Buat Sehabis Baik(",)  

Sebenarnya semua pelajar boleh berjaya jika punya kemahuan yang tinggi. Kemahuan yang tinggi pula wujud apabila seseorang itu punya cukup sebab untuk merealisasikan sesuatu matlamat. Malangnya, kebanyakan pelajar tidak pernah memikirkan semua ini. Mereka hanya lakukan dan menyelesaikan rutin harian mereka sebagai seorang pelajar. Malah ramai pula yang tidak memikirkan langsung rutin harian yang perlu mereka lakukan. Ramai yang terikut-ikut dibawa arus kehidupan.
Cuba lihat apakah yang dihanyutkan oleh arus sungai yang mengalir? Semuanya hanyalah sampah, bangkai, tunggul kayu mati, najis dan sebagainya. Ikan-ikan yang hidup semuanya menongkah arus. Jadi kalau kita sekadar mengikut arus begitulah juga pengakhiran hidup kita. Menjadi manusia yang mati sebelum masanya. Sebab itulah, dalam usaha mencapai kecemerlangan para pelajar perlu lakukan sehabis baik. Buat sehabis baik ketika mengulangkaji pelajaran, bermain, berpersatuan, bergaul dan sebagainya. Apabila anda buat sehabis baik maka anda sebenarnya menggilap permata dalam diri menjadi permata yang berharga. Masanya pasti tiba satu hari nanti anda menikmati hasil dari setiap usaha anda itu.
Ayuh, usah banyak berfikir lagi.. lakukan sahaja sehabis baik dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Apakah itu ISTIDRAJ?  

salam.. mari sama-sama merenung kembali, adakah segala nikmat yg Tuhan beri pada kita selama ini dengan kasih sayangnya ataupun dengan kemurkaannya...selamat membaca..
**************************************

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul AIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Jenaka Guru...  

salam...ini beberapa siri jenaka guru.. saje untuk releks mind antum semua yg sedang berada di musim peperiksaan.. Relekskan fikiran. Letak nota kat tepi kejap n bacelah=) semoga terhibur(",)

********************************
Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the young of a bull called?
Abu: A bullet
Question:What is the full form of maths.
Answer: Mentally affected teachers harassing students
Seorang guru bertanya kepada murid2nya...
"Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"
"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas..
"Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..
"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."
Teacher : Now children , if I saw a man beating a donkey and stopped him then what virtue would I be showing ?

**************************************
Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 2..
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.
Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?
Budak: Yes, teacher.
Cikgu: Good, what is your first word?
Budak: Shut up you !!!
Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Budak: Superman !!!
Cikgu: Bloody fool! Get out from this class
Budak: Ladies First

**********************************
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak
mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya.
Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia
pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

sekian(",)

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


bace... jangan senyum(",)  

salam... ni artikel yang lucu tapi penuh iktibar. renungkanlah.. terasa jgk bila membacanya.

yang dah penah bace pun bace la lagi(",) Bace byk kali pun xpe, byk iktibarnya...

************************************************

Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya...apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain


Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknyawaktu itu untuk satu cerita komedi.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid,tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menontonwayang di panggung.

Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untukdipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapamudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan

Lucu ya, betapa seruan dan teriakan yangperpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadikegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imamsolat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama danpanjang.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja,tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100halaman pun habis dilahap.

Lucu ya, orang-orang berebut paling depan untukmenonton bola atau konsert, dan berebut cari safpaling belakang bila sembahyang Jumaat supaya bolehcepat keluar.

Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggusebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkandi agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinneratau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan die-mail layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yangdikatakan Al-Quran.

Lucu ya, semua orang inginkan masuk syurga tanpa harusberiman,berpikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dansurat berantai lewat email, tapi bila mengirim yangberkaitan dengan ibadah sering mesti berpikir dua-kali.

LUCU TAK?

Tepuk dada...tanyalah hati & iman

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orangmu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yangbesar dari Allah." (QS 33:47)

wassalam

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kisah Sebiji Tembikai...  

salam.. erm, artikel nie merupakan satu cerita pendidikan... Hebatnya kekasih2 Allah. Hanya dengan sebiji tembikai boleh mendidik manusia kembali kepada Tuhan pencipta.. hayatilah(",)
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada baranganyang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yangterbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannyayang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepadaPencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah danredhalah dengan segala ketentuan-Nya."Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. moga mendapat i'tibar dari kisah ini.Insyaallah.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Karomah wali..  

pernahkan anda mendengar tentang Uwais Al-Qarni? ikutilah kisah ini... sesungguhnya dunia dan isinya adalah milik Allah. Tiada satu pun milik kita..Wallahu'alam. Hayatilah.(",)


Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Kerendahan Hati..  

Ini adalah sedikit sebanyak tentang sikap2 org yg rendah hatinya... Mari renungkan bersama(",)

Memandang Setiap Individu Unik, Istimewa dan Penting

Peribadi yang rendah hati biasanya memandang bahawa orang lain memiliki keunikan dan keistimewaan, sehingga dia sentiasa membuat orang lain merasa penting. Kerana sesungguhnya setiap peribadi adalah istimewa. Setiap orang adalah unik dan berhak untuk dihargai. Manusia adalah peribadi yang harus diperlakukan khusus. Manusia adalah makhluk yang sangat sensitif. Jika kita meragukan hal ini, lihat diri kita sendiri dan perhatikan betapa mudahnya kita merasa disakiti atau tersinggung.

Jika apa yang kita pikirkan mengenai orang lain berubah, maka sikap dan tindakan mereka terhadap kita juga akan berubah. Kerana manusia sangat sensitif satu sama lain dalam banyak hal, kita biasanya sangat peka terhadap apa yang difikirkan oleh satu sama lainnya. Jika hubungan kita dengan isteri/suami, kekasih, teman, rakan kerja atau orang tua kita tidak sebagaimana kita harapkan, cubalah lihat lebih jauh ke dalam fikiran kita, apa yang sesungguhnya kita fikirkan saat ini tentang orang tersebut. Kita pasti memiliki hal-hal atau gambaran yang sangat negatif atau positif tentang seseorang.


Mendengar dan Menerima Kritik

Salah satu ciri kerendahan hati adalah dapat mendengar pendapat, saranan dan menerima kritik dari orang lain. Sering dikatakan bahawa Tuhan memberi kita dua telinga dan satu mulut, yang dimaksudkan agar kita lebih banyak mendengar daripada bercakap. Kadang-kadang hanya dengan mendengarkan saja kita dapat menguatkan orang lain yang sedang dilanda kesedihan atau kesulitan. Dengan hanya mendengar, kita dapat memecahkan sebagian besar masalah yang kita hadapi. Mendengar juga bererti membuka diri dan menerima, suatu sifat yang menggambarkan kerelaan untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain mahupun diri kita sendiri.
Demikian halnya dengan kritik, harus sentiasa dipandang sebagai saranan untuk kita belajar dan berusaha. Kritik harus kita pandang sebagai sumber kita untuk mengembangkan diri, bukan untuk menunjukkan kita salah atau benar. Apapun bentuk dan cara penyampaian kritik harus sentiasa kita pandang positif dalam proses pembelajaran yang berlangsung terus menerus dalam hidup kita. Banyak sekali dari kita yang memandang kritik sebagai hal yang peribadi yang menunjukkan kelemahan dan kegagalan kita. Padahal sebaliknya kritik menunjukkan kemenangan dan kedewasaan kita dalam menghadapi setiap tentangan dan kesulitan.


Berani Mengakui Kesalahan dan Meminta Maaf

Salah satu ciri kerendahan hati adalah sentiasa berani mengakui kesalahan dan meminta maaf jika melakukan kesalahan atau menyinggung perasaan orang lain. Manusia rendah hati adalah manusia yang sangat peduli dengan perasaan orang lain. Bezakan dengan mereka yang sentiasa peduli dengan apa yang dikatakan orang lain. Orang seperti ini bukan rendah hati, tetapi rendah diri atau tidak memiliki rasa percaya diri, sehingga dia selalu khuatir dengan apa yang akan difikirkan atau dikatakan orang lain tentang dirinya.


Rela Memaafkan

Rela memaafkan merupakan ciri seseorang yang rendah hati. Bahkan dalam setiap agama dikatakan bahawa kita harus memaafkan kesalahan sesama kita, kerana Tuhan juga mengampuni dosa-dosa kita. Sifat ini tidak selalu kita temui dalam kehidupan seharian kita. Masih banyak dari kita yang tidak dapat memaafkan orang lain dan sentiasa hidup dalam dendam dan sakit hati. Rela memaafkan lebih ditujukan kepada kepentingan diri kita sendiri, untuk menghindarkan kita dari sakit penyakit dan tekanan dalam kehidupan kita.


Lemah Lembut dan Penuh Pengendalian Diri

Ciri yang jelas dari orang yang rendah hati adalah sikapnya yang lemah lembut (gentle) dan penuh pengendalian diri (self control). Dia tidak pernah membiarkan emosinya tidak terkendali dan lepas kontrol. Dia tidak menunjukkan kemarahan dengan sikap kasar, kata-kata yang tidak baik, atau melakukan tindakan fisik. Kemarahan dia tunjukkan dalam rangka mendidik orang lain. Kemarahan atau kekecewaan yang dirasakan sentiasa dapat dia kendalikan sepenuhnya, dalam erti bukan dilupakan, diacuhkan atau ditahan (supressed), tetapi dilepaskan dengan pasrah (released).

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


SMS menjelang Subuh...  

pagi ini aku mendapat sms yang sangat indah..

"...Ya Allah kau cukupkan bagiku makan yg sedikit dan tidur yang sedikit. Berkatnya umurku. Penuhilah hatiku dengan cahaya rabbanimu dan taqwa atas jalan dakwahmu, hiasilah malamku dengan kemanisan tahajud, hiasilah akhlakku dengan al-Quran dan cintaku dengan ukhuwafilllah... Ya Allah, hadiahkanlah cintaku hanya kepadamu dan jalan dakwahmu.. amin"
5.18 am, 6 Nov 2008

Ya Allah, kau hidupkanlah hati pengirim SMS ini dengan taqwa ketika kau matikan hati semua manusia. Kau jadikanlah hidupnya bahagia dalam keindahan ukhuwafillah. kau berikan kekuatan kepadanya dalam melaksanakan tugas da'ie ilallah. Kau masukkan hatinya dengan kerinduan dan kecintaan kepadamu ya Rabb. kerana tiada yang lebih berharga selain dapat menikmati keindahan cintamu itu. Cinta Teragung. Ameen.

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Pagar Diri  

artikel nie dari kawan saya... elok untuk keselamatan diri. Sebenarnya banyak lagi cara-cara untuk pagar diri dari sihir tetapi inilah sebahagian dari ilmu Allah...=)

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini dinyatakan
cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda
dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin
tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara
memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis
tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".[Riwayat al Bukhari]



Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu.
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu
sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak
akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]



Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka.?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan
solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?
oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah

S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang
muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa
sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu
dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab
berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau
selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang
telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan
lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan
perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah
sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata

kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]


YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA
ITU SENDIRI

Baca Selanjutnya..
AddThis Social Bookmark Button


Related Posts with Thumbnails

Bumi Tuhan... Bersaksilah

 

Design by Amanda @ Blogger Buster