhan kenalah terima, kemudian gunakanlah kepada yang diredhai-Nya, dengan itu kita akan terselamat dari berbangga, terselamat dari kedekut, tamak dan mudah dikorbankan kepada kebajikan.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


madah  

Kalau di dalam menegakkan kebenaran kita ditimpa kesusahan serta terpaksa meninggalkan kampung halaman, tirulah Rasulullah SAW di dalam kesabaran, kalau kita terpaksa mengembara dan berkelana, ikutilah jejak Nabi Allah Musa a.s, kalau kita dikurung dengan ketakutan, tirulah Nabi Allah Yunus a.s, kalau kita diseksa dan diancam, buatlah seperti Nabi Allah Ibrahim a.s, kalau kita diberi nikmat dan kemewahan, jadikanlah Nabi Allah Sulaiman a.s sebagai teladan, begitulah seterusnya pada para-para Rasul a.s itu ada tauladan dan pengajaran. Sepatutnya orang Islam tidak buntu bila berhadapan dengan cabaran.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


...  

..Bersabarlah agar kita mendapat pahala tanpa hisab. Redhalah dengan ketentuan Tuhan, selain pahala, hati tenang. Bertawakkallah kepada-Nya, selain pahala agar kita tidak jahat sangka dengan Allah. Dengan nikmat bersyukurlah, agar Allah tambah lagi nikmat itu. Berpuas hatilah dengan apa yang ada, agar hati tidak susah dengan perkara yang tiada.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


BERADAB DENGAN TUHAN  


Orang Mukmin kenalah beradab dengan Tuhan

Janganlah dia kurang ajar dengan Tuhan secara sedar atau tidak

Kerana syirik itu mudah sahaja terdedah kepada umat

Oleh itu berhati-hatilah berkeyakinan dan berperasaan dengan Tuhan

Jangan sampai syirik, syirik adalah dosa besar

Jangan ada orang Islam hatinya berkata:

Kalau aku tidak belajar aku tidak boleh cari makan

Rasa hati seperti ini kurang ajar dengan Tuhan

Belajar adalah satu kewajipan, jangan sandarkan dengan cari makan

Kalau aku berjuang kerana Tuhan nanti susah cari makan

Seolah-olah menuduh Tuhan, kalau berjuang Tuhan tidak beri makan

Ini termasuk kurang ajar dengan Tuhan

Berjuang adalah syariat Tuhan

Syariat kenalah ditegakkan

Mengapa dikaitkan bila berjuang ditakuti Tuhan tidak beri makan?

Padahal ramai orang tidak berjuang susah cari makan

Ramai juga orang yang memperjuangkan Tuhan senang cari makan

Begitulah juga jangan hati berkata lebih-lebih lagi lidah berkata

Mujurlah aku dapat bekerja dengan kerajaan, kalau tidak apa aku hendak makan?

Ini dia telah menuduh Tuhan bahawa kerajaan lebih mampu memberi makan

daripada Tuhan

Ini adalah aqidah yang sudah terlalu rosaknya

Orang macam ini sembahyang pun tidak ada erti apa-apa

Sembahyang adalah syariat, keyakinan tadi adalah aqidah

Mengapa orang yang bersyariat tidak beraqidah?

Aqidah lebih besar dari syariat

Aqidah rosak otomatik syariat tertolak

Kalau aqidah tidak rosak syariat tidak semestinya rosak

Aqidah rosak ertinya dia telah merobek-robek Tuhan

Syariat rosak baru merobek-robek ajaran Tuhan

Ramai zaman sekarang orang bersyariat aqidahnya rosak

Kalau aqidah sudah rosak sembahyang, ibadah tidak ada nilai lagi di sisi Tuhan

Orang yang beribadah terjun ke Neraka Tuhan

Harap diambil perhatian

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


.....  

ya Allah.. pemudahkan segala urusanku..
kurniakanku sifat2 taqwa..
buanglah segala hijab2 mazmumah dalam diriku..
sejahterakanlah orang yang telah banyak berjasa kepadaku...
berilah mereka iman, berikan aku iman,
jadikanlah masyarakat ini berkasih sayang untuk redhamu....
percepatkanah janjimu untuk umat akhir zaman...
datangkanlah pembela yang dijanjikan dengan segera...
dunia semakin musnah...
keganasan bermaharajalela...
selamatkanlah semua rakan2ku, selamatkanlah diriku...ameen

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


YA RASULULLAH....SUNGGUH BESAR JASAMU  

Rasulullah SAW pencetus Masyarakat Madani....
Segala puja dan puji dipanjatkan kepada Tuhan seru sekalian alam yang mengasihi hambahamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, nabi yang sangat banyak berkorban demi keselamatan umatnya.

Pada 12 Rabiul Awal 1430H kita menyambut hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW. Hari tersebut adalah amat bermakna bagi umat Islam seluruh dunia amnya Kelahiran seorang rasul, utusan Tuhan untuk manusia sungguh besar ertinya. la bererti lahirnya seorang penyelamat, pemimpin, pembela, penunjuk jalan yang lurus, penghubung antara manusia dengan Tuhannya dan bagaimana berhubung sesama manusia.

Beliaulah sumber ilmu, sumber kebahagiaan, sumber kasih sayang, sumber ketenangan, sumber perpaduan, menyempurnakan kehidupan manusia dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanya dan negara yang jauh, yang kekal abadi yakni Akhirat. Begitu penting kehadiran seorang rasul di mana kedatangan nya membawa rahmat bukan sahaja kepada manusia bahkan seluruh alam dapat merasa rahmatnya dan nikmatnya.

Kedatangan Rasul ke dunia membawa ajaran yang dapat memenuhi keperluan manusia dan menghindari daripada perkara-perkara yang tidak diingini oleh manusia sejagat. Datangnya Rasulullah SAW membawa keadilan, mengembalikan kasih sayang yang telah hilang, menghilangkan ketakutan, kegelapan dan kezaliman sesuai dengan keperluan semua manusia. Kerana itulah kedatangannya dikatakan membawa rahmat ke seluruh alam. Begitulah besarnya erti seorang rasul kepada umat manusia.

Sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana Rasulullah telah berjaya memimpin dan mendidik kaum Arab Badwi yang tidak tahu membaca dan menulis, hanya dalam masa 23 tahun telah terbina satu empayar Islam yang hebat dan agung. Sejarah gemilang lagi cemerlang ini memperlihatkan kepada kita kejayaan Rasulullah dan para Sahabat mencetus sebuah masyarakat madani, hingga berjaya menawan Rom dan Farsi, lalu tertegaklah di tangan mereka tamadun roh dan material.

