Mari mengenal Nabi Kita....secara ringkas..(",)

Salam buatmu Ya Rasulullah… ini yang mampu aku coretkan sempena hari kelahiranmu… Hasil karangan Sohibuzzaman... Semoga ada kebaikannya buat semua umatMu yang membacanya… Moga Tuhan campakkan rasa kasih dan cinta mereka kepadaMu, Wahai Saiyidul Anbiya...
Bismillahirrahmanirrahim…
Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?!
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi, dan rohaninya...
Atau engkau hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih dari itu?!
Atau engkau kenal secara rambang sahaja?
Sebenarnya kalau engkau kenallah secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya peribadi Nabimu, pasti engkau jatuh hati kepadanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya engkau akan terasa terhutang budi kepadanya,
kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.
Muhammad nabimu SAW.
Nabimu dia seorang yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya.
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar engkau kenal Nabimu sendiri.
Siapa dia yang sebenarnya?
Dia adalah Muhammad anak Abdullah. Ibunya Aminah bangsa Quraisy dari Bani Hasyim.
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Dia adalah anak yatim piatu.
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain.
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan.
Iaitu yang diberi nama NUR MUHAMMAD.
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan.
Syurga, neraka, dunia, akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dllnnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu rupanya Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi.
Dia adalah satu-satunya nabi yang diisra’kan dan dimikrajkan.
Mukanya laksana bulan purnamanya kerana cahayanya yang terang.
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan.
Kerana itulah dia dipanggil habibullah oleh Allah.
Ketua bagi seluruh para rasul dan para anbiya.
Penghulu seluruh orang bertaqwa.
Imam seluruh manusia.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat.
Orang yang memberi syafaatul kubra di akhirat.
Dan orang yang pertama masuk syurga.
Al-quran kitab yang turunkan kepadanya paling lengkap.
Merupakan mukjizat yang kekal dan paling agung. Tiada siapa dapat menirunya.
Dia memiliki ilmu dunia dan akhirat.
Sekalipun dia tidak boleh menulis dan membaca.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya.
Bahkan lebih mulia daripada para malaikat.
Terutamanya kasih sayangnya kepada manusia begitu terserlah.
Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya.
Kerana itu dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin.
Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah.
Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya.
Bahkan macam orang mabuk tidak boleh melupakannya.
Sangat kasih dan simpati kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan janda-janda.
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.
Adakalanya laksana ibu dan ayah.
Adakalanya macam kawan yang membela dan setia.
Adakalanya dirasakan guru.
Adakalanya bagaikan pemimpin.
Adakalanya bagaikan ketua tentera.
Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanan yang memuaskan darinya.
Kerana akhlaknya yang tinggi dia dapat pujian daripada Tuhannya.
Keberaniannya luar biasa.
Dia boleh lalu seorang diri di hadapan musuh-musuhnya.
Tidak sedikitpun takut dengan raja-raja.
Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakannya, sekalipun berhutang dengan manusia.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Ibadahnya banyak terutama sembahyang hingga bengkak-bengkak kakinya kerana terlalu lama berdiri di hadapan Tuhannya.
Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan.
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa sahaja.
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan.
Satu perbuatan yang luar biasa.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::
Tidak pernah mencaci, menghina, dan merendah-rendahkan orang lain.
Sangat pemalu dan merendah diri.
Sangat menerima keuzuran orang.
Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya.
Kerana itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi daripada keseluruhan para rasul alaihimussolatuwassalam.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka kerana Allah.
Hatinya begitu jaga, matanya sahaja yang tidur tapi hatinya tidak tidur.
Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau iku serta.
Tapi pelik, tidak pernah dia membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::::
Anak-anak didikannya itulah dia para sahabat.
Sehingga dia berkata: “sahabat-sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk”.
“ para ulama umatku laksana para-para nabi Bani Israil”.
Jolokan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::
Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilempar dengan najis, dibaling dengan batu hingga bedarah.
Dibuang daerah selama 3 tahun.di kepung hendak dibunuh., berhijrah meninggalkan tanahair dan mendapat pelbagai kesusahan dan penderitaan.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::::::
Kemuliannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan terserlah.
Iaitu namanya dikampilkan dengan nama Tuhannya.
Iaitu di dalam dua kalimah syahadah.
Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya.
Doa yang hendak dikabulkan, awal akhir kenalah menyebut namanya.
Doanya sangat kabul, bahkan siapa yang berdoa bertawassul dengannya lebih diterima doanya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat.
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.
Mukjizat-mukjizatnya yang terlalu banyak menunjukkan kebenarannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::
Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah.
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi dari kasturi.
Orang tidak dapat menentang matanya kerana kehebatannya yang amat terserlah di wajahnya.
Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertembung dengan pandangannya.
Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya.
Sehinggakan sebahagian perkara-perkara yang belum terjadi.
Seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih :::::::::::::::
Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Taala.
Hinggakan makanan yang berlebih tidak di simpan di malamnya.
Bahkan diberi kepada yang berhak.
Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya.
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya.
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya.
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan.
Tidak pernah mencerca makanan.
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::
Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya.
Terlalu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir.
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri.
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang.
Apa yang diperkatakannya ibarat mutiara.
Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya.
Didikan dan pimpinannya sangat berjaya.
Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatatkan dalam sejarah.
Dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Alah Taala.
Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka.
Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa, dan berlainan warna kulit, baasa dan budaya.
Bahkan dapat menanam kasih sayang satu sama lain dikalangan manusia.
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya.
Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya.
Mampu menjadikan dunia bersih dari noda dan dosa.
Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam.
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang.
Itulah dia Muhammad SAW.
Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa.
Yang istimewa yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::
Baru sedikit sahaja kita ceritakan tentangnya, sudah mengkagumkan kita.
Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini boleh kita lupakan begitu sahaja?
Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang terlalu berjasa kepada semua manusia?
Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa.
Bolehkah kita samakan dia dengan pimimpin-pemimpin lain di dunia?
Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.
Lantaran itulah, orang yang benar-benar kenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih::::::::::::::::
Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita.
Agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa.
Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.
*Allahumma solli wasallim waba rik alaih ::::::::::::::::::::

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah