100 hari ...countdown kematian.

artikel ini ana dpt dari kwn ana. (kawan yg berada di tingkat 3 Blok Ibnu Sina, bilik L-315-A..erm sape ek?) pe2 pun cube baca artikel ini dan dptkan kepastian.. adakah tanda2 ini wujud pada diri anda? erm... kalo ade, lekas2lah bertaubat yer. Yg xde 2, kenalah usahakan juga.. Selagi pintunya masih trbuka=) jgn di nanti saat roh sudah berada di kerongkong anda, penyesalan x brguna lagi.. itu nasihat buat dirimu jua, Hans...

slamt membaca dan renung2kanlah...

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

3 comments:

mawaddah90 said...

Amat menyentuh jiwa saya apabila membaca artikel ini....
Bergetar bibir tatkala membaca, mengalir air mata....
Sejuk seluruh tubuh....
Gelap pandangan mengenang dosa2 & kekhilafan yg telah dilakukan....
Terlalu banyak dosa2ku andai diperhitungkan...
Terbayang wajah yang tercinta, babah dan emak....
Moga petanda ini akan Tuhan kurniakan pada saya....
Mengharapkan kematian yang hasanah...
Tidak mahu tergolong dalam kalangan "CINTAKAN DUNIA, TAKUT AKAN MATI"....
Menggapai TAQWA & CINTAnya yang abadi sebelum ku pejamkan mata....

sir hans said...

Semoga Allah merahmati enti selamanya.. Sesungguhnya, sesiapa yg dapat merasakan sesuatu pada hatinya apabila memdengar berita gembira mahupun berita ancaman dari Allah dan rasulnya, sesungguhnya dia adalah tergolong daripada golongan2 manusia yg di cintai Allah..(",)

mawaddah90 said...

Sekadar mahu berkongsi....
Tarikh yg amat saya ingati, 28 Feb 2008 (KHAMIS mlm JUMAAT) jam 3 pg...
Suatu peristiwa yg amat mengetuk hati & tindakan saya...
Aku mendapat 1 mimpi, tntg kematianku....
terbayang sgala dosa2 & kekhilafan yg telah dilakukan...
tatkala jasad dimandikan oleh emak...
kmdn diusung utk dikafankan...
dahiku dicium rapat emak & babah serta adik bradik...
aku tersedar, segera mengambil wuduk, beristighfar...
menghilang resah di dada...
ku rasakan esok sudah tiada lg bagiku...
selesai solat sunat taubat & hajat aku menuju ke kamar ayah bonda...
ku ketuk perlahan smbil memberi salam...
ku peluk emak erat...
ku pinta ampun & maaf, halalkan segala2nya buatku...
begitu juga buat ayah tercinta...
aku pinta kucup dahi ayah, mengalir air mata hangat ayah...
malam itu aku tidur bersama ayah & bonda smbil AL-QURAN ku peluk di dada...
mgkn inilah hidayah dtg supaya aku tidak lg leka...
emak & ayah menjadi saksi...
Demi ALLAH tiada beraniku berdusta..
sekadar berkongsi dgn sahabat2...
mga antum smua dpt iktibar...
ALHAMDULILLAH, TUHAN yg telah menjadikan aku, menyedarkan aku dr lena yg "pnjang"...
sbb tu bila ana bca artikel hati ana bergetar....
terbayang yg dl...

Bumi Tuhan... Bersaksilah