Menyabut Zukaedah=)

malam tadi memang suatu pertemuan yg berkmakna. semua ahli team usrah induk berkumpul pd mlm jumaat utk buat usrah n sedikit perbincangan. tafsir surah al-kahfi.. suasana yg hening pukul 11 mlm.. Ghaffar pengerusi mjlis... Nabil huraikan tafsir Al-Kahfi..

perbincgn sedikit tntg halatuju KRM... pmbahagian naqib dan buat senarai calon naqibah..

Tutup mjlis.. Bncg tntg prog esok..
Qiamullail, tazkirah Akh Afiq.. tygn video oleh Akh Fazli....


malam itu, Tidur beramai2 di Al-Firdaus menggamit perasaaan.. melakukan aml jamaei.. para daei2 dpt bersma d bwh satu bumbung dgn suasana malam yg sungguh indah.. malam yg penuh kbrktn.. ketika ini Pok Jat msih menulis diari utk blognya.. seorg pejuang yg memiliki ketenangan pada raut wajahnya.. menyampaikan huraian novel kehidupannya dgn penuh trsusun dgn menggunakan bait2 perkataan yg indah.. kerana dia faham...

Pg td prog brjln sperti yg di rancg.. jumlah yg thjd(qiam) dlm 40 org.. alhamdulillah.. Solat subuh di imami oleh Akh Quddus. Beliau melakukan sujud sajadah.. berlutut dan dahi menyentuh bumi dengan penuh kelembutan.. sapaan Tuhan kepada para daei2 di jalannya.. sujudlah waktu di mana hamba sangat rapat dgn Tuhannya.. iza faqihu..

selepas subuh Akh Afiq menyampaikan tazkirah dengan menyentuh berkenaan surah al-mukminun ayat 1-3. Subhanallah.. penyampaian yg penuh kelembutan. Kelebihan yg dikurniakan Allah kepadanya. kata2nya sungguh terkesan di hatikku yg keras ini.. terutamanya bila ia menyatakan hadis nabi yg berbunyi len=bih kurang begini.. " nak dunia perlu berilmu, nk akhirat perlu ada ilmu, dan kalau nk kedua2nya juga perlu berilmu.."



kemudian tayangan video yg sungguh bermakna.. air mata keinsafan, ayah ibu, dan sedikit motivasi remaja.. Akh Fazli adalah pemangkin perjuangan ini.. Allah mengurniakan beliau kekuatan mmpelajari ilmu. Setiap kali kalau bersua dgnnya, pasti ada ilmu yg di sampaikan.. hatta makan di kedai bobby mlm tadi pun dia sempat menyampaikan tentang ilmu berkenaan kekeluargan.. di biliknya sentiasa berkumandang alunan bacaan quran yg sangat indah bacaannya.. bacan imam2 dr Timur Tengah.. memang susah utk jumpa permata seperti ini. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan sebuah permata yg berharga. semoga engkauterus mmberi kesihatan yg berpajangan kepadanya.. ameen..


selepas tzkirah, semua balik ke bilik msg.. team usrah induk kumpul untuk kuar srpn bersama2...

makan semeja dan berbual dgn penuh kemesraan.. indahnya ukhuafillah.. Ya Allah, jadikanlah generasi pelapis kami nnti dapt merasa keindahan ukhuwafillah seperti yg kami rasai ini..

kerana mereka juga org2 yg sama2 berjuang di jalanmu ini. Meniti di atas landasan al-haq demi menjadi remaja yg mmburu taqwa, memburu cintamu.. perkenankanlah..

100 hari ...countdown kematian.

artikel ini ana dpt dari kwn ana. (kawan yg berada di tingkat 3 Blok Ibnu Sina, bilik L-315-A..erm sape ek?) pe2 pun cube baca artikel ini dan dptkan kepastian.. adakah tanda2 ini wujud pada diri anda? erm... kalo ade, lekas2lah bertaubat yer. Yg xde 2, kenalah usahakan juga.. Selagi pintunya masih trbuka=) jgn di nanti saat roh sudah berada di kerongkong anda, penyesalan x brguna lagi.. itu nasihat buat dirimu jua, Hans...

slamt membaca dan renung2kanlah...