Apakah rahsia kejayaan mereka? Apakah faktor yang menyebabkan mereka mendapat bantuan-bantuan luar biasa dari Tuhan? Rasulullah menumpukan 13 tahun yang pertama dengan memperkenalkan Tuhan. Walaupun Tuhan yang hendak diperkenalkan itu adalah satu, manakala syariat Tuhan adalah beribu, tapi tumpuan utama Rasulullah adalah memperkenalkan dan memperjuangkan Tuhan hingga manusia cinta dan takut padanya . Apabila dua rasa ini telah disemai maka barulah syariat Tuhan diperkenalkan.

Hasil daripada dua rasa inilah yang menjadi pemangkin utama serta rahsia kejayaan mereka. Rasulullah telah memperkenalkan bahawa dengan kasih sayang Tuhan, umat Islam telah dihadiahkan Tuhan satu jalan rahsia untuk memperolehi kejayaan yang mana jalan ini tidak akan dapat ditempuh oleh orang-orang kafir. Itulah dia jalan taqwa.

Mengusahakan kekuatan roh melalui jalan taqwa ini menjanjikan kekuatan 90 peratus kali ganda daripada jalan usaha lahir. Seorang bagaikan 10 orang, sehari bersamaan 10 hari dan seringgit menyamai 10 ringgit. Kejayaan secara taqwa ini tidak boleh dikongsi oleh orang kafir. Ia bermula dengan menanamkan cinta dan takutkan Tuhan, merintih terhadap dosa, usaha menebus setiap dosa, bermunajat di malam hari, bersedekah di siangnya, menjalin ukhwah sesama sendiri adalah antara syarat-syarat yang perlu ditempuhi untuk melayakkan seseorang itu dibantu di atas jalan ini.

Tetapi hari ini jalan ini sudah dilupakan. Kita masih cenderung untuk menempuh hanya jalan biasa dengan mengusahakan quwwah, sedangkan jika ada kejayaan pun yang diperolehi melalui jalan ini, ia hanyalah 10 peratus dan terpaksa pula berkongsi dengan orang kafir.

Untuk para pejuang hari ini, Rasulullah telah meninggalkan pusaka yang cukup mahal kepada kita iaitu iman dan taqwa serta jalan untuk memperolehinya, bagi melayakkan untuk mendapat bantuan dari Tuhan. Orang-orang yang memperjuangkan kebenaran layak mendapat bantuan yang merupakan kekuatan dari Tuhan. Bertepatan dengan firman Tuhan yang bermaksud: "Di atas Kami (Tuhan) untuk membantu orang Mukmin."

Menegakkan kebenaran itu sendiri adalah satu kekuatan apabila berjaya memperolehi bantuan Tuhan. Kita berdoa moga-moga dunia sedang menuju ke arah itu di bawah pimpinan wakil Tuhan yang dijanjikan, yang membawa rahmat ke seluruh alam. Ya Allah, rahmat-Mu dan nikmat-Mu yang kami harap! Kami setia menunggu kerana janji Tuhan itu pasti!

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Mari mengenal Nabi Kita....secara ringkas..(",)  

Salam buatmu Ya Rasulullah… ini yang mampu aku coretkan sempena hari kelahiranmu… Hasil karangan Sohibuzzaman... Semoga ada kebaikannya buat semua umatMu yang membacanya… Moga Tuhan campakkan rasa kasih dan cinta mereka kepadaMu, Wahai Saiyidul Anbiya...
Bismillahirrahmanirrahim…
Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?!
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi, dan rohaninya...
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya peribadi Nabimu, pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya engkau akan terasa terhutang budi kepadanya,
kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad nabimu SAW.
Nabimu dia seorang yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabimu sendiri.
Siapa dia yang sebenarnya?
Dia adalah Muhammad anak Abdullah. Ibunya Aminah bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Dia adalah anak yatim piatu.
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan.
Iaitu yang diberi nama NUR MUHAMMAD.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan.
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dllnnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.
Dia adalah satu-satunya nabi yang diisra’kan dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnamanya kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan.
Kerana itulah dia dipanggil habibullah oleh Allah.
Ketua bagi seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.
Orang yang memberi syafaatul kubra di akhirat.
Dan orang yang pertama masuk syurga.
Al-quran kitab yang turunkan kepadanya paling lengkap.
Merupakan mukjizat yang kekal dan paling agung. Tiada siapa dapat menirunya.
Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat.
Sekalipun dia tidak boleh menulis dan membaca.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya.
Bahkan lebih mulia daripada para malaikat.
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah.
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya.
Kerana itu dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya.
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.
Sangat kasih dan simpati kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.
Adakalanya laksana ibu dan ayah.
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia.
Adakalanya dirasakan guru.
Adakalanya bagaikan pemimpin.
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanan yang memuaskan darinya.
Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa.
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya.
Tidak sedikitpun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakannya, sekalipun berhutang dengan manusia.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.
Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan.
Satu perbuatan yang luar biasa.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::
Tidak pernah mencaci, menghina, dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang.
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau iku serta.
Tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::::
Anak-anak didikannya itulah dia para sahabat.
Sehingga dia berkata: “sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk”.
“ para ulama umatku laksana para-para nabi Bani Israil”.
Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilempar dengan najis, dibaling dengan batu hingga bedarah.
Dibuang daerah selama 3 tahun.di kepung hendak dibunuh., berhijrah meninggalkan tanahair dan mendapat pelbagai kesusahan dan penderitaan.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Kemuliannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah.
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya.
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah.
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi dari kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya.
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.
Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi.
Seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala.
Hinggakan makanan yang berlebih tidak di simpan di malamnya.
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan.
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::
Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara.
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinannya sangat berjaya.
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatatkan dalam sejarah.
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Alah Taala.
Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka.
Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa, dan berlainan warna kulit, baasa dan budaya.
Bahkan dapat menanam kasih sayang satu sama lain dikalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih dari noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.
Itulah dia Muhammad SAW.
Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa.
Yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::
Baru sedikit sahaja kita ceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini boleh kita lupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada semua manusia?
Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pimimpin-pemimpin lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih::::::::::::::::
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita.
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Keindahan Bersamamu...  

3 hari 2 malam di HUSM menggamit perasaanku..
malam pertama berada di sana, aku dan 5 org shbt2 dikumpulkan untuk mendengar taklimat. ketika itu aku masih menghabiskan assgmt diriku yg byk tertangguh pd hari itu. ampunkan aku Ya Allah, maafkan aku Ya Rasulullah... lemahnya diri ini...

ketika memberi tumpuan pada taklimat fesi itu, aku di kejutkan dgn sapaan Baba yg dirindui.. aku mendakap Baba lama... terasa kerinduan yg mendalam meresap kedalam sanubariku.. sudah hampir sebulan tidak ketemu.. Tuhan pertemukan kembali pada malam itu.. Baba turut bersama kami pada malam itu.. terasa mesra angin membisik kerinduan di telingaku ketika berbicara dgn insan ini... dari jauh nampak terserlah wibawanya... smoga Allah terus memayungi Baba dengan payung rahmatNya dan di tempatkan bersama org2 bertaqwa. Ameen..

sepanjang program KBM aku banyak memperoleh pengalaman baru... bersama akhi Bai(hafiz) yg byk menimba pengalaman dan kreatif mempratikkannya. sungguh aku rasakan keindahan itu.. akhi Farid jua tidak kurang hebatnya.. semoga usaha kalian diredhai Allah..

aku amat terkesan dengan slot ibu bapa dan slot menikmati angin malam.... trima kasih Tuhan kerana mendatangkan org2 begini untuk memberi kesedaran kpdku, Mereka adalah penyambung lidah nabi.. lkhlaskan hati mereka.. ikhlaskan hatiku jua.. syaitan selalu mengganguku.. jgn biarkan aku keseorangan.. berkatilah hidupku, dan berkati jua hidup mereka yg telah banyak berjasa padaku..

selepas slot menikmati angin malam, kami ber-6 ke rumah Abu Uwais. dijemput.. walaupun kami keberatan mengganggu tidur Abu Uwais, tapi demi cinta kami pada beliau, kami bermalam di sana.. sudah lewat malam itu.. selepas berwuduk aku terus merebahkan badan.. agak letih.. sambil itu aku cuba menghabiskan assignment diriku yg tertangguh.. tidak berjaya jua..huhu.. lemahnya diri ini..

alarm berbunyi detik jam 5.00 pagi... demi matahari.. aku terjaga, aku tutup alarm 2 n tidur kembali.. YA Allah.. adakah aku tidak di jemput untuk bertahajud malam itu??..

jam 5.30 pagi, aku dikejutkan oleh Abu Uwais yg berdiri di kakiku.. Ya Allah, beliau sudah lama engkau jemput untuk bertawajuh dan berkasih2 dgnmu, mengungkap rasa cinta di hadapanmu, tapi aku... baru terjaga.. terima kasih Abu Uwais.. Tuhan telah menggerakkan hatimu untuk mengejutkanku dari lena.. tanda ksih sayangmu pada anak2 mu ini... segera aku bersiap2... kemudian brgerak ke masjid menunaikan solat subuh...

over all.. program KBM kali ini menambah rasa ukhuwah ana sesama insan yg baru dan yg telah lama ana kenal. Itulah rasa yg jarang ada bagi org yg memilih jalan kesesatan.. Terima Kasih Ya Allah kerana memanduku di atas jalan ini... Ikhlaskan hatiku, ikhlaskan hati2 org yg bersamaku... Esok hari keputeraan baginda Rasulullah SAW.. Aku belum pun merinduinya, belum jatuh cinta padanya.. terasa jauh dgnnya... Wahai Rasulullah.. hadirlah dalam hatiku, dalam hidupku... ya Rasulullah... Ya Allah selamat sejahterakan Rasulullah, ahli keluarga yg suci serta para sahabatnya yg baik..

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


snipp'  

salam buat semua...

firstly, ana nak ucap tahniah pada semua yg terlibat secara langsung dan x langsung sebelum, semasa dan selepas Liga Badminton Tertutup KRM. Allah kurniakan kalian bakat untuk mengendalikan program itu dgn jayanya=) syukurlah padanya...

kepada peserta yg mendapat Johan, naib Johan dan ketiga bagi ketegori ikhwah dan akhowat, syabas di atas usaha anda. sbnrnya, x sgka korg boleh menang,hehe... tapi, ana harap semua peserta dapat tingkatkan usaha untuk Liga yang akan datang!(",)

di sinilh antum dan antunna belajar untuk menerima pasangan regu yg telah di tetapkan. Ada setengah yg terror main, ada pula yg kurang mahir memukul shuttle, ada yg pukul x kena, ada yg x sempat kejar shuttle, ada juga yg pukul ke court sebelah dan pelbagai aksi dan telatah yg mencuit hati ana ketika dan semasa liga ini berlangsung. Bagi ana, di situlah bersemi ukhuwah, di situ bermula silaturrahaim. yg x pernah kenal dh boleh bertegur sapa. yg x pernah pegang raket badminton dah ada keyakinan untuk bermain. yg dah pandai main pula selalu ajak kawan2 turun maen badminton sama2... Dulu kenal cm2 je, tapi sekarang sudah seperti kawan lama. bergaul, bermesra dan bersilaturrahim dengan penuh mawaddah. ana harap akan lahirnya ukhuwafillah sesama antum n antunna semua. di bawah payung syariat..

kepada KRM semester 1... ana harap kalian semua terus maju menapak di barisan pertama perjuangan. Terus bergelanggang dalam usrah untuk melahirkan keimanan dan kuat keyakinan kepada Islam, addeenul haq. terus berprogram untuk melahirkan kesefahaman dan seterusnya mewujudkan keselarasan dalam perjuangan. yg pentiing, biarlah matlamat perjuangan kalian jelas. Agama Allah memerlukan org2 macam kalian. Kalianlah yg akan memulakan semua ini. Biar semua orang tahu indahnya islam. Indahnya hidup bertuhan..

ucapan terima kasih kepada Lujnah maklumat dan multimedia kerana telah berjaya menerbitkan risalah KRM untuk bulan JAn n Feb. Semoga Allah merahmati kalian selamanya. Terima kasih jua buat Pensyarah Pembimbing, Ustaz Zawawi yang telah menyemak dan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak2 buah KRM. tidak di lupa Encik Harun dan abe Zahid sdn. bhd. yg telah bertungkus lumus 'merezo' risalah KRM. semoga Allah meredhai usaha kalian.

Buat tatapan semua pelajar, sesungguhnya hari ulang tahun keputraan yg di rindui selamanya, Nabi Muhammad yg terpilih, saiyidul anbiya... ana mahu ajukan 1 soalan..
selama kita hidup ini, di beri nikmat oleh Allah sampai ke hari ini, dengan keadaan sempurna sejak lahir, tidak ada cacat anggota, boleh bergerak ke mana sahaja, malah semua anggota bdn boleh kita arahkan untuk apa sahaja.... dalam nikmat Allah yg byk2 tue, nikmat mana yg kita dustakan? ada tak??
yg mana yg dah kita syukuri pula? bulu mata kita nie Tuhan wujudkan sepaya kita boleh tutup mata, habuk pun susah nak masuk.. tapi ada x kita ucap terima kasih pada Tuhan untuk sehelai bulu mata kita.. ana tanye sehelai je. bukan semua bulu mata... itu baru bulu mata, blom lagi nikmat kuku, jari, kulit, kaki, rambut, siku, lutut, buku lali, jantung, urat saraf, paru-paru, dan semua sekali nikmat yg ada pada jasad lahir kita nie...ada x ucapkan terima kasih.. kalo la ade pun, cuba sukat banyak mane kita syukur dibandingkn dgn nikmat tubuh badan yg tuhan bagi nie...
ermmm, tue baru nikmat anggota... yg len plk cmne??
nikmat dpt buang air?? x kire la besar ke kecil ke...haaa.. tuekn satu nikmat.. ade org x dpt buang air tau. pening kepala di buatnyer... puas makan tue, makan nie nk kasi mudah buang air. tapi x dpt2 juga...so, syukur x kita dpt buang air???

hmmm, kita ada mak ayah... itukan satu nikmat dalam kehidupan. prnh kita syukur x nkmt ade parent nie??? xkn dah pergi baru nk rase kehilangan kot?? so, jadikanlah saat2 nie untuk mensyukuri nikmat mak n ayah. esok belum tentu kita atau org yg kita sayang itu di bangkitkan dari tidur. malam nie, lafazkanlah sesuatu buat mereka.. berazamlah untuk berbkti kepada mereka jika masih dibgkitkan pada esk hari.. jgn simpan semua itu sebab malu.. malu dgn parent sendiri... nnti menyesal...

ermmm. itu nikmat2 yg kita selalu amek beratkan!! kan.kan!!! tapi ada nikmat yg lebih besar yg kita lupakan... ape 2???
sedar x? atau x sedar2 lagi... kalo sedar pun, macam x sedar jer.. atau pura2 x sedar... atau hati telah buta... atau telinga sudah tidak mendengar... mata dh xle melihat..
nikmat yg paling besar adalah nikmat IMAN dan ISLAM...pernah syukuri x??btolker pernah nie? ye ker pernah...?? mane buktinyer???

jap2... sabar dulu...jgn marah.. tanyer jer... emm, kalau betul la pernah, nk tnyer 'sejauh mana dah Islam kita'? adakah setakat pakai kopiah pergi masjid jer, itu kite kata kite dh cukup Islam? dah cukup mensyukuri nikmat Allah? dah di kira kita pejuang agama?

"semBahyang aku cukup!!! x pernah miss tau!"

adakah sekadar smbhyg cukup dh dikira mensyukuri nikmat iman n islam?
(kira ok la smyg daripada org yg x smbhyg tue, huhu,,na'uzubillah)

ok.. kita memang sembahyangkn.. tapi hati kita tidak turut bersembahyang... di waktu jasad kita sujud kepada Allah, hati kita x sujud sama... malah masa sujud tue la kita berniaga, bersukan, berurusan dengan bos di pejabat, menyusun jadual waktu, cari henset, cari kunci dlln... semua 2 boleh berlaku dalam sujud.. percaya x? hati x ade lgsung contact dgn tuhan padahal kta maklum ketika sujud 2 la waktu di mana kita paling rapat dengan Tuhan. tapi x berlaku demikian... kalau waktu sujud pun dah lalai, apatah lagi la pada rukun2 yg lain..huhu.. cmne la pandangan Tuhan pada kita waktu kita bersembahyg. Lahir nampak taat, tapi hati derhaka... cmne 2? Tuhan terima x sembahyang 2??
cuba bayang jasad yg tiada nyawa..org akn panggil 'bangkai'.. atau 'mayat'... btol x?
kalau sembahyang yg tiada roh, serupa la... seolah2 kita nie bangkai la.. sembahyang bangkai... bangkai mana ada nilai... nazubillah... itu kalau kita sembahyang. kalau tinggalkan sembahyang, lagi2 la jauh sesat, malah nabi ada bersabda kalau siapa tinggal smbhyg dgn sengaja, kafir dia secara nyata...kalau dh kafir, cmfirm la nraka.. nauzubillah... minta jauh Ya Allah...

So, sejauh mane dah Islam kita? apa pula pandangan Rasulullah kepada kita? takut2 Rasulullah x mengaku kita umatnyer...

so, sempena Maulid Nabi nie,, marilah kita banyk minta pada Allah supaya kita diberi faham tntg Islam.. di beri keindahan iman itu, halawatul iman... Mari kita kenal Rasulullah, junjungan besar kita. siapa Rasulullah itu? kita kena kenal2 betul2! so bacalah sirah nabi.. kembalilah kepada sirah nabi.. di situ soalan kita akan banyak terjawab.. sirah nabi telah menceritakan segal2nya.. cuma kita amek x tahu, amek x kisah, pura2 tahu,nampak macam tahu tapi sbnrnya x tahu.. mcm saya la..byk sgt kurg... huhu..

ana doakan semua insan yg melayari blog ini, agar di beri kefahaman yg mendalam ketika membaca sirah Rasulullah... kenallah sirah Rasulullah ,nescaya kita kenal pemimpin agung kita itu.. salam buatmu ya Rasulullah... semoga dapat bertemu dgnMu!

sekian, wassalam




Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Adakah Syariat itu Penyelamat Manusia?  

Apa yang kita lihat, di mana sahaja berlaku krisis dan pergaduhan antara orang Islam dan orang bukan Islam, orang Islamnya jelas tidak mengamalkan syariat. Syariat mereka longgar. Malahan ramai yang langsung telah meninggalkan syariat.

Di kalangan orang agamanya pula seperti imam-imam, tok-tok guru dan pemimpin-pemimpin agama,cepat melenting dan marah. Mereka bertindak bukan atas dasar iman dan ilmu tetapi atas dasar perasaan, emosi dan semangat. Mereka lebih cenderung menghukum dan membalas dendam dari mendidik dan menyelamatkan akidah dan jiwa manusia. Disebabkan itu, mereka menjadi tidak berdisiplin, jahat dan liar. Mereka tidak tahu berkasih-sayang, tidak tahu bertolak-ansur dan berlapang dada. Tidak hairanlah mengapa pergaduhan, krisis dan pembunuhan mudah berlaku.

Sebenarnya, yang tidak sama di antara orang Islam dan orang bukan Islam itu hanyalah tentang akidah sahaja.Di dalam Islam, tidak ada paksaan di dalam soal akidah. Islam tidak ada memaksa sesiapa pun yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Soal akidah soal dalaman. la tidak menyentuh orang lain. Selain daripada itu, tuntutan syariat Islam sama ada syariat lahir mahupun syariat batin, merupakan keperluan bersama tidak kira bagi orang Islam mahupun yang bukan Islam. Ini kerana syariat Islam itu menyentuh soal kehidupan dan sesuai dengan fitrah manusia. Malahan ia memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia. Kerana fitrah semula jadi manusia itu sama tidak kira apa keturunan dan agamanya.

Oleh itu, kalau umat Islam betul-betul mengamalkan syariat, semua manusia pasti akan suka dan pasti akan senang hati kecuali kalau mereka itu kafir harbi yang sentiasa memusuhi dan hendak merosakkan umat Islam atau kalau fitrah mereka sudah rosak. Orang yang sudah rosak fitrahnya tidak boleh diambil kira sebab penilaiannya adalah semata-mata mengikut nafsu. Dia suka apa yang orang benci dan dia benci apa yang orang suka.

oleh itu, tidak ada salahnya jika Islam dijadikan asas dalam sesebuah negara itu walaupun terdapat perbezaan agama kerana kebaikan yang timbul hasil daripada mengamalkan syariat Islam akan dirasa bersama oleh semua manusia dalam masyarakat sama ada yang Islam mahupun yang bukan Islam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


TIADA MANUSIA YANG MAMPU HIDUP BERSENDIRIAN  


Manusia adalah makhluk yang bermasyarakat. Itu adalah sifat yang Tuhan telah tetapkan bagi manusia. Telah menjadi fitrah semulajadi setiap manusia, tidak kira apa kaum dan bangsa, bahawa manusia itu suka dan perlu bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu sama lain. Di antara sebabnya banyak yang bersangkut-paut dengan ekonomi dan keperluan hidup seperti berikut:

1. Manusia hendak mendapat keperluan hidup, paling tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal, tidak mungkin dapat diusahakan sendirian, kecuali ada bantuan dari orang lain sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

2. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam atau kematian. Oleh yang demikian, untuk mendapat bantuan dan menyelesaikan masalah itu, tidak mungkin boleh dibuat tanpa bantuan orang lain.

3. Fitrah semulajadi manusia ingin membangun dan maju. Maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan dan di antara pengusaha dan pengguna.

4. Tabiat semulajadi manusia juga inginkan ilmu dan kemahiran. Maka timbullah keperluan mencari guru. Orangorang yang mempunyai ilmu pula ingin memperpanjangkan ilmunya. Maka timbullah perlu-memerlukan di antara orang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu. Jelas dan nyata bahawa manusia itu, di dalam mengendalikan kehidupannya, sangat memerlukan satu sama lain, perlu sandar-menyandar, bertolong bantu dan bekerjasama. Kalau tidak, manusia tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak mendorong, keadaan atau realiti hidup yang sebenar akan memaksanya bersandar dan perlu-memerlu antara satu sama lain. Manusia yang suka bermasyarakat, kena bermasyarakat. Manusia yang tidak suka bermasyarakat pun kena juga bermasyarakat. Tidak ada manusia yang dapat lari dari hakikat ini.

Manusia mempunyai berbagai-bagai keperluan. Manusia tidak mampu memenuhi kesemua kehendak dan keperluannya sendiri. Ada keperluan kita yang dipenuhi oleh orang lain. Ada pula keperluan orang lain yang kita penuhkan. Keperluan manusia berbagai-bagai. Ada yang bersifat batiniah atau rohaniah dan ada yang bersifat lahiriah. Keperluan rohaniah manusia termasuklah beragama, didikan, pimpinan, ibadah, kasih sayang, beriman, hidup ‘bertuhan’ dan sebagainya. Keperluan lahiriah manusia pula merangkumi segala keperluan hidup sama ada yang berbentuk barangan ataupun khidmat. Ia melibatkan perkara-perkara yang bersifat material. Ini sangat luas skopnya. Di dalam masyarakat, kita cuba penuhkan keperluan hidup orang lain dan orang lain pula cuba penuhkan keperluan hidup kita.

Di atas kegiatan inilah tertegaknya ekonomi.Kegiatan ekonomi berlaku di semua peringkat. Di peringkat individu, keluarga, kampung, jemaah atau kumpulan, daerah, negeri, negara dan seterusnya di peringkat antarabangsa. Hanya bentuk, sifat dan besar kecilnya berbeza. Selagi ada manusia, selagi itulah ada keperluan hidup. Selagi ada keperluan hidup, selagi itulah kita boleh dan kita dituntut untuk berekonomi. Ekonomi adalah nadi kehidupan lahiriah manusia dan sesebuah masyarakat. Tanpa ekonomi, kehidupan lahiriah sesuatu masyarakat akan jadi beku dan tidak dinamik. Kehidupan lahiriah manusia akan jadi malap dan statik. Tuntutan lahiriah manusia juga tidak akan dapat disempurnakan. Hidup masyarakat akan jadi pincang kerana manusia itu ada keperluan lahirnya dan ada keperluan batinnya. Keperluan batiniah atau rohaniah manusia seperti yang disebut di atas tidak boleh dijadikan kegiatan atau sumber ekonomi. Ia adalah tanggungjawab manusia terhadap manusia lain. Manusia tidak boleh menagih untung atau berniaga di atas keperluan rohaniah manusia lain. Ini terkeluar dari bidang dan skop ekonomi. Di dalam semua interaksi antara manusia, manusia paling banyak berinteraksi dalam bidang ekonomi. Ini kerana aktiviti ekonomi tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Bahkan ekonomi adalah sebahagian dari kehidupan. Keperluan lahiriah manusia kebanyakannya terdiri dari barangan dan khidmat yang terhasil dari kegiatan ekonomi.

Masyarakat madani atau dinamakan juga masyarakat hadhari adalah idaman semua manusia di dunia. Tetapi tidak semua bangsa mampu atau layak mencapainya. Ia adalah kurniaan Tuhan setelah semua tuntutan Tuhan lahir dan batin disempurnakan. Masyarakat madani atau hadhari ialah masyarakat Islam yang maju atau bertamadun. Ia maju kerana rohani ahli-ahlinyadapat dibangunkan dan dimajukan berpaksikan iman atau aqidah. Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macam ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Akal itu pula dipenuhi dengan berbagai-bagai pengalaman. Jiwanya dibangunkan dengan rasa tauhid dan rasa bertuhan. Dihiasi hatinya dengan sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal, lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah, zuhud dan sebagainya. Nafsunya dapat dibersihkan daripada nafsu amarah (yang sangat mendorong kepada kejahatan). Dinaikkan kepada peringkat lawamah, seterusnya kepada mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah. Paling tidak, nafsunya dapat dibangunkan hingga ke peringkat mulhamah. Peringkat ini sudah sampai ke kawasan selamat. Lebih dari itu merupakan subsidi dari Tuhan. Kemudian, fizikalnya dapat dibangunkan berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman. Segala keperluan hidup di dunia yang bersifat material dapat dibangunkan termasuklah keperluan makan minum yang sebaik mungkin, tempat tinggal, tempat kerja seperti pejabat, industri dan lain-lain yang secanggih mungkin. Dapat dibangunkan prasarana seperti jalan raya yang baik, kenderaan yang canggih dan alat-alat senjata yang canggih untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dari serangan musuh. Dalam sebuah masyarakat yang madani atau hadhari, hidup indah, selesa dan menyenangkan kerana di dalamnya terbina dua tuntutan manusia iaitu tuntutan rohaniah dan tuntutan lahiriah. Di sudut rohaniah berlaku ukhwah dan kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, bersatu padu, bertolak ansur, maaf bermaafan, doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah, berdisiplin dan bersih daripada dosa dan noda. Di sudut lahiriahnya pula, di antaranya hidup aman dan makmur, maju, membangun, terdapat kemudahan dalamserba-serbi termasuk makan minum yang cukup, pakaian serba ada, tempat tinggal yang selesa dan perhubungan yang mudah. Wujud perniagaan dan industri, pertanian dan pendidikan. Semua orang ada kerja, tidak ada yang menganggur dan ahli masyarakat mudah mencari rezeki. Kebanyakan dari keperluan-keperluan lahiriah ini dicapai dan diperolehi melalui kegiatan ekonomi.

Sesebuah masyarakat Islam perlu maju dan membangun supaya ia jadi kuat secara lahirnya. Untuk mencapai kekuatan lahir ini bukan mudah. Ia tidak datang menggolek. Ia mesti diusahakan. Tidak seperti yang difahamkan oleh kebanyakan orang, usaha untuk mendapatkan kekuatan lahir tidak bermula dengan usaha lahir. Kekuatan lahir bermula dan bertitik tolak dari mencapai kekuatan rohani. Kekuatan umat Islam sama ada di peringkat jemaah, masyarakat atau negara, bukan terletak kepada ramai atau banyak bilangannya, kepada kepandaiannya, kepada kemajuannya, kepada kekayaannya dan lain-lain lagi. Ini semua adalah kekuatan- kekuatan tambahan yang tidak ada nilai apa-apa kalau tidak ada kekuatan-kekuatan yang asas.

Malahan tanpa kekuatan-kekuatan yang asas, semua kekuatan tambahan ini bukan sahaja tidak ada apa-apa makna, bahkan ia akan menjadi punca pecah-belah, rebut-merebut, perbalahan, perkelahian dan krisis. Lagi besar dan hebat kekuatan- kekuatan tambahan ini, lagi cepat masyarakat Islam akan runtuh. Ia ibarat membina rumah di atas tanah lumpur. Tidak ada tapak atau foundation yang kuat dan kukuh. Lagi besar rumah dibina, lagi cepat dan lagi dalam ia akan tenggelam.

Tanpa kekuatan-kekuatan yang asas, umat Islam akan berpecah- belah seperti firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kamu lihat mereka itu bersatu padu, tetapi hati mereka berpecah belah.” (Al Hasyr: 14)

Tanpa kekuatan-kekuatan yang asas, umat Islam akan lemah walaupun mereka ramai seperti sebuah Hadis yang bermaksud:

Sabda Rasulullah SAW: “ Akan tiba masanya bahawa kamu akan diserbu oleh bangsa-bangsa lain (musuh) sebagaimana orang menghadapi makanan dalam hidangan.”
Seorang Sahabat bertanya: “ Adakah ketika itu jumlah kami sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Bahkan jumlah kamu di waktu itu ramai tetapi kamu tak ubah seperti buih di laut.”

Tanpa kekuatan-kekuatan yang asas juga, musuh tidak akan takut dan gerun terhadap umat Islam seperti sabda Rasulullah SAW dalam sebuah Hadis yang bermaksud:

Sabda Rasulullah SAW: “Allah akan mencabut rasa ketakutan dari hati musuh-musuh kamu dan sebaliknya Allah akan masukkan ke dalam hati-hati kamu penyakit ‘al wahan’.”

Seorang Sahabat bertanya: “Apakah penyakit ‘alwahan’ itu ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Iaitu cinta dunia dan takut mati.”

Tiga Kekuatan Asas Masyarakat Islam Kekuatan jemaah, masyarakat atau umat Islam terletak kepada tiga perkara asas yang terpokok iaitu:

1. Iman
2. Ukhwah
3. Kesefahaman dan keselarasan


Iman
Iman yang dimaksudkan di sini ialah iman yang sempurna yang menjurus kepada taqwa. Setidak-tidaknya di tahap iman orang soleh atau iman ‘ayan’ atau iman di hati. Tidak memadai iman yang hanya di akal. Tidak memadai hanya setakat percaya dengan rukun-rukun iman tetapi ia mesti diyakini dan dijadikan pegangan dan aqidah.

Di antara sifat-sifat orang yang mempunyai iman ‘ayan’ ini ialah hatinya sentiasa mengingati Allah, sentiasa memikirkan tentang ciptaan Allah dan sentiasa merasakan bahawa dirinya diawasi oleh Allah. Cetusan dari keadaan hati yang seperti ini, dia akan sentiasa merasa malu dengan Allah, rasa tawakal kepada Allah, rasa sabar terhadap segala ujian dan mehnah dari Allah, rasa bersyukur terhadap segala nikmat Allah, rasa cinta dan takut kepada Allah dan berbagai-bagai lagi sifat mahmudah yang lain.

Dengan iman yang di tahap ini, seseorang itu akan memperolehi kekuatan dan kemerdekaan yang luar biasa yang tidak boleh dikalahkan oleh kuasa apa pun selain Allah. Dia merasa gagah dan kuat dengan Allah. Dia berani berjuang dan berkorban kerana pergantungannya yang total kepada Allah. Dia rasa cukup dengan Allah. Allah itu modal dan asetnya yang paling besar. Kekuatan seperti ini tidak dapat dibina melalui apa cara sekalipun kecuali dengan menanam iman yang sebenarnya di dalam hati-hati umat Islam. Kalau kekuatan seperti ini dapat dicapai maka sebahagian dari kejayaan sudah diperolehi. Usaha dan perjuangan yang dibangunkan oleh umat Islam yang teguh iman mereka seperti ini akan menjadi kuat dan dibantu oleh Tuhan walaupun jumlah mereka sedikit.

Sebaliknya, usaha dan perjuangan yang dibangunkan oleh umat Islam yang lemah iman mereka akan turut menjadi lemah dan tidak dibantu Tuhan walaupun jumlah mereka ramai. Lagi ramai, lagi cepat mereka jatuh, gagal dan kecundang kerana terlalu ramai yang membuat masalah dan terlibat dengan dosa dannoda yang menjadi hijab dari bantuan Tuhan. Firman Allah SWT di dalam Al Quran:
Maksudnya: “Jika ada di kalangan kamu 20 orang yang sabar, akan dapat mengalahkan 200 orang musuh.” (Al Anfal: 65)
Maksudnya: “Allah itu pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

Ukhwah
Ukhwah dan kasih sayang sesama umat Islam tidak akan dapat dibina tanpa iman dan taqwa. Kasih sayang adalah buah dari iman. Tidak ada apa-apa erti kalau kita berslogan, berkempen dan mengajak masyarakat supaya berkasih sayang jika iman yang sebenarnya tidak ada di dalam hati. Sampai bila pun masyarakat tidak akan dapat berkasih sayang. Kasih sayang sesama manusia lebih-lebih lagi sesama umat Islam adalah cetusan dari rasa cinta kepada Tuhan. Tuhan akan campakkan ke dalam hati-hati orang yang mencintai-Nya, rasa perikemanusiaan. Dengan rasa perkemanusiaan inilah manusia akan saling mengasihi di antara satu sama lain.

Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Al Imran: 103)

Tali-tali Allah itu dimaksudkan kepada syariat Allah. Semua umat Islam mesti sama-sama menerima dan mengamalkan syariat Tuhan. Berpegang kepada tali-tali Allah juga bermaksudsama-sama merasa cinta dan takut kepada Allah. Orang-orang yang sama-sama rasa cinta dan takut pada Allah akan diikat hati-hati mereka oleh Allah dan akan mudah berkasih sayang. Hasil dari ukhwah dan kasih sayang akan timbul tolongmenolong, bantu-membantu, bela-membela, berlapang dada, bertoleransi, suka memberi maaf, suka meminta maaf, bertimbang rasa dan sebagainya. Akan timbul rasa bersama dan bekerjasama. Ini semua akan mencetuskan perpaduan dan persaudaraan. Umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu padu.

Kesefahaman dan keselarasan

Kesefahaman tidak akan timbul tanpa iman dan ukhwah. Iman dan ukhwah boleh menyuburkan kesefahaman. Umat Islam perlu bersatu fahaman dalam segala hal. Bersatu fahaman dalam aqidah. Bersatu fahaman dalam ibadah. Bersatu fahaman dalam akhlak. Bersatu fahaman dalam menetapkan siapa lawan dan siapa kawan. Bersatu fahaman dalam menerima hal-hal ijtihad dan mazhab dalam masalah-masalah furuk.

Bersatu fahaman dalam berjuang dan berkorban dengan minda yang satu dari pemimpin yang satu. Sekiranya kefahaman tidak sama dan tidak disatukan, maka pegangan akan berbeza. Kepercayaan akan berbeza. Keutamaan akan berbeza. Akhirnya tindak-tanduk juga akan berbeza. Jika kesefahaman tidak wujud di antara pemimpin dan pengikut, maka ketaatan sukar dicapai. Kalau pun nampak macam ada ketaatan, ia hanya ketaatan lahir. Hati tidak bersama. Ketaatan itu tidak total. Tanpa kesefaman, ukhwah dan perpaduan boleh menjadi rosak.

Manusia boleh terpisah ke dalam berbagai kumpulan, puak, parti atau klik mengikut fahaman mereka masing-masing. Rosak ukhwah dan perpaduan maka lemahlah masyarakat Islam. Tanpa kesefahaman, tidak akan lahir keselarasan, sama ada pada rasa, pemikiran dan tindak-tanduk. Ini boleh menyebabkan umat Islam menjadi kucar-kacir. Dalam bergerak danberjuang, ada yang hendak ke hulu, ada yang hendak ke hilir. Ada yang hendak ke darat, ada yang hendak ke baruh. Ada pula yang hendak duduk diam, tidak mahu pergi ke manamana. Tenaga umat Islam tidak dapat digemblingkan ke satu arah yang sama untuk kepentingan bersama. Seperti juga di dalam satu perahu, ada yang hendak berdayung ke hadapan. Ada yang hendak berdayung ke belakang. Ada yang tidak mahu berdayung langsung. Maka perahu akan berpusing-pusing di tempat yang sama. Kalau nasib tidak baik, ia boleh karam dan semua orang di dalamnya akan tenggelam. Ketiga-tiga kekuatan asas ini tidak timbul dengan sendiri.

Ia perlu kepada seorang pemimpin yang membawa minda dan yang mendidik masyarakat Islam ke arah itu. Pemimpin ini pula bukan calang-calang pemimpin. Dia mesti pemimpin yang berilmu, bertaqwa, berwibawa, yang manusia memberi hati padanya dan yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


7. Mekah kembali diperintah oleh Keturunan Nabi Ismail AS  

Sebelum ini Mekah diperintah oleh Kabilah Jurhum setelah mereka berkongsi telaga Zamzam dengan Siti Hajar. Selepas itu Nabi Ismail berkahwin dengan perempuan Jurhum, maka Mekah terus diperintah oleh zuriat Nabi Ismail sehinggalah datang Bani Khuzaa'h merampas Mekah dari keturunan Nabi Ismail dan Jurhum. Jurhum dihalau keluar dari Mekah. Bani Khuzaah yang dipimpin oleh A'mru bin Lahayy telah membawa agama syirik masuk ke Mekah dan akhirnya tersebar ke seluruh Jazirah Arab. Ada juga keturunan Nabi Ismail yang terus tinggal di Mekah tapi mereka tak punya kuasa dan tidak mendapat tempat lagi di Mekah. Namun keinginan mereka menguasai Mekah kembali tidak pernah padam walaupun Khuzaah telah meguasai Mekah selama 500 tahun sehingga datang Qusai bin Kilab. Qusai bin Kilab ini dari keturunan Nabi Ismail AS dari anak cucu Fihr yang digelar Quraish. Ketika itu Qusai merupakan salah seorang bangsawan Mekah. Allah telah memberi kekuatan dan kekayaan kepadanya.

Akhirnya dia berjaya mengahwini anak perempuan Hulail Ketua Mekah dan Ketua bani Khuza'ah ketika itu. Setelah Hulail mati, Qusai ingin mengembalikan Mekah kepada keturunan Nabi Ismail AS. Dengan itu dia mengistiharkan dirinya menjadi ketua Mekah. Berlaku peperangan antara Quraish yang diketuai oleh Qusai bin Kilab keturunan Nabi Ismail yang merupakan penduduk asal Mekah dan yang mewarisi telaga Zamzam dari Nabi Ismail dengan Bani Khuzaa'h yang merasa mereka juga berhak ke atas Mekah kerana Mekah telah berada dalam tangan mereka lebih dari 500 tahun. Setelah berlaku peperangan yang tak berkesudahan itu, kedua dua pihak bersetuju mencari hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan. Mereka memilih salah seorang Hukamak dan orang bijaksana dikalangan Arab untuk menjadi Hakim dalam perebutan mereka. Kedua belah pihak akan bersetuju dengan apa saja yang diputuskan oleh Hakim ini. Nama hakim ini Ya'mur bin Auf. Mereka masing-masing bersumpah dan membawa saksi bahawa mereka akan menerima apa saja keputusan Hakim ini. Ya'mur memanggil kedua belah pihak dan meminta mereka membentangkan hujah masing-masing bahawa merekalah yang berhak keatas Mekah. Bagi Qusai, Mekah ini adalah kepunyaan datuk neneknya. Nabi Ismail adalah orang pertama mendiami Mekah. Zamzam terbuka kerana Nabi Ismail. Nabi Ismail yang membina Kaabah. Khuza'ah walaupun dah memerintah lama tapi mereka adalah perampas kuasa. Sedangkan Khuza'ah ketika itu tak mempunyai hujjah yang konkrit. Ya'mur memutuskan bahawa segala-galanya dikembalikan kepada Qusai bin Kilab. Keistimewaan Siqayah, Rifadah, Hijabah, dan semuanya menjadi hak Qusai bin Kilab. Selepas itu Qusai ini memerintah Mekah dengan bijaksana dan adil. Kehidupan orang Mekah makin makmur dan orang makin sayang dengan Qusai. Qusai membina Darul Nadwah kepada orang-orang Mekah. Darul Nadwah menjadi pusat pemerintahan Mekah, tempat berbincang, tempat melaksanakan akad Nikah dan upacara-upacara social lain. Rasulullah Saw adalah dari zuriat Qusai bin Kilab ini.

Selepas kematian Qusai bin Kilab, kesemua kemulian Quraisy - Rifadah, Hijabah, Sidanah, siqayah, nadwah diwariskan kepada anak sulungnya Abdul Dar. Selepas kematian Abdul Dar perkara ini dibahagikan diantara anak anak Qusai yang lain dan anak anak Abdul Dar. Abdul Mutalib datuk Rasulullah Saw telah mewarisi Siqayah iaitu hak memberi minum kepada jemaah haji. Ketika itu Zamzam sudah tidak ada lagi, sudah hilang sejak Mekah dirampas oleh Bani Khuzaa'h, sejak Amru bin Lahayy membawa masuk agama syirik ke Mekah. Allah selamatkan zam-zam dari kedurjanaan mereka. Abdul Mutalib mengambil air dari luar Mekah untuk jemaah haji. Orang Quraish ini kerana pemurah mereka, mereka juga mencampurkan kedalam air yang disediakan itu, susu dan madu. Begitulah pemurahnya datuk nenek Rasulullah secara khusus dan bangsa Arab secara amnya ketika itu

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


snipp'  

1.00 am...3 march 2009.....

Di waktu suasana hujan begini, aku merasakan betapa kerdilnya aku di depanmu, wahai Tuhan yg maha segala2nya....

Jika saat ini nabi masih ada, sudah tentu baginda akan sujud lama kerana takut bala menimpa umatnya. Bahkan jika berlaku gerhana, baginda turut bersujud dengan lama kepada tuhan rafiqul a’la...

Tetapi umatnya kini... tidak seperti baginda, termasuk aku yg hina dina...

Saat ini.. aku merasakan beban yg amat berat berada di bahuku... usaha taqwaku banyak yg setengah jalan.. ada yg x sampai separuh punn.. aku takut ya Allah aku tidak dapat menjalankan amanahmu ini sebaik mungkin..

Anak2 buah KRMku...jauh di sudut hatiku ini, aku sangat mencintai kalian. Kalian terpilih untuk bersama-sama bergelangang dalam jalan yg Rasulullah n para sahabat serta pengikut2 mereka rintis ini... jika memilih jalan ini, sudah pasti ada ujian dan rintangan yg bakal kita hadapi.. apa tujuan Tuhan hadirkan ujian itu wahai rakan2ku, sahabat2 seperjuanganku????

Banyak sebab Tuhan datangkan... ada hikmah yg amat besar yg kita x sedar... x boleh aku coretkan di sini.. mungkin dalam usrah atau dalam perbualan sehari-hari, boleh aku selitkan jawapan berkenaan soalan ini....

Aku sangat merindui detik-detik kalian berlumba2 untuk berada di barisan hadapan perjuangan, saat manusia sedang di telan arus jahiliyyah ini.. seperti para sahabat dan salafussoleh berlumba2 untuk membenarkan janji Rasulullah. Rasulullah jua telah berjanji buat umatnya di akhir zaman dengan satu kebangkitan dari sebelah timur... xkn Rasulullah nak menyusahkan umatnya. Baginda sudah bersabda, sudah tentu akan berlaku. Bahkan, baginda telah menyatakan dalam hadis, jika tinggal 1 hari lagi nak kiamat pun, kebangkitan itu akan berlaku. Keadilan itu akan naik seperti mana kezaliman itu naik walaupun dalam masa 1 hari nak kiamat.

Umat Islam di akhir zaman sepatutnya berlumba2 untuk menjadi golongan yg disebut2kan Rasulullah itu. Kalau kita melihat senario hari ini, kebanyakan tanda2 hari kiamat dah banyak berlaku.. btol x? X bley di sangkal lagi... menurut kitab2 dari timur tengah, kebangkitan itu berlaku ketika ekonomi dunia sedang tenat..wallahualam.. macam dah terlampau dekat pula... adakah saatnya sudah terlalu hampir?

Adakah aku telah bersedia? Adakah anda semua bersedia dengan kebangkitan itu? Adakah umat Islam seluruh dunia ambil tahu tentang kebangkitan yg Rasululullah pernah sebut2kan itu?

Saat ini Yahudi sangat takut... sebab mereka mengkaji hadis nabi terutama berkenaan dengan akhir zaman. Mereka lebih faham tentang kebangkitan itu. Akibat terlalu geram, mereka lepaskan kemarahan pada umat Islam Palestin... kerana tanda2 itu telah hampir tiba.. bermakna kekalahan mereka sudah terlalu hampir... saat inilah, sebilangan manusia yg Rasulullah SAW rindu2kan itu, akan muncul. Dan mereka ini sangat di takuti oleh Yahudi... Mereka ini yg Rasulullah sebut sebagai ‘IKHWAN2nya’...

Ikhwan adalah golongan yg sedikit tetapi sangat besar di sisi Tuhan...kerana mereka sgt sensitif dengan dosa...

Ikhwan orangnya bertaqwa, dengan sebenar2 taqwa...

Mereka sangat mencintai Rasulullah walaupun x prnh jumpa Rasulullah...

Akhlak mereka macam Rasulullah...

mengamalkan sunnah Rasulullah, bagai menggenggam bara api...

Mereka seperti singa di siang hari, bagai abid di malam hari...

Mereka pilihan di atas pilihan...

Pada anak2 buah KRMku... kita jauh sekali untuk menjadi seperti ikhwan2 ini... tetapi marilah kita mengimpikan untuk menjadi seperti para ikhwan dan berusaha ke arah itu.. jangan sia2kan masa yg singkat ini...

Ukhwah yg semakin erat dapatku lihat dari pandangan mata lahirku... yg batin dalam hati aku x tahu... tapi aku yakin.. jika hati kalian benar-benar ikhlas, kalianlah orangnya. Merasakan dalam diri “ aku lah yg patut bertindak!”...

Jangan tunggu2 lagi sahabat2ku... masa tidak akan menunggu kita... teruslah mara ke hadapan. Membina peribadi muslim sebaiknya.

Bila azan dikumandangkan, itu tandanya tuhan mengetuk pintu hati kita... bukalah pintu itu dan sahutlah panggilan dengan menunaikan sembahyang dengan penuh rasa kehambaan. Jangan di biarkan pintu itu terus terkunci... bukalah ia...bukalah ia.. bukalah ia.....

Sucikanlah jiwamu...

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster