di mana Laut pengampunanmu Tuhan...


Oh Tuhan. Selamatkanlah aku...

Aku makin hanyut dengan arus dunia. Semakin jauh, semakin tenngelam.
Berpagi-pagi Islam, berpetang-petang kafir.
kalo petang Islam, pagi kafir semula. Nauzubillah...

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Hancurkanlah segala kesesatan dan masukkanlah segala keindahan Islam dalam jiwaku. Bukalahpintu taubat seluas2nya buatku. Aku dah serik dengan dosa. Bilakah lagi aku ingin kembali.

Aku ini tidak ada pemimpin yg memandu dgn baik. hidup sendiri... membawa diri. Oh Tuhan. Segerakanlah kehadiran pemimpin yg ditunggu oleh umat Akhir zaman itu. Aku ingin setia bersamanya.

Aku ingin bertaubat ya Allah. Dosaku menggunung tinggi. Aku paling banyak dosa dalam dunia ini Ya Allah. Aku hambamu yg hina. Setiap pemberianmu langsung aku x hargai. Makhluk apa lah aku ni.... Kau memberi kehidupan yang penuh nikmat. semuanya cukup. tapi Ya Allah, nafsu ini belum melalui proses tarbiyah yg sebenarnya. Aku berharap ya Allah, kau kuatkanlah roh ku untuk menentang nafsu ini.

Dia sering meronta-ronta bila di uji. amat susah utk mendidiknya. Aku bukan putus asa ya Allah, cuma aku minta jalan keluar dari segala kejahatanku, lahir dan batin. aku xnk bertuhankan nafsu, aku mahu bertuhankanmu. Wahai Tuhan. sudilah menjadi temanku yang setia. Diwaktu sunyiku, aku ada engkau. diwaktu sempitku aku menharap padamu. Diwaktu ku senang, ku bersyukur padamu. Dan pada bila2 masa, kau sentiasa di hati.

TUhan... Dunia ini menipu daya ku. aku x sanggup lagi Ya Allah... Tolonglah aku ya ALlah....

Di bulan yang mulia ini, aku harap aku dapat menddik nafsuku sebaiknya... tetapi dia telah banyak menguasai diriku. Oh Tuhan, selamatkanlah aku... kau kan maha pengampun, maha penyayang, maha segala2nya. aku mahukanmu YA Allah. AKu mahu kembali padamu Ya rahman , YA rahim...

Terimalah aku....

1 comment:

esty honyiest said...

ya Allah!!ni gamba arwah ayah lah...guru tuaku yg tak mungkin aku temui lg...

Bumi Tuhan... Bersaksilah