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!! Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Saat Dahi Tidak Lagi Menyentuh Sejadah...


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih... Walaupun orang yang hadir itu merintih... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat! Iringilah dirimu ke masjid.... Sebelum kamu diiringi ke Pusara! Tangisilah dosa-dosamu di dunia.... Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'! Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan! Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ... Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan! Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan! Kerana ianya berguna untuk yang tinggal... Bukan yang pergi! Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan! Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan! Ingatlah di mana saja kamu berada.... Kamu tetap memijak bumi Tuhan! Dan dibumbungi dengan langit Tuhan! Serta menikmati rezeki Tuhan! Justeru bila Dia menyeru,.... Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia.... memanggilmu buat kali yang terakhirnya! Ingatlah kamu dahulu hanya.... setitis air yang tidak bererti! Lalu menjadi segumpal darah! Lalu menjadi seketul daging! Lalu daging itu membaluti tulang! Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.... Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.... Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu! Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu... Yang lebih agung dari malaikat! Lahirmu bukan untuk dunia.... Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat! Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'... Dengan penuh rela dan bersedia! Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'... Jalan kemenangan akhirat dan dunia! Ingatlah yang kekal ialah amal.... Menjadi bekal sepanjang jalan! Menjadi teman di perjalanan.. .... Guna kembali ke pangkuan Tuhan! Pada hari itu tiada berguna.... Harta, tahta dan putera.... Isteri, kad kredit dan kereta.... Kondominium, saham dan niaga.... Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!! " Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

Rintihanku, dengarlah Ya Allah..

Ya Allah…

Jagalah hatiku.. Aku amat takut Ya Allah..
Setiap pagi hati ini menangis dan pagi ini, hati ini menangis lagi... Mengenangkan dosa-dosaku.. Dosa lahir dan batinku.. Makin aku elak, makin banyak yg datang, dan ia semakin hebat..
Aku takut Ya Allah...
Aku amat takut kalau2 aku trgolong dalam golongan org munafik tanpa aku sedari... ketika aku menyusuri makna surah Al-munafikun dalam Furqanmu, aku amat trkesan kerana ciri2 org munafik itu seperti hampir2 denganku... Astagfirullah.. Aku terus istigfar panjang padamu pohon kemaafan tanpa belah bahagi.. Terpaku aku keseorangan pagi itu di ruang legar Al-firdaus.. Mengenangkan sikapku yg alpa dan cuai.. padahal setiap hari, 5x aku berjanji kepadamu dalam smbahyangku...
“..sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan penguasa Alam...”
Kerdilnya diri ini di depanmu.. Entah apalah pandangan engkau trhadapku.. adakah engkau murka padaku ya Allah? Atas sikapku yang kurang beradap denganmu? Yang derhaka di dalam taat? Liar denganmu.
Wahai Tuhan, aku tetap hambamu.. sering lupa, sering alpa.. kadang2 ingat, lepas 2 lupa kembali.. berpagi2 Islam, berpetang2 kafir, berpagi2 kafir berpetang2 Islam.. ingat dan lupa sering berlaku.. dan kadang2 lupanya berpanjangan.. tapi aku berterima kasih kepadamu Ya Allah.. kasih sayang Mu mendahului kemurkaanMu.. engkau jadikan aku ingat kembali kepadaMu selepas aku dilupakan... kalau engkau murka, mungkin aku telah jauh menyimpang dari jalan al-haq ini.. Aku bersyukur kerana engkau masih terus memanduku.. Itulah yang mmbuatkan aku sering merenung kembali perjalanan hidupku.. kdg2 rase mcm x bersyukur plop,,huhu=(..tapi aku masih tidak berputus asa dan aku selalu meminta redhaMu itu mendahului kemurkaanMu..
kerana keredhaanmu itu lebih mahal dari Dunia dan isinya..
keredhaanmu itu lebih berharga daripada emas sepenuh dunia....
kemaafanmu lebih bernilai dari kekayaan harta...
dan kasih sayangmu itu tidak langsung dapat di nilai oleh sesiapa...


satu lagi permintaanku ya Allah.. jagalah hatiku ini. Supaya setiap ibadah yang aku lakukan termasuk menulis blog ini aku niatkan keranamu.. dalam merintis jalan kebenaran..
agar aku tidak riya’. ujub dan berbangga dengan ibadahku.. biasanya dalam beribadah ini riya’ dan ujub sering berada di pinggiran hati, di mainkan oleh syaitan laknatullah..jauhkan aku daripada mencari nama dan glamour.. kerana sesetengah orang, itulah yg mereka cari.. kau pandulah aku agar bidang kerjaku ini ‘benar2 jadi ibadah’... apa ertinya nama dan glamour, jika engkau murka. Nama dan glamour di dunia ni tak sampai ke mana, apatah lagi di akhirat sana.. menyesal tidak berguna...Apalah juga makna pujian manusia ke atasku.... jika di akhirat kelak aku dihukum ke nerakamu..
Ampunkanlah aku...


Tuhanku aku tidak layak untuk Firdausmu, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka Jahim. Kalau begitu Ya Allah tolong taubatkan aku dan ampunkanlah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Ya Allah maha pengampun dosa-dosa besar...”


Ada Apa Dengan Cinta???

Salam.. mula2 rase agk berat untuk post artikel ini, tapi utk kemaslahatan bersama ana post jgk, buat tatapan semua. Semoga usaha ini kita semua mendapat taqwa, insyaAllah.. erm, artikel nie agk panjang lebar sket coz penulisnyer menghuraikan bab nie dgn baik.. tp bce la coz satu artikel yg menarik, bg saya=)
Pepe pun, Selamat membaca dan semoga mendapat sesuatu yg berharga untuk bekalan menjadi remaja yg memburu taqwa, insyaAllah..(“,)


penulisnya bernama aljohori dari website http://www.yussamir.com/. Hayatilah..

BERCOUPLE? BOLEH KER??

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-
masing.Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
[1]

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[2]


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang baik sebagai teman hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

*aljohori adalah nama pena yang digunakan dalam iLuvislam.com bagi Yusammir Yusuf; seorang pelajar perakaunan di Multimedia University Cyberjaya. Beliau adalah pemilik blog www.yussamir.com

Hikmah Besar...

Aku harapkan segala yang berlaku ini ada hikmah besar dari tuhan. Aku x pasti apa mksd Tuhan.. aku masih mencari.. tapi aku mesti merasakandalam hatiku segala masalah yg tuhan timpakan ini adalah kerana kafarah dosa2ku yg mmg byk..
Mana taknyer.. aku rase aku dh beramal tp aku tertipu..sbnrnya tu sume bru luaran jer. Org kte kite baik kononnya.. dalaman xtau.. hati dengan tuhan x beres.. sebab per???
Knape kau berkata begitu Rauhan??
Sbb hati kau mybe berbunga atau tidak ikhlas.. taukah engkau bahawa pandangan tuhan pada hati manusia, bukan pada fizikal kau. Dari segi fizikal, org Nampak kau bagus(bagus ker?)huhu.. tp adakah kau benar2 sujud ketika jasadmu sujud kepada tuhan. Adakah hatimu turut sujud ketika jasadmu sujud. Atau fikiran kau jauh melayang ke luar memikirkan masalah dunia?
Pada yang mmbaca, sila ambil pengajaran. Jgn jadi macm saya. Ikhlas lah dalam beribadah…
Aku sedar, aku ada tanggungjawab berat terutama KRM yang memiliki permata2 yg perlu di gilap secantiknya. Perlu di gilap dengan Nur Islam. Melalui landasan ukhuwafillah..
So, assgment aku ialah mmbaiki diri sebaik mungkin.. mengusahakan taqwa. Sambil mmberi panduan kepada mereka spya bersama2 aku mmbaiki diri. Kalau aku tidak mmbaiki diri, aku akan menjadi hijab dalam perjuangan ini.. nauzubillah..
Dengan bimbingan dari En.Zul dan shbt2 team usrah induk( Fazli, nabil, apih, pok jak, ubai, afiq, kudus, gopa) yang selalu bersama di sampingku. Sesungguhnya ingin aku nyatakan, ukuwah kita makin trtaut rapat. Penuh dengan mahabbah wa rahmah. Aku sgt mencintai kalian semua seperti akumencintai diriku sendiri. Kalian adalah permata-permata yang kian bersinar, sehingga mmpu menyuluh hatiku yg bersarang dengan mazmumah. Sehingga aku dapat melihat siapa diriku, hanya hamba hina yang berlagak sombong di bumi Allah.
Semoga Tuhan tetapkan kalian dalam jalan al-haq ini dalam mncapai makam taqwa. Sentiasalah bersama2 kter saling kukuh mengukuhkan antara satu sama lain.
Tuhan,
Luruskan hatiku padamu dalam menyusuri jalanmu ini.. amen
Kepada engkaulah harapanku, janganlah hampakan persaanku..

seminggu....

sudah beberapa hari berlalu... aku dapat merasakan ujian yang tuhan turunkan ini sedikit demi sedikit seolah2 memberi amaran kepadaku. Padaku, aku tidak faham mengapa engkau menguji aku sebegini. dan aku tidak mengerti mengapa aku seolah2 tidak mengendahkannya... aku takut ya Allah kalau engkau murka denganku.. Fizikalku seakan2 taat tetapi hatiku tidak sebegitu.. itu yang dapat aku rasakan dalam sanubariku. Seperti engkau membisikkan sesuatu kepadaku agar aku bisa mengubah kehidupanku kepada yang lebih baik. Meningkatkan diri, merintis jalan taqwa dengan penuh kesungguhan...

email2 yg dikirimkn shbt2ku yg prihatin tntg Islam trlalu banyak.. ada yg aku tidak smpt mmbcanya.. ketika aku sedang mengemaskini email2 trsebut, tidak disengajakan aku telah trdelate semuanya.. Nauzubillah.. apa hikmahnya sebenarnya Ya Allah..

Aku banyak menyimpan bahan2 untuk tazkirah dan sebagainya dalam external hard disk dan ketika suatu masa yang kau tetapkan, kau telah mengambilnya semula. Hard disk itu telah terhempas dan bahan2nya tidak dapat aku selamatkan..=( walaupun di tgn kwn2ku ia trhempas ttpi aku dpt merasakan ada peringatan2 yg ingin kau sampaikan padaku...

termasuklah beberapa perkara lain yg telah berlaku...

aku masih muhasabah...

Sejauh mane aku telah meninggalkan mu..
sejauh mane keikhlasanku..
sejauh mane aku merintih di depanmu...
sejauh mane kesombonganku padamu..
aku masih muhasabah ya Allah..

berilah aku masa untuk membaikinya...

jangankau timpakan ujian yg mane aku tidak mmpu untuk menghadapinya..

kalau ada dosaku padamu, kau ampunkanlah dengan rahmat dan kasih sayangmu..
kalau engkau ampunkan, kau tidak rugi.. tapi kalau engkau tidak ampunkan, aku lah insan yang paling rugi dalam dunia ini..



Cinta jemaah yang kecundang...

salam semua. Inilah artikel yang Ingin saya kongsikan bersama..
hayatilah.. Cinta Jemaah Yangg Kecundang.
p/s: maaf coz bahasa yang di gunakan agak keterlaluan sket..huhu.. sket jer=)

1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk..sayer harap kiter boleh berkenalan..ukhwah fillah eh orang kater..sayer x pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcm maner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang...

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik...

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAH membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan menyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah dengannya. Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua....

aku tinggalkancinta kerana Allah...

Wahai teman-teman sekalian, Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning." Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya. "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? Mafraq, Jordan._________________keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..

BINA INSAN GURU SEMESTER 4 08


Bermula 6hb oktober sehingga 8 oktober 2008 , pelajar PISMP sem 4 telah mengikuti program BIG di Taman Rekriasi Pantai Merang, Terengganu. Tema untuk BIG kali ini ialah perkhemhn n khidmat sosial.
Bertolak pada waktu tghr yg terik. Aku dlm keadaan yg tidak bersedia bergegas pergi ke dpn dwn bendahara bersama kwn2 sekelas. Ermmm, macam bese, bas belum ada. So, kami berbual tentang program yg akan kami ikuti semasa BIG. Antaranya perkhemahan dan program ank angkat di kampung Merang. Kami masih tidak tahu keadaan di sana macam mana. Maklumlah nk duduk umah org.. perjalanan mengambil masa dalam sejam..Sampai di sana jam 4.00 ptg. Kami masuk dwn org ramai.. duduk2 sambil menunggu YB( ADUN kawasan 2) untuk merasmikan progrm BIG. Mse smkin singkat. Asar semakin sampai ke pghujungnya..aku risau, takut2 trlepas solat asar.. x berguna BIG 2 aku rse, kalo trlps solat bgitu sje...huhu..jumpe kluarga angkat jam 6.30.. selepas knl2, dh pukul 6.45...huhhu... gtau pgrh prgrm soh kwn cpt2..dh nk abes asar...huhhu
Bas bergerak ke Taman rekriasi.. dkt jer openyer.. sampai dlm pkul 6.50ptg.. trnkn brg2, antar ke khemh, terus g surau nga Yan.. dlm prjlnn ke surau, ade pnsyrah soh angkt brg2 yg dh dtrunkn kt tepi bas, soh bwk msuk dlm.. aku gtau kami nk smbhyg dlu. Jap ag kami amek.. mklumlah, dh darurat nie.. dahulukan yg wajib! Sme2 blum smyg nie=(..
Alhmdllh, dpt g smyg dlu.. lps 2 rmai yg ikut smyg. Alhmdulillah.. harap ibdh kami semua diterima olehmu ya Allah.walaupun last2 minit.. kami sbnrnya malu dgnMu ya Allah, ampnkanlah kami..
Seperti biasa BIG di isi dengan program LDK. Aku agak kureng sket dgn program LDK nie.. setiap kali BIG, perkara yg sama juga yg dibuat.. cubalh variasikan! Kreative cket.. nilai keagamaan pun ptt dimasukkan. baru la dapat bina insan guru.. barulah Allah nk bantu ubah perangai anak2 didik nie.. kalo wat program, xde nk kaitkan dgn Tuhan, tuhan pun xnk bantu mmbina insan anak2 didik nie.. takut2 tuhan murka dgn kita, anak2 yg nak di didik nie bertambah degil. Kita pula bertmbh stress nk layan semua kerenah mereka yg pelbagai. Itulah nasihat aku untuk program BIG. Aku x sehebat mane pun, Cuma nk bg pndptkan.. x salah tegur-menegur.. kan itu yg digalakkan dlm Islam...=) eh, digalakkn ker atau wajib?=0
diharapkan x lme lg program BIG di kendalikan oleh org2 yg punyai roh Islam.. insyaAllah, terbinanya insan guru yg dikehendaki.. aku amat yakin.. selagi kita x mmbesarkan Tuhan, selagi itu Tuhan x bantu kita.. Iza fakihu...
Kembara sosial di rumah angkat agak seronok=)..sebab dapat g pulau redang.. rezki. Free of charge plop..Alhamdulillah. Dpt jgk snorkling.. subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah.. aku rse kerdil sgt tgk keindahan hidupan dalam laut.. tp takut jgk tgk ikan2 besar..hehe. tkut ikan 2 serang jer. Maklumlah, x bese dpt tgk cmnie. So, tkut jgk laa. Keindahan batu karang yg cantik di taman laut, dgn ikan yg pelbagai jenis, menjadikan aku sungguh kagum dgn ciptaanmu ya Allah.. harap kau campakkan kpdku rase kagum yg sgt hebat kpdMu.. mse nk balik plk, kau takdirkan ade penyu di kwsan tu.. subhanallah.. 2 ekor.. besar! Itulah kali pertama tgk. Sungguh aku x terkata tntg hebatnya ciptaanMu Tuhan...
Family angkat aku terdiri dr 10 org adik beradik. Ade mak, tiada ayah( meninggal). Yg tinggal kt umah 2 cme 4 org prmpuan.. dari umo 23 smpai umo 14... mcm bese sebagai bakal guru, msti fleksible. Diorg nie, malu2 jgk mula2. Lme2 biasa.. Aku x byk berbicara. Mujur ade arif aizudin yg byk celoteh, byk modal..hehe..tambah nga 2 org kwn perempuan unit pj.. Mklmlah mak ayah xde kt umah.. cume aku rse sedey sket. Tntg didikan agama mereka.. Tntg kehidupannya lahir boleh dikira sederhana. X trlalu miskin.. cume pengisian jiwa 2 kurg.. mga Alah bagi hidayah kepada mereka. Ameen..
Majlis penutup dihadiri oleh Puan Pengarah.. lembut orgnya, bi tutur bicara. Umpama seorang ibu.. tp semua kena stanby, takut2 kena tanye. Huhu.. sbb Puan pengarah yg bru nie memandang pada keseluruhan. Tidak pada permukaan sahaja.. alhamdulillah, dia sgt positive dengan program yg telah kami laksanakan.
Ya Allah, jadiknlh guru2 pelatih di institut ini insan yg berjaya. Jadikanlah Institut Perguruan Sultan Mizan ini baik untuk diri kami, masa depan kami, agama kami, dunia kami dan akhirat kami.. ameen..

cerpen untuk daei yg......

Assalamu'alaikum wbt...
Di sini saya nak kongsikan sebuah cerita yang saya dapati daripada
Klik Sini . Baca & Fikir. Moga mendapat manfaat drpdnya.InshaAllah =)
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…-Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Aku terus menjawab ringkas….
Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
"Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
"Ya bang, Wani turun…"
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
Sekian,Wassalam.
"Ya Allah, jauhilah kami dari perkara yang melalaikan serta perkara yang tidak memberi faedah kepada kami . Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ameen “

satu perjuangan...

Kelab Rakan masjid masih dalam proses kelulusan..dari HEP sendiri, mereka sangat menyokong usaha ini. Mungkin kita warga IPSMB turut sama dapat merasakan akan kukurangan program-program agama dan mungkin..kefahaman yang kurang.. termasuklah semua ahli kelab rakan masjid (termasuk ‘pengerusinya’ sekali)..huhu.. Itupun bagi mereka yang dapat merasakan demikian.. yang x dapat rasa 2, check balik la kat mana yang kurang. Balancekan balik...
HEP sangat menyokong usaha ini, bahkan warden asrama memberi kami ruang untuk terus mengadakan program2 agama di institut ini. Pensyarah-pensyarah HEP banyak memberi cadangan dan pendapat yang berguna sehinggakan aku dapat rasakan mereka sangat ingin melihat warga institut ini hidup dengan suasana penuh islam..subhanaAllah.. sangat indah kalau dapat direalisasikan.. Malah ketika aku merasa lemah, KJ HEP sendiri yang membangunkan aku, terus memberi suntikan semangat untuk terus maju ke hadapan. Termasuk pensyarah jabatan RnD yang berterusan memberi tarbiyah kepadaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan..

Dari kami sendiri(KRM), kami baru nak berjinak2 dan belajar mengadakan program2 agama sebegini. Maklumlah kebanyakan ahlinya bukan dari latar belakang agama. Termasuk pengerusinya..
Cuma meminta tunjuk ajar dari mereka yang beralatar belakang agama, dan ustaz2 yang ada. Terima kasih pada mereka yang turut sama berada dalam usaha ini. Bagiku sendiri usaha ini memang patut disokong oleh semua orang yang bergelar muslim, terutama yang berda dalam institut ini.. di harapkan semasa tangan kanan ini membina, jangan ada pula tangan kiri yang menjatuhkan. Ingatlah, kita menginstiharkan perang dengan Allah secara tidak sedar. Nauzubillah..

Ermm... itu x penting bagiku.. bagiku yang penting usaha motivasi dan pendidikan Islam itu berterusan. Itu lagi utama daripada penubuhan ini. Itu nombor 2. Boleh diusahakan dengan berbagai-bagai cara. Yang pentiing dikalangan ahli sendiri kesedaran Islam itu sangat mantap. Di situlah adanya kekuatan. Kekuatan bukan ada pada populariti, bukan pada glamour, bukan pada gahnya sesuatu persatuan, tetapi pada sejauh mana ahli2nya membaiki diri.. dalam bahasa yang sebenar, mengusahakan taqwa.. sungguh aku katakan, bukan gurauan. Inilah yang berlaku pada perjuangan-perjuangan di dunia. Mereka sangat berusaha untuk membaiki dir. Mereka bermula dengan logam-logam yang berkarat atau yang kotor. Mereka berusaha membersihkannya. Nah, di situlah terserlahnya kejayaan. Atas bantuan Tuhan. Tuhan akan bantu dengan melihat sejauh mana kita membaiki diri. Xyah kita bicarakan bagaimana Tuhan nak bantu. Itu kerja Tuhan. Xde cmpur aduk dengan kehidupan manusia. Bila-bila masa, di mana kita berada, Tuhan boleh bantu..

Sekarang, usrah induk(pismp) sedang dimantapkan..
Aku harap, usrah KRM induk akan bermula secepat yang mungkin .. Ikhwah dan akhawat..
Merekalah perintis-perintis yang sangat diharapkan. Merekalah logam-logam yang hendak di gilap..
Usrahlah tapak uhuwahfillah itu tersemai.. semoga Tuhan sentiasa menunjukkan jalan ke arah kebaikan itu. Maksudnya, selepas hidayah, tuhan beri taufik pula. Indahnya perjungan jika kita mengenal Tuhan. Kita mencintai Tuhan..

Tentang seseorang

......Malam itu memang malam yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.Indahnya saat berada dalam dakapannya. Jarang aku dapat dakapan seerat itu. Dengan ucapan penuh kasih sayang dan sehelai kertas tugasan yang sangat bermakna... Aku rasakan seolah2 hidup semula di dunia ini. Diriku kembali mengenang nostalgia kehidupanku yang penuh dosa dan noda. Kemanisan bersama memang dapat di rasa ke dalam jiwa. Menyedarkan aku tentang kehidupan sebenar aku di dunia.
Malam itu, di dalam perjalanan di dalam bas, aku menangis semahu-mahunya. Saat itu aku sangat merinduinya. Aku menangis sepuas-puasnya. Kenapa sebelum ini aku tidak dipertemukan dengannya.. lebih awal lagi.. terima kasih Tuhan sungguh besar rahmatmu..
Aku teringat saat kali pertama bertegur sapa dengannya. Seakan-akan Tuhan telah menetapkan perjumpaan itu. Perbualan yang sungguh mesra seolah-olah kami telah lama kenal. Harapan dan matlamat yang sama..perjuangan yang sama.. subhanallah. Cuma aku tidak matang dalam selok-belok perjuangan. Amat kurang ilmu berjuang. Dia menegur aku dengan penuh kelembutan... Waktu itu aku masih tidak mengenalnya. Rugi..
Setelah lama bersama dalam program, aku mula sedar dia adalah permata yang sudah digilap dengan baik. Patutlah aku dapat rasakan ketenangan bila bersamanya.. insyaAllah, aku akan bantu perjuangannya sedaya mungkin. Agar matlamat yang dicita2kan itu tidak samar dan menjadi realiti..

Bumi Tuhan... Bersaksilah