2. Syirik masuk ke Jazirah Arab

Selepas itu datang seorang tokoh Arab dari Bani Khuzaa’h bernama Amru bin Luhayy. Bani khuzaa’h ini telah telah menyerang Bani Jurhum dan menghalau mereka keluar dari Mekah seterusnya Bani Khuzaa'h mengusai Mekah. Amru bin Luhayy inilah orang pertama yang memperkenalkan berhala kepada kaumnya yang kemudian tersebar ke seluruh kabilah Arab yang lain. Memang Amru ini seorang yang kaya dan dermawan, dialah yang menyediakan keperluan orang-orang yang datang mengerjakan haji ke Mekah. Kekayaan dan demawanya itulah yang telah mempengaruhi orang sehingga mereka mendengar cakapnya dan akhirnya menurut perintahnya agar menyembah berhala. Kemudian Amru menukar talbiah Tauhid kepada talbiah syirik. Talbiah tauhid itu , itulah yang jemaah haji baca ketika Ihram.


لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك

Ketaatan hanya untukMu ya Allah, tiada sekutu bagi Mu,sesunguhnya pujian

dan nikmat hanya untukMu,tiada sekutu bagiMu


Amru bin Luhayy telah menambah Talbiah ini kepada :


لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك إلا شريك هو لك تملكه وما ملك

Tiada sekutu bagiMu

melainkan sekutu yang menjadi milikMu engkau

memilikinya dan segala kepunyaanya


Talbiah yang mengesakan Tuhan ini diubahnya menjadi talbiah yang mensyirikkan Tuhan. Bukan setakat itu saja, lepas itu Amru mencipta binatang binatang yang suci pula yang ditaqdiskan antaranya Saaibah, Bahiirah, Haami. Hami ini adalah unta betina yang telah melahirkan sepuluh ekor unta jantan maka ketika itu unta tersebut dinakan Haami dan tidak boleh ditunggang lagi, tidak boleh disembelih, tak boleh disakiti tapi sebaliknya dimuliakan dan dipuja.


Bermula dari situ setiap Kabilah mempunyai berhala mereka sendiri pula. Hubal berhala orang mekah, Wud berhala bani kilab, Suwa' berhala Bani Huzail, Yaghuus berhala Bani Thoyyik dan penduduk Jerash, Yauu'qa berhala Bani Hamazan dan Nasr berhala orang Yaman. Satu kisah menarik, ada berhala yang namanya Isaf dan Naelah, dua berhala yang disembah di kaabah. Sejarah menceritakan Isaf ini asalnya seorang pemuda dari Yaman begitu juga Naelah seorang gadis dari Yaman, mereka sama sama cinta mencintai tapi keluarga tak setuju mereka kahwin. Ringkasnya mereka berjanji bertemu di mekah di musim haji. Akhirnya ketika orang semua tak perasan mereka zina di tepi Kaabah. Lalu Allah tukar mereka berdua menjadi batu. Lepas itu Isaf diletakkan di Safa dan Naelah diletakkan di Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Bila Amru bin Lahayy datang ke Mekah, dia pindahkan kedua dua batu ini ke kaabah. Ketika itu masyarakat dah mula lupa asal usul batu ini dan akhirnya mereka menjadikan dua batu ini berhala yang disembah. Begitulah penyembahan berhala makin meluas di Semenanjung Arab.


Pernah Saidina umar setelah menjadi Amirul Mukminin dilihat oleh para sahabat menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang lahir, akhirnya ada yang berani bertanya, Wahai Amirul Mukminin apa rahsia kami melihat tuan menangis kemudian tersenyum tanpa sebab lahir yang kami faham. Maka Saidian Umar menceritakan, dulu aku dan orang orang Quraish sebelum Allah datangkan rahmat Islam, kami sangat benci pada anak perempuan. Ketika aku dapat anak perempuan, dari saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula, aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya 6 tahun, aku dah tak tahan lagi, jadi aku bawa dia kepadang pasir dan aku gali lubang, dia yang ingat aku membawanya berkelah dan untuk bermain main, dia juga turut membantuku menggali lubang, bila lubang dah siap aku tolak dia kedalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir, anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari jangut dan pakaianku, tapi akhirnya aku timbus dia hidup-hidup tampa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kedatangan Rasulullah, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup hidup. Itulah rahsianya, bila aku teringat kisah ini aku menangis. Maha Besar tuhan, Maha Baik Tuhan yang yang menghantar Rasulnya yang membawa satu syariat yang meletakkan perempuan ditempat yang mulia. Marilah kita bersyukur diatas nikmat ini.


Adapun rahsia tersenyumku, satu hari aku keluar dari Mekah, kami kalau keluar dari Mekah biasanya akan membawa bersama batu dari Mekah untuk jadi sembahan kami, tapi hari itu aku lupa nak bawa batu tapi akau ada bawa tamar jadi aku buat berhala dari tamar dan aku sembah tuhan ini, bila makan aku habis mulalah akan makan Tuhan aku ini sedikit demi sedikit. Bila aku teringat kisah ini aku ketawa sendiri. Begitulah kehidupan bangsa Arab Jahiliah. Moga dengan itu kita dapat merasakan bagaiman kebesaran Islam yang telah mengubah bangsa Arab jahiliyah ini kepada peribadi peribadi yang sangat agung.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